[Agama bukan material jualan]
Wahai pembela agama!
Wahai anak pejuang agama!
Wahai durjana agama!
Ingin aku persembahkan kata-kata,
Bahawa agama-Nya bukan Material,
Bukanlah Material jualan,
Mengapa si durjana agama menjadikannya,
Menjadikannya semacam material,
Untuk kesenangan diri di dunia,
Menjual dan membeli,
Itu dia dagangan!
Agama-ku bukan bahan dagangan!
Agama-ku adalah Islam,
Mana pergi pejuang agama?
Mana pergi anak pejuang agama?
Bisakah kamu melihat agama dijadikan candu?
Candu kepada penganutnya sendiri,
Yang mengkhayalkan diri umat-Nya.
Wahai Durjana,
Wahai pembela agama,
Wahai anak pejuang agama.
Cukuplah Islam itu sekadar agama yang lengkap,
Usahlah kalian menjadikan Islam itu Material Jualan.!!!
Ku harap penjual agama itu tidak lagi menjual agama Islam yang suci ini, dan tidak menjadikan agama sebagai bahan komoditi.
No comments:
Post a Comment