Pages

Followers

Wednesday, October 31, 2012

Apa itu Tajdid?




Isu tajdid dan kemodenan telah menjadi aliran baru yang didorong oleh tujuan-tujuan dan matlamat yang kadang-kadang boleh memperdayakan sesetengah orang. Ini menjadikan persoalan apakah akar pokok tajdid dan apa dimensinya, persoalan yang memerlukan jawapan segera.

Definisi yang sebenar kepada perkataan tajdid sebagaimana yang dibawa oleh sunnah yang suci dan diperkatakan oleh ulama' Islam yang thiqah dan fuqaha'nya ialah:

Menghidupkan batu tanda agama setelah ia tertimbus, menyambung apa yang terburai, menerangkan sunnah daripada bidaah dan menghidupkan amalan yang dipelajari daripada kitab dan sunnah.

Berkata Syeikh Al Ghazali dalam menerangkan makna sebenar kepada istilah ini:

"Tajdid ialah mempertahankan usul daripada apa yang merobeknya, menggilapnya daripada kesamaran yang menyelubung, menjernihkannya daripada kekeruhan. Ia seperti membasuh pakaian sehingga hilang segala kotoran atau menyapu debu yang melitupi gambar yang terbiar lama tanpa penjagaan."

Dalil yang membuktikan wujudnya istilah tajdid dalam kamus perbendaharan kata umat ini merujuk kepada hadith sahih yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya Allah akan membangkitkan untuk umat ini di permulaan setiap seratus tahun, seorang mujadid yang mentajdid agamanya".

Tajdid dalam Islam ialah kembali kepada asal yang unggul yang menjadi sumber kemuliaan manusia iaitu kitab dan sunnah. Ia tidak mungkin difahami kecuali dengan mendekatkan diri dengan tokoh-tokoh ikutan yang bebaskan diri hanya untuk kebenaran, menjulang panji-panji ini. Mereka adalah pelopor kebaikan dan rahmat kepada manusia. Mereka adalah ukuran keadilan dan neraca kemuliaan kepada umat manusia.

Tetapi sekitar akhir kurun ke-19 dan semenjak awal kurun ke-20, muncul makna baru kepada istilah tajdid berlainan dengan makna asal sebenar seperti yang kami sebutkan. Telah muncul apa yang boleh kita istilahkan sebagai pemikiran Islam liberal beracuan barat. Atau dengan kata lain pemikiran yang seiring dengan aliran pemikiran barat atau pemikiran orieantalis.

Ia membawa tajdid yang memelihara akidah Islamiah, tetapi tersimpan di atas rak atau di muzium sebagai satu benda yang amat unggul dan sangat suci. Pada hakikatnya ia adalah sekular yang bermotifkan untuk memisahkan agama daripada kehidupan, dan mengambil sistem barat yang diimport untuk menggantikan syariat Islam. Tajdid yang memberi makna mensia-siakan Islam dan melampaui batasannya, memperlekehkan penghasilan lalu dan menundukkan Islam kepada konsep pemodenan.

Mereka mengatakan menggantung perlaksanaan Islam adalah satu tuntutan kemestian (dorurat) sosial. Di bawah tekanan suasana kehidupan yang sentiasa baru, Islam tidak akan mampu menyesuaikan tuntutan pemodenan dengan kandungan pengajarannya. Berkeras dengan ajaran Islam bermakna memencilkan diri daripada kehidupan, ketinggalan dalam menggunakan wasilah kemajuan dan cenderung untuk memilih kemiskinan, berpenyakit dan kejahilan. Begitulah sangkaan mereka.

Mereka mengatakan lagi, kemajuan adalah "kanun kehidupan umum" yang tidak boleh tidak mesti dipatuhi. Kerana itu pada sangkaan mereka, orang Islam harus menggunakannya dalam kehiupan keIslaman mereka supaya ia dapat berjalan seiring dengan kemodenan dunia barat dan dengan itu mereka akan selamat daripada punca-punca kelemahan dan kemunduran. Jadi mereka hendaklah memajukan Islam sebagai agama.

Atau dengan ungkapan yang lebih jelas: orang Islam atas nama ilmu, kemajuan dan tajdid hendaklah mengubah agama mereka dan memajukannya dengan cara memperbaharui pemahamannya, menjauhkannya daripada politik dan negara, serta mengusirnya dari masuk campur hal ehwal hubungan antara individu.

Islam juga hendaklah menyelamatkan diri mereka dari terkait dengan apa-apa bentuk pemilikan sumber kekuatan, meninggalkan masalah ketuanan iman yang menolak wala' kepada bukan Islam atas kepentingan Islam dan menolak perkahwinan muslimah dengan bukan muslim.

Selain itu Islam juga perlu melupakan perbezaan lelaki dan wanita dalam menerima pusaka, hak talak, tidak masuk campur dalam urusan hubungan kemasyarakat antara sesama muslim, dan hubungan muslim dengan masyarakat antara bangsa, sebagaimana Islam tidak perlu masuk campur dalam urusan menentukan hubungan antara modal dalam perindustrian, hubungan perdagangan antara pemodal dan pekerja atau antara pemilik harta dengan golongan fakir untuk menghalal dan mengharam atau memaksa pembayaran zakat dan sebagainya.
















Ini bukan suatu perkara baru. Semenjak zaman dahulu lagi mujaddid palsu yang mensejajarkan syariat dengan nafsu manusia cuba mentafsir riba dengan tafsir yang tidak diketahui daripada salaf ass soleh, tidak sejajar dengan nas-nas Quran, juga dengan hadis-hadis sahih dan tidak juga dengan ijma' umat semenjak zaman silam hingga zaman yang hampir ini.

Berkata Syeikh al Ghazali dalam mengulas perkara tersebut:

"Perjalanan mujaddid palsu ini penuh mengecewakan, mereka mematikan Islam bukan mentajdidikannya. Sesungguhnya mentajdid pemikiran Islam menuntut akal yang lebih matang, hati yang lebuh bersih, memahami kesilapan sejatah, kegelinciran rijal (pemuka-pemuka), ilmuan yang arif tentang kitab-kitab, bukan sekadar banyak membaca, mahir tentang hadis, bukan sekadar meriwayatkannya, fakih tentang syarak, bukan sekadar pengikut, tahu selok belok tarbiah dan pengajaran, bukan sekadar pengikut pemimpin dan pemilik sijil yang tidak berilmu."

Kita tidak menolak tajdid tetapi memperingatkan pembaca dari percubaan untuk menyelewengkan agama atas nama tajdid, tetapi ia hendaklah dilakukan dalam ruang lingkup Islam dan iltizam dengan hukum hakamnya.

Adapun tajdid yang dijadikan helah untuk mengahalalkan pergaulan bebas, riba, faedah bank, membuka aurat, lebur identiti dan mempermainkan orang beriman maka ia bukannya tajdid, sebaliknya penyelewengan, kesesatan dan kerendahan akhlak.

Sunday, October 28, 2012

Berbohong Atas nama Rasulullah..!!



BERBOHONG adalah satu kesalahan. Berbohong menggunakan nama agama adalah kesalahan yang lebih besar. Saya hairan mendengar sesetengah penceramah agama yang menyatakan haram berbohong, tetapi semasa ceramahnya, dia juga melakukan dosa pembohongan yang paling besar.

Apa tidaknya, dia berbohong dengan menyatakan Rasulullah SAW bersabda sesuatu hadis sedang hadis tersebut adalah palsu pada nilaian ilmu hadis. Bohong jenis ini jauh lebih besar dosanya dari bohong saudagar atau ahli politik. Bohong saudagar dan ahli politik merosakkan harta orang, tetapi bohong pembaca hadis palsu merosakkan agama. Sebab itu Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang mutawatir:

Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”.

Hadis palsu adalah hadis yang direka atau diadakan-adakan, sedangkan ia tidak berasal daripada Rasulullah SAW. Banyak hadis rekaan ini dibaca oleh para penceramah yang jahil. Sehingga saya selalu menegur seorang ‘ustazah tv’ yang sering membaca hadis-hadis jenis ini untuk hidangan penonton.

Mungkin ada pembaca hadis palsu merasakan mereka tidak bersalah, sebab mereka hanya memetik daripada buku-buku mereka baca yang memuatkan hadis-hadis palsu. Maka mereka merasakan mereka hanya menyebarkan, maka tidak patut dipersalahkan. Mereka lupa penyebar hadis palsu sama ada menerusi ucapan atau tulisan, dia dalam masa yang sama sebenarnya menipu orang lain apabila menyandar sesuatu perkara kepada Nabi SAW tanpa bukti yang sah. Pendengar akan terpedaya lalu mengamalkan perkara yang dianggapnya daripada Nabi SAW, sedang ia bukan seperti yang disangkakan.

Al-Imam Ibn Hibban (w. 354H) dalam kitab sahihnya meletakkan satu pasal yang beliau namakan:


Pasal menyebut ketetapan memasuki neraka untuk sesiapa yang menyandarkan sesuatu kepada al-Mustafa (Nabi Muhammad) SAW, sedangkan dia tidak tahu mengenai kesahihannya(Ibn Hibban, Sahih Ibn Hibban, 1/210).

Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah:

Tidak halal meriwayatkan hadis palsu dalam apa perkara sekali pun, melainkan bersama keterangan tentang kepalsuannya. Ini sama ada berkaitan halal dan haram, atau fadail (kelebihan-kelebihan amalan), atau al-tarhib (menakutkan orang ramai terhadap maksiat) dan al-targhib (menggalakkan ibadah), atau kisah, atau sejarah atau selainnya.

Sesiapa yang meriwayatkan tanpa keterangan bererti telah melakukan dosa yang besar dan termasuk dalam senarai pendusta. Ini berasaskan apa yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim dalam mukadimah sahihnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menyebut hadis daripadaku sedangkan dia menyangka ia dusta, maka dia termasuk salah seorang pendusta”.


Ramai ulama hadis telah menghukum dengan ta‘zir (denda) dan takdib (hukuman membetulkan akhlak) ke atas sesiapa yang meriwayatkan hadis palsu tanpa diterangkan kepalsuannya. Kata Abu ‘Abbas al-Sarraj: Aku melihat diberikan kepada Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari surat Ibn Karram yang bertanyakan beberapa hadis, antaranya: hadis daripada al-Zuhri, daripada Salim, daripada ayahnya – disandarkan kepada Rasulullah (Iman itu tidak bertambah dan tidak berkurang).


Maka al-Imam al-Bukhari menulis di atas surat tersebut: Sesiapa yang menyebut hadis ini maka wajib dipukul dengan keras dan dipenjara dalam tempoh yang lama. Bahkan di kalangan ulama ada yang menghalalkan darahnya. Maka, ketika disebutkan hadis (palsu) Suwaid al-Anbari: Sesiapa yang jatuh cinta, lalu dia menahan diri dan menyembunyikannya, kemudian mati, maka dia mati syahid), lalu Yahya bin Ma‘in berkata: “Darah orang ini halal”.


Ketika ditanya Ibn Hajar al-Haithami mengenai seorang khatib yang menaiki mimbar setiap Jumaat dan meriwayatkan hadis-hadis tanpa diterangkan sumber dan kedudukannya, maka jawabnya: “Hadis-hadis yang dia sebut tanpa menerangkan perawi dan siapa yang menyebutnya, harus dengan syarat dia seorang yang mempunyai ilmu dalam hadis, atau dia memetik daripada kitab yang penulisnya ahli hadis. Adapun jika dia hanya bergantung kepada kitab atau ucapan yang penulisnya bukan ahli hadis, maka tidak halal (berbuat demikian).


Sesiapa yang melakukannya dita‘zirkan dengan keras. Inilah keadaan kebanyakan khatib. Mereka semata-mata hanya melihat khutbah yang mengandungi hadis-hadis, lalu mereka hafal. Mereka berkhutbah menggunakan hadis-hadis tersebut tanpa mengetahui asal-usulnya. Maka wajib ke atas pemerintah di setiap negeri menghalang para khatib dari berbuat demikian”. (Abu Syahbah, al- Wasit fi ‘Ulum wa al-Mustalah al-Hadis, m.s. 321-322).

Mengapa bohong menggunakan nama Nabi SAW amat dilarang sekalipun dengan niat yang baik? Ada beberapa sebab yang dapat saya simpulkan. Antaranya, jika pendustaan menggunakan nama orang biasa diharamkan, apatah lagi menggunakan nama seorang rasul. Pendusta hadis palsu menyamakan rekaannya dengan wahyu, atau nilai kerasulan yang ada pada diri Nabi Muhammad SAW. Pendustaan jenis ini juga menghilang kehebatan dan keaslian agama. Agama yang hilang keasliannya, tiada nilainya lagi. Ia menyebabkan Islam yang bersumberkan wahyu sama seperti agama rekaan yang bersumberkan pemikiran dan khayalan manusia.

Ditambah lagi, pendustaan ini bererti penipuan terhadap pencinta Islam yang mungkin tertipu lalu mempercayai pendustaan itu. Mereka akan mengamalkan pendustaan itu dengan keyakinan ia tuntutan agama, padahal ia kepalsuan. Sedangkan mereka inginkan keaslian. Bahkan, pendustaan itu bererti pengkhianatan terhadap syariat yang diturunkan.

Jika pendustaan itu mempunyai unsur-unsur jahat, maka ia jenayah yang menyebabkan manusia hilang keyakinan terhadap agama. Atau menyebabkan manusia mengamalkan agama dalam bentuk yang salah. Jika pendustaan itu menokok tambah unsur-unsur yang dianggap baik, pendustaan seakan menganggap agama yang diturunkan Allah belum lengkap, justeru memerlukan nas-nas tambahan dan rekaan.

Dalam sejarah, bukan sedikit kesan buruk hadis palsu yang dipalitkan kepada Islam yang suci ini. Contohnya, hadis rekaan: “Ayam jantan putih adalah kawanku, ia juga kawan kepada kawan ku. Musuh ayam jantan putih adalah musuhku dan musuh kepada musuhku”.

Hadis palsu ini kelihatan sangat lekeh dan menghina Rasulullah. Tidak mungkin keluar dari mulut seorang nabi perkara yang sebegini. Mungkin ia direka oleh penggemar ayam jantan putih. Sebenarnya, semua hadis yang berkaitan dengan kelebihan ayam jantan putih adalah tidak benar sama sekali. (lihat: al-Jarahi, Kasyf al-Khafa, 2/422). Malangnya, dalam masyarakat kita ada kesan hadis palsu ini. Sesetengah kepercayaan dan bomoh mempercayai kelebihan ayam jantan putih untuk dibuat ubat dan seumpamanya.

Demikian juga pemalsuan hadis telah menjadikan ajaran al-Quran dan al-Sunnah seakan bertentangan antara satu sama lain. Padahal yang bertentangan itu hadis yang palsu. Contohnya, hadis palsu “anak zina tidak akan masuk syurga”. Dahulu, ramai yang menganggap keji dan tiada peluang untuk kebaikan. Akibat daripada hadis-hadis palsu seperti yang dibaca oleh sesetengah pihak. Sehingga ada yang menyebut hadis palsu lain: Anak zina tujuh keturunan tidak akan masuk syurga.

Sedangkan Allah menyebut dalam Surah al-Isra ayat 15 yang bermaksud:


Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk, maka sesungguhnya petunjuk yang didapatinya itu hanya untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga, dan seseorang tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).

Jelas, mana mungkin anak zina dihukum disebabkan perbuatan kedua ibu bapanya?! Ini mencemarkan penegasan al-Quran tentang keadilan Allah yang tidak menghukum seseorang atas kesalahan orang lain. Juga ia menyebabkan si anak zina kecewa dengan Nabi SAW.

Demikian saya amat dukacita apabila diberitahu ada penceramah kursus perkahwinan membaca hadis palsu kononnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu menyetubuhi isteri atau jariahnya, maka jangan dia melihat pada kemaluan mereka kerana yang demikian itu menyebabkan buta.

Maka ‘demam’ pasangan yang ingin berkahwin mendengar hadis palsu ini. Sementara yang dah lama melihat kemaluan isterinya kehairanan kerana dia masih belum buta. Lalu mungkin disangkakan Nabi SAW memberitahu sesuatu yang tidak benar. Sebenarnya, pereka hadis palsu itu yang berbohong dan ustaz pembaca hadis palsu tersebut menyebar kebohongan.

Sedangkan Allah berfirman dalam Surah al- Mukminun ayat 1-6: (maksudnya)


Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); Dan mereka yang menjaga kemaluan mereka, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.

Mengulas hadis tadi, kata tokoh ilmuwan hadis, al-Syeikh Muhammad Nasir al-Din al-Albani r.h:


Penilaian yang betul akan menunjukkan kebatilan hadis ini. Ini kerana dari segi persetubuhan, pengharaman melihat faraj isteri bererti pengharaman kepada wasail (faktor-faktor ke arah persetubuhan). Jika Allah menghalalkan suami menyetubuhi isterinya, apakah logik untuk dia dilarang melihat kemaluan isterinya. Demi sesungguhnya tidak!


Ini dibuktikan dengan apa yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah, katanya: Aku dan Rasulullah pernah mandi bersama dari satu bekas air. Maka dia mendahuluiku sehingga aku kata: tinggalkan untukku! tinggalkan untukku!) Riwayat al-Bukhari, Muslim dan selain mereka.


Jelas daripada hadis ini harus melihat kemaluan isteri. Ini dikuatkan oleh riwayat Ibn Hibban melalui Sulaiman bin Musa yang apabila ditanya mengenai suami yang melihat kemaluan isterinya, dia menjawab: “Aku pernah bertanya hal ini kepada ‘Ata. Kata ‘Ata: Aku pernah bertanya ‘Aisyah, lalu ‘Aisyah pun meriwayatkan hadis di atas” (Al-Albani, Silsilat al-Ahadis al- Da‘ifat wa al-Maudu‘at,, 1/353).

Contoh lain kepalsuan yang menyanggahi prinsip-prinsip Islam; hadis-hadis yang menyatakan orang yang bernama Muhammad atau Ahmad tidak akan masuk neraka. Ini bercanggah dengan prinsip Islam bahawa syurga dan neraka dinilai melalui amalan soleh. Ahli syurga adalah golongan yang beriman dan soleh. Sementara dimasukkan ke dalam neraka ahli maksiat walau apa nama dan panggilannya.

Kata Ibn Qayyim al-Jauziyyah:

“Ini bercanggahan dengan apa yang diketahui dari agama Nabi SAW iaitu; bahawa neraka tidak dapat dielakkan darinya dengan nama dan gelaran. Sebaliknya, yang menyelamatkan dari neraka ialah iman dan amalan soleh”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al- Munif fi al-Sahih wa al-Da‘if, m.s. 57).

Namun, ada mempercayai bahawa nama yang baik sahaja boleh masuk syurga. Saya pernah mendengar penceramah agama yang menyatakan siapa nama ‘Ghazali’ mudah masuk syurga sebab sama dengan nama ulama. Inilah satu daripada salah faham terhadap agama.

Hari palsu juga mewujudkan khurafat yang pelbagai. Dulu ada orang Melayu yang menganggap Hari Rabu akhir bulan adalah hari mudah ditimpa nahas. Ini semua disebabkan hadis palsu yang menyebut hari Rabu terakhir bagi setiap bulan adalah hari nahas yang berterusan. Ini adalah hadis palsu. (Lihat: al-Albani, Silsilat al-Ahadis al- Da‘ifat wa al-Maudu‘at, 4/88.)

Menjadikan sesiapa yang percayanya ketakutan tanpa sebab dan memandulkan urusan kehidupan. Bahkan isi kepalsuan ini menyanggahi realiti yang kita saksikan. Betapa banyak hari Rabu akhir bulan datang dan pergi sedangkan kedatangan musibah tidak pernah memilih hari. Ia adalah ketentuan Allah SWT semata. Malang sekali apabila ada penceramah motivasi yang membaca hadis ini sebagai tips-tips penting dalam mengatur hidup, kononnya elakkan hari Rabu terakhir dalam bulan Islam bimbang nanti ditimpa nahas.

Hadis-hadis palsu telah merosakkan imej Islam. Namun ramai yang belajar agama tidak mempelajari ilmu hadis atau merujuk kepada ulama hadis telah tersasul dengan membaca hadis-hadis palsu ini. Sehingga dalam laman web pihak yang berlogokan kemajuan Islam pun dimasukkan hadis palsu. Agama menjadi keliru disebabkan hadis-hadis yang seperti ini.

Maka kita sepatutnya selalu mengingati amaran Nabi SAW kepada para sahabah baginda:

Pada akhir zaman akan ada para dajjal lagi pendusta. Mereka membawa kepada kamu hadis-hadis yang tidak pernah kamu dan bapa-bapa kamu mendengarnya. Kamu hendaklah berhati-hati dengan mereka agar mereka tidak menyesatkan kamu dan memfitnah kamu (menipu kamu sehingga yang batil disangkakan benar). (Riwayat Muslim).

Petikkan Dari Dr.Maza.Com.
http://drmaza.com/home/?p=477

Tuesday, October 23, 2012

Perjuangan aku Sebenarnya......




Semua orang mahu berjuang. Adakah kita tidak mahu berjuang? Begitu juga saya, juga mahu berjuang, Walaupun mungkin perjuangan saya tidaklah seperti kalian semua, tetapi saya ada perancangan saya sendiri dalam perjuangan saya, apa misi saya, dan apa visi saya. Semua itu terletak di bahu saya. Semua orang berpoltik sana-sini, menuntuk hak masing, menuntut supaya dikembalikan khilafah Islam, ada juga yang menuntut untuk mendapat Ilmu. Bermacam ragam manusia di dunia ini, ada yang berjuang untuk jadi kaya, manakala di pihak yang lain ada yang mahu menjadi seorang pelakon terkenal.

Perjuangan kita berbeza tetapi tujuan kita sama. Apa tujuan kita?
Tujuan kita adalah beroleh kemenangan, dalam apa jua perjuangan kita mestinya kita mahu menang bukan? Begitu juga saya. Contoh:-

-Seorang yang mahu menjadi kaya-

Bertungkus lumus bekerja mencari wang, selain itu berniaga untuk menambahkan hasil pendapatan, masuk pelaburan untuk menambah lagi harta, maka apabila ada dua pihak yang mahu menjadi kaya akan berlaku perang iaitu "Perlawanan siapa lebih kaya"...... Maka mulalah kita berkejar akan harta yang melimpah ruah, terasa harta kita tiadalah cukup untuk kita, masih perlu harta, masih perlu dan perlu.

Sampai bila?

-Seorang yang ingin menjadi terkenal-

Hari-harinya dipenuhi dengan berlakon, kadang-kala mengaupdate status supaya mendapat like yang banyak dari peminat, kadang-kala membuat cerita sedih supaya ramai memujuknya. Ada juga dia mencari publisiti baik publisiti murahan atau publisiti dengan berlakon. Maruah digadai, duit dibazirkan, semata-mata untuk jadi orang yang dikenali. Ada juga dikalangan mereka memebri ceramah, semua mengenali mereka. Bila wujud persaingan sepertinya. Maka berlaku la perang iaitu "Perang Siapa lebih Terkenal"........ Maka bermacam anugerah dicipta, Berita Harian, Anugerah Nobel, ect....

Sampai bila?

-Seorang yang ingin mengejar cita-cita-

Mencari cita-citanya, belajar dan terus belajar, kadang-kala apa yang lain ditinggalkan supaya dapat menjadi seperti yang dia mahu. Mungkin Pilot, mungkin jurutera, mungkin pengarah pelakon, mungkin doktor. Maka dia terus belajar. Dia akan tekun dengan pelajarannya untuk menggapai cita-citanya itu. Kadang-kala kawan-kawan juga ditinggalkan agar dapat tumpu kepada pelajaran, kadang-kala anak bini dilupai agar dapat menggapai cita-cita itu. Itulah kisah seorang yang mengejar cita-citanya.

Sampai bila?

Adakah berbaloi dengan apa kita dapat untuk sementara itu? Adakah kamu rasa sangat berbaloi dengan apa kamu usahakan last sekali kamu mencapainya, ada juga yang tidak akan dapat apa dia nak, ada juga yang terus berjuang. Itu salah satu perjuangan-perjuangan untuk mencapai apa yang kamu mahu. Apa perjuangan saya?

Saya mahu Mati...........

Semua orang akan mati, Ya betul, Saya mahu mati, itu cita-cita saya. Tetapi mati saya adalah mati dalam keadaan diredai oleh Allah. Jiwa dan jasad saya dikembalikan oleh Allah dengan keadaan yang suci tanpa dosa, itu yang saya mahukan. Jika saya mengejar perkara lain belum tentu saya dapat, tetapi jika saya mengatakan cita-citaKu ingin mati. Mestinya saya akan mati, tetapi bukan mati yang biasa tetapi mati yang luar biasa. Itulah kemahuan diri saya.

Habis tu saya tiada cita-cita lain ke? Siapa cakap tiada?
Saya ada cita-cita lain, tetapi cita-cita saya mengubah mengikut waktu dan keadaan, jika saya belajar saya mahu saya faham apa yang saya belajar bukan saya mahu score A, Saya bukan pelajar yang bijak. Tetapi saya cuma mahu menjadi pelajar yang faham apa saya belajar. Jika saya menulis, saya mahu menulis sebaiknya supaya nanti tulisan saya dapat memberi saya ilham yang baru. Bukan saya menulis untuk mendapat "follower atau mengumpul Like". Jika saya bekerja, saya ingin menjadi pekerja yang menjadi pekerja yang taat kepada majikkan saya, kerana dia yang membayar saya.

Itu Perjuangan saya, Ape perjuangan anda? sudahkan anda setkan perjuangan anda? Perjuangan saya tidak sekali terikat dengan idealogi manusia seperti "Hedonisme", "Sosialisme", Komunisme", "Partisme", "Liberalisme", dan bukan isme iatu ciptaan manusia, tetapi perjuangan saya berlandaskan dua perkara iaitu Al-Quran dan As-sunnah.

kadang-kala saya tersasar dari dua perkara itu, tetapi Allah itu menerima taubat hambanya dan memberi jalan pulang, Maka saya pulang kembali, dan selepas itu tersasar lagi. Maka saya patah balik. Sehingga saya bertemu ajal dalam keadaan saya berpatah balik atau saya berada di landasan itu.


Fikir dan cari apa yang perlu anda perjuangankan, adakah berbaloi dengan apa yang anda mahu itu?
Fikirlah selagi dibenarkan berfikir, sebelum ajal menjemput pulang.

Wallahualam......


Sunday, October 21, 2012

MegaMall-Facebook-




Aku pulang dari kerja,
Terus menuju ke Megamall Facebook.
Memandang jauh sambil meneliti maksud Megamall Facebook,
Hari ini seperti hari-hari biasaKu,
Aku melangkah masuk ke dalam Megamall itu,

Tiba-tiba..... Terdengar suara dari belakang.

Hai orang muda,
"Nak kemana kamu?" tanya seorang pakcik.
Wajah nya sedikit berkedut, badannya sedikit bongkok,
Matanya kabur, bibirnya kering.... Tetapi..
Terukir senyuman manis dari nya..

Mungkin untuk aku.
Aku balas senyuman itu dengan jujur,
"Nak masuk kedalam pakcik. Kedalam Megamall Facebook saya."
BalasKu sambil mengukir senyuman jua.
HatiKu terasa sebak melihat keadaannya.

Menepuk di bahuKu sambil berkata.
"Semoga kamu beroleh rahmatNya orang muda."
Dia berlalu pergi,
Langkahnya perlahan membuatkan jiwa ku bertambah sebak.
Siapakah Pakcik itu?

Datangnya tiadaKu tahu,
Perginya sepintas lalu.
Aku hanya mampu melangkah ke pintu,
Memandang Pintu.
Pintu MegaMall FaceBookKu......

Apa itu Megamall Facebook???

Disinilah bermulanya segalanya,
Permulaan hidup baruKu,
TempatKu mencari ilham,
Disini jualah tempatKu melepak,
Membuang masa Ku.

Tetapi hari ini,
Disini tempatKu untuk membetulkan.
Tempat melontar ideaKu,
Tempat aku menyampaikan,
Sunnah Rasulullah dan Kitab Allah.

Ruang dalam Megamall itu,
Sungguh luas mata memandang,
Semua yang dilihat hanyalah laungan,
Laungan Manusia dengan bermacam ragam,
Itulah dia Megamall FaceBook......


Pelbagai laungan:
(sye hrp awk bhgie ngan si die.............,) (Malam arabic d bukit merah lake town resort) (Dah 59,000 ... Alhamdulillahh ... Thank you everybody ... Thank u for supporting me ... I love you all ...)
Laungan yang bergema di telingaKu,
Semua orang memandang,
Kadang Kala ada yang tersenyum jauh,
Tanda Suka,
Ada juga yang berkunjung.

Kunjungan itu bukan sekadarnya,
Tetapi membawa seribu makna,
Ada yang ingin berbual,
Ada yang ingin membuang masa,
Ada juga yang ingin berkenalan.

Laungan itu kadang-kala penuh,
Penuh dilihat oleh mataKu,
Bermacam ragam manusia dalam laungannya,
Laungan yang berbaur sedih,
Laungan yang meluahkan rasa hati.

Oh Megamall Facebook....
Disini aku melaungkan kata-kataKu,
Walaupun tiadalah dipandang Manusia,
Aku terus melaungkan kata-kataKu,
Biarlah ditolak aku tetap jua.

Inilah dunia Megamall Facebook,
Dunia yang penuh kesesakkan,
Dunia yang baru menghiasi jiwa manusia,
Dunia yang melalaikan,
Dunia yang memberi 1001 makna.

Kesimpulan:-

BagiKu, Megamall Facebook adalah satu tempat dimana aku melihat manusia berkumpul seperti satu dewan, manusia menjerit melaungkan idealogi masing-masing, menjerit melaungkan syariat Allah, menjerit melaungkan luahan hati yang terbuku. Tetapi tanpa kita sedar, kita hanyut dalam dunia kita sendiri, ingatlah sahabatKu kita ini hidup bukanlah lama, apa sumbangan kita dalam Islam?

Apakah perjuangan Kita?
Adakah mengumpul Like? Berkenalan dengan lelaki/wanita ajnabi?
Atau meluahkan perasaan cinta kita? LaunganMu itu didengari oleh semua rakan-rakan kamu, selama mana kamu tiada membuangnya selagi itu laungan itu masih kekal.

Wallahualam....

Allah Melihat apa yang dibuat oleh hambaNya.....



Love Never Dies...




You broke me down,
I'm building myself up,
You made me weak,
I'm proving just how strong I am,
You said you miss me,
But that wont win my heart again,
You hurt me too much before,
And im finally walking away for good .

I'll always love you and forever till love dies, or I die and your love will be flowers on my grave.

Tidak Lupa, kepada yang ingin menjawab soalan itu, sila lah cepat-cepat sikit ye sahabatKu, Ada lagi 4 hari dari sekarang. =)
Ini lamannya untuk soalan.
http://jiwapelajar.blogspot.com/2012/10/soalan-minggu-ini-1.html

Thursday, October 18, 2012

Sejarah Revolusi dan Pendokong Mesir Part 4



Siapa Anwar Sadat??

     Anwar Sadat iaitu pemimpin selepas Jamal Abdul Naseer. Beliau seorang bekas ahli Ikhwanul Muslimim, seperti ahli-ahli yang lain, beliau juga menyertai usrah dan mengetahui kekuatan jemaah itu serta tahu kepentingan jemaah itu di negara Mesir. Beliau berlatar belakang tentera dan mendapat kuasa pada tahun 1970 sewaktu penyokong Jamal masih bergenang air mata. Anwar juga telah mengubah kutub sokongan Mesir daripada Soviet kepada Amerika Syarikat.


     Saat Anwar menaiki kuasanya, kebangkitan Islam dalam keadaan yang semarak dan begitu membuncah. Beliau tahu penyokong-penyokong Ikhwanul Muslimin sangat ramai dan untuk menambat hati penyokong-penyokong itu beliau hendaklah bersifat bermuka-muka. Beliau telah membebaskan sebilangan aktivis Ikhwanul Muslimin daripada jeriji hantu yang menhantui aktivis-aktivis itu. Pengaruhnya mula meningkat kerana semangat beliau untuk membebaskan Sinai daripada penjajahan Israel semenjak tahun 1967, sehingga patung-patung Anwar di Mesir dinobatkan sebagai "Wira Perang".


     Kebangkitan Islam bermula di dekad 70-an namun di Mesir telah bermula lebih awal iaitu selepas perang 1967. Mesir di antara negara yang meledak semangat terutama anak-anak muda berpendidikan yang melihat kepincangan idealogi manusia dalam membawa negara dan masyarakat daripada keterpurukan ekonomi dan sosial.


     Dengan semangat ini maka timbul la pelbagai pertubuhan kelab atau kumpulan pelajar Islam di kampus. Penubuhan ini mendapat galakan kerajaan sebagai tindak balas untuk menghadapi pihak pembangkang fahaman sosialis. Ini kerana kelompok sosialis sangat gencar mengecam dasar politik dan ekonomi Anwar Sadat yang bersikap pro- Barat. Anwar Sadat ditentang kerana beberapa Faktor:-

1) Pro- Barat.
2) Mengunakan Islam untuk kepentingan peribadi.
3) Menukar kan kutub sokongan dari soviet kepada Amerika Syarikat
4) Pembentukan semua undang-undang keluarga Islam

Dan penentangan ini dilakukan oleh golongan pelajar yang berhaluan kiri (Sosialis), mereka juga menentang Anwar sikapanya terhadap penjanjian Kem David.


     Kebangkitan Islam kian memuncak di pertengahan dekad 1970-an dan ini membantu menyemarakkan penyertaan dalam gerakan Islam terutama Ikhwanul Muslimin dan Pertubuhan Gerakan Pelajar Islam. Mereka kian mendapat dokongan media massa dan isu itu juga telah membantu menyatukan umat Islam dalam dekad ini dek gerakan pelajar Islam yang semakin kuat. Ironisnya, Mesir begitu mencuri perhatian lensa dunia, bukan sekadar polemik antara Ikhwanul Muslimin dan kerajaan tetapi akibat letupan bom di tempat- tempat pelancongan negara bersejarah ini.



------------------------------------------------------------------------------------------

Tokoh-tokoh seperti Umar Tilmisani, Abdul Hamid Kisk telah berpidato menaikkan semangat rakyat Mesir dan Anwar Sadat telah memangil ulama' Ikhwanul Muslimin untuk menentukaan tarikh peperangan dengan Israel bagi mengambil kembali tanah Sinai. Perang mula meletus dan dipanggil Perang Ramadhan akhirnya diemenangi oleh Mesir dengan peranan ulama'-ulama' Ikwanul Muslimin yang ikhlas berjuang.

Akan bersambung dalam Tajuk: Muslihat Anwar Sadat

Apakah yang kita dapat dari sejarah ini? Semangat pejuang-pejuang Islam untuk mengambalikan khilafah dan kesedaran pelajar dalam kepincangan sistem pemerintahan di Mesir, Adakah kita di Malaysia tidak berasa seperti mereka? Wahai sahabat kita ini bakal mengubah dunia Malaysia, marilah bangkit dengan Ilmu dan mengubah dunia ini dengan Ilmu, kita juga mampu menaikkan semangat juang seperti mereka. Apa kurangnya kita? Darah kepahlawan masih mengalir didalam salur darah saya dan semangat Jebat menentang Pemimpin kejam masih terpancar terang.

Wallahualam..

Manusia itu boleh mengubah apa yang dirasanya tidak betul, Jadi? Marilah bersama mengubahnya.!!!

Tuesday, October 16, 2012

Obsess Cinta...

Rasulullah bersabda:-
"Orang mukmin mesti mengendalikan syaitannya seperti salah seorang kamu mengendalikan unta dalam perjalanan."


Obses- Kemaruk, menggangu, sentiasa di dalam fikiran, memusatkan perhatian, menggoda, mengharu.

Jadi kita mahu bincangkan mengenai "Obsess Cinta" atau lebih tepat "Kemaruk Cinta"

Cinta itu tak salah, cinta itu cantik, Cinta itu manis, Cinta itu manja, Cinta itu warna-warni kehidupan. Tanpa Cinta siapa Kita? Tetapi apa yang saya ingin kupaskan disini adalah "Obsess Cinta dengan Manusia".


Jiwa remaja sekarang menjadi kacau kerana terlalu banyak dengan ayat-ayat cinta, filem-filem cinta, drama-drama, dan masuk pula cinta Islamik. Membuatkan jiwa remaja semakin asyik dengan cinta.



Ini sedikit coretan daripada Akhi Hilal Asyraf:-

Anak-anak muda terlalu obses berkenaan percintaan, hinggakan apabila diadakan majlis menceritakan riwayat hidup Saidina Ali Radhiallahu'anhu, bila dibuka ruang soalan untuk bertanya, soalan-soalan yang dikemukakan adalah:

"Apakah Ali dengan Fatimah punya perasaan antara satu sama lain sebelum bernikah?"

"Apakah Fatimah yang melamar Ali atau Ali yang melamar Fatimah? Atau Rasulullah yang tawarkan
Fatimah kepada Ali?"

Tidak langsung mereka mengambil peluang itu untuk bertanyakan soalan seperti:

"Mengapakah Ali membuat keputusan untuk tidak menuntut bela atas pembunuhan Uthman?"

"Mengapakah Ali tidak mengambil langkah mengalah dengan Muawiyyah?"

Dan soalan-soalan kritikal yang lain.

Kerana anak muda hari ini terlalu obses dengan cinta dan perkahwinan. Hingga otak menjadi lunyai. Mukmin tidak akan sesekali bercinta sedemikian rupa.
-------------------------------------------------------------------

Lihat lah sendiri, Sampai otak remaja menjadi lunyai dek cinta, apabila ada sahaja tajuk mengenai cinta, Jiwa mula rasa ingin membaca. Bile terbaca sahaja tentang cerpen Cinta, mula tangan bergerak untuk menelaahnya. Inilah masalah remaja era ini.


Asyik dengan cinta sehingga lupa bahawa masih banyak tanggungjawab lain, tidak salah anda ingin meluahkan rasa hati anda, tetapi jangan sampai ke tahap "Obsess" atau "Kemaruk". Orang cakap, makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah.



Lautan Api sanggup ku renangi, gunung tinggi sanggup ku daki, Wah3!.........



Lautan api sanggup renangi? Berenang belum tentu pandai. Nak renangi lautan api. Mak suruh bakar sampah dekat halaman pun dah panas. 



Ceeehhhhh........

Adakah Kahwin itu adalah pengahiran hidup anda wahai sahabatku? Tidakkah anda ingin mendalami Ilmu-ilmu agama? Ilmu-ilmu sains? Ilmu-ilmu bahasa. Itu lebih baik daripada anda menghafal Ilmu-ilmu mengayat yang anda guna untuk menggoda sang wanita. Sahabatku, Carilah Ilmu untuk menjadikan kita lebih matang,

Seperti artikel daripada sahabat saya. Sila baca disini:-

Saya tidak mahu terangkan apa-apa mengenai artikelnya didalam artikel saya, kerana jika anda prihatin untuk mencari apa yang anda tidak tahu, semestinya hati anda akan terdetik untuk membacanya.

Apa yang saya ingin kupas disini. Jangan terlalu obsess. Tak salah anda nak bercinta, tetapi ada adabnya. Jika benar cinta itu suci, mestinya mahu bersama ke syurga. Tiada guna anda meluahkan perasaan sesama sendiri di dalam handphone tetapi fikiran anda tiada lansung untuk berfikit untuk bertanggungjawab keatasnya nanti.



Memang seronok melayan cinta ini, Sebab itu ada pepatah mengatakan tidak kenal maka tidak cinta.

Ye... Selepas kenal semuanya maka rasa cinta akan terus berputik, wah.... Seperti berada di dunia kayangan yang dipenuhi bidadari dan hanya dirinya yang berada disisimu. Suara Ibu, suara Ayah di abaikan sahaja. Bahkan Suara Muazzin memanggil untuk beribadat kepada Allah juga di abaikan. Kerana terlalu asyik bercinta. Melayan Cinta. Saya tidak mahu memanjangkan artikel sebab bagi saya artikel yang panjang akan membuatkan pembaca cepat bosan. Kalau anda ingin membaca artikel yang lebih panjang atau lebih bermanfaat saya sarankan:-



Couple Is Haram!!! Jangan salah faham pula, Cinta dibolehkan, Cinta ini wujud didalam hati. Anda merasakan kehadiran si dia. Contoh:-


Si A terbayang kecantikan, kesolehan Si B, tetapi dia tidak luahkan kepada Si B, tetapi dia asyik melayan perasaan itu, sehingga diupdate didalam facebook retorika romantis Islami. Sehingga perkara lain ditinggalkan. Ini Salah!! Kalau sekadar anda ingin cinta akan dia, dan anda niat dihati anda akan berusaha mendapatkannya secara halal itu digalakkan. Bagus, anda berusaha untuk bekerja dan dapatkan duit supaya anda dapat tanggung si dia nanti.

Pada masa yang sama, agama anda diperkemaskan untuk mendidik Si dia nanti dan anak-anak kamu bersama, Itu digalakkan.


Tetapi.... Sering saya sebut di dalam artikel sebelum ini, Cari dulu lah cinta Allah dan Rasul. Memang sukar untuk mendapatkannya, kadang-kadang kita sudah dapatkannya, tetapi ada waktu ketika, kita tergelincir, kita tinggalkan cinta yang AGUNG itu, cinta kita beralih kepada manusia.

Allah telah berfirman:-
"Sesungguhnya ini jalan-Ku yang lurus sebab itu kamu turutlah jalan-Ku itu dan janganlah kamu turut jalan-jalan yang lain, nanti bercerai-berai kamu daripada jalan-Nya."
(Surah al- An'am, Ayat 153) 

Balance!!!

Jangan Obsess. huhu :-p
Dah masuk tajuk lain pula, tak mengapa la yang penting jangan "Obsess Cinta Manusia". Cuba cari Cinta Allah dan Rasul, bila dah dapat pegang betul-betul. Kalau tergelincir, cuba cari lagi, sehingga kita bertemu ajal kita dalam hati kita mencintai Allah dan Rasul. Allahurobbi.


Wallahualam....

Apa yang baik itu datang daripada Allah. Saya hanya hamba yang hina =)

Saturday, October 13, 2012

Kenapa perlu Neraka?

Allah telah berfirman:-
"Dan sesungguhnya al-Quran itu kami mudahkan bagi diingati (difaham), tetapi adakah orang yang mengambil pelajaran?"
(Surah al -Qamar, ayat 17)


Angin bertiup sepoi-sepoi indah bahasa. Terasa nyaman pagi itu. Tidak seperti hari-hari yang lain, pagi itu di Melbourn tidak terlampau panas, tidak terlampau sejuk, Hamzah duduk di sisi tingkap sambil memerhati jauh nun disana. Teringat akan tanah airnya. Malaysia tanah tumpah darahnya. Pelbagai peristiwa bersejarah berlaku di Malaysia. Terimbau kembali kenangan lalu sejak kecil sehingga datang ke Melbourn. Pelbagai rintangan dan halangan menghalangnya untuk menyambung belajar, dengan masalah kewangan dan masalah keluarga yang merinduinya.

Dari belakangnya muncul sahabatnya Fathin menyapa "Hai Hamzah, termenung jauh nya dia, kenapa ni? Ada masalah ke? Assigment tak siap lagi ke? atau ko... rindukan Aina di kampung?" senda Fathin kepada Hamzah. Bagi Fathin hidupnya sudah tidak ada apa-apa sejak berumur 17tahun. Dia berubah kerana masalah keluarganya, agama Islam ditinggalnya, baginya semuanya atas dirinya. Dia seorang athiest.

Hamzah terkejut sambil membalas "Waalaikumussalam, Kita orang Islam, salam itu lebih baik dari bahasa barat "hai". Aku cuma teringatkan keluarga aku, Inikan semester akhir jadi rindu aku kepada mereka menjadi-jadi. 5tahun tinggalkan kampung halaman, teringat masakan bondaku." balas Hamzah selamba.

"Hamzah engkau dulu kan sekolah agama? boleh aku tanya beberapa soalan tak? Maklumla aku bukan sekolah agama."

"Tanyalah, ko nak tanya apa Fath?"

"Ko pun tahu kan aku dengan agama kita, agama Islam macam mana, aku tiada asas agama, ayah dan ibu aku tidak mengambil berat tentang masalah agama, jadi aku hidup tanpa agama."

"Tahu, jadi? tanyalah, apa aku boleh jawab aku cuba jawab, lagipun aku bukan Ustazah Nur tu. hehehe"

"Ustazah Nur jangan sebut okay! takdelah, Aku hairan, kenapa perlu ada Neraka? Bukan ke Tuhan itu Maha penyayang, jika ada Neraka nampak sangat Allah tak sayangkan hamba-hamba dia ini."

"Erk.... okay! perlu pengupasan yang panjang mengenai persoalan ko ni, tapi tak mengapa aku cuba terangkan seboleh mungkin."

"Okay!"

Maka berlakulah perbualan antara mereka mengenai persoalan Fathin "Kenapa Perlu Neraka?"
"Saya sebagai Penulis tidak ingin memanjangkan dialog antara mereka, tetapi tajuk mengenai Kenapa perlu Neraka saya akan kupas untuk pembaca. :-p. Biarkan Hamzah menerangkan kepada sahabatnya Fathin, saya terangkan kepada pembaca." 

Kenapa perlu Neraka?

Pernah atau tidak persoalan ini berlegar di dalam kotak fikiran anda semua? "Kenapa Perlu Neraka?" bagi saya yang jahil dulu, saya selalu berfikir mengapa Allah jadikan neraka, Allah tak sayang ke kepada hambanya? Sedangkan Allah itu Maha Penyayang. Mengapa Allah tidak ampunkan sahaja Hamba-hambanya?

Okay!.



Soalan yang selalu bermain didalam kotak fikiran saya. Neraka- Kalau sebut sahaja Neraka akan terbayang tempat yang panas, tempat yang ada api, dibakar manusia didalamnya, manusia semuanya menjerit dengan terpikan yang kuat, ada yang menangis, ada yang memohon ampun. Itulah yang terbayang didalam minda saya mengenai Neraka. Tetapi Neraka itu lebih dasyat dari bayangan saya itu.


Neraka dijadikan untuk orang yang ingkar perintah Allah, dan orang yang melakukan dosa di muka bumi Allah, adakah kita lupa bahawasanya Allah juga Maha Adil? Jadi jikalau Allah itu bersifat Adil, wajarlah dijadikan Neraka.

Contoh:-
A-B.. A memukul B sehingga B koma selama sebulan, dan A lansung tidak meminta maaf kepada B selepas sedar, malah A mencaci menghina lagi si B, adakah dengan tindakkan A itu adil buat B? Oleh kerana A adalah anak Perdana Menteri, Jadi B tidak boleh berbuat apa-apa, dengan undang-undang manusia yang korup lagi tidak sempurna si A tidak dikenakan hukuman, tetapi si B trauma dek perbuatan si A.


Adilkah dunia ini? Adilkah? Barang kita dirompak perompak, anak-anak kita dibunuh, dan kita masih meminta agar perompak itu mati atau dikenakan tindakkan, Itulah wujudnya Neraka.
Akhirat itu adalah tempat pengadilan, Tiada yang lebih adil dari hukuman Allah, Jadi wajarlah Allah menjadikan neraka itu untuk pembuat dosa. Dan kita sebagai manusia diberi hak untuk memaafkan mereka atau tidak. Jika kita memaafkan mereka InsyAllah dia akan diampunkan Allah. Allah itu Maha Adil.

Rasulullah bersabda:-
"Sesungguhnya Tuhan turun (dengan cara yang layak baginya) pada setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir dan berkata, "siapa yang berdoa akan ku perkenankan, siapa meminta akan ku berikan dan siapa yang beristigfar akan ku ampunkan."

Persoalan ke-2. Kenapa orang kafir juga disumbat kedalam Neraka? Mereka baik, mereka tidak membunuh, mereka tidak mencuri.


Ya!!. betul ada dikalangan mereka yang baik, ada yang tidak membunuh, ada yang tidak menindas.


Tetapi......... Kita manusia sebenarnya telah bersumpah kepada Allah di alam ruh dahulu bahawa Tiada Tuhan Selain Allah. Hidayah itu adalah hak Allah, kita sebagai Umat Islam diwajibkan menunjukkan perkara yang baik kepada orang kafir, supaya mereka dapat kembali ke Jalan Allah, Jalan fitrah. Ada dikalangan mereka yang diberi jalan oleh Allah untuk berubah, tetapi mereka tidak ingin, kerana mereka terlalu ikutkan nafsu mereka, ada dikalangan mereka yang sedar bahawa Agama mereka itu tidak betul dan mereka masuk kedalam Islam, sebab itulah Kita umat Islam perlu ada Ilmu mengenai Islam supaya dapat menarik mereka yang bukan Islam ini.

Seperti:- Syeikh Ahmad Deedat, Dr.Zakir Naik. Harun Yahya.



Jika tiada Neraka:- Dengan Muka selamba orang yang melakukan maksiat di muka bumi Allah dapat masuk syurga, orang yang membunuh dapat masuk syurga, orang yang menghina Allah pun dapat masuk syurga, Orang yang mengajarkan agama sesat pun masuk syurga?

Allah berfirman lagi:-
"Tak ada seorang pun di antara kamu, melainkan mendatangi neraka, demikian itu suatu kewajiban yang diputuskan oleh Tuhanmu. Kemudian kami selamatkan orang-orang yang bertaqwa dan kami biarkan orang-orang aniaya dalam neraka dengan berlutut."
(Surah Maryam, ayat 71) 

Itukah adil? Jadi apa guna adanya orang baik dan orang jahat? Apa gunanya kita berlaku baik jika semua manusia akan masuk syurga? Itulah yang menjadi masalah, telah Allah jadikan dunia ini molek dan baik dah. Allah hanya suruh hambanya bertakwa kepada Nya. Itu sahaja.

Kalau terang bab takwa nanti panjang pulak. Cukup la sekadar disini mengenai mengapa perlu neraka.

Wallahualam...

Hindarkan kami dari Neraka Mu Ya Allah..

Thursday, October 11, 2012

Esok Kiamat




Sering kita baca tentang ramalan kiamat, teori dajjal nak datang bila. :-p
Selain itu ada juga tentang kiamat 2012, ada yang sibuk mengkaji teori itu, teori ini, bermacam-macam teori. Sehingga semua yang berkaitan segitiga dianggapnya konspirasi dajjal.

Masalah dilema teori yang melanda era kini agak menbimbangkan. Ini kerana masyarakat mula sibuk untuk mengkaji sesuatu yang sudah pasti. Kiamat itu pasti, kedatangan dajjal itu pasti, syurga neraka itu ada, tidak salah mengkaji tetapi jangan terlampau taksub sehingga mengabaikan kerja-kerja lain. Kita sebagai umat Islam perlu tahu, kita ada tanggungjawab yang perlu dilakukan di atas muka bumi ini, cuba cari tanggungjawab itu. Tak banyak pun, sikit je.

Ingat MATI......

Ye, apabila kita mengingati mati, kita akan lupa segala masalah kita dan kita akan cuba kembali kepada Allah, dengan cara ini masalah dajjal, masalah kiamat  itu adalah kerja Allah, kita sekadar mengambil tahu asas, dan berhati-hati, dan mengetahui asas sudah cukup, dan selepas itu kita jalankan tanggungjawab kita di muka bumi ini. Masing-masing diberi tanggungjawab mengikut umur,tempat dan ketika. Seperti saya yang masih berada di rumah, saya berjuang dengan menulis blog, menulis di facebook selain itu saya mendekati ummah. Saya mengeratkan hubungan silaturahim sesama manusia.

Jika macam sesetengah dari kita yang masih belajar, tanggungjawab kamu adalah belajar, dan yang kerja, tanggungjawab anda adalah bekerja. Selain itu tanggungjawab asas jangan dilupai. Amar makruf nahi mungkar dan selalu mencari Ilmu, Ilmu tidak kita dimana kita berada, cari la Ilmu. Untuk orang yang berpolitik jangan lupa tanggungjawab anda. Dek sibuk berpolitik sampai semua dilupai.

erk...


Jangan kita terlalu taksub dengan satu-satu perkara, seperti orang yang berada didalam lamunan cinta, gila bayang. Sehingga melupai tanggungjawab lain, hanya menumpukan 100% kepada kekasihnya. Adakah itu tanggungjawab anda? Perhatikankan, Kiamat ada dua:-

Kiamat Kecil.

Kiamat Besar.



Kiamat Besar.

Kiamat besar, kiamat yang akhir iaitu, kiamat kesudahan kehidupan semua manusia di muka bumi ini, berlaku hura-hara yang amat dasyat. Itu adalah dibawah kuasa Allah, kita tidak mengetahui bila dan macam mana keadaannya. Dan kita perlu bersiap sedia menghadapi dengan segala fitnah yang akan melanda kita sebelum datangnya kiamat besar ini. Fitnah dunia, fitnah dajjal, fitnah harta-benda kita. Kita perlu berjaga-jaga.

Jika dihuraikan disini mengenai bab kiamat besar, maka panjang pula artikel saya ini, tetapi cukup la sekadar penerangan secara "simple", boleh dirujuk oleh ahlinya pula, seperti ustaz-ustaz, ulama' dan guru-guru yang mengetahui.


Kiamat Kecil.

Kiamat kecil iaitu kematian kita, kita tahu bila kita mati? Tidak, mungkin selepas habisnya saya menulis ini, ajal saya akan sampai, siapa tahu? Mungkin semasa anda sedang membaca artikel saya, anda bertemu kematian, siapa tahu? Tiada siapa yang tahu kecuali Allah. Kiamat kecil perlu ditakuti lagi kerana dengan berlakunya kiamat kecil terhadap kita, terputus segala amal kita, taubat kita sudah tidak ada lagi. Amal kebajikkan kita terhenti setakat amal kita selama ini, tiada lagi amal yang bisa kita lakukan.

Jadi??

Macam mana? kita tahu bila kita akan mati? Apa persiapan kita untuk mengahadapi kiamat kecil? Sudahkah kita bertaubat? Sudahkan dilangsaikan segala hutang piutang kita itu?

Ingatlah sahabat, mati tidak mengira usia, tidak mengira penyakit, adakala orang yang sakit tenat terlantar dan tiba ada orang yang menziarah pesakit itu, dan dengan tidak semena-mena orang yang menziarahi pesakit itu meninggal dahulu sebelum pesakit itu. Kita sering mendengat kematian orang, tetapi adakah kita fikir "Bila aku akan mati?".

Kita jarang berfikir, kita nak tidur, ada ke tidak dalam kotak fikiran kita, jika aku mati esok, macam mana? Adakah aku sudah bertaubat hari ini? Adakah aku sudah berbakti kepada ayah/ibu ku? Jangan duduk sibuk bergosip mengenai orang, tetapi gosiplah tentang diri kita.

Muhasabah diri itu lebih baik.

Kesimpulannya, ingatlah kematian. Setiap hela nafas kita ini adalah nyawa kita, setiap kali kita bernafas setiap itulah, kita semakin hampir dengan mati. Hitung amalan kita dan taubat kita.

Wallahualam.


Ya Allah jadikan kami Semua dari golongan yang sedikit supaya kami tetap bertakwa kepada Mu....

Wednesday, October 10, 2012

Yong Tau Fu Halal Toyibba

Allah telah berfirman:-

“Dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.”

(Surah al-A’raf, ayat 31)


Yong tau fu (juga dieja yong tao foo, yong tau foo, atau yong tau hu, 酿豆腐) ialah sejenis hidangan sup Cina Hakka yang kerap didapati diSingapura dan Malaysia.

Di Malaysia, kawasan Ampang di Kuala Lumpur khususnya terkenal dengan hidangan ini. Pokoknya, hidangan ini dimulakan pada awal 1960-an oleh sebuah restoran bernama "Chew Kuan" di mana tauhu dibubuh pes daging ikan atau ayam, dan dengan itu hidangan ini bernama "Yong Tau Foo," yang bermaksud "tauhu yang dibubuh." Sejak itu beraneka sayur-sayuran dan masakan goreng juga turut dibubuhi sedemikian, jadi nama Yong Tau Foo pun digunakan untuk memaksudkan mana-mana makanan yang disajikan sedemikian.

Jadikan siapa yang minat makan Yong Tau Hu ini? Apa yang saya tahu orang Melayu pun juga minat makanan campuran bukan? Makanan yang beraneka pilihan dalam satu mangkuk, Makanan yang mempunyai banyak pilihan. Tidak ramai dari kita cuma suka makan satu jenis makanan dalam-dalam satu masa. Seperti ayah saya, beliau hanya suka makan satu jenis makanan, jika makan gulai ayam, maka hanya gulai ayam, sangat jarang dia akan menjamah ikan goreng atau telur goreng.

Berbeza dengan kebanyakkan kita semua suka akan aneka pilihan. Ini kerana Allah telah campakan kenikmatan, keseronakan merasa pelbagai jenis makanan di dalam nafsu kita. Sebab itu di nyatakan di dalam al-Quran mengenai rezeki makanan, kerana kalau kita imbau balik, kita sangat suka makan, ada orang suka makan KFC, ada orang suka Pizza, ada orang suka western. Makan sudah menjadi nafsu utama bagi manusia, Sebab itu Allah menyuruh umatnya berpuasa.

Apa Kaitan??

Sebab berpuasa dapat menahan nafsu, kadang-kadang jiwa saya sangat meronta untuk merasa semua jenis bahan-bahan yang dijual di Yong Tau Hu itu, tapi selepas habis membelinya, saya rasa membazir, kerana saya makan hanya sikit, dan masih banyak sisa-sisa yang ditinggalkan. Itulah manusia. Jadi macam mana nak mengenali "Yong Tau Hu yang Halal wa Toyibba".



Halal.
Sepatutnya kita lebih berhati-hati dalam bab makanan, jika makanan yang haram memasuki tubuhj kita, maka haram la rezeki yang kita perolehi, jika halal maka halal yang rezeki Allah itu, Sebelum membeli lihat dahulu jenis-jenis bahan-bahan dia. Adakah mencurigakan? Kita sebagai pelanggan ada hak untuk melihat bungkusan bahan-bahan itu, adakah disediakan cop halal atau tidak, adakah ada ramuan yang mengharamkan makanan itu. Itu tanggungjawab kita. Sebagai penjual kita sedia maklum kebanyakkan mereka hanya mahukan keuntungan, tetapi kita sebagai pembeli perlu berhati-hati.

Allah telah berfirman:-

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah berat.” 

(Surah Ibrahim, ayat 7)

Jika tidak berhati-hati maka rezeki yang diperolehi kita itu akan diragui, mungkin haram, mungkin halal. Maka apa yang diragui itu adalah syaitan. Lebih baik jauhkan ia daripada sikap ragu-ragu. Jangan malu untuk mencari yang halal, tetapi takut la untuk menyentuh yang haram. Baik apa saja yang haram.

Toyibba.
Berkenaan "Toyibba" iaitu baik. Baik dari segi mudahnya, sesuatu yang tidak kotor, tiada najis, atau tiada kuman, ada yang masih boleh dipakai,dimakan digunakan. Tetapi dari segi pandangan Islam baik itu merangkupi semua aspek. Kalau makanan itu halal tetapi ada bahan yang boleh membahayakan kesihatan, seperti kandungan gula yang berlebihan, kandungan bahan kimia yang tinggi, dan lain-lain yang boleh membawa kepada bahaya. Maka itu bukanlah makanan yang baik hatta halal.

Rasulullah SAW seperti sabda Baginda:- 

“Makanlah serta minumlah, dan bersedekahlah, dan juga pakailah (pakaian yang baik-baik serta berhiaslah), asalkan jangan untuk bermegah-megah dan menyombong, dan jangan pula melampau, kerana Allah SWT suka melihat kesan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya.”


Ramai dari kita sekadar memandang halal tapi kurang dari kita memandang Toyibb. Baik juga perlu kerana setiap rezeki yang dikurniakan Allah itu untuk kebaikkan hambanya. Walaupun halal tetapi kita perlu perhatikan adakah "Yong Tau Hu" itu molek dimakan atau baik untuk kesihatan. Itu adalah tanggungjawab anda sebagai pembeli.

Tips.
Saya ada beberapa tips yang saya guna sebelum mula makan Yong Tau Hu itu, selepas siap membeli, saya akan rebus semula di rumah sehingga mendidih, dan sup yang diberikannya itu hanya jadikan air rebusan. Dan sos yang disediakan itu saya tukar dengan sos yang saya sedia ada. Kerana saya curiga sos yang diberikannya itu tidak berkualiti, Peniaga semua mahu untung maa.. Bukan mahu bersangka buruk tetapi untuk kebaikkan saya dan ahli keluarga saya yang menjamah makanan itu nanti.



Ini kerana Makanan segera seperti itu perlu rebusan yang mendidih untuk memasaknya, perlu teliti adakah makanan itu sudah masak atau belum, dan saya biasanya akan memasukkan sedikit garam dalam rebusan saya untuk melebihi capaian takat susu didih, melebihi 100'c.

Sebab saya mahu makanan yang baik masuk kedalam perut saya ini :p

Kesimpulan.
Mudah dan senang, bahawa Allah telah kurniakan kita rezeki dan selepas itu ia berada di bahu kita untuk menentukan adakah dia halal dan baik untuk dimakan. Tanda halal telah disediakan oleh JAKIM. Jadi dia memudahkan kita, mungkin ada penyelewangan dan keraguan kerana JAKIM mungkin tidak berhati-hati dalam memberi tanda halal. Seperti pesan Dr.Maza sepatutunya JAKIM menetapkan tanda HARAM. Semua yang HALAL tidak perlu ditanda, jadi semua bahan yang tiada tanda adalah halal.

Mudahkan? Islam itu mudah.

Islam menjaga kita dari semua ceruk aspek kehidupan, berbeza dengan Agama-agama yang lain. Adakah kita masih ingin melawan Allah setelah terbukti bahawa Allah ingin melihat hambanya sihat selalu?

Wajarkah kita melawan perintah Allah setelah Allah memberi kita hidup lagi untuk hari ini?

Wallahualam.

Kurniakan kami anak yang soleh dan Isteri yang taat kepada Mu.......

Sunday, October 7, 2012

Air mani yang suci...

Rasulullah bersabda:-
"Ketika Tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, bergugurlah dosanya bagaikan dedaunan jatuh dari pohonya."


Kalau kita prihatin terhadap diri kita, mesti kita pernah terfikir "Adakah Allah sayang aku sebagai hambanya?" Allah tuhan sekalian alam yang menciptakan kita dari setetes air mani dari kemaluan lelaki sehingga disatukan di dalam rahim si wanita. Kalau kita pegang air mani itu kita tunjuk kepada masyarakat apa agaknya respom masyarakat kepada kita?

"Ko ni giler ke? Kotor tahu tak"

"Weh... Jijik laaa.. Eeeiii,, pengotor"

"Jangan buat perkara kotor camtu boleh tak?"

"Ko tak tahu ke benda tu kotor, weh jangan tunjuk-tunjuk dekat aku.. gile gelaman rasa"

Itulah respon masyarakat kepada kita, anda tidak percaya? Cuba la. Bahkan mungkin lebih teruk dari yang saya senaraikan. Kita pantas mengatakan "ia" kotor, "ia" jijik, "ia" bende yang dipandang hina. Tapi sedarkah kita, kita semua datang daripada itulah. Jika dibuang, tiada yang pandang, jika dihulur tiada yang mahu, jika dijual tiada yang membeli. Tapi kenapa kita masih sombong dengan pencipta kita?

Kita tidak pun berfikir sejenak asal kita daripada hasil yang kotor sehingga Allah mengankat kita tinggi setingginya. Jika kita bertakwa kita lebih mulia dari Malaikat, kita jika ingkar, kita lebih keji dari syaitan. Sedangkan Syaitan itu sudah azalinya dijadikan derhaka, tetapi kita manusia diberi pilihan. Pilihan nya cukup "Simple" Neraka atau Syurga.



Tetapi..............

Syurga itu dipagari dengan kesabaran, ketakwaan dan kehambaan kepada Allah.
Sedangkan Neraka itu dipagari dengan kenikmatan sementara, ketaksuban, kemaksiatan dan keingkaran kepada Allah.

Pantas mana pilihan kita? Kita diberi akal. Kita diberi masa yang panjang sebelum kita menempuh alam seterusnya. Gunakan setiap hela nafas kita itu untuk agama Islam. Adakah susah? Islam tidak melarang umatnya untuk bercouple, tetapi biarlah sah "aku terima nikahnya". Lepas tu kamu semua boleh la bermesra-mesra. Islam tidak melarang umatnya bercinta, Cinta akan sahabat-sahabat kamu, Cinta kepada keluarga kamu, dan Cinta kepada Allah dan Rasul.

Lantas mengapa kita sanggup mengatakan Allah itu tidak sayang kepada kita? Adakah kerana Allah menarik nikmat yang diberikan kepada kita sehingga kita meroyan lantas ingkar dengan perintah Allah? Ingatlah setiap rezeki yang ditarik oleh Allah itu ada hikmahnya.
Mungkin:-



Mungkin kita semakin lalai dengan pemberian Allah itu atau mungkin kita semakin menjauhi Allah dan mendekatkan kita kepada Neraka Allah. Dengan itu Allah menariknya kembali dan ingin melihat kita sabar supaya kembali kepada Allah dan bertawakal hanya kepada Allah.
"Adakah Allah sayang kepada aku. Mengapa nyawa ibuku diambilnya? Mengapa aku dikenakan pelbagai muhsibah, mengapa aku selalu ditimpa kesusahan dalam hidupku? Mengapa masyarakat memandang aku hina? Kepada siapa aku ingin mengadu? Kepada Allah? Sedangkan Allah menimpakan aku dengan pelbagai muhsibah, aku keseorangan, Aku sendirian. Keluarga aku memulaukan aku. Isteri ku meninggalkan aku. Anak-anak aku menderhakai aku, harta benda aku diambil orang. Aku tiada siapa lagi tempat bergantung."
Ingatlah wahai hamba, Kita dijadikan oleh Allah, dan kita juga akan kembali kepada Allah. Cukuplah Allah buat mu, berdoalah kepada nya. Beristifar lah kepadaNya. Semoga Allah mengampunkan dirimu, Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan pemberi Rahmat. Lantas kenapa engkau bisa tinggalkan Allah dahulu dan kini engkau merintih mencarinya? Tidak mengapa kerana manusia itu ramai yang lalai, dan kita salah satu daripadanya. Kita lalai dengan dunia. Sehingga termakan ajakan Iblis.
"Ya Allah aku taubat kepada Mu ya Allah, terima la keampunan aku ini. Aku memohon ampun ke atas dosa-dosa aku dahulu, Aku ingin kan keampunan Mu itu ya Allah. Ampunkan daku ini Ya Allah, Ya Rabb, Ya Alim."
Tiba-tiba dia duduk berapa lama. Dia sudah taubat, dia sudah memohon ampun, dia ingin berubah, dengan hati yang lapang dia bertaubat nasuha. Tetapi dengan tidak semena-mena, dia tergelincir lagi. Dia lantas membuat maksiat lagi. Selepas tergelincir:-

Hadith Qudsi kata:-
Hamba Allah ini berkata: "Ya Tuhan, aku telah berbuat dosa lagi, ampunlah daku." Allah berkata didalam Hadith itu: "Hamba ini tahu bahawasanya baginya Tuhan boleh mengampunkan dosa dan mengambil tindakan ke atas dosa itu. Aku ampunkan dia."
Selagi mana kamu ikhlas kamu betul ingin kembali kepada Allah, pintu taubat itu dibuka seluas-luasnya untuk hamba Allah yang ingin kembali kepadaNya. Sama-sama lah kita bertaubat kepada Allah.

Wallahualam....

Ya Allah. Kami memohon keampunan Mu ya Allah. Cukup Engkau untuk kami Ya Allah.

Friday, October 5, 2012

Demokrasi atau Autokrasi??


Sebelum memulakan sebarang penulisan artikel mengenai tajuk ini, saya memohon kerjasama pembaca agar jangan menuduh saya pro-pembangkang atau pemberontak yang ingin melawan kerajaan sekarang. Saya hanya ingin menjadi rakyat yang bebas, rakyat yang bebas memberi buah fikiran, rakyat yang bebas mengkritik. Tidakkah kalau tuan-puan, cik-encik tidak suka kepada sesuatu perkara maka kamu akan mengkritik? Saya mengkritik kerana saya merasakan saya tidak bebas, saya seperti menjadi hamba kepada manusia. Seperti digula-gulakan.

Okay....



Demokrasi.


Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.
Perkataan ini berasal dari Yunani bermaksud "rakyat", ditambah pula bermaksud "memerintah", dengan kata hubung memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya. Demokrasi secara ekstrem boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung , dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat).

Okay... Faham sekarang apa itu Demokrasi? Ia dipilih oleh rakyat. Umpama kita semua bersatu suara memilih pemimpin kita, dan jika pemimpin kita itu melakukan kesalahan rakyat boleh bersuara, Pemimpin bukan la Ditaktor. Pemimpin bukan Tuhan yang disembah, tapi dengan kata mudah pemimpin kita adalah hamba kita, pemimpin kita adalah orang yang menjalankan tanggungjawabnya untuk memenuhi hati rakyat.

Mungkin akan ada bersuara, "Dah kalau ikut semua kehendak rakyat, bangkrap la negara, kalau ikut semua rakyat, nanti negara akan merudum, bukan rakyat itu betul sangat."
Betul, memang betul kalau rakyat itu bukan betul semua, tapi kita kena lah faham, maksud rakyat itu sendiri bermaksud plural. Ramai, sebuah kelompok manusia yang ramai, "rakyat". 
Agak mustahil di dalam suara-suara rakyat itu semuanya tidak mempunyai pelajaran, mustahil daripada suara-suara rakyat itu semuanya sekadar setakat belajar di peringkat Rendah. Mustahil kalau kamu katakan demikian.
Rakyat besuara kerana ada yang tidak kena dengan sistem pemerintahan, Saya taknak sentuh mana-mana parti, Tetapi apa yang saya ingin hujjahkan disini, supaya kita bawa berfikir, adakah kita hanya mahu hidup di bawah takat yang sama?

Okay....

Autokrasi.

Autokrasi adalah satu bentuk kerajaan di mana seseorang memiliki kuasa mutlak Autokrat adalah seseorang (seperti raja) memerintah dengan kuasa mutlak (tanpa had). Istilah autokrasi diambil dari perkataan autokratōr (αὐτοκράτωρ, harfiah. "pemerintah-sendiri", atau "seseorang yang memerintah mengikut dirinya sendiri"). Banding dengan oligarki ("perintah oleh sebilangan") dan demokrasi ("perintah oleh rakyat").
Pada masa kini istilah autokrat biasanya difahami sebagai sama erti dengan despottyrant dan diktator, sungguhpun setiap istilah ini pada asalnya memiliki makna yang berlainan dan berbeza..


Okay merujuk kepada perkara di atas, Diktaktor. Walaupun maksud dia "seorang" lebih menjurus kepada benda yang satu. Mungkin boleh diambil "sebuah", "sekelompok", "Satu" Dan menjadi satu kelompok yang Ditaktor, Dan menjadi sebuah parti yang Ditaktor. Nampak tak? Parti yang ditaktor. Walaupun didalam negara demokrasi akan ada cara pemerintahan berlandaskan Autokrasi. 

Kesimpulan.

Saya tidak mahu bahaskan secara lebih mendalam sehingga akan terjebak kedalam mana-mana parti politik, tetapi kita sebagai rakyat perlu berfikir, kita hidup untuk apa? Apa tujuan kita hidup, Kata Ibnu Taimiyyah, Politik dan Islam tidak dapat dipisahkan, orang yang sibuk dengan politik sehingga lupa Islam pun tidak berguna jugak, orang yang beramal katanya Politik jangan masuk agama maka dia adalah "Sekularisme". Kita perlu bergerak seiring dengan Islam.

Harap jangan ada yang berkecil hati. Saya seorang yang mahu bebas dari kepompong penghambaan, Hanya mahu menjadi hamba kepada Allah bukan kepada manusia atau parti, atau kelompok atau apa-apa. Kecuali saya menjadi penyokong ke arah kebenaran.

Wallahualam....

Jadikan kami dikalangan orang yang taat kepada Mu......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...