Menjadi satu provokasi untuk aku jika
mengucapkan "Selamat Pendek Umur". Kata orang silap kita tak nampak,
Betollah, mungkin kesilapan daku sendiri ku tak nampak, Jadi ku memohon maaf
dahulu, sebelum ajal menjemput ku bertemu Sang Khalik pencipta Yang Esa.
Selamat Hari Lahir- Bermaksud menyambut hari
yang ketibaan ke muka bumi, keluarnya dari perut ibu menangis merintiha kerana
baru sahaja menempuh satu alam baharu yang belum pernah dijumpai, Maka saban
tahun tarikh itu akan dikenang manusia. Tetapi suka aku membawa satu nasihat
dan persoalan.
Ramai mana di antara kita apabila mendengar
"Selamat Hari Jadi!" akan teringat hari-hari yang berlalu? Mengingati
dosa-dosa lalu? Adakah amal ibadat sudah bisa untuk bertemu pencipta?
Maka "Selamat Hari Lahir" diubah kepada "Selamat Pendek Umur". Tidak kah itu sangat kasarnya bahasa? Mengucapkan selamat pendek umur kepada orang lain? Sebelum itu suka juga aku nak sebutkan, bukankah Selamat itu bermaksud menyambut? Selamat Hari Raya, Selamat Hari Ibu, Selamat Hari Krismas, Selamat itu merujuk kepada sesuatu penyambutan. Jadi bisa atau tidak Selamat Pendek Umur?
Teringat aku sebuah kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua, bertanya wanita itu

"Ya Rasulullah, adakah orang macam aku ini akan masuk
Syurga?"
Jawab Rasulullah "Tidak! Orang tua tidak akan masuk
Syurga"
Kalau di amati kata-kata itu sangatlah pedih dan
menyakitkan hati.
Jawa Rasulullah lagi "Mengapa engkau bersedih? Di Syurga
semua nanti muda-muda tiada lagi perbezaan umur ini, semuanya sama dari segi umur,
dan umur tidak akan meningkat seperti di dunia ini"
Itulah dia satu kata-kata yang memberi maksud
yang mendalam. Kalau diamati sedalamnya gurauan Rasulullah itu agak kasar,
malahan ada lagi gurauan Rasulullah agak kasar tetapi dalam gurauan itu ada maksud
yang mendalam, berbeza kita hari ini bergurau dengan mempersenda
sahabat-sahabat sehingga menyakitkan hati sahabat kita, menggunakan nama ayah
untuk tujuan gurauan, menghina sahabat kita. Itulah dia untuk orang yang bisa
berfikir.
"Selamat Pendek Umur!" Menjadi satu
isu, isu yang menyebabkan perbalahan, tetapi gurauan yang dilarang dalam Islam
tidak menjadi isu, itulah dia sifat yang masih melekat di dalam diri manusia.
Daripada Abi Ya’ala Syadad bin Aus r.a. dari Nabi s.a.w.
sabda Baginda,
‘Orang yang cerdik ialah orang yang mempertaruhkan dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati. Orang yang bodoh ialah orang yang menurutkan hawa nafsu dan berangan-angan yang Allah akan memenuhi apa yang dicita-citakannya.
Riwayat Tarmizi –
Jiwa yang masih lekang dengan
sifat iri hati dan dogma, menjadikan manusia-Islam [umat Islam] lemah di mata
dunia, Nabi membawa perjuangan yang mengingatkan kematian, bukan lah perjuangan
yang bergembira di dunia dengan ideas Hedonis.
Bukankah mati itu adalah sebaik-baik tempat kembali? Mengapa orang takut akan menjadi pendeknya umur? Adakah belum bersedia bertemu yang Maha Esa? Bersimpuh lah memohon doa, merintih menangis teringatkan dosa lalu, memandang jauh ke atas bahawa Sang Khalik sentiasa memerhati.
Orang yang bijak itu selalu mati di ingatannya, barulah perjuangan menjadi mudah. Adakah umur kita selama ini di isikan dengan perjuangan yang sepatutnya? Kita selalu ingin mengejar kekayaan dunia, mencari kereta mahal-mahal, rumah mahal, isteri yang cantik rupawan dan suami yang hensem lagi alim ulamak. Tetapi kita lupa satu perkara.
Kita hidup dalam kesenangan dunia selama ini, sehinggakan jiran sebelah rumah kita dilupai, cukupkah makan mereka? Cukupkah tidur mereka? Lena kah tidur mereka? Dan daripada itu masih ramai yang miskin papa kedana fakir miskin di lorong-lorong Kuala Lumpur bandar Metropolitan Malaysia, tetapi adakah kita berfikir akan hal itu?

Kita masih terikat dalam sistem [insyAllah bab sistem akan diterangkan dalam artikel lain] yang mendoktrinisasi minda manusia.
Belajar [Menghafal bukan belajar] untuk hidup, cari kerja dan kahwin maka beli kereta dan rumah mahal, ada anak maka menyuruh anak pula untuk belajar bersungguh-sungguh. Kitaran ini berlaku saban hari saban bulan saban tahun.
Itulah dia sistem yang membelengu jiwa manusia. Memandang jauh aku luar tingkap melihat kicauan burung, melihat angin menyapu daun pokok, awan mengubah bentuknya, ingin ku titis air mata ini, tetapi tidak ku mampu, bertapa sudah kerasnya jadi mata ini untuk menitis titisan air kesyukuran kepada Sang Khalik pencipta Yang Esa.

>>> Satu ideas itu menjadi cerdik apabila disampaikan oleh orang yang hebat dan mulia di mata kalangan mereka, tetapi...
>>> Menjadi bodoh apabila disampaikan oleh orang yang dibencinya dalam kalangan mereka.
Ayuh berubah sahabat ku semua, DUT 1A kita membawa satu perubahan kepada batch ini, Sama-sama kita ingat akan mati. Ayuh Sahabat seperjuangan-ku. Buang segala dogma dan iri hati, buang segala perasaan benci dan amarah yang tidak tentu hala, Buang segala sifat tasassus [berasa besar daripada orang lain]. Kepada yang tua sayangi yang muda, kepada yang muda hormati yang tua.
Mohon maaf dariku jika tersilap bicara!!
>>>>>>>>>>>>Khas Untuk Kak-Long Kelas Dut 1A<<<<<<<<<<<<<
Hadiah hari jadimu, Maaf tiada material lain yang mampu aku hadiahkan, sekadar secebis artikel yang biasa lagi buruk.Diharapkan sudilah Kak-Long baca. Wallahulam.

No comments:
Post a Comment