Pages

Followers

Wednesday, December 26, 2012

...dan tutup lah yang rambutnya





Dia yang memberitahu saya dahulu, “Allah tahu siapa saya. Hanya Allah yang berhak putuskan, sama ada Dia mahu menerima solat saya ataupun tidak. Walaupun saya tidak bertudung tetapi Allah lebih tahu hati saya. Saya tidak mahu hipokrit.” 

Waktu itu, dia adalah idola saya. Mendengarkan kata 'tidak mahu hipokrit' sepertinya rakyat kulit hitam yang mendapatkan inspirasi daripada Malcom X. Saya begitu terinspirasi dan tanpa canggung, terus mengirai rambut ikal hitam lebat saya, dengan wajah tersenyum-senyum. 

Benarlah rambut saya dan rambut dia berbeza, dia berambut lurus, panjang lebih sedikit dari telinga dan dia terlihat Korea cantik. Manakala saya, rambut ikal hitam, panjang melebihi bahu dan terlihat persis Latino. Dan apabila berjalan, tidak pernah tidak ada lelaki yang tidak melihat dengan mata yang bulat-bulat. 

Dia jugalah yang meyakinkan saya dengan kata-katanya, “Mengapa perlu menutup rambut? Bukankah menutup dada dan paha itu sudah cukup bagi mengelakkan maksiat?” 

Saya cukup yakin dengan dia, kerana saya kenal dia. Dia bukan berasal daripada keluarga yang biasa-biasa. Ayah dan datuknya adalah imam masjid. Ibunya pula seorang yang bertudung dan dia juga adalah pelajar pintar di sekolah. Pasti sahaja segala sebab-sebab yang dia beritahu ada hujahnya, hujah yang saya tidak tahu apa, tetapi cukuplah saya diyakinkan oleh dia kerana dia itu budak yang pandai. 

Cuma pada hari ini, dia yang menjadi idola kepada saya selama ini sudah tidak nampak lagi rambut lurusnya yang lembut halus. Semuanya sudah dilitupi tudung biru sehingga apa yang nampak adalah bentuk bujur wajahnya yang sempurna, dan senyum manis yang terbit daripada wajahnya. 

“Mengapa?” Hanya itu yang mampu saya soalkan. Rambut ikal yang saya gayakan twisted loop mula terasa menjadi beban kepada hati saya. 

“Anggaplah saya sudah mendapat hidayah,” jawab dia ringkas. 

“Itu sahaja? Awak sudah dapat hidayah ataupun awak sudah belajar menjadi hipokrit?” soal saya. Terasa ketul-ketul tidak puas hati berkumpul dalam dada. Mahu saya semburkan satu per satu ke muka dia. 

Dia pula anehnya, semakin tenang mendengarkan suara keras saya. Sepertinya dia sudah bersedia untuk menerima semua kata-kata nista daripada seluruh dunia. 

“Kamu tahu tentang ibu saya?”



Segera ingatan saya mengarah pada seorang perempuan yang tidak pernah kering senyuman daripada wajahnya. Segera juga saya teringat bahawa perempuan itu, sudah dua bulan meninggalkan dunia ini. Lalu segera juga datang logik dalam kepala saya, adakah kerana wasiat ibunya sehingga dia menjadi begini? Saya berasa sedikit janggal untuk berfikir apa-apa berkenaan hal itu, juga berasa serba-salah kerana mengeraskan suara kepada dia. Dan akhirnya saya cuma diam. 

“Semasa akhir hayatnya, ibu saya cuma berpesan suatu perkara, memohon saya kembali kepada Allah untuk semua perkara yang terjadi, kerana hanya kasih Allah yang melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya.” 

Saya mengangguk-angguk walaupun saya sendiri tidak pasti mengapa saya perlu mengangguk-angguk. 

“Pada mulanya, saya mendengar pesan itu sebagai pesan yang biasa. Sehinggalah dua minggu lepas, ada perkara berat yang terjadi kepada saya. Masalah yang membuatkan saya hilang punca, dan sekiranya ibu masih ada, maka dengan dialah saya akan mengadu. Mujurlah pada ketika itu, saya teringatkan pada pesanan ibu.” 

Entah mengapa, tiba-tiba saya nampak pada pelupuk matanya ada air bening. Cepat-cepat dia menguis. Entah kisah apalah yang mahu dia sampaikan sehingga perlu diberi permulaan air mata, dan jujurnya, ia membuatkan saya semakin berdebar. 

“Pada setiap kali solat, pada setiap sujud, dan pada setiap selesai solat, saya berdoa kepada Allah, 'Ya Allah, makbulkan doa saya ya Allah, makbulkanlah. Saya sudah tidak tahan dgn dugaan-Mu ya Allah, makbulkanlah doa saya, saya mohon hentikan ujian ini...' Itulah doa yang saya ulang-ulang. Sehinggalah pada suatu malam, selepas solat Isyak....” 

Dia berhenti, dan lebih banyak butir air mata yang tumpah. 

“Selepas solat Isyak itu, dengan kuasa Allah, datang bisikan dalam hati saya, 'Mengapa kau terlalu meminta-minta kepada Allah sedangkan kau tidak cukup bagus kepada-Nya? Bayangkan kau minta baju, kasut, dan barang-barang daripada kawan kau... adakah dia sudi mahu hadiahkan? Sedangkan kau memburuk-burukan dia? Sedangkan kau hanya tahu bermulut manis? Sedangkan kau menyakiti hatinya? Kau tidak mahu mendengar katanya, dan kau tidak mahu menerima arahannya? Benar Allah maha pengasih, maha mengasihani, maha penyayang tetapi sedarkah kau, udara yang kau hirup, mata yang kau pakai, duit yang kau peroleh itu semua adalah tanda maha pengasihnya Allah? Tanda maha mengasihaninya Dia? Jadi, dia mana kau letakkan malu kau sebagai hamba kepada Allah? Sudahlah hanya hamba yang ingkar, mengarah-arah pula. Kau tidak malu?” 

Dia kembali mengesat air matanya. Dan saya tahu, ceritanya belum berakhir. 

“Saya masih berasa bersalah dengan pegangan saya dahulu. Saya salah menggunakan kata 'hipokrit'. Saya tidak mahu hipokrit kepada diri dan masyarat, tetapi akhirnya saya hipokrit kepada Allah.Untuk mengerjakan suruhan dan menghindari larangan Allah, tidak ada kata 'hipokrit' kerana Allah tahu hati kita. Kata 'hipokrit' hanya wujud pada ketika melanggar larangan-Nya. Saya tahu, menutup aurat itu wajib, tetapi saya memilih bagi tidak menjadi 'hipokrit kecil' iaitu hipokrit kepada diri sendiri, dan akhirnya saya tanpa sedar menjadi 'hipokrit besar', hipokrit kepada Allah. Memanglah ikhlas itu perlu, tetapi bagaimana kita mahu ikhlas sekiranya suruhan Allah pun kita tidak lakukan? Mengapa kita hanya 'ikhlas' bagi mengerjakan larangan-Nya dan menghindari suruhan-Nya? Hanya itu sahajakah makna ikhlas dan hipokrit yang kita tahu?” 

Saya menelan liur mendengarkan kata-kata dia. Terlalu bisa sebenarnya. Terlalu mencucuk hati. 

“Namun sesuatu yang saya sedari, walaupun datuk dan ayah saya imam masjid dan ibu saya itu kuat agamanya, tetapi hidayah itu hanya datang daripada Allah. Bukan datang daripada ayah, datuk dan ibu saya. Hidayah itu bukan dicari daripada mereka, tetapi dicari daripada Allah. Dan saya yakin, atas sebab itulah, 'kembali kepada Allah', menjadi pesan terakhir ibu kepada saya....” 

Dia tidak mampu meneruskan lagi kata-katanya, dan hanya terdengar esak yang semakin bergema dalam hati saya. Ya, Allah ampunkan aku. Ya, Allah.


Wanita Solehah itu hiasan dunia-Nya. Diharapkan Wanita mengejar supaya menjadi Solehah sebelum mencari Imam yang Soleh, penuh diri dengan Ilmu agama dahulu, bagi para lelaki ini supaya sibukkan diri mereka kepada kerjaya dan ahli keluarga mereka, kerana para lelaki soleh adalah mementingkan Ibu dan ayah mereka, dan mereka perlu lebih tahu tentang Jihad, menyebarkan agama Allah, dan membebaskan masyarakat yang tertindas. Diharapkan wanita-wanita solehah menjadi pembantu kepada pejuangan kami.

Tuesday, December 25, 2012

Wanita yang bergelar "Abu Zhar"



"Kita wajib membantu golongan miskin, sementara kepada kaum wanita atau lebih manisnya dipanggil kaum hawa yang diciptakan dari rusuk adam, silalah jaga maruah anda. Tutup segala perhiasan yang Allah kurniakan kepada anda. Kita hanyalah hamba semata-mata hamba Allah tidak lebih. Kepada Allah kita berharap kepada-Nya jua kita mengharap." Laung Nurul Najihah Husin atau lebih dikenali sebagai Jiha.

Perwatakkannya cukup dramatis dan selalu berjalan sendirian tanpa teman, didalam hatinya hanya ada Allah dan suaminya. Retoriknya hanyalah cinta kepada Allah, perbualannya hanyalah terbatas kepada cinta Allah dan Rasul. Dia lebih dikenali sebagai "Abu Zhar Wanita". Peribadinya melambangkan dia seorang yang tegas dan teguh pendiriannya. Walaupun begitu dia seorang yang lantang berpidato dan celik akalnya. Sering dipuji pensyarahnya dan rakannya manakala golongan bergelar adam sering mengimpikan dirinya. Itulah dia Nurul Najihah Husin atau dikenali Jiha.

"Kenapa diri kita asyik dengan kekayaan dunia yang tiada habis ini? Kita mengejar hasil bumi tanpa henti, kita semua mengejar harta dunia. Bahkan kita lupa kepada golongan miskin, kita lupa akan golongan yang tertindas. Adakah kita rasa kita dapat selamat dihadapan Allah nanti wahai sahabat? Sistem ekonomi yang melanda bumi ini telah merosakkan jiwa kita, sistem kapatalis yang hanya mementingkan keuntungan dari kemanusian, sistem ini memakan jiwa kita yang suci, sistem ini telah menjadikan kita seorang yang tamak akan harta dunia sampai kita terlupa akan kesusahan orang lain." tambah Jiha lagi dengan penuh hiba, nampak kelopak matanya bergenang air. Ucapan yang dipersembahkan itu adalah ucapan sempena pembukaan amal Palestin di Dewan Jubli Perak PUO. Ucapan itu mendapat sambutan para hadirin dan suaminya juga.

"Sungguh bersemangat sayang di pentas dewan tadi." puji suaminya dengan senyuman.

Haikal iaitu suami Jiha, selalu memberi semangat kepada Jiha untuk melanjutkan pelajarannya, walaupun Jiha sudah memperolehi pangkat Dr.PhD dalam pengajiannya terdahulu. Haikal selaku suaminya tidak pernah menghalang Jiha untuk berjuang membantu golongan miskin bukan sahaja di Palestin malah di Malaysia sendiri. Haikal yang bekerja sebagai kapten kapal kargo sering berlabuh ke pulau-pulau di pelusuk dunia, malah telah melihat rakyat-rakyat yang tertindas kerana sifat golongan borjuis.

Haikal tahu sifat isterinya bukanlah materialistik, Jiha bukanlah wanita yang suka ke shopping complex, membeli pakaian up to date, tetapi dia seorang yang banyak membaca, membaca buku-buku ilmiah. Sehinggakan rumah mereka ada satu ruang khas dipanggil library kecil. Jadi tidak mustahil lah bahawa Jiha dapat berpidato dengan lantang penuh dengan isi dan hujjah.

"Akak, adik rasa malas lah nak belajar, adik dah boring." rengek adik Jiha yang bongsu sambil menunduk wajahnya.

"Adik ingat tak? adik janji dengan akak nak jadi syariah lawyer bukan?"
"Nak tegakkan syariat Allah."
"Nak jadikkan syariat Allah itu salah satu pegangan dalam undang-undang negara."

"Adik perlu tahu bahawa setiap cita-cita itu bukan mudah digapai, setiap apa yang kita mohon ada pengorbanan yang harus kita lakukan wahai adik." kata Jiha secara memujuk adiknya.

"Tapi adik dah boring."
"Banyak sangat nak hafal kak. Akak lain lah, suka membaca, adik........"
"Adik kecewa dengan diri adik." suara Aqilah perlahan dengan titisan air mata menitik ke lantai.

"Erm. mesti pasal Saiful bukan?"
"Itulah, akak dah nasihat bukan, cinta manusia itu cuma sekejap sahaja, lelaki hanya pandai berkata-kata. Susah tahu nak cari lelaki yang baik macam suami akak itu." senyum Jiha sambil menggosok bahu Aqilah.

"Maaf akak sebab, Qilah tak dengar nasihat akak awal-awal." rintih Aqilah menitik air mata jernihnya ke bahu Jiha.

Manusia-manusai kini memandang harta dunia mampu membantu mereka, mereka alpa dengan azab Allah, dan mereka lupa bahawa didalam harta itu adanya hak-hak orang miskin. Golongan borjuis menindas golongan proletar, pemimpin berjiwa kapatalis hanya mementingkan keuntungan, segala sifat manusian hilang kerana tamakkan harta dunia. Itulah buruknya sistem Kapatalis yang dibawa barat, maka datangnya sosialis mengutuk sistem itu.



Pada suatu petang, Jiha pergi bersantai di taman rekrasi sebelah rumahnya. Selalunya dia bersama notebook lamanya sambil menjengah ke laman blognya. Adakala membuka facebook melihat isu-isu semasa yang terjadi. Sambil dia menghirup udara segar yang dianugerahkan Allah kepada hambanya. Matanya melirik ke laman blognya. Berfikir apa mahu ditulisnya.

"Apakah manusia lupa akan penyakit wahan?" Jiha bermonolog dalaman sambil tangan menaip sesuatu di laman blognya.

Sedang ia asyik memancarkan sinar matanya ke skrin notebook, datang seorang wanita tua menyapa.

"Wahai anak, kamu buat apa itu? Adakah makcik menggangu kamu?" sapa wanita itu sambil duduk di bangku taman reakrasi yang disediakan.

"Tidak makcik, saya rasa pernah melihat makcik sebelum ini. Makcik yang bekerja di dalam PUO itu kan? Sebagai pembersih alam PUO." tanya Jiha dengan kata-kata yang penuh sopan, supaya tidak menggores hati makcik itu.

"Erm. Pembersih alam PUO? Makcik sebagai penyapu sampah sahaja la nak. Siapa sangat lah makcik nak dibandingkan dengan pensyarah-pensyarah kamu itu, semuanya bergaya, pakaian bersih-bersih mahal-mahal lagi." jawab makcik itu sambil melirik senyum menampakkan kedutan di wajahnya.

"Tapi memang jelas dan nyata makcik pembersih alam, siapa lagi sanggup bekerja jika tiada makcik? Kerja itu sangat mulia, jika tiada kerja makcik ini, maka akan kotorlah PUO jawabnya, Saya cuma pelajar yang baru di PUO, suasananya saya belum teroka sepenuhnya. Saya bekas pelajar Darul Quran cuma menyambung pelajaran di PUO dalam bidang Business Management. Tujuan saya menyambung ini hanya ingin meneroka lebih mendalam tentang sistem ekonomi yang digunakan sekarang." terang Jiha dengan panjang lebar dan ayat yang tersusun rapi.

"Oh.. kamu lah yang memberi ucapan semasa pembukaan amal Palestin itu kan? Sungguh bersemangat, ramai memuji kamu, ucapan kamu sangat terkesan di hati makcik. Menjadikan makcik tidak kecewa bekerja sebagai penyapu sampah."

"Makcik kagum dengan kamu, rajin menuntut ilmu, mesti kamu ini pelajar yang cemerlang. Makcik kagum dengan kamu, kalaulah kamu menjadi anak makcik bertuah rasanya."

Termenung panjang wanita itu manakala Jiha hanya mampu tersenyum mengakhiri perbualan diantara wanita itu. Dia mengesat matanya dengan tisu yang dikeluarkan dari beg galasnya, air matanya bergenang dengan melihat keuzuran wanita itu. Sebolehnya dia mahu membantu golongan seperti itu. Golongan miskin. Dia rasa terkilan dengan sikap manusia sekarang yang terjerat dalam kancah penyakit wahan. Penyakit yang cintakan dunia, takutkan mati. Penyakit yang membinasakan manusia itu sendiri. Penyakit yang melahirkan masyarakat yang ignorance.



Pada malam itu, Jiha membuka bicara dengan suaminya. Kebiasaanya mereka akan berbincang hal-hal berkenaan dunia Islam, sejarah Islam, dan pemimpin-pemimpin Islam, tetapi hari ini Jiha lebih suka berbicara tentang satu penyakit yang melanda umat Islam. Penyakit WAHAN.

"Abang rasa kenapa umat Islam sekarang dilanda penyakit wahan? Penyakit yang disebut oleh Rasulullah nabi junjungan kita itu?"

"Abang tidak la sepandai isteri abang dalam bab pengetahuan agama ini. Tapi setahu abang penyakit ini wujud dalam diri umat Islam kerana masalah itu datang dari diri sendiri juga."

"Maksud abang kenapa diri sendiri?"

"Ini kerana manusia terlalu mahukan kekayaan, sehingga lupa akan manusia yang lain, manusia alaf kini mendidik hati mereka menjadi tamak, mereka takut akan kemiskinan, masing-masing mengejar kekayaan, cara ekonomi sekarang berlandaskan mode production. Ia hanya boleh dilaksanakan dengan dua bentuk sistem, iaitu kapatalis atau Sosialis. Maka dengan wujudnya sistem ini akan wujud golongan borjuis dan proletar. Maka kedua-dua sistem ini akan selalu berbalah sesama mereka satu pro dan satu lagi kontra."

"Erm.. Abang dulu belajar pasal ekonomi juga ke? Kenapa tak bagitahu sayang?"

"hahah. Abang ambil perkapalan lah. Mana ada ambil ekonomi, cuma abang ada membaca sikit-sikit tentang sistem ini. Sistem ini wujud selepas kejatuhan sistem feudalism. Sistem ini tiada di zaman Khalifah. Ada yang menolak sosialism kerana mengatakan ia adalah rekaan Karl Marx, padahal Karl Marx bukan pereka Sosialism, Sosialism wujud sebelum Karl Marx lagi. Karl Marx hanyalah mengolah sistem itu menjadikan satu lagi sistem yang dia rasa lebih baik. Inilah dipanggil Idealogi manusia." terang Haikal secara teperinci kepada isteri tercintanya itu.

"Sayang pun pelik kenapa lah golongan kaya tidak membantu golongan miskin, sedangkan mereka kaya. Mereka mampu membantu orang yang miskin, mereka ada kekayaan, kenapa mereka terlalu kejam? Mereka ada kuasa dan teknologi. Sepatutnya golongan borjuis ini membantu golongan proletar bukan menindas mereka. Jika golongan proletar memberontak maka golongan borjuis juga yang akan rugi." jawab Jiha dengan nada hiba dengan sikap manusia era kini.

"Itulah sebab datangnya Islam, membetulkan manusia dan membantu golongan yang tertindas sayang."

"Tetapi Islam sekarang dipandang hina, sedangkan liberal, sekular, sosialis dipandang lebih kemanusian, Islam sekarang dipandang lebih kepada cinta semata-mata. Cinta lelaki dan perempaun. Sedangkan sayang rasa Islam pada mulanya menitik beratkan persahabatan dan tali persaudaraan, membantu antara satu sama lain."

"Itu kerana ramai yang ingin menjadi golongan opportunist. Mereka mencari peluang atas kesusahan orang lain."

"Erm. Sayang perlu menegakkan yang hak.!!"

"Abang sentiasa menyokong sayang."

Perbualan itu tamat dengan maksud yang tersirat untuk mereka yang bakal bergelar ibu dan bapa pada masa depan. Mereka bahagia bersama, berkongsi idea, mereka selalu berkongsi pengalaman, Hidup mereka kadang-kadang duka, kadang-kadang hiba, tetapi itu mengajar mereka untuk terus mengenal erti cinta yang halal, bukan sekadar retorik semata-mata. Mereka berpegang kepada paksi agama. Nurul Najihah Husin seorang pejuang yang ingin menegakkan hak orang miskin, maka Suaminya Haikal Afifi Adnan seorang yang mendidik isterinya menjadi seorang yang taat kepada perintah Allah dan Rasul. Mereka saling melengkapi antara satu sama lain.

Seperti biasa Ustazah Aishah yang mengajar kelas DPP 1A iaitu kelas yang diduki Jiha akan meminta Jiha untuk penerangan secara lebih teperinci tentang tafsir satu-satu ayat Al-Quran kerana, Jiha dahulunya adalah pensyarah selama 4 tahun dalam bidang Tafsir Al-Quran dan Hadith. Jadi Ustazah Aishah berbesar hati untuk meminta Jiha untuk menerangkan lebih lanjut tentang tafsir ayat-ayat Al-Quran. Seperti kata manusia, menuntut ilmu biarlah dari pakarnya.

Setelah berakhirnya kelas itu, Ustazah Aishah meminta Jiha untuk minum bersamanya untuk berbincang setengah-setengah perkara berkenaan Jiha yang dirasainya Jiha ini seorang yang terpelajar dan sepatutnya bekerja bukanlah menyambug pelajarannya. Fikir Ustazah Aishah sepatutnya Jiha terus menjadi pensyarah kerana itu lebih baik baginya.

"Pada hemat saya, awak lebih banyak Ilmu dari saya"
"Al-maklum lah Jiha, kamu berpangkat Dr dalam jurusan Tafsir Al-Quran dan Hadith. Saya cuma pelajar lepasan Sarjana Muda dalam jurusan Syariah Islam."
"Jadi rasa agak hairan jika saya mengajar orang yang lebih fakih dari saya."
"Kenapa awak masih menyambung pelajaran Jiha?" tanya Ustazah Aishah dengan penuh hairan.

"Erm.. Ustazah, seperti kita tahu, ilmu itu dimana-mana."
"Saya menyambung pelajaran kerana saya berasa ingin tahu tentang sistem ekonomi dunia."

"Tetapi kamu dahulunya jurusan Tafsir, agak jauh perbezaannya."


"Betol. Saya ingin mengkaji sistem itu supaya saya dapat samakan sistem itu dengan Islam masa kini."


"Mengapa kamu tidak mengambil jurusan pembankan Islam?"


"Apa saya amati, sistem Pembankan Islam adalah fraksi kapatalis, saya ingin tahu tentang apa itu sosialis dan kapatalis secara lebih detail."
"Saya melihat umat Islam sekarang terlalu ramai dilanda penyakit wahan, kerana masalah sistem ini."
"Golongan borjuis menindas golongan proletar." terang Jiha secara berhemah kepada Ustazah Aishah.


"Maaflah, saya kurang faham penerangan awak ini, sebab saya bukan ahli ekonomi."
"Apa itu borjuis?"
"Proletar?"


"Maafkan saya ustazah."
"Proletar adalah golongan pekerja, buruh, mereka bekerja untuk menampung kewangan seharian mereka."
"Proletar adalah kelas yang menerima gaji oleh kelas pertama yaitu kelas majikan, manakala borjuis pula adalah kelas untuk warga yang sebelumnya adalah anggota yang kaya dalam golongan ketiga."
"Selain itu, borjuis juga dekenali sebagai sifat manusia, iaitu sifat yang tidak menghiraukan hal orang lain, hanya mementingkan hal diri sahaja. Perkatan borjuis banyak diguna pakai pada masa kini."
"Saya harap penerangan saya yang ringkas ini dapat mencerahkan ustazah." jawab Jiha dengan sopan santun seperti kebiasaannya dalam ucapannya.

"Erm. InsyAllah Jiha, saya sudah faham mengapa awak menyambung pelajaran dalam dunia ekonomi ini."

"Selain itu saya juga ingin membantu golongan miskin yang tertindas, apabila ada orang kaya yang terlampau maka akan wujud orang miskin yang tiada pembela, selain itu keburukkan sistem kapatalis telah banyak terbukti, wujudnya pusat pelacuran yang banyak kerana ingin mencari sesuap nasi."

"Mengapa ini boleh terjadi Jiha?"soal Ustazah Aishah kebingungan.

"Ini kerana masalah sistem itu, mereka hanya mementingkan keuntungan, sehingga sifat kemanusian dalam sistem itu terhakis."

"Jadi sistem mana yang baik? Sosialis? Tapi Karl Marx itu Athies." tanya ustazah lagi kehairan.

"Sebenarnya, sistem kapitalis dan sosialis ini banyak pula pecahannya ustazah. Apa yang dibawa Karl Marx itu banyak pula pecahannya, apa yang saya ambil adalah berlandas sistem ekonomi bukan idealogi-idealogi yang lain."

"Jadi? Adakah boleh sistem itu dipakai?"

"Sebenarnya kita sekarang dalam kepompong sistem yang menindas iaitu sitem kapitalis. Sistem ini telah diperbaharui. Dahulunya sistem kapitalis diwujudkan untuk mengimbangi sosiologi. Tetapi kerana manusia terlalu tamakkan harta, maka berlaku lah perubahan dalam sistem ini." terang Jiha lagi sambil melihat raut wajah ustazah yang sudah berkerut.

"Jadi sistem apakah yang lebih baik?"

"Sistem yang lebih baik adalah sistem yang rakyat boleh terima. Apabila saya membentangkan kedua-dua sistem ini kepada rakyat mana satu pilihan rakyat, maka itulah sistem yang terbaik. Jika rakyat memilih sistem kapitalis maka kapitalis yang terbaik, kerana itu pilihan rakyat. Apa-apa pun saya meilhat Sistem kapitalis lebih menindas dari Sosialis."

"Saya sudah pening dalam pembincangan ini Jiha."
"Maafkan saya, kerana saya memang tidak pernah ambil tahu berkenaan hal sebegini."

"Tidak mengapa ustazah, kita belajar, sama-sama belajar. Saya pun masih dalam belajar dalam bab sistem ini."

"Iyalah Jiha, saya berangkat dahulu. Assalamualaikum." balas Ustazah Aishah sambil berlalu pergi.

"Waalaikumussalam ya Ustazah Aishah." balas jua Jiha melihat Ustazah Aishah sedikit bingung tentang penerangannya sebentar tadi.



Seperti biasa. Hari-hari minggunya dihabiskan di rumah sambil membaca buku, dan menjengah rumah anak yatim jika terluang masa, sedikit hiba dihatinya melihat anak yang kehilangan ibu dan ayah. Jika mereka mendapat didikan ibu dan ayah maka mungkin mereka berasa lebih riang gembira. Kehadiran Nurul Najihah Husin ke rumah anak yatim itu menceriakan hari anak-anak yatim itu. Mereka akan berkongsi cerita kepada Jiha berkenaan diri mereka, ada dikalangan anak-anak yatim itu yang sudah berumur di dalam lingkungan 12~16 tahun. Mereka selalu mendekati Jiha umpama ibu kandung mereka.

"Wahai anak-anakku, nanti apabila kamu sudah bekerja ada gaji apa kamu mahu buat?"soal Jiha memancing soalan kepada anak-anak itu.

"Mahu kereta besar!! Rumah besar"
"Isteri cantik! Rumah yang cantik!"
"Kereta sport yang laju! Handphone mahal."
"Baju bergaya! Melancong ke luar negara!"

Jiha cuma tersenyum ke arah anak-anak itu, hari-hari minggunya diluangkan bersama anak-anak yatim itu bersama suaminya yang tercinta. Terkilas Jiha kepada seorang budak yang diam hanya memandang Jiha dari tadi tanpa menjawab pertanyaan Jiha.

"Adik Aiman, nanti bila kamu dah berjaya ada kerja, ada duit, kamu nak buat apa?"tanya Jiha sambil merenung tepat ke arah mata anak itu.

"Sa...ya... saya nak bantu anak-anak yatim seperti saya."
"Saya nak lihat anak-anak yatim seperti saya ini berjaya suatu hari nanti."
"Menjadi orang yang berguna kepada agama, membantu manusia sejagat, membela nasib golongan miskin dan golongan yang tertindas."balas aiman secara tersekat-sekat dan keadaan takut.

Aiman iaitu anak yatim yang berumur 15 tahun. Semua anak-anak yatim lain melihat Aiman seakan Aiman itu alien bagi mereka, mereka ketawa perlahan dengan kata-kata Aiman itu. Mereka menanggap Aiman cuma berkata-kata tanpa ada usaha. Padahal mereka tiada tahu bahawa Aiman seorang yang berpandangan jauh, mungkin Aiman bakal menjadi orang ternama suatu hari nanti dan mampu mengubah nasib golongan seperti mereka.

"Aiman?" Jiha memanggil Aiman dengan manja

"Erm.." balas Aiman perlahan.

"Aiman, ibu panggil Aiman ini."
"Cita-cita Aiman itu sama macam cita-cita ibu."

"Yeke ibu?" sahut Aiman gembira.

"Iyalah anakku Aiman. Aiman kena berusaha untuk gapai cita-cita Aiman itu. Belajar kerana Allah dan Islam. Dan belajar kerana ilmu bukan belajar kerana exam atau dipaksa." nasihat Jiha secara ringkas didengari semua anak-anak didalam bilik itu.

"Baik ibu, Aiman tahu cita-cita Aiman itu bukan sekadar kata-kata, tapi cita-cita Aiman itu datang dari hati Aiman setelah melihat keadaan dunia sekarang." jawab Aiman kehibaan.

Semua anak-anak yatim didalam bilik itu diam dan menumpukan pandangan kepada ibu mereka iaitu Jiha. Mereka memberi sepenuh perhatian apabila Jiha bercakap dan tatkala itu juga Jiha memberi nasihat dan penerangan serba ringkas supaya mudah difahami oleh golongan sebaya umur mereka.

"Anak-anakku. Ini Haikal suami ibu, Ibu tahu semua kenal suami ibu bukan? Ayah kamu semua. Walaupun kami bukanlah ayah dan ibu angkat, tetapi kami menanggap kamu semua adalah anak-anak kami. Kami mahu melihat kamu berjaya di suatu hari nanti. Kamu adalah pembawa semangat untuk dunia ini. Kamu semua adalah pejuang rakayt. Kamu semua adalah pembela rakyat. Kamu perlu membantu golongan yang tertindas."
"Ibu rasanya ibu sudah terangkan kepada kamu sebelum ini apa itu penyakit wahan bukan?"

"Sudah!!" balas semua anak-anak itu.

"Jadi adakah kamu mahu menjadi salah seorang yang terlibat dalam penyakit itu? Semestinya kamu tidak mahu terkena azab Allah, semestinya kamu semua mahu melihat dunia ini aman bukan? Bebas dari penindasan penghambaan kepada sesama manusia? Mesti kamu suka akan sikap adil bukan? Jadi adakah kamu berasa adil jika kamu kaya, tetapi kawan kamu miskin? Adakah adil kamu tidur lena, sedangkan sahabat kamu tidur dalam kesusahan, kamu dapat makan enak-enak, tetapi sahabat kamu makan tidak cukup?"

"Tidak Mahu!!!!" balas semua anak-anak itu serentak.

"Jadi? Marilah kita berubah ke arah yang lebih baik anak-anakku."pujuk Jiha perlahan.

Suasana pada hari itu menjadi agak hiba tetapi akhirnya disudahi dengan gembira. Semua anak-anak yatim itu dapat melepaskan rindu mereka kepada ibu dan ayah mereka yang mereka sudah anggap Najihah dan Haikal sebagai ibu dan ayah kandung mereka sendiri. Kesudahan itu membuatkan anak-anak yatim itu mendapat ilham baru. Iaitu membantu golonga yang tertindas. Membantu golonga yang ditindas manusia juga. Manusia menjadi hamba kepada manusia kerana wang? Kerana mencari sesuap nasi. Oleh kerana sistem yang kejam dicipta manusia maka manusia lain menjadi mangsa.

"Apakah aku bisa mengubah dunia?" monolog luaran Jiha secara berseorang di ruang tamu.

Monolog itu didengari suaminya Haikal Afifi Adnan.

"Mampu sayang, awak adalah isteri yang taat perintah Allah, taat juga perintah suami, rajin menuntut ilmu, tidak kedekut. InsyAllah anak-anak kita nanti akan mewarisi sifat kamu ini. Bahkan kita juga punya anak yang lain iaitu anak-anak yatim. Mereka mahu mengikut jejak langkah kamu."balas suaminya dengan memberi kata-kata semagat kepada Jiha.

"InsyAllah abang. Jiha sayang abang sebab selalu berada di sisi Jiha tatkala Jiha dalam kesusahan." jawab Jiha manja malu kucing.

Maka malam itu mereka merenung panjang sambil bergurau senda sebagai pasangan suami isteri yang sah dan mereka meneruskan hari-hari mereka seperti biasa. Tatkala mereka sedar akan masalah ummah, adakah kita juga sedar akan masalah ini semua, masalah yang melanda jiwa kita? Jiwa yang dikotori penyakit wahan, sifat borjuis yang tidak ingin mengambil tahu hal-hal sekeliling kita????


Segala yang baik itu datang daripada-Mu ya Allah. Sesungguhnya aku hanyalah hamba yang hina dari setetes air mani dan asal daripada tanah lumpur yang hina. Tetapi kerana tiupan roh-Mu itu menjadi kami golongan manusia sangat mulia disisi makhluk-makhluk yang lain. Kukuhkan hati kami semua ya Allah dalam tali perjuangan-Mu menyebarkan Islam dan membebaskan golonga  yang ditindas.

Saturday, December 22, 2012

Syiria Maaf-kan-ku ini






Barangkali itulah Syiria,

sekeping kertas carik sepi,
di atas meja kayu jati,
minta ditulis kata simpati



Barangkali itulah aku,
sebatang pena kaku,
diam sepi di dalam saku,
menulis untuk meminta laku,



Barangkali itulah Syiria dan aku,
sekeping kertas carik dan pena kaku,
minta ditulis kata simpati tapi tidak laku,
di atas meja kayu jati,
dan aku masih di dalam saku



Barangkali itu duka,
di atas hati yang tahu,
minta dibuat sesuatu,
tetapi jari jadi beku,
dan lidah keras kematu



Syiria, maafkan aku.

Aku bukan manusia hebat,
aku bukan manusia kuat,
Syiria aku tetap berjuang,
berjuang bersama kamu semua.

Fahamilah dunia syiria,
Fahamilah wahai sahabat,
Dunia manusia-manusai,
manusia itulah saudara kita.
yang membawa Islam,
Seperti kita.

Maafkan aku wahai Syiria.,...
Pena-ku kaku.....


Friday, December 14, 2012

Tanggungjawab untuk Si Buah Hati.



Saya adalah anak lelaki yang bongsu. Masih belajar pada tahun kedua di universiti. Saya juga adalah lelaki yang sudah punyai kekasih hati yang cantik, pintar dan menjaga diri. Saya tahu, umur saya masih muda, tetapi saya juga tahu cinta saya itu perlu segera dicepatkan dengan bernikah. 

Kepada ibu sudah saya beritahu tentang hasrat hati mahu bernikah muda, dan dia cuma berkata, “Tanyalah ayah kamu.” Lalu yakin saya bertambah, kerana menganggap itulah restu ibu. Namun pada ketika saya memaklumkan hasrat hati kepada ayah, terjadi sesuatu yang membuatkan saya resah. 



Sofa putih. 

Mahu menikah dengan siapa, ayah tidak pernah kisah dan dia yang pada ketika itu duduk di sofa putih memberitahu dengan ayat yang mudah, “Saya yakin dengan kamu. Kamu anak yang baik dan pasti punyai pilihan yang baik.” 

Namun pada ketika persoalannya adalah, mahu menikah bila, ayah menjadi sebaliknya. Katanya mula memeningkan, “Ada sebabnya Tuhan menjadikan manusia itu secara bertahap. Terlentang, merangkak, bertatih dan barulah berlari dan kemudiannya ia akan kembali berjalan, bertatih, merangkak dan akhirnya terlentang mati. Itu yang cuma nampak pada fizikal, tetapi hati juga bertahap. Ia juga merangkak, bertatih, berjalan, berlari dan kemudiannya kembali berjalan, bertatih, merangkak dan akhirnya diam mati. Itu semua menyangkut hal keutamaan. Mana yang perlu didahulukan dan mana yang tidak. Jadi, hal nikah itu bukan sahaja kamu perlu sesuaikan dengan tahap fizikal kamu, tetapi perlu sesuaikan dengan tahap hati kamu.” 

Saya menjadi tidak setuju. Segala hujah segara saya keluarkan. Hujah nikah khitbah, hujah orang zaman dahulu bernikah pada umur belasan, hujah bagi membendung maksiat, dan pelbagai lagi hujah lain. Saya menjadi berani. Semuanya kerana cinta saya kepada perempuan itu menyala-nyala dan pasti setiap halangan akan tetap saya tempuhi. 

Lalu ayah hanya tersenyum. Katanya, “Anakku, itu semua betul tetapi ia cuma betul pada ketika tarikhnya juga betul. Tarikh di sini adalah persediaan hati kamu. Saya ini, ayah kamu dan saya tahu kamu belum bersedia.” 

“Saya sudah bersedia. Saya sudah mengaturkan segalanya. Saya akan nikah khitbah dahulu, saya akan berusaha menghabiskan pelajaran di samping bekerja sambilan. Tidak lama, cuma tiga tahun dan selepas itu semuanya akan kembali mudah. Namun paling utama, hati anakmu ini tenang, dan terjauh daripada dosa besar.” Itu hujah saya, hujah yang saya sudah sediakan tiga hari sebelum dengan membaca banyak sekali fakta berkenaan nikah muda. 

Ayah tetap juga tersenyum dan berkata, “Anakku, sekiranya niat kamu bernikah mahu mengelakkan maksiat, ketahuilah, kamu mempunyai peluang bagi terjebak dengan cinta lain dengan perempuan lain atas dasar nafsu. Lalu apa selepas itu? Kamu akan nikah lagi dan bagaimana dengan isterimu? Sekiranya isterimu setuju, alhamdulillah tetapi berapa ramai perempuan begitu di dunia ini? Pasti tetap cemburu, hubungan menjadi dingin, lalu bagaimana dengan anak-anak kamu? Bagaimana dengan keluarga kamu?” 

Persoalan yang ayah lontarkan itu membuat saya semakin tidak senang. 

“Ayah, saya hormati penerangan ayah. Tetapi bagaimana dengan hati kami? Pasti ayah juga tahu, cinta dan rindu itu ubatnya hanyalah nikah. Apa yang perlu saya buat? Ayah mahu melihat saya menderita kerana cinta?” rayu saya. 

“Seperti yang ayah sudah beritahu, kamu anak yang baik dan pasti boleh lebih baik daripada sekadar itu. Menderita kerana cinta? Itu memang pasti berlaku, tetapi bukan kepada engkau, anakku. Ayah tahu kamu boleh menderita yang lebih perlu daripada sekadar menderita kerana cinta. Menderita kerana takut kepada dosa, menderita kerana berbuat dosa, menderita melihat kesusahan orang lain dan seumpamanya.” 

Pantas saya menjawab saya menderita kerana saya takut terjerumus pada dosa besar. Saya menderita kerana takut jatuh ke dalam fitnah.

Kali ini senyuman ayah tidak nampak lagi, dan saya yakin saya sudah memenangi hatinya. Namun tetap juga saya tahu, ayah tetap mahu berkata sesuatu. 

“Anakku, jelas hati kamu belum bersedia. Saya ini ayah kamu, tetapi kamu sendiri belum mampu meyakinkan ayah berkenaan rancangan nikah kamu selain hujah kamu takut dosa. Nikah itu bukan sekadar kamu takutkan dosa. Sekiranya kamu benar-benar takutkan dosa, solat sunat kamu akan bertambah, bukannya dengan memilih jalan pintas iaitu nikah. Jelas sekali, kamu menikah kerana hanya mahu memuaskan nafsu kamu. Selepas itu apa? Bagaimana dengan psikologi kamu? Adakah kamu sudah bersedia menjadi suami? Adakah buah hati kamu sudah bersedia menjadi isteri? Lalu bagaimana dengan keluarga si perempuan itu? Adakah dia yakin kepada kamu yang masih berada dalam tanggungan ayah?” 

Soalan-soalan ayah itu membuatkan hati saya semakin dijerut. Ayah sepertinya tidak tahu maksud sebenar saya. Kami sepertinya berbual bukan pada landasan yang sama lalu tidak mungkin akan bertemu. Saya berbicara berkenaan nikah atas mahu menghalalkan hubungan tetapi dia, hanya melihat pada kemampuan ekonomi saya. Sesuatu yang lebih ringan berbanding dosa besar tadi. 

“Sekiranya ayah tetap tidak setuju, saya tetap akan teruskan juga. Lagi pula saya sudah menanggung dosa saya sendiri. Sekiranya saya terjebak dalam dosa, saya juga yang neraka. Jadi saya nekad.” Itulah jawapan saya. Jawapan yang bukan mahu kurang ajar tetapi mahu memberitahu, saya tahu dengan apa yang saya buat dan saya tegas dalam perkara itu. 

Ayah tidak berlengah memberi hujah. 

“Tidak salah sekiranya kamu bernikah semasa kamu masih belajar dan kamu masih belum bekerja. Yang salah adalah diri kamu belum bersedia. Itulah maksud ayah, iaitu kamu perlu sesuaikan aktiviti kamu dengan keadaan hati kamu mengikut keutamaan. Kamu tidak boleh terus berlari sekiranya kamu masih bertatih. Sekarang ini, kamu masih bertatih dalam ilmu keluarga, dan kamu terus mahu berlari bagi bernikah. Itu tidak betul kerana tidak mengikut keutamaan. Hati kamu sekarang, adalah hati yang hanya mahu seronok-seronok, mahu yang nampak 'sweet', tetapi belum bersedia dengan yang namanya tanggungjawab.” 

“Itu ayah jangan risaukan. Saya ini cepat belajar, dan saya tetap mahu bernikah!” Saya semakin tegas, dengan nada yang juga tegas. 

Ayah pula segera memegang tangan saya. 

“Itulah yang ayah maksudkan. Kamu ini anak lelaki kami. Sekiranya kamu bernikah dan menjadi suami, kamu tetap tertakluk pada kata-kata seorang ibu. Kamu tetap wajib mengikut kata ibu, dan kamu tetap wajib membela kami. Tetapi lihatlah diri kamu sekarang, hanya kerana cinta sahaja kamu sudah berani melawan ayah. Tidakkah kamu tahu hukum anak derhaka? Ayah bertanyakan persoalan-persoalan itu bukan mahu menguji pengetahuan kamu, tetapi mahu menguji hati kamu. Lalu lihatlah, belum apa-apa kamu tanpa sedar sudah mahu berkeras suara dengan ayah. Ayah tahu, sekolah ayah tidak tinggi, ilmu agama ayah kurang tetapi saya tetap ayah kamu, yang tahu siapa kamu. Namun sekiranya kamu tetap mahu bernikah, ayah benarkan kerana ayah tidak mahu kamu menjadi anak derhaka, ayah mahu kamu membina pernikahan yang mendapat restu. Namun ayah mohon, sekiranya kamu bersabar untuk beberapa tahun lagi, ayah dan ibu pasti lebih gembira.” 



Kata-kata ayah itu menyentak hati saya. Cepat-cepat saya beristighfar kerana tanpa sedar saya sudah hampir menentang ayah sendiri. 

“Tetapi bagaimana dengan perempuan itu? Sanggupkah dia menunggu?” soal saya dengan nada yang gusar.

Ayah kembali tersenyum. 

“Anakku, sekiranya kamu bernikah kerana takutkan maksiat, ayah takut kamu belum bersedia. Tetapi apabila kamu bernikah kerana mahu mendapatkan redha Allah dengan menjauhi maksiat, itu yang sebaik-baiknya. Tadi, ayah tidak sekalipun mendengar hujah kamu mahu mendapatkan redha Allah. Yang lebih menakutkan ayah, subuh kamu pun masih dikejutkan ibu, pakaian kamu masih dibasuh oleh ibu, dan pelajaran kamu pun masih kamu malas-malaskan. Hairannya, nikah pula yang kau rajinkan. Sekiranya sahajalah, kamu ini rajin serba-serbi, tidak ada masalah untuk ayah lepaskan kamu kerana kamu tahu keutamaan kamu.” 

“Selepas nikah saya akan menjadi rajin. Saya akan bertambah dan lebih tanggungjawab kerana saya sedar saya sudah menjadi ketua keluarga,” pujuk saya lagi. 

“Kamu masih menjadi 'anak yang ditanggung', belum lagi menjadi 'anak lelaki'. Besar bezanya anak yang ditanggung dengan anak lelaki. 'Anak yang ditanggung' bukan bermakna ditanggung belanjanya tetapi bermaksud 'tanggungjawab' kamu pun ayah dan ibu yang perlu tentukan dan susun. Itulah yang ayah maksudkan kamu belum bersedia. Kamu belum mampu berdikari daripada segi menyusun keutamaan tanggungjawab. Anak lelaki pula walaupun masih belajar dan ditanggung oleh ibu bapanya, mereka lebih tahu keutamaan tanggungjawab mereka. Tahu mana yang perlu diutamakan dan mana tidak. Sekiranya kamu sudah menjadi anak lelaki, barulah kamu mampu menjadi suami yang baik. Dan menjadi anak lelaki dimulakan dengan menjadi anak yang baik, anak yang mendengar kata dan berani ditegur.” 

“Tetap bagaimana dengan perempuan itu?” saya masih keliru. 

“Sekiranya kamu mahu bertunang dahulu, ayah tidak ada masalah. Namun sekiranya perempuan itu tidak mahu, bermakna dia bukanlah perempuan yang baik untuk kamu, mungkin dia lebih baik untuk orang lain. Yang pasti, dia juga jelas belum bersedia menjadi isteri kepada lelaki seperti kamu. Dia perlukan lelaki yang lebih tabah dan baik daripada kamu kerana buat masa ini, kamu belum bersedia lagi. Jadi, susun dahulu keutamaan kamu, dan sekiranya kamu sudah menjadi 'anak lelaki', bulan hadapan pun kamu boleh bernikah. Tetapi menjadi anak lelaki itu bukan kerja sebulan dua. Ia kerja bertahun-tahun.” 

Ayah mengakhiri hujahnya dengan senyuman, dan senyuman itu membuatkan saya pedih hati, namun tetap sahaja saya gembira kerana setidak-tidaknya saya tahu, ayah tidak pernah lepas tangan bagi melihat kebahagiaan saya. Tetapi tetap sahaja saya resah. Bagaimana dengan buah hati saya?Aduh.... 

Cinta sejati adalah cinta yang dicari, tetapi tanggungjawab untuk menggapai cinta itu perlu dicari dahulu, adakah anda wahai lelaki sudah bersedia memegang tanggungjawab itu sebelum masuk ke dalam lembah cinta yang sah? Atau hanya hati berbisik meminta keseronokkan, hati gundah gulana menanti saat sah akad. Tetapi sebarang persedian tanggungjawab tidak diutamkan. Adakah bisa kita kahwin tanpa ada persedian yang kukuh?


Tuesday, December 11, 2012

Sahabat Selamanya kita~


Ya ALLAH
Bila ada sahabat kami, yang
bersedih berikanlah kebahagiaan
untuknya
Ya ALLAH
Bila ada sahabat kami, ada yang
terluka jadikanlah lukanya awal
dia jadi bijaksana
Ya ALLAH
bila ada sahabat kami yang
sedang jatuh cinta…jagalah
hatinya sesuai kehendakMU
Ya ALLAH
Lindungilah kami dari jalan yang
tidak ENGKAU redhai…
AMIN…
Semoga sahabat kita selalu mendekati diri kita, dan kita selalu dekati sahabat kita, mereka lebih berharga dari seorang kekasih yang belum sah akadnya, Sayangi sahabat kamu dan bagilah haruman akhlak diri kamu dan ambillah haruman akhlaknya juga. Sama-sama berkongsi Ilmu agama dan Ilmu dunia supaya boleh mendekat ukhwah sesama manusia. Bentuk sebuah satu komuniti Islam yang berlandaskan "sahabat" seperti di zaman rasulullah.

Ya Allah dekatkan hati kami semua ini supaya mendapat manfaat antara satu sama lain Ya Allah.

Thursday, December 6, 2012

Hebatkah Wanita Itu?

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.


Hebat wanita bukan kerana kepintarannya
Hebat wanita bukan kerana kecantikkannya
Hebat wanita bukan kerana dirinya dikenali ramai
Dan bukan kerana disampingnya ada lelaki kacak dan kaya [Klik sini]

Tapi wanita hebat adalah
Wanita yang mampu terus berdiri menyelesaikan masalahnya
Mampu berdoa dan percaya bahawa ALLAH yang adalah sumber “Kekuatan” [Klik sini]

Wanita hebat melukis kekuatan melalui proses kehidupan
Bersabar saat tertekan
Tersenyum saat hati menangis

Diam saat terhina
Mempesona kerana memaafkan
Itulah WANITA HEBAT [klik sini]

Friday, November 30, 2012

Sebelum Kamu disunting, [Kamu milikKu]



Ini lelaki yang sudah kasar tapak tangannya. Berbahu rata dan kepala sudah dicacak-cacak uban. Wajahnya belum ketara garis usia tetapi masih mampu rapi menyimpan rahsia. Ulas bibirnya merah samar, namun masih mampu menolak kata-kata yang nyata kerasnya. Ini adalah lelaki yang biasa.

Ini pula anak gadis kecil yang lentik alis dan bundar bola matanya. Rambutnya lembut ikal dan harumnya menyimbah tenang ke wajah sesiapa. Jari-jarinya halus dan sentuhannya tembus ke hati. Bibirnya penuh merah dengan bicara tidak jelas tetapi menekan-nekan jauh ke belahan jiwa. Wajahnya tidak ada garis usia dan langsung tidak mampu menampung rahsia. Ini, anak gadis kecil yang luar biasa.

Lelaki biasa dan anak gadis kecil yang luar biasa adalah kisah kita. Kisah seorang ayah dengan anak gadis kecilnya. Kisah yang ayah mahu kamu baca pada saat kamu sudah mampu mengerti ertinya dunia. Kisah yang ayah mahu kamu simpan dalam kedut-kedut usia dewasa.

Benarlah ayah ini lelaki biasa, bicara ayah tidak mampu lembut sentiasa. Renungan mata juga tidak mampu selalu bahagia. Ada waktunya, nada suara meninggi ke awan, ada kalanya suara perih menghunjam bumi.

Maafkan ayah, ayah ini lelaki biasa, terkadang lupa bagaimana mahu menampakkan sayang, terkadang lupa bagaimana mahu menggeser kasih. Tidaklah ayah sengaja, jauh sekali mahu begitu. Ketahuilah, pada saat pelupuk mata kamu sudah lelah, ayah akan berada di sisi kamu. Menyela lembut rambut harum kamu dengan jari-jari kasar, dan mencium pipi merah kamu dengan rasa yang penuh kasih. Tidak sesekali ayah lupa berbisik, “Ayah sayang kamu, ayah cintakan kamu.”

Tidaklah ayah sengaja mahu sembunyikan kasih, tidaklah juga ayah menyamarkan sayang. Ayah sekadar mahu kamu tahu, garis hidup perlu ada batasan yang keras, yang mampu menjadi pendinding ubun-ubun kamu yang masih lembut dan hati kamu yang masih halus. Ayah adalah pendinding keras itu, agar kamu tumbuh menjadi gadis yang disayang Tuhan, agar hati kamu tahu batas-batas diri seorang Islam.

Ayah tidak tahu sama ada kamu akan mengingat ayah sebagai lelaki keras yang mendakap kamu penuh sayang. Ayah juga tidak akan tahu, sama ada kamu mengenang ayah sebagai lelaki keras yang pernah menghamburkan bicara kasih untuk kamu tersenyum selalu. Tetapi ayah akan belajar dan mencuba menjadi ayah yang kamu sayang, ayah yang kamu kenang. Doa ayah, ayah mahu kita akan sama-sama menjadi hambaNya yang Dia sayang.
Semoga, kamu akan sentiasa ingat, ayah pernah mendakap kamu pada saat mata bundar kamu itu masih belum lelah. Semoga juga kamu terus ingat, ayah sering memberi nasihat berkata penuh madu dan semoga, kamu masih ingat ayah adalah lelaki yang tidak pernah putus berdoa untuk bahagianya kamu. Yang lebih utama, ayah mahu kamu sentiasa tahu dan sedar, ayah adalah lelaki yang menjadi pendinding kamu yang keras.

Sekiranya kamu bertanya, sampai bila ayah akan menjadi pendinding kamu, ayah hanya mampu berkata dengan bahagia yang perih, “Sehingga ada lelaki yang lebih baik daripada ayah, yang datang dengan sopan dan meminta hati kamu dengan kasih.”

Supaya kamu wahai wanita tahu, kamu sebelum kahwin milik ibu bapa kamu, adakah kamu lupa mereka menjaga kamu sehingga besar sebegini? Bisakah kamu derhaka kepada mereka kerana seorang lelaki yang belum tentu jodoh kamu?

Thursday, November 29, 2012

Bagaimana rasanya menjadi Pandai...???




Saya ingat lagi pada suatu waktu, saya adalah murid yang tersudut dalam dunia saya sendiri. Bukannya kerana saya duduk tersudut di belakang kanan kelas, malah saya adalah murid yang duduk di baris paling hadapan.

Dunia saya adalah dunia yang dipenuhi tanda tanya. Bukan bertanya perkara yang berat-berat, bukan juga bertanya berkenaan dunia seluruhnya. Saya cuma bertanya hal yang sederhana, bagaimana rasanya menjadi orang yang pandai.

Saya kira-kira, pertanyaan sederhana itu sebenarnya adalah persoalan hidup yang cukup pandai daripada seorang murid yang sederhana. Bukan sederhana pandai tetapi lebih kepada sederhana kurang pandai. Semuanya kerana pada setiap waktu, saya berasa tidak mampu menjadi murid sanjungan guru kerana markah ujian saya yang sekadar melepasi takat lulus.
Waktu itu saya betul-betul mahu tahu rasanya menjadi pelajar pandai. Rasa mahu tahu, saya biar, saya pendam. Mahu bertanya, entah bagaimana pula kata-kata yang harus saya ucap. Tidak pandai saya menyusun kata. Belum lagi saya memikir apa pula jawapan pada soalan sederhana itu. Saya cukup tidak tahu.

Itulah dunia saya, dunia yang tersudut jauh daripada pengetahuan murid-murid pandai. Ada waktunya saya menjawab sendiri untuk soalan saya. Menjadi murid pandai itu, adalah untung yang lumayan. Disayang guru, disayang ustaz dan malah sering mendapat surat-surat daripada peminat rahsia. Menjadi murid yang pandai juga, lumayan kerana mereka dengan automatik akan membaca pelbagai jenis buku yang berat dan tebal tanpa ada rasa dipaksa-paksa. Betapa nikmatnya apabila rasa dipaksa-paksa membaca itu tiada dalam diri. Pasti hati dan jiwa menjadi ringan. Itu cuma agak-agak saya, entah ya entah tidak kerana sehingga saya habis sekolah saya tidak pernah merasa menjadi murid yang pandai.

Sehingga pada suatu waktu, pada saat saya tidak peduli lagi rasa mahu tahu bagaimana rasanya menjadi murid pandai, saya mendengarkan ataupun mungkin Tuhan mahu memperdengarkan saya saya dengan kata-kata itu, kata-kata yang saya kutip daripada seorang ayah kepada anaknya, yang pernah bertanya soalan yang sama seperti yang saya tanyakan dulu-dulu.

***********

Waktu itu saya baru masuk ke dalam sebuah bas, dan mencapai wang kertas biru yang sudah kumal. Pemandu bas sepertinya lelaki yang sudah tidak berjiwa, kaku dan hanya memandang pada saat saya menyodorkan wang kertas biru kumal itu. Dia tidak menghulurkan senyum kerana mungkin senyumannya sudah habis sebelum jam 10 tadi. Hanya kertas putih yang dihulur pengganti senyum.

Saya ingat lagi, langkah saya seperti langkah kucing yang tersalah masuk rumah. Mata melilau mencari tempat duduk kosong dan akhirnya, saya tetapkan hati duduk di belakang sekali, tempat duduk yang boleh memuatkan lima lelaki dewasa dan kebetulan tinggal satu lagi yang tidak terisi, tempat duduk di tengah-tengah.

Pada saat saya melabuhkan punggung saya, pertamanya saya berpaling ke kiri saya, tersenyum kepada dua lelaki yang wajahnya jelas bukan Melayu. Mungkin pekerja Bangladesh, mungkin India, mungkin juga Nepal. Entah. Yang pastinya mereka dari Asia Selatan dan mereka memandang takut-takut ke arah saya, sepertinya saya sedang mengenakan seragam polis.

Selepas itu saya berpaling pula ke arah kanan dan di situ duduk seorang lelaki berbaju putih yang dihiasi jalur hitam. Wajahnya keras dan tidak perlu dia memberitahu kerana wajah kerasnya itu sudah memberitahu yang dia adalah lelaki yang penuh pengalaman hidup. Dia tersenyum baik, dan saya yakin dia mahu membesarkan hati saya. Di sebelahnya pula seorang anak kecil dalam pakaian seragam sekolah, sedang asyik memandang ke luar jendela. Saya sangat yakin anak kecil itu adalah anak kandung asli kepada lelaki itu. Namun, anak kecil itu tidak mempedulikan saya, saya juga tahu saya tidak perlu berbuat baik dengan anak kecil itu walaupun pada akhirnya saya akan akur, saya terhutang budi kepada dia.

********

Perjalanan bermula dengan lenggang-lenggang kecil, membuat tubuh saya terhuyung ke kiri menghimpit lelaki Asia Selatan, dan sesekali tubuh saya merapat juga pada lelaki yang berwajah penuh pengalaman.

Sekiranya tidak kerana anak kecil itu menoleh ke arah ayahnya, pasti perjalanan saya ibarat burung helang yang terbang sendiri. Sekiranya juga tidak kerana anak kecil itu bertanya kepada ayahnya, pastinya perjalanan saya ibarat matahari yang perlahan-lahan tenggelam menjadi senja.

Anak kecil itu, berpaling ke arah ayahnya dan bertanya, “Ayah, bagaimana rasanya menjadi murid pandai?”

Saya terlempar jauh ke sudut itu semula. Sudut yang mungkin kini dihuni oleh anak kecil itu. Siaga saya memasang telinga dan sang ayah dengan wajah yang penuh bijaksana berpaling lalu berkata, “Mengapa tanya soalan itu?”

“Kerana saya bukan budak pandai. Saya tidak pernah sampai nombor sepuluh. Saya juga tidak pernah dapat hadiah,” jawab anak kecil itu yang ternyata begitu jauh beraninya berbanding saya pada saat saya seusia dia.

Dengan ekor mata saya melihat samar, lelaki yang berwajah penuh pengalaman itu menarik nafas panjang. Dia menoleh penuh prihatin dan berkata dengan takzim, “Antara tangan kanan dan tangan kiri mu, tangan mana yang kamu guna untuk menulis?”

“Tangan kanan!” jawab anak kecil itu pantas dengan nada suara yang khas.

“Tangan mana yang kamu guna untuk makan?” soal sang ayah lagi.

“Tangan kanan!” Anak kecil itu tidak langsung menyertakan ragu dalam jawapannya.

“Tangan mana pula yang kamu guna untuk membuka pintu?” Sang ayah terus menyoal.

“Tangan kanan!” jawab anak kecil itu lagi.

“Sekarang jelas, tangan kanan kamu lebih pandai daripada tangan kiri kerana tangan kanan kamu dapat membuat pelbagai perkara, tetapi bagaimana pula dengan tangan kiri kamu? Adakah tangan kiri kamu itu tidak pandai?” soal sang ayah lagi.

Si anak diam. Saya cukup pasti, pasti si anak juga merasai apa yang saya rasa. Rasa ingin tahu yang besarnya dari hujung awan di barat sampai hujung laut di timur.

“Adakah kamu mahu membuang tangan kiri kamu?” Sang ayah terus menyoal dan sang anak hanya menggeleng.

“Mengapa?” soal ayah dengan penuh lembut.

“Tangan kiri saya juga berguna. Berguna semasa saya buang air, berguna semasa saya mahu menunggang basikal, berguna semasa saya mahu bermain layang-layang dan paling berguna semasa saya menjadi penjaga gol!” balas si anak dengan penuh semangat.

“Tetapi tetap juga tangan kanan kamu yang lebih pandai, bukan? Pandai menulis, pandai membuka pintu dan pandai menggunakan sudu. Jadi antara tangan kanan kamu dan tangan kiri yang mana paling berguna?” soal sang ayah. Matanya menatap penuh kasih dan ada bahagia yang tersembunyi di balik matanya.

“Dua-duanya berguna!” kata sang anak dengan penuh yakin namun garis-garis pada wajahnya tetap menampakkan yang dia belum mengerti. Sama seperti saya yang tidak pasti untuk apa perbandingan itu bagi menjawab soalan sang anak.

“Tetapi saya bukan tangan kanan ataupun tangan kiri. Saya manusia utuh,” kata si anak dengan wajahnya yang menampakkan dia takut bagi mengaku tidak faham, namun hatinya semakin kuat mahu tahu berkenaan perkara itu.

“Ini memang bukan soal tangan. Ini soal kamu. Kamu tahu, rasa menjadi orang pandai itu bukanlah rasa yang munasabah. Sekiranya kamu berusaha, kamu pasti pandai. Tetapi sama ada kamu pandai apa pun tidak, Allah hanya sayang kepada orang yang paling berguna antara kita. Seperti tangan kanan dan tangan kiri, kamu sayang kedua-duanya kerana kedua-duanya sangat berguna kepada kamu. Allah juga sayang hambaNya yang paling berguna. Berguna bermakna bermanfaat kepada diri, kepada orang tua, keluarga dan seluruhnya. Jadi, walaupun kamu rasa kamu tidak pandai, selagi mana kamu menjadi manusia yang berguna kepada manusia lainnya, kamu tetap disayang oleh Allah. Disayang oleh Allah adalah rasa yang paling munasabah yang harus kamu fikirkan berbanding rasa, bagaimana rasanya menjadi orang pandai,” terang sang ayah dengan tertib dan perlahan-lahan.

Si anak diam dan dengan tersenyum dia berkata, “Bermakna saya harus menukar soalan saya?”

Sang ayah tersenyum dan dengan tangan kasanrnya dia mengusap-usap rambut anaknya. Pada waktu itu juga, saya yang selama ini tersudut pada dunia saya, umpamanya keluar dari dunia itu dan kini tersudut pula pada dunia yang baharu. Dunia yang hanya punyai soalan, “Bagaimana rasanya disayang Allah?”

Cinta Allah tiada penghunjung, Cinta Rasul memberi Rahmat , Cinta Ibu membawa ke Syurga, Cinta Ayah memberi manfaat, Cinta Sahabat membawa akrab, Cinta Isteri mendapat Sayang, Cinta Suami kekal abadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...