Pages

Followers

Tuesday, March 19, 2013

Wanita itu juga perlu bebas





Wanita itu tidak lain tidak bukan hanya sebagai pembantu suami, tetapi suami bukanlah tuan kepada isterinya, jadikanlah wanita itu bebas untuk mereka juga mengenal dunia seperti mana sang lelaki mengenal dunia dan bebas bergerak, adakah menjadi satu kesalahan kepada wanita untuk berjuang seperti lelaki dan menjadi satu kesalahan kepada wanita untuk bergerak bebas seperti lelaki? Hak wanita disekat habis oleh setengah golonga agamawan konservatif, malahan hak wanita juga disekat oleh wanita sendiri yang minda mereka dan termakan dengan doktrin yang mengatakan mereka hamba kepada lelaki. Bagi aku ini adalah satu kecacatan yang nyata dalam agama Islam, iaitu agama yang membebaskan. Wanita hamba kepada suami? Wanita itu adalah ratu dan pendamping suami bukanlah hamba nafsu seks suami.


1. Ketika suami menikah lagi dan perempuan berusaha menerima (karena alasan ekonomi atau agama atau alasan apapun), ia akan duduk sendiri di setiap malam dalam gelap kamar saat suaminya tengah mendekap mesra seorang perempuan lain di ranjang lain. Ia akan (mungkin) menangis karena terluka, tapi demi anak-anak ia akan berusaha menerimanya dengan sabar.


2. Sebagai isteri ia siap mengorbankan impian-impiannya demi mengurus suami (yang kadang bersifat kekanak-kanakan dan minta diurus) dan anak-anak yang bandel.


3. Ketika suami mencela masakannya, ia akan bersusah payah belajar masak dari siapapun untuk bisa menghidangkan makanan dengan rasa terbaik pada suami dan anak-anaknya.


4. Ia bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Jam kerjanya tak berbatas. Ia bangun ketika siapapun di rumah belum bangun, mulai bekerja, memasak, membersihkan rumah, mencuci pakaian, lalu mengurus suami sebelum pergi kerja, mengurus anak-anak berangkat sekolah, ketika pakaian kering di jemuran ia akan mengangkatnya dan menyetrika dengan rapi.


5. Kemudian setelah begitu capek mengurus rumah tangga, malam giliran memenuhi ini itu suaminya. Mulianya seorang isteri adalah: tukang masak, tukang cuci, cleaning service, babu dan wanita penghibur digabung jadi satu.


6. Ketika suaminya menginginkan punya anak 4,5,6 atau 9 orang, ia sebagai isteri harus siap menderita mengandung anak dan bertarung nyawa melahirkannya. Suami kadang tidak terlalu paham penderitaan macam begini karena mereka tidak mengalaminya


7. Meski laki-laki tak paham benar, tapi Allah Maha Mengerti, karena itulah ia memberi reward pada pengorbanan perempuan. Bagi yang meninggal karena melahirkan anak, Tuhan langsung memberinya surga. Bagi isteri yang setia bekerja mengurus rumah tangganya, dengan sabar dan ikhlas, maka silahkanlah ia masuk surga dari pintu mana saja ia suka.


Mulialah wanita shalihah. Di dunia, ia akan menjadi cahaya bagi keluarganya dan berperan melahirkan generasi dambaan. Jika ia wafat, Allah akan menjadikannya bidadari di surga. 
Kemuliaan wanita shalihah digambarkan Rasulullah Saw. dalam sabdanya, 

“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita shalihah”. (HR. Muslim).


Semoga Bermanfaat

Aamiin Ya rabbal 'alamin...

Jangan meletakkan diskriminasi antara wanita dan lelaki, wanita itu banyak pengorbanan mereka, malahan di dalam Islam semasa zaman Rasulullah, wanita sangat dipuji Rasulullah, malahan anak rasulullah iaitu Fatimah sangat disayangi rasulullah sehingga ada satu hadith sesiapa yang menyakiti Fatimah ibarat menyakiti rasulullah. Malahan lihat juga perjuangan Siti Khadijah dan isteri-isteri rasulullah yang lain, mereka banyak berkorban di dalam dunia Islam dan mereka bebas untuk berdakwah dan bergerak, tetapi sekarang golonga agamawan merasakan wanita ibarat se-ekor singa yang buas yang perlu di kurung agar tidak membawa bala kepada ummat. Itulah dia sikap fikiran dogmatik yang masih ada didalam jiwa agamawan dan muslim era ini.






Monday, March 18, 2013

Selamat Hari Lahir > Selamat Pendek Umur




Menjadi satu provokasi untuk aku jika mengucapkan "Selamat Pendek Umur". Kata orang silap kita tak nampak, Betollah, mungkin kesilapan daku sendiri ku tak nampak, Jadi ku memohon maaf dahulu, sebelum ajal menjemput ku bertemu Sang Khalik pencipta Yang Esa.

Selamat Hari Lahir- Bermaksud menyambut hari yang ketibaan ke muka bumi, keluarnya dari perut ibu menangis merintiha kerana baru sahaja menempuh satu alam baharu yang belum pernah dijumpai, Maka saban tahun tarikh itu akan dikenang manusia. Tetapi suka aku membawa satu nasihat dan persoalan.
Ramai mana di antara kita apabila mendengar "Selamat Hari Jadi!" akan teringat hari-hari yang berlalu? Mengingati dosa-dosa lalu? Adakah amal ibadat sudah bisa untuk bertemu pencipta?

Maka "Selamat Hari Lahir" diubah kepada "Selamat Pendek Umur". Tidak kah itu sangat kasarnya bahasa? Mengucapkan selamat pendek umur kepada orang lain? Sebelum itu suka juga aku nak sebutkan, bukankah Selamat itu bermaksud menyambut? Selamat Hari Raya, Selamat Hari Ibu, Selamat Hari Krismas, Selamat itu merujuk kepada sesuatu penyambutan. Jadi bisa atau tidak Selamat Pendek Umur?

Teringat aku sebuah kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua, bertanya wanita itu
"Ya Rasulullah, adakah orang macam aku ini akan masuk Syurga?"
Jawab Rasulullah "Tidak! Orang tua tidak akan masuk Syurga"
Kalau di amati kata-kata itu sangatlah pedih dan menyakitkan hati.
Jawa Rasulullah lagi "Mengapa engkau bersedih? Di Syurga semua nanti muda-muda tiada lagi perbezaan umur ini, semuanya sama dari segi umur, dan umur tidak akan meningkat seperti di dunia ini"
Itulah dia satu kata-kata yang memberi maksud yang mendalam. Kalau diamati sedalamnya gurauan Rasulullah itu agak kasar, malahan ada lagi gurauan Rasulullah agak kasar tetapi dalam gurauan itu ada maksud yang mendalam, berbeza kita hari ini bergurau dengan mempersenda sahabat-sahabat sehingga menyakitkan hati sahabat kita, menggunakan nama ayah untuk tujuan gurauan, menghina sahabat kita. Itulah dia untuk orang yang bisa berfikir. 

"Selamat Pendek Umur!" Menjadi satu isu, isu yang menyebabkan perbalahan, tetapi gurauan yang dilarang dalam Islam tidak menjadi isu, itulah dia sifat yang masih melekat di dalam diri manusia.


Daripada Abi Ya’ala Syadad bin Aus r.a. dari Nabi s.a.w. sabda Baginda, 
‘Orang yang cerdik ialah orang yang mempertaruhkan dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati. Orang yang bodoh ialah orang yang menurutkan hawa nafsu dan berangan-angan yang Allah akan memenuhi apa yang dicita-citakannya.
Riwayat Tarmizi –


Jiwa yang masih lekang dengan sifat iri hati dan dogma, menjadikan manusia-Islam [umat Islam] lemah di mata dunia, Nabi membawa perjuangan yang mengingatkan kematian, bukan lah perjuangan yang bergembira di dunia dengan ideas Hedonis.

Bukankah mati itu adalah sebaik-baik tempat kembali? Mengapa orang takut akan menjadi pendeknya umur? Adakah belum bersedia bertemu yang Maha Esa? Bersimpuh lah memohon doa, merintih menangis teringatkan dosa lalu, memandang jauh ke atas bahawa Sang Khalik sentiasa memerhati.

Orang yang bijak itu selalu mati di ingatannya, barulah perjuangan menjadi mudah. Adakah umur kita selama ini di isikan dengan perjuangan yang sepatutnya? Kita selalu ingin mengejar kekayaan dunia, mencari kereta mahal-mahal, rumah mahal, isteri yang cantik rupawan dan suami yang hensem lagi alim ulamak. Tetapi kita lupa satu perkara.

Kita hidup dalam kesenangan dunia selama ini, sehinggakan jiran sebelah rumah kita dilupai, cukupkah makan mereka? Cukupkah tidur mereka? Lena kah tidur mereka? Dan daripada itu masih ramai yang miskin papa kedana fakir miskin di lorong-lorong Kuala Lumpur bandar Metropolitan Malaysia, tetapi adakah kita berfikir akan hal itu?
Kita masih terikat dalam sistem [insyAllah bab sistem akan diterangkan dalam artikel lain] yang mendoktrinisasi minda manusia.

Belajar [Menghafal bukan belajar] untuk hidup, cari kerja dan kahwin maka beli kereta dan rumah mahal, ada anak maka menyuruh anak pula untuk belajar bersungguh-sungguh. Kitaran ini berlaku saban hari saban bulan saban tahun.

Itulah dia sistem yang membelengu jiwa manusia. Memandang jauh aku luar tingkap melihat kicauan burung, melihat angin menyapu daun pokok, awan mengubah bentuknya, ingin ku titis air mata ini, tetapi tidak ku mampu, bertapa sudah kerasnya jadi mata ini untuk menitis titisan air kesyukuran kepada Sang Khalik pencipta Yang Esa.

>>> Satu ideas itu menjadi cerdik apabila disampaikan oleh orang yang hebat dan mulia di mata kalangan mereka, tetapi...

>>> Menjadi bodoh apabila disampaikan oleh orang yang dibencinya dalam kalangan mereka.

Ayuh berubah sahabat ku semua, DUT 1A kita membawa satu perubahan kepada batch ini, Sama-sama kita ingat akan mati. Ayuh Sahabat seperjuangan-ku. Buang segala dogma dan iri hati, buang segala perasaan benci dan amarah yang tidak tentu hala, Buang segala sifat tasassus [berasa besar daripada orang lain]. Kepada yang tua sayangi yang muda, kepada yang muda hormati yang tua.

Mohon maaf dariku jika tersilap bicara!!

>>>>>>>>>>>>Khas Untuk Kak-Long Kelas Dut 1A<<<<<<<<<<<<<

Hadiah hari jadimu, Maaf tiada material lain yang mampu aku hadiahkan, sekadar secebis artikel yang biasa lagi buruk.Diharapkan sudilah Kak-Long baca. Wallahulam. 

Sunday, March 17, 2013

Ayuh berubah Sahabat



[Ayuh Berubah Sahabat]

Dipenghujung hari ini ayuh berubah
Berubah menjadi pahlawan
Menentang raja yang zalim
Mengaut untung titik peluh rakyat
Ayuh berjuang melawan tirani

Wahai sahabat seangkatan semua
Masa depan kita usah dibiar berlalu
Diambil iktibar dari masa silam
Firaun bertakhta dahulunya kejam
Musa diutus Allah melawan
Ditemani Harun pendebat terbilang

Ayuh sahabat bergerak
Mencari kemenangan di jalan yang benar
Sempit kita hanya seketika
Senang kita di hari yang dijanjikan
Allah Maha menepati janji
Bukanlah manusia sekadar kata-kata nista


Saturday, March 16, 2013

Agama bukan Material Jualan




[Agama bukan material jualan]


Wahai pembela agama!

Wahai anak pejuang agama!
Wahai durjana agama!
Ingin aku persembahkan kata-kata,

Bahawa agama-Nya bukan Material,
Bukanlah Material jualan,
Mengapa si durjana agama menjadikannya,
Menjadikannya semacam material,
Untuk kesenangan diri di dunia,

Menjual dan membeli,
Itu dia dagangan!
Agama-ku bukan bahan dagangan!
Agama-ku adalah Islam,
Mana pergi pejuang agama?
Mana pergi anak pejuang agama?

Bisakah kamu melihat agama dijadikan candu?
Candu kepada penganutnya sendiri,
Yang mengkhayalkan diri umat-Nya.

Wahai Durjana,
Wahai pembela agama,
Wahai anak pejuang agama.

Cukuplah Islam itu sekadar agama yang lengkap,
Usahlah kalian menjadikan Islam itu Material Jualan.!!!

Ku harap penjual agama itu tidak lagi menjual agama Islam yang suci ini, dan tidak menjadikan agama sebagai bahan komoditi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...