Pages

Followers

Friday, November 30, 2012

Sebelum Kamu disunting, [Kamu milikKu]



Ini lelaki yang sudah kasar tapak tangannya. Berbahu rata dan kepala sudah dicacak-cacak uban. Wajahnya belum ketara garis usia tetapi masih mampu rapi menyimpan rahsia. Ulas bibirnya merah samar, namun masih mampu menolak kata-kata yang nyata kerasnya. Ini adalah lelaki yang biasa.

Ini pula anak gadis kecil yang lentik alis dan bundar bola matanya. Rambutnya lembut ikal dan harumnya menyimbah tenang ke wajah sesiapa. Jari-jarinya halus dan sentuhannya tembus ke hati. Bibirnya penuh merah dengan bicara tidak jelas tetapi menekan-nekan jauh ke belahan jiwa. Wajahnya tidak ada garis usia dan langsung tidak mampu menampung rahsia. Ini, anak gadis kecil yang luar biasa.

Lelaki biasa dan anak gadis kecil yang luar biasa adalah kisah kita. Kisah seorang ayah dengan anak gadis kecilnya. Kisah yang ayah mahu kamu baca pada saat kamu sudah mampu mengerti ertinya dunia. Kisah yang ayah mahu kamu simpan dalam kedut-kedut usia dewasa.

Benarlah ayah ini lelaki biasa, bicara ayah tidak mampu lembut sentiasa. Renungan mata juga tidak mampu selalu bahagia. Ada waktunya, nada suara meninggi ke awan, ada kalanya suara perih menghunjam bumi.

Maafkan ayah, ayah ini lelaki biasa, terkadang lupa bagaimana mahu menampakkan sayang, terkadang lupa bagaimana mahu menggeser kasih. Tidaklah ayah sengaja, jauh sekali mahu begitu. Ketahuilah, pada saat pelupuk mata kamu sudah lelah, ayah akan berada di sisi kamu. Menyela lembut rambut harum kamu dengan jari-jari kasar, dan mencium pipi merah kamu dengan rasa yang penuh kasih. Tidak sesekali ayah lupa berbisik, “Ayah sayang kamu, ayah cintakan kamu.”

Tidaklah ayah sengaja mahu sembunyikan kasih, tidaklah juga ayah menyamarkan sayang. Ayah sekadar mahu kamu tahu, garis hidup perlu ada batasan yang keras, yang mampu menjadi pendinding ubun-ubun kamu yang masih lembut dan hati kamu yang masih halus. Ayah adalah pendinding keras itu, agar kamu tumbuh menjadi gadis yang disayang Tuhan, agar hati kamu tahu batas-batas diri seorang Islam.

Ayah tidak tahu sama ada kamu akan mengingat ayah sebagai lelaki keras yang mendakap kamu penuh sayang. Ayah juga tidak akan tahu, sama ada kamu mengenang ayah sebagai lelaki keras yang pernah menghamburkan bicara kasih untuk kamu tersenyum selalu. Tetapi ayah akan belajar dan mencuba menjadi ayah yang kamu sayang, ayah yang kamu kenang. Doa ayah, ayah mahu kita akan sama-sama menjadi hambaNya yang Dia sayang.
Semoga, kamu akan sentiasa ingat, ayah pernah mendakap kamu pada saat mata bundar kamu itu masih belum lelah. Semoga juga kamu terus ingat, ayah sering memberi nasihat berkata penuh madu dan semoga, kamu masih ingat ayah adalah lelaki yang tidak pernah putus berdoa untuk bahagianya kamu. Yang lebih utama, ayah mahu kamu sentiasa tahu dan sedar, ayah adalah lelaki yang menjadi pendinding kamu yang keras.

Sekiranya kamu bertanya, sampai bila ayah akan menjadi pendinding kamu, ayah hanya mampu berkata dengan bahagia yang perih, “Sehingga ada lelaki yang lebih baik daripada ayah, yang datang dengan sopan dan meminta hati kamu dengan kasih.”

Supaya kamu wahai wanita tahu, kamu sebelum kahwin milik ibu bapa kamu, adakah kamu lupa mereka menjaga kamu sehingga besar sebegini? Bisakah kamu derhaka kepada mereka kerana seorang lelaki yang belum tentu jodoh kamu?

Thursday, November 29, 2012

Bagaimana rasanya menjadi Pandai...???




Saya ingat lagi pada suatu waktu, saya adalah murid yang tersudut dalam dunia saya sendiri. Bukannya kerana saya duduk tersudut di belakang kanan kelas, malah saya adalah murid yang duduk di baris paling hadapan.

Dunia saya adalah dunia yang dipenuhi tanda tanya. Bukan bertanya perkara yang berat-berat, bukan juga bertanya berkenaan dunia seluruhnya. Saya cuma bertanya hal yang sederhana, bagaimana rasanya menjadi orang yang pandai.

Saya kira-kira, pertanyaan sederhana itu sebenarnya adalah persoalan hidup yang cukup pandai daripada seorang murid yang sederhana. Bukan sederhana pandai tetapi lebih kepada sederhana kurang pandai. Semuanya kerana pada setiap waktu, saya berasa tidak mampu menjadi murid sanjungan guru kerana markah ujian saya yang sekadar melepasi takat lulus.
Waktu itu saya betul-betul mahu tahu rasanya menjadi pelajar pandai. Rasa mahu tahu, saya biar, saya pendam. Mahu bertanya, entah bagaimana pula kata-kata yang harus saya ucap. Tidak pandai saya menyusun kata. Belum lagi saya memikir apa pula jawapan pada soalan sederhana itu. Saya cukup tidak tahu.

Itulah dunia saya, dunia yang tersudut jauh daripada pengetahuan murid-murid pandai. Ada waktunya saya menjawab sendiri untuk soalan saya. Menjadi murid pandai itu, adalah untung yang lumayan. Disayang guru, disayang ustaz dan malah sering mendapat surat-surat daripada peminat rahsia. Menjadi murid yang pandai juga, lumayan kerana mereka dengan automatik akan membaca pelbagai jenis buku yang berat dan tebal tanpa ada rasa dipaksa-paksa. Betapa nikmatnya apabila rasa dipaksa-paksa membaca itu tiada dalam diri. Pasti hati dan jiwa menjadi ringan. Itu cuma agak-agak saya, entah ya entah tidak kerana sehingga saya habis sekolah saya tidak pernah merasa menjadi murid yang pandai.

Sehingga pada suatu waktu, pada saat saya tidak peduli lagi rasa mahu tahu bagaimana rasanya menjadi murid pandai, saya mendengarkan ataupun mungkin Tuhan mahu memperdengarkan saya saya dengan kata-kata itu, kata-kata yang saya kutip daripada seorang ayah kepada anaknya, yang pernah bertanya soalan yang sama seperti yang saya tanyakan dulu-dulu.

***********

Waktu itu saya baru masuk ke dalam sebuah bas, dan mencapai wang kertas biru yang sudah kumal. Pemandu bas sepertinya lelaki yang sudah tidak berjiwa, kaku dan hanya memandang pada saat saya menyodorkan wang kertas biru kumal itu. Dia tidak menghulurkan senyum kerana mungkin senyumannya sudah habis sebelum jam 10 tadi. Hanya kertas putih yang dihulur pengganti senyum.

Saya ingat lagi, langkah saya seperti langkah kucing yang tersalah masuk rumah. Mata melilau mencari tempat duduk kosong dan akhirnya, saya tetapkan hati duduk di belakang sekali, tempat duduk yang boleh memuatkan lima lelaki dewasa dan kebetulan tinggal satu lagi yang tidak terisi, tempat duduk di tengah-tengah.

Pada saat saya melabuhkan punggung saya, pertamanya saya berpaling ke kiri saya, tersenyum kepada dua lelaki yang wajahnya jelas bukan Melayu. Mungkin pekerja Bangladesh, mungkin India, mungkin juga Nepal. Entah. Yang pastinya mereka dari Asia Selatan dan mereka memandang takut-takut ke arah saya, sepertinya saya sedang mengenakan seragam polis.

Selepas itu saya berpaling pula ke arah kanan dan di situ duduk seorang lelaki berbaju putih yang dihiasi jalur hitam. Wajahnya keras dan tidak perlu dia memberitahu kerana wajah kerasnya itu sudah memberitahu yang dia adalah lelaki yang penuh pengalaman hidup. Dia tersenyum baik, dan saya yakin dia mahu membesarkan hati saya. Di sebelahnya pula seorang anak kecil dalam pakaian seragam sekolah, sedang asyik memandang ke luar jendela. Saya sangat yakin anak kecil itu adalah anak kandung asli kepada lelaki itu. Namun, anak kecil itu tidak mempedulikan saya, saya juga tahu saya tidak perlu berbuat baik dengan anak kecil itu walaupun pada akhirnya saya akan akur, saya terhutang budi kepada dia.

********

Perjalanan bermula dengan lenggang-lenggang kecil, membuat tubuh saya terhuyung ke kiri menghimpit lelaki Asia Selatan, dan sesekali tubuh saya merapat juga pada lelaki yang berwajah penuh pengalaman.

Sekiranya tidak kerana anak kecil itu menoleh ke arah ayahnya, pasti perjalanan saya ibarat burung helang yang terbang sendiri. Sekiranya juga tidak kerana anak kecil itu bertanya kepada ayahnya, pastinya perjalanan saya ibarat matahari yang perlahan-lahan tenggelam menjadi senja.

Anak kecil itu, berpaling ke arah ayahnya dan bertanya, “Ayah, bagaimana rasanya menjadi murid pandai?”

Saya terlempar jauh ke sudut itu semula. Sudut yang mungkin kini dihuni oleh anak kecil itu. Siaga saya memasang telinga dan sang ayah dengan wajah yang penuh bijaksana berpaling lalu berkata, “Mengapa tanya soalan itu?”

“Kerana saya bukan budak pandai. Saya tidak pernah sampai nombor sepuluh. Saya juga tidak pernah dapat hadiah,” jawab anak kecil itu yang ternyata begitu jauh beraninya berbanding saya pada saat saya seusia dia.

Dengan ekor mata saya melihat samar, lelaki yang berwajah penuh pengalaman itu menarik nafas panjang. Dia menoleh penuh prihatin dan berkata dengan takzim, “Antara tangan kanan dan tangan kiri mu, tangan mana yang kamu guna untuk menulis?”

“Tangan kanan!” jawab anak kecil itu pantas dengan nada suara yang khas.

“Tangan mana yang kamu guna untuk makan?” soal sang ayah lagi.

“Tangan kanan!” Anak kecil itu tidak langsung menyertakan ragu dalam jawapannya.

“Tangan mana pula yang kamu guna untuk membuka pintu?” Sang ayah terus menyoal.

“Tangan kanan!” jawab anak kecil itu lagi.

“Sekarang jelas, tangan kanan kamu lebih pandai daripada tangan kiri kerana tangan kanan kamu dapat membuat pelbagai perkara, tetapi bagaimana pula dengan tangan kiri kamu? Adakah tangan kiri kamu itu tidak pandai?” soal sang ayah lagi.

Si anak diam. Saya cukup pasti, pasti si anak juga merasai apa yang saya rasa. Rasa ingin tahu yang besarnya dari hujung awan di barat sampai hujung laut di timur.

“Adakah kamu mahu membuang tangan kiri kamu?” Sang ayah terus menyoal dan sang anak hanya menggeleng.

“Mengapa?” soal ayah dengan penuh lembut.

“Tangan kiri saya juga berguna. Berguna semasa saya buang air, berguna semasa saya mahu menunggang basikal, berguna semasa saya mahu bermain layang-layang dan paling berguna semasa saya menjadi penjaga gol!” balas si anak dengan penuh semangat.

“Tetapi tetap juga tangan kanan kamu yang lebih pandai, bukan? Pandai menulis, pandai membuka pintu dan pandai menggunakan sudu. Jadi antara tangan kanan kamu dan tangan kiri yang mana paling berguna?” soal sang ayah. Matanya menatap penuh kasih dan ada bahagia yang tersembunyi di balik matanya.

“Dua-duanya berguna!” kata sang anak dengan penuh yakin namun garis-garis pada wajahnya tetap menampakkan yang dia belum mengerti. Sama seperti saya yang tidak pasti untuk apa perbandingan itu bagi menjawab soalan sang anak.

“Tetapi saya bukan tangan kanan ataupun tangan kiri. Saya manusia utuh,” kata si anak dengan wajahnya yang menampakkan dia takut bagi mengaku tidak faham, namun hatinya semakin kuat mahu tahu berkenaan perkara itu.

“Ini memang bukan soal tangan. Ini soal kamu. Kamu tahu, rasa menjadi orang pandai itu bukanlah rasa yang munasabah. Sekiranya kamu berusaha, kamu pasti pandai. Tetapi sama ada kamu pandai apa pun tidak, Allah hanya sayang kepada orang yang paling berguna antara kita. Seperti tangan kanan dan tangan kiri, kamu sayang kedua-duanya kerana kedua-duanya sangat berguna kepada kamu. Allah juga sayang hambaNya yang paling berguna. Berguna bermakna bermanfaat kepada diri, kepada orang tua, keluarga dan seluruhnya. Jadi, walaupun kamu rasa kamu tidak pandai, selagi mana kamu menjadi manusia yang berguna kepada manusia lainnya, kamu tetap disayang oleh Allah. Disayang oleh Allah adalah rasa yang paling munasabah yang harus kamu fikirkan berbanding rasa, bagaimana rasanya menjadi orang pandai,” terang sang ayah dengan tertib dan perlahan-lahan.

Si anak diam dan dengan tersenyum dia berkata, “Bermakna saya harus menukar soalan saya?”

Sang ayah tersenyum dan dengan tangan kasanrnya dia mengusap-usap rambut anaknya. Pada waktu itu juga, saya yang selama ini tersudut pada dunia saya, umpamanya keluar dari dunia itu dan kini tersudut pula pada dunia yang baharu. Dunia yang hanya punyai soalan, “Bagaimana rasanya disayang Allah?”

Cinta Allah tiada penghunjung, Cinta Rasul memberi Rahmat , Cinta Ibu membawa ke Syurga, Cinta Ayah memberi manfaat, Cinta Sahabat membawa akrab, Cinta Isteri mendapat Sayang, Cinta Suami kekal abadi.

Yahudi bangsa Pilihan Tuhan...!! (Part 2)

Part terakhir,



Hai Mat!! Macam mana masih nak dengar cerita aku atau tidak ni? hahahahaha... Mat Oh Mat!!. Aku kesian dekat engkau ni Mat, Kesian sangat, Semua engkau nak kaut dengan aku, teknologi aku punya, ideologi pun aku punya, Sejarah engkau belajar itu daripada bangsa aku yang gubah sendiri. Bagi kamu semua baca. Kesian Mat. Sedih!

Teknologi.
Takpelah aku teruskan hujjah aku ini Mat! Kalau kau nak tahu lagi Mat, Stanley Mezor adalah orang yang pertama mencipta mikrocip yang ada sekarang ini. Selain itu Leo Szilard adalah orang yang telah membangunkan reaktor rangkaian nuklear yang pertama, Peter Scultz menghasilkan kabel gentian optik. Kau kenal Charles Adler iaitu menghasilkan lampu isyarat, Benno Strauss hasilkan besi tahat karat (stainless Steel), Isador Kisee mencipta sistem suara di pawagam, selain itu Emile Berliner mencipta mikrofon untuk telefon dan Charles Ginsburg pula mencipta alat pita rakaman. Banyak Mat, sampai tak larat aku nak sebut, itu hanya baru dari sudut teknologi.


Perniagaan.
Aku tunjukkan kepada kau Mat dari sudut perniagaan, Kami tak pernah kalah Mat. Cuba kau tengok jenama-jenama produk dan barangan terkaya di dunia ini juga dikuasai Yahudi Mat!! Ralph Lauren yang mencetus Polo, Levis Strauss yang kau suka pakai itu Mat Levi's Jeans, Howard Schultz kau tahu dia siapa? hahahaha.. Dia lah pencetus Starbuck, Selain itu Sergey Brin dia yang bagi kemudahkan kepada engkau dan bangsa-bangsa kau dan bangsa lain, iaitu Google Mat!! Kau selalu guna bukan? Michael Dell mencetus Dell Computers, Larry Ellison iaitu pencetus Oracle, Donna Karan iaitu pemilik DKNY, Irv Robbins pencetus Baskin & Robin. Bangsa Melayu suka sangat dengan aiskrim dia ini, Penuh dengan lemak dan berbahaya, Sampaikan anak dia sendiri taknak terima perniagaan ayahnya, dan diserahkan kepada ayah saudaranya kerana Aiskrim bukan menyihatkan Mat!!

Kami orang Yahudi sangat bersatu dan berpengaruh Mat!! Walaupun ada di golongan kami hidup miskin dan kaya, tetapi kami saling membantu antara satu sama lain, ekonomi kami berlandas dua tunjang, ada memakai Sosialis ada yang memakai kapatalis, tetapi kami tidak menjatuhkan antara satu sama lain, Hak kami sebagai rakyat dijaga rapi Mat!! Pemimpin kami memang kamu semua kata kejam, kerana apa? Kerana itu kamu bukan bangsa kami, bagi kami bangsa Yahudi kami istemewa, kami ada hak kami. hahahahhah.. Jadilah bangsa Yahudi Mat!! Takpom, kau jadi Anjing Yahudi, anjing aku Mat!!

Pengaruh.
Kau boleh ambil contoh orang yang berpengaruh Mat. Lihat sahaja Richard Levin, presiden universiti tersohor, Yale University. Henry Kissingerm Joseph Lieberman dan Madeleine Albright kamu kenal siapa mereka ini? Merekalah bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, kah...kah....kah.... Sedih Mat! Bangsa kamu ada Mat? Umat Islam ada Mat??!! hahahah. Dasar Anjing kutip sahaja apa kami bagi. Takpe Mat!! Aku sayang anjing-anjing aku, aku jadikan kau ketua anjing aku nak?

Selain itu Mat Maxim Litvinov bekas menteri Luar Soviet Union, David Marshal, bekas Ketua menteri Singapura yang pertama, Benjamin Disraeli seorang negarawan dan penulis Britain terkenal. Penatlah aku nak menulis nama-nama mereka ini Mat, tapi nyatakanlah yang dikau pula Mat?!! Ada?! Takda bukan? Sudahlah, aku melayan kau tiada guna, baik kau jadi anjing lagi baik. Kau tahu mengapa kami jadi terkenal? Kami suka membaca, kami bahagikan masa kami untuk membaca, walaupun tidak banyak tapi kami membaca sambil berdiskusi, kami tidak inginkan siapa yang betul dalam diskusi, tapi kamu mahukan sepefahaman dan kami mahukan Ilmu pendiskusi, Itu kami mahukan, Lama-lama kami jumpa jalan sepefahaman dan kami bersatu dan kami penuh ilmu di dada Mat!! Kau ada macam kami? Mari jadi anjing kami, kami ajar kamu Mat!!

Media dan Sukan.
Aku sebut dalam dunia Media pula Mat!! Kau dengar lah untuk kegunaan kau juga nanti Mat!! hahahahaha.. Kau suka sukan kan Mat!! Walaupun kau ini memang kemaruk sukan sampaikan aku tengok solat kau tinggal, cakap bab agama no.1 tapi solat sendiri tinggal, Modal jadi alim warak ke Mat!! haahhahah..

Kau kenal orang yang telah mendapat membolot 7 pingat Emas di Olimpik? Dia lah Mark Spitz, selain itu Mat, Lenny Krayzelburg pula pemegang tiga kali pingat Emas Olimpik, Spitz Krayzelburg dan Boris Becker semuanya itu Yahudi Mat!! Yahudi bangsa terpilih tuhan, Yang lain hanya anjing-anjing kami Mat!! Sedarlah dari tidur mu itu bahawa kamu semua masih mengutip dengan kami, Macam mana kamu mahu lari dari kami? hahahahaha.. Fikir Mat!! Fikir... Kami bangsa yang kuat berfikir, bukan bangsa yang bersuka ria sebelum menang, kami apabila dapat membunuh seorang Nabi kami akan adakan Pesta, sebelum itu kami gusar, kami tidak bersuka ria sebelum membunuh Nabi atau rasul. hahahaha. Sebab apa kami bunuh? Sebab kami rakyat lebih betul Mat! Kami bangsa pilihan tuhan. Sebab kami disayangi Tuhan!!..

Lagi satu aku nak tanya kamu Mat, kamu kenal Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Crystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael, Ben Kingsley, Kirk Douglas, William Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya itu Yahudi Mat!! Adohai.. Penat aku nak bagitahu dekat kau satu persatu Mat!! Penat oi.... kau bukan nak tahu pun. hahaahhah..

Tengok sendiri la Mat siapa pengarah dan penerbit filem tersohor abad ini? Steven Spielberg, Aaron Spelling  (Beverly Hills) , Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew over teh Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief of Baghdad) dan Ivan Reitman (Ghostbuster) Semuanya itu yahudi Mat!!

Kesimpulan.
Aku pergi dulu Mat, maaflah kalau percakapan aku kasar dan nampak membanggakan diri aku sebagai bangsa pilihan Tuhan, tapi itu realiti Mat!! Kau semua akan jadi anjing-anjing kami sampai selamanya, Kami akan beroleh syurga Tuhan Yahweh nanti, sebab kami bangsa pilihan, kamu semua adalah hasil dari benih-benih yang kotor, dan kamu semua najis Mat!! Tak suci, kamu memang dilhahirkan untuk menjadi anjing kami semua, kamu semua patut terima hakikat itu Mat!! Kamu tidak akan sedar walaupun apa telah aku perkatakan ini sebab anjing tidak akan faham percakapan manusia. haahhahaha.. Kesian dekat umat Islam, mana adab-adab yang baca dalam agama kau? Mana sifat Muhammad dalam umat Islam?

Sembang kencang bolehlah nak mari serang kami la. Tapi ilmu takda., Kesian kau Mat!! kamu semua anjing-anjing belaan kami duduk diam sudah. Bye3... Jumpa lagi lain masa lain ketika.

Ya Allah selamatkan kami dari tuduhan dan fitnah dajjal, fitnah dunia dan fitnah wanita ya Allah. Kami bermohon kepadaMu, hanya kepadaMu kami berharap, Hanya kepadaMu kami meminta, Ampunilah kami Ya Allah.

Wednesday, November 28, 2012

... dan lelaki baik yang bercinta




Lelaki ini, sebenarnya apa mahunya? Lelaki jugalah yang mengatakan perempuan itu seperti mawar, dan kata mereka, “Untung duri ini menumbuhkan mawar.” Namun pada ketika lainnya, mereka juga yang berkata, “Rugi sekali mawar ini mempunyai duri.”

Lalu apa mahumu, wahai lelaki? Saya ini benarlah perempuan yang tidak tahu berfesyen, tidak tahu jenama make up apa yang sesuai untuk saya, dan tidak tahu serba-serbi, namun saya tetap juga seorang perempuan yang punyai hati bagi memberi cinta, tetap juga punyai hati bagi menerima cinta.

Namun lelaki ini pandai betul. Pada saat saya berkata begitu, ini pula jawabnya, “Cinta Tuhan itu juga yang dipinjamkan kepada hati kamu. Jadi, elok sangatlah sekiranya kamu dahulukan cinta Tuhan dan pasti kamu tidak akan kecewa. Malah cinta manusia juga yang akan menyusul. Ataupun mungkin sahaja, kamu boleh menjadi seperti Rabiatul Adawiyah.”

Lalu diam sahajalah saya kerana, kata-kata lelaki itu adalah 'noktah' hati. Tidak ada salahnya pada kata-kata itu tetapi, untuk perempuan yang lemah seperti saya ini, bagi mencapai cinta Tuhan, perlukan bantuan, dan pastinya bantuan itu datangnya daripada seorang lelaki bernama suami. Tuhan tahu sekuat mana hamba-Nya, dan bantuan Dia tiba dalam bentuk cinta seorang lelaki.

Sekiranya tidak 'bantuan' yang Tuhan hantar itu, jadi bagaimana saya seorang perempuan yang lemah mampu memperoleh rahmat dan reda yang lebih daripada Allah? Lelaki juga tahu, perempuan yang taat kepada suami itu adalah perempuan yang menerima reda yang besar daripada Tuhan sehingga boleh masuk dari mana-mana pintu syurga yang perempuan itu mahu.

Jadi, mudahnya, saya ini tahu diri, saya adalah perempuan yang tidak kuat tetapi punya cita-cita besar bagi meraih cinta Ilahi. Lalu, para lelaki, bantulah saya ke arah itu. Namun, seperti kata saya tadi lelaki ini apa mahunya? Maksud saya, lelaki baik-baik ini, apa mahu kamu? Untuk lelaki-lelaki celaka di luar sana, tidak perlu tersenyum-senyum memberitahu mahumu. Jangan sampai ludahku, hinggap di wajah penuh nafsumu.

Soalan saya itu yang saya pendam-pendam dalam hati, sehinggalah pada suatu hari, saya mengerti juga, namun dalam bentuk yang membuat saya semakin bingung.

Ibu cantik

Begini sahajalah, biar saya ceritakan siapa saya, dalam satu ayat. Saya adalah perempuan yang berharap reda Allah, namun dalam masa yang sama saya adalah perempuan yang lemah. Itulah saya, dan lemahnya saya itu, adalah kerana tanpa sedar sering juga terpaut hati kepada lelaki baik itu dan lelaki baik ini dengan harap mereka menjadi suami saya.

Memanglah saya tidak melulu pergi kepada lelaki itu dan berkata “Kahwini aku”, tetapi tetap juga saya berasa berdosa kerana mempunyai rasa seperti itu. Rasanya seperti, murah benarlah hati saya ini. Namun itulah yang saya beritahu tadi, saya lemah untuk urusan yang satu itu. Mujur juga saya masih kuat bagi menahan diri bagi tidak terlihat seperti perempuan yang murah.

Sehinggalah pada suatu hari, saya perempuan yang lemah ini sempat berbicara dengan seorang ibu yang sudah punyai lima anak, tetapi wajahnya tetap segar, muda dan saya takjub sekali dengan dia. Bayangkan sahaja, sudah punyai lima anak tetapi tetap disangka anak dara yang baru mekar. Luar biasa sekali.

Seperkara yang saya tahu, ibu itu keturunan yang memang sedia cantik dan awet muda, namun seperkara lagi, saya baru tahu pada hari itu dan melalui ibu itulah, saya semakin rungsing dengan cerita lelaki-lelaki baik ini.

Lelaki baik

Petang baru masuk bersama awan-awan yang berbentuk kasut mary jane. (Bentuk kasut yang saya baru belajar secara tidak sengaja dua hari lepas). Saya pula pada ketika itu dengan wajah yang baru dikesat minyaknya sedang duduk semeja dengan seorang ibu beranak lima yang cantik.

Memang sudah tugas saya, sebagai editor buku bagi bertemu dengan manusia-manusia yang mahu menulis, dan pada petang itu, saya bertemu ibu yang mahu menulis. Menurutnya, dia mahu menulis berkenaan mendidik anak gaya Saiditina Fatimah, dan untuk saya, itu sangat bagus bagi pasaran buku.

Lalu cepat-cepatlah saya bertemu janji dengan dia, dan mulanya, terus-terang sahajalah di sini, saya menyangka akan bertemu perempuan yang berwajah keibuan, menyejukkan mata, dan membuat saya berasa menjadi anak kepada dia.

Sangkaan saya itu benar pada perempuan yang berwajah keibuan, menyejukkan mata tetapi dia tidak membuatkan saya berasa menjadi anak kepada dia. Malah, saya berasa dia seperti rakan sebaya walaupun anaknya sudah lima. Semuanya gara-gara wajahnya yang segar itu.

Mulanya hajat mahu berbincang berkenaan buku yang dia mahu tulis, tetapi kerana kagumnya saya kepada dia, saya lebih banyak cuba mencungkil rahsia berkenaan dirinya. Bertanya itu, bertanya ini dan kemudiannya, sampailah saya kepada soalan yang membuat saya rungsing.

Soalan

“Yakin saya, Puan ini tetap muda kerana air wuduk yang tidak pernah sempat batal,” kata saya cuba memancing rahsia.

Ibu beranak lima itu hanya tersenyum sopan, dan yakin saya lelaki yang melihat senyumannya itu, adalah lelaki yang paling bertuah di dunia.

“Tidaklah sampai air wuduk itu tidak sempat batal, dan malah kebanyakkan waktu, air wuduk saya batal,” kata ibu muda itu pula.

Belum sempat saya memikir lanjut sebab air wuduknya sentiasa batal, terus ibu cantik itu menyambung, “Sekiranya ada waktu yang sempat, jangan pernah gagal bagi menyentuh suami mu. Paling tidak cuit lengannya, itu pun sudah cukup. Sentuhan-sentuhanlah yang menjadikan bahagia itu tetap hangat. Dan lebih utama, suami yang baik, juga pasti mengerti aturan itu.”

Ibu cantik itu kemudiannya tersenyum-senyum malu. Mungkin kerana sudah berasa terlanjur menceritakan tips paling rahsia berkenaan kebahagian rumahtangganya. Saya pula, daripada memikirkan berkenaan ibu cantik itu, terus saya terbayangkan lelaki bertuah yang menjadi pasangannya.

“Bertuahnya lelaki itu,” kata saya, spontan.

“Sebenarnya, sayalah yang bertuah,” jawab ibu cantik itu pula.

Waktu itulah, saya berasa hairan. Mengapa pula ibu cantik itu yang berasa dirinya bertuah? Sedangkan, untuk saya ibu cantik itu, yang sebenarnya mendatangkan tuah lalu saya bertanya, “Lelaki yang bagaimana membuatkan Puan pula yang menjadi bertuah?”

Ibu cantik itu, tersenyum-senyum malu sebelum berkata, “Dia lelaki baik. Untuk perempuan, cukuplah itu yang mereka dapat dalam hidup mereka, iaitu lelaki baik, dan selepas itu, dunia seisinya sudah menjadi miliknya. Jadi, boleh kamu bayangkan betapa bertuahnya saya dengan hanya seorang lelaki saya sudah memperoleh dunia dan seisinya?”

Berdebar-debar dada saya saat mendengarkan jawapan ibu cantik itu. Sehingga begitu sekali? Lalu bertanyalah saya kepada soalan yang membuat saya menjadi rungsing.

“Bagaimana mahu mencari lelaki baik seperti itu?”

Ketika itu jugalah, ibu cantik tadi mula terlihat serius dan akhirnya berkata, “Lelaki yang baik akan sentiasa menjauhi diri kamu.”

Saya diam, dan saya langsung tidak nampak di mana logiknya.

“Saya tidak faham. Adakah maksud Puan lelaki baik tidak akan suka kepada saya?” Saya juga mula ikut serius.

“Lelaki yang tidak suka kepada kamu akan menjauhi mu, dan lelaki baik yang menyukaimu, juga akan menjauhi diri mu,” jelas ibu muda itu dan membuat saya semakin bingung.

“Adakah Puan ini ahli sufi?” telah saya, kerana untuk persoalan sebegitu, biasanya hanya sufi-sufi yang mampu membuatkan manusia terbingung-bingung.

Ibu cantik itu ketawa kecil dan berkata, “Saya bukanlah ahli sufi, tetapi itulah hakikatnya, dan biarlah saya terangkan sebabnya.”

Saya mengatur duduk saya supaya semakin baik, saya diam dan saya sedia mendengarkan kata-kata ibu itu.

“Untuk lelaki yang tidak menyukai kamu, memang jelas dia akan menjauhi kamu atas alasan, dia tidak suka kamu. Manakala untuk lelaki biasa, yang menyukai kamu, dia akan cuba mendekati kamu, dan ini pasti kamu tahu. Cuma lelaki yang benar-benar baik, apabila dia menyukai kamu dia akan menjauhi diri dari kamu dan inilah yang saya mahu ceritakan."




Jauh

“Lelaki yang baik itu, tidak akan menyentuh kamu. Tidak akan sesekali cuba menyentuh kamu. Bukan sahaja tangan halus kamu, bukan juga 'menyentuh' mata bening kamu, tetapi yang lebih utama, dia tidak akan 'menyentuh' hati lembut kamu. Mereka tidak akan menyentuhnya selagi mana mereka tidak bersedia, dan pada ketika dia sudah bersedia, dia akan menikahi kamu dan pada saat itulah, barulah dia berani 'menyentuh' hati kamu. Lalu bagaimana mungkin lelaki baik tidak 'menyentuh' hati kamu sekiranya dia tidak menjauhkan diri daripada kamu? Sedaya upaya dia akan cuba menghindar, kerana dia tahu, pada ketika dia membuka mulutnya bagi berbicara, pada ketika itulah, bicaranya yang baik-baik akan 'menyentuh' hati kamu, dan 'mencengkam' hatinya pula. Terjadi rindu dan kamu pun tahu maknanya rindu kepada bukan mahram itu sangat halus sempadannya, antara rindu baik dan zina hati. Sangat-sangat halus, dan lelaki baik tidak mungkin mahu mengambil risiko itu.”

Mendengarkan sahaja penjelasan itu, saya menelan liur. Bagaimana mungkin sehingga begitu sekali? Lalu, bagaimana nasib saya bagi berjodoh dengan lelaki yang baik sekiranya mereka menjauh dari saya?

“Lelaki baik itu, akan mendekatimu dengan niat mahu bernikah. Jadi pada ketika ada lelaki, yang berkata mahu menjadikan kamu isteri, dan pada ketika itu hati kamu terus berasa bahagia tanpa ragu-ragu, ketahuilah itulah lelaki baik, kerana kamu bahagia untuk perkara yang sudah kamu tahu. Bahagia itu bukan datangnya tanpa sedar, pasti sedikit-sedikit kamu tahu juga berkenaan lelaki baik di sekeliling kamu, dan tanpa sedar, kamu ada menaruh hati kepada dia. Lalu pada ketika lelaki yang kamu tanpa sedar suka itu, mengajak kamu nikah, kamu tidak akan ragu-ragu, malah kamu akan bahagia kerana kamu sudah tahu siapa dia,” sambung ibu muda cantik itu lagi.

“Jadi, maknanya sebagai perempuan saya tidak punya peluang untuk berusaha bagi memperoleh lelaki baik, dan sekadar mengharapkan mereka tiba-tiba datang?” soal saya dengan hati yang sudah gusar.

“Siapa kata tidak perlu berusaha? Kamu taat pada perintah Tuhan, kamu patuh pada larangan, ibadat kamu tidak pernah berhenti, dan semua itu adalah usaha. Jodoh itukan misteri Tuhan, selain mati dan rezeki. Jadi, usahakan sahaja apa yang termampu, dan itulah antara usaha saya. Selain itu percayakan ibu bapa kamu sekiranya mereka mahu memberi jodoh, percayakan rakan-rakan yang kamu yakin bagus telahan hatinya kerana ibadatnya, bagi mencadangkan jodoh dan mencarikan jodoh. Selain itu berdoa dan terus patuh juga taat kepada Allah. Cuma sahaja, perlu jugalah kamu ingat, patuh dan taat kepada Allah itu, bukan atas urusan mahu jodoh yang baik, tetapi ikhlas mahu memperoleh reda-Nya. Kerana pada ketika kamu diberi jodoh yang sangat bertentangan dengan diri kamu, segeralah bandingkan diri kamu dengan Asiah yang bersuamikan Firaun, dan Nabi Noh yang beristerikan perempuan yang tidak percaya kepada Tuhan. Itulah tujuan kamu taat dan patuh kepada Tuhan, iaitu bagi mengikhlaskan ujian yang diberikan-Nya, kerana mungkin sahaja jodoh kamu dengan lelaki baik tidak di dunia ini, tetapi ditangguh sehingga ke akhirat.”

Saya diam, dan saya akui saya rungsing hanya kerana memikirkan, adakah saya cukup kuat untuk semua perkara ini? Ah... lelaki baik apabila bercinta....

Jadilah lelaki yang soleh baik kepada Isterinya dan taat kepada ibubapanya, kasih kepada Allah dan Rasulnya, dan Cinta akan sahabatnya. Jihad untuk agamanya.

Tuesday, November 27, 2012

Anak perempuan cantik yang melihat pelangi..!!



Tidak banyak, pasti tetap ada sebibit kebahagian untuk manusia yang menatap pelangi. Itu yang saya percaya, dan itu yang semua manusia percaya. Sehinggalah pada hari itu, menatap pelangi itu memberi makna lain kepada saya. Pelangi itu bukan berkenaan bahagia tetapi berkenaan sesuatu yang membuatkan hati saya terjatuh ke daerah gusar. 

Ibu. 

Saya adalah ibu yang sangat bahagia. Saya fikir itulah semua perasaan ibu-ibu di dunia yang mempunyai anak perempuan yang cantik, dan beberapa bulan sebelumnya, saya melahirkan anak yang kedua yang juga cantik. Saya berasa diangkat ke langit hanya kerana status saya sebagai seorang ibu yang punyai dua anak yang meneduhkan hati. 

Segala-galanya terlihat sempurna, sehinggalah pada suatu hari, anak perempuan saya yang cantik itu datang menemui saya, berkata sesuatu yang saya sangkakan bahagia. 

Pelangi

“Ibu, mengapa saya nampak pelangi?” 

“Sayang, mana ada pelangi di sini,” kata saya lembut. Rambutnya yang ikal saya belai penuh kasih. 

“Betul ibu. Saya nampak pelangi,” katanya lagi dengan jarinya menunjuk-nunjuk sesuatu. 

Lama saya memerhatikan ke arah yang dia tunjuk, namun tetap sahaja kosong. Pelangi apa yang dilihat anak saya? 

“Mana?” Saya terus bertanya. 

“Itu, merah, biru, hitam...” 

Mendengarkan sahaja itu terus ketawa kecil dan berkata, “Anakku, pelangi mana ada warna hitam. Kamu main-mainkan ibu, ya?” 

“Betul, ibu. Saya nampak pelangi. Saya nampak pelangi.” Suara anak saya mula terdengar hiba, dan pelupuk matanya mula berkolam minta dipercayai. 

Untuk pertama kalinya, saya diam. Apabila anak sudah meminta mahu dipercayai, saya melihat perkara itu sebagai sesuatu yang serius. Saya memandang tepat ke arah matanya. Saya meniup perlahan-lahan dan dengan senyuman madu saya berkata, “Ibu sudah tiup mata kamu. Ada lagi pelangi?” 

Anak kecil yang cantik itu mengejap-ngejapkan matanya. Kemudiannya dia menambah dengan menggosok-gosoknya. 

“Ada lagi. Ada lagi pelangi. Ibu, pelangi ada lagi.” Anak kecil itu mula menangis tersedu-sedu. Resah saya sudah menggunung. Pada waktu itu saya tahu seperkara, anak saya tidak main-main. Lama saya terdiam, dan terlintas juga dalam fikiran mungkin anak saya terkena makhluk halus dan perlu bantuan bomoh. Mujur, sesaat selepas fikiran itu datang, saya kembali rasional, dan pada waktu itulah saya berjumpa dengan doktor mata itu. 

Mata

Untuk saya, semua doktor adalah sama. Mereka adalah orang yang mengubati, dan mereka adalah orang yang mengubati bukan sekadar dengan peralatan dan ubat mereka, malah dengan kata-kata, dan pada hari itu saya bertambah yakin dengan apa yang saya percaya. 

“Puan, mata anak puan normal, tidak ada apa-apa masalah,” kata doktor itu sebaik mata anak saya diperiksa dengan alat yang tidak saya tahu namanya. 

Saya memandang anak perempuan saya yang duduk di sebelah kiri. Rambutnya saya usap sebelum berkata, “Matamu bagaimana sayang?” 

“Masih nampak pelangi,” kata anak saya dengan wajah hiba. 

“Dia masih nampak pelangi, doktor. Doktor pasti mata anak saya normal?” soal saya dengan wajah khuatir. 

“Ya, normal.” Jawapan dan senyum doktor itu masih belum meyakinkan saya, dan saya kembali bertanya, “Jadi bagaimana dia boleh nampak pelangi.” 

Untuk soalan itu, doktor itu diam seketika. Sempat kembali fikiran saya membenarkan, yang anak saya itu mungkin diganggu makhluk halus. 

“Berapa bulan umur bayi Puan?” soal doktor itu lembut. 

Berkerut juga dahi saya mendengarkan soalan itu. Apa kaitan bayi saya dengan pelangi yang dilihat oleh anak perempuan saya? 

“Lapan bulan,” jawab saya tanpa meluahkan rasa sebenar hati. 

Doktor itu mengangguk-angguk. Dan saya pula bertambah bingung. Saya kenal angguk itu, itu angguk yang punya jawapan, tetapi apa? 

“Puan, memang mata anak Puan normal. Apa yang tidak normal adalah pada perasaannya,” kata doktor itu dan membuatkan saya terkejut. 

“Maksud doktor?” Kuat hati saya mengatakan doktor itu juga percaya yang anak saya diganggu makhluk halus. Sekiranya tidak, mengapa dia berkata perasaan anak saya tidak normal? 

“Selama ini, anak Puan rapat dengan Puan. Saya percaya, ke mana-mana sahaja Puan pergi pasti anak ini mengikut ataupun Puan sendiri yang membawanya bersama. Itulah yang ada dalam perasaan anak ini, dia percaya yang dia akan sentiasa punya masa dengan ibunya. Masa yang tidak pernah terhad. Tetapi pada ketika Puan melahirkan anak kedua, anak ini mula berasa ada sesuatu yang tidak kena. Masa Puan yang sebelum ini bersama dia, sudah dibahagikan. Tetapi untuk anak kecil ini, itu bermaksud Puan sudah tidak punya masa dengan dia.” 

“Jadi?” sampuk saya segera. Entah mengapa saya berasa khuatir mendengarkan penerangan doktor itu. 

“Maksud saya, anak Puan merasakan, Puan sudah tidak ada masa dengannya. Sayangnya, dia masih kecil dan anak kecil tidak tahu bagi meluahkan perasaannya. Dia cuma mengerti sesuatu perlu dilakukan bagi menarik perhatian Puan, dan dia pun mula terlihat pelangi. Dia tahu, ibunya sayangkan dia tetapi dia berasa sering dilupakan. Melihat pelangi adalah jalan bagi diingat kembali dan ia adalah jalan bagi mendapatkan perhatian,” terang doktor itu, jelas dan bersungguh-sungguh. 

Saya terpempan. Kata-kata doktor itu meresap ke hati. Aduhai anakku, kasihannya kamu. Hanya dengan melihat pelangi, kamu fikir dapat mendapatkan kasih sayang ibu. Anakku, kamu tidak perlu nampak apa-apa sayang, ibu sayangkan kamu. Cuma ibu yang terlupa ada kamu untuk selalu diberi masa, untuk selalu diberi perhatian. 

Dan pada ketika itu jugalah saya peluk anak saya. Peluk dia kuat-kuat dengan air mata saya menitik. 

“Maafkan ibu, sayang. Maafkan ibu. Ibu sayangkan kamu.”

"Saya juga sayangkan ibu," balas anak saya, dan air mata saya semakin tumpah ruah.

Wallahualam.

Monday, November 26, 2012

Madah Cinta Hamka



Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -HamkaCinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. 
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan…=)

Anak paderi yang cantik dan cinta lelaki Islam.!!




Saya menemukan perempuan ini di kuliah. Kami saling kenal nama. Namun, kami seperti malu-malu. Tidak pernah bicara. Tersenyum juga, tidak pernah. Anehnya saya tahu segalanya tentang dia. Kerna entah bagaimana, semua lelaki gemar bicara tentang dia. Lelaki yang duduk di depan saya, di belakang dan di kiri kanan saya. Terkadang mereka hanya berbisik. Terkadang bicaranya sederhana dan terkadang melebihi sederhana. Namun yang pasti, bicara mereka diiringi senyuman. Atas kerna itu, saya ikutan tahu segala.

Dia perempuan kepulauan Borneo. Dan setiap kali dia berlalu, bayangnya cepat menerkam ke ekor mata. Bukan hanya saya, malah semua lelaki yang ada di kuliah. Sekiranya dia dilihat oleh penyair, pasti penyair mengatakan dia itu umpama pelangi yang sudah sampai puncak ranumnya. Terang dan pekat warnanya. Berlatarkan pula langit yang biru dan ada secalit awan putih. Bisa membuat manusia mengejarnya hingga ke kaki langit.

Dan hati lelaki mana yang puas, jika bayang perempuan itu sekadar menerkam pada ekor mata. Setidaknya berpaling, sekilas. Biar hanya sekali. Dan pada ketika itu, baik saya kenal ataupun tidak lelaki-lelaki yang berada di belakang saya, pasti mereka berbisik.

“Usah terlalu diperhati. Dia itu anak paderi besar. Paderi yang sudah menkristiankan ribuan manusia.”

Saya tidak mengangguk. Tidak pula mengerut dahi. Cuma pada hati, pada iman yang senipis kulit bawang , timbul satu rasa yang menghampiri khuatir. Khuatir tentang sesuatu. Dan bisikan itu tidak berakhir di situ.

“Dia juga sudah punyai surat kuasa seperti ayahnya. Dia bisa menkristiankan manusia.”

Saya diam. Pada hati, pada iman yang senipis kulit bawang ini, saya mengerti sesuatu. Perempuan dari kepulauan Borneo itu, bukan sekadar pelangi yang sudah ranum warna dan bentuknya. Malahan juga sudah bisa membuat manusia berganjak daripada paksi pegangannya.

Untuk beberapa tahun, perempuan daripada kepulauan Borneo itu hilang. Sehinggalah pada suatu hari, Tuhan merencanakan kami bertemu di sebuah pusat membeli belah. Bertemu semasa saya sedang menikmati status pengantin baru. Merasakan benteng diri sudah kuat kerna ada isteri yang cantik di sisi, lalu saya berani menegur. Dan dia tersenyum. Selepas beberapa dialog phatic, saya bertanyakan soalan lebih serius.

“Masih sendiri?” Saya kira ini dialog yang serius. Lebih-lebih lagi sekiranya ditanyakan kepada seorang perempuan. Mungkin.

Perempuan kepulauan Borneo itu diam. Menggeleng. Namun masih juga tersenyum.

“Perempuan secantik kamu masih sendiri?” tanya saya lagi. Buat pertamanya, saya mengerut dahi kerna perempuan ini.

“Mengapa? Mahu peristerikan saya,” jawabnya. Masih tersenyum. Dan sekiranya senyumannya itu hidup. Pasti ia adalah seekor kucing yang menggesek-gesek kepalanya pada kaki manusia. Manja.

“Mana boleh!” Pantas saya menjawab. Mujur isteri sudah asyik memerhati sesuatu. Mungkin pewangi, mungkin juga gincu. Lupa. Yang pasti ia barang perempuan. Lalu dia tidak terdengar bicara itu.

“Lelaki Islam boleh berkahwin empat,” jawabnya pantas.

Jantung saya terus berlari. Buru-buru saya menarik nafas yang dalam. Buru-buru juga mata saya mencari isteri saya. Nyata saya masih belum kuat berhadapan dengan bicara begitu daripada seorang perempuan yang sungguh cantik. Mungkin dia bercanda, namun bagi lelaki itu cara bercanda yang serius. :-P

“Tetapi keistimewaan itu hanya untuk orang Islam. Sedang kamu adalah Kristian. Tambah lagi, ayah kamu paderi besar.”

Usai berkata, fikiran saya berkecamuk. Rasanya, cara menjawab saya itu terlalu biasa dan tidak enak. Terus sahaja mengandaikan dia Kristian. Mana tahu dia sudah Islam. Jika pun dia masih bukan Islam, tidak salah saya berkata sesuatu yang bisa menarik dia ke dalam Islam. Tetapi, saya bukan pendakwah yang terlatih. Malah, tidak pernah berlatih. Lagi pula waktu itu, saya masih menikmati rasa pengantin baru. :-P Hey. Sekarang pun saya masih menikmati rasa itu. Betul. (Kata-kata untuk isteri saya. Sekiranya dia terbaca cerita ini.) :-P

Perempuan dari kepulauan Borneo itu meletak telapak tangan pada mulutnya dan dia langsung ketawa. Jika sudah manis, pasti ketawanya juga kedengaran manis. Tetapi anehnya, mengapa dia ketawa? Ketawa yang sungguh-sungguh.

“Mengapa ketawa?” tanya saya. Selepas ketawanya sudah lebih 30 saat.

“Kamu percaya yang saya Kristian totok? Ayah saya paderi besar?” soal perempuan dari kepulauan Borneo itu.

Saya diam. Uh. Mungkin benar dia sudah Islam. Lalu menjawab soalan saya dengan soalan. Soalannya pula seperti itu.

“Saya memang Kristian. Dan sekarang masih Kristian. Tetapi saya bukan Kristian totok dan ayah saya bukan paderi besar. Ayah saya hanya pengurus bank,” sambung perempuan dari kepulauan Borneo itu.

Saya masih diam. Tidak tahu apa yang perlu saya sambung pada bicara dia. Aneh. Saya mengaru lengan. Menelan air liur dan kaki mengeser-geser lantai marmar pusat membeli belah itu.

“Dahulu, semasa di universiti, saya sengaja mengatakan ayah saya paderi besar. Paderi yang sudah menkristiankan beribu jiwa. Saya pula kristian totok yang bisa menkristiankan manusia....”

“Mengapa?” potong saya pantas pada bicaranya. Perasaan aneh dalam hati saya sudah meletus. Tidak bisa menahan rasa mahu tahu.

“Kerana saya sudah rimas dan bosan. Saban hari saya didatangi surat daripada lelaki-lelaki Islam. Surat yang mendambakan cinta. Tidak pelak dengan itu, saya di hujani puluhan SMS cinta. Malah belasan panggilan telefon sehari. Mahu berkenalan katanya. Yang pasti, semua lelaki Islam itu hanya mahu cinta. Lalu bagi mengelak hal itu, saya terpaksa membuat sesuatu supaya lelaki-lelaki Islam itu jadi takut dan tidak lagi menelefon saya. Caranya dengan mengatakan saya adalah anak paderi, yang bisa memurtadkan mereka. Dan hidup saya berlangsung seperti biasa,” terangnya dengan panjang. Senyuman masih ada pada bibir.

“Maaf, sebab saya menipu. Tetapi saya terpaksa. Bukan saya tidak mahu membuka hati saya kepada lelaki-lelaki Islam itu, tetapi saya datang ke universiti, mahu belajar. Menggalas harapan yang tinggi. Maklum, ayah saya pengurus bank. Pasti kamu faham tekanannya kepada saya. Lagi pula, segala surat-surat, SMS dan telefon daripada lelaki-lelaki Islam itu bernada nafsu. Mungkin mereka menyangka kerna saya ini bukan Islam, lalu bisa terus diajak terus ke ranjang. Saya kecewa dengan cinta lelaki-lelaki Islam itu. Cinta mereka luar biasa gelapnya. Sekali lagi maaf . Tetapi saya cuma memberitahu apa yang saya alami. Anehnya, mereka masih kuat dengan pegangan agama Islam. Masih lagi takut dimurtadkan. Aneh,” sambungnya lagi.

Kali ini, dia tidak tersenyum. Namun matanya yang memandang itu seperti memberitahu sesuatu. Saya sebagai lelaki Islam, diam. Terlalu banyak persoalan yang datang. Sepertinya fikiran saya sedang mengadakan rumah terbuka Aidilfitri. Tetamu tidak putus-putus datang. Persoalannya berat. Perlu ruang berfikir yang selesa, bukan di sini. Mungkin juga ia tidak bisa terjawab. Hanya bisa diadukan kepada Tuhan. Tetapi saya tetap tersenyum. Dia juga akhirnya tersenyum. Dan hari itu, saya mengerti sesuatu. Sesuatu tentang anak paderi yang cantik dan cinta lelaki Islam.

TABARRUJ di facebook


Facebook merupakan laman sosial kegilaan ramai buat masa kini. Cukup aneh untuk berjumpa dengan seseorang yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya sebuah akaun facebook. Namun di sebalik penggunaan facebook ini, tanpa kita sedari pelbagai dosa berlaku di kalangan pengguna. Ustaz Zaharudin ada mengulas mengenai dosa-dosa & facebook, bagaimanapun saya ingin menfokuskan pada salah satupoint yang diberi beliau iaitu 'terlebih gambar'. Sikap suka menunjuk-nunjuk gambar boleh dikaitkan dengan tabarruj, iaitu suatu dosa yang dianggap remeh oleh masyarakat kita. Apakah itu tabarruj? Suatu persoalan yang perlu dihurai lanjut.

TABARRUJ ialah mendedahkan kecantikan rupa paras sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain.

Al-Bukhari rahmatullah 'alaihi ada berkata:
“tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”.

Untuk menjaga masyarakat daripada bahaya pendedahan ‘aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang berakal lagi telah baligh dari bertabarruj. Allah s.w.t telah berfirman dalamsurah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”


Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dari-NYA. Berikut pula mari kita renungi firman Allah khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Hai isteri-isteri Nabi(a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kau bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (Al-ahzab: 32)


Daripada ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah sebahagian daripada ‘aurat wanita juga.Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan”Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis jenis bauan bagi kaum wanita diwaktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan cirri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.

Ummu salamah ada menceritakan, maksudnya begini:
“ Asma’ binti Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah s.a.w pada suatu hari dengan pakaian yang nipis. Lantas Rasulullah.s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya :“ Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaidh (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.” Ketika itu, Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada muka dan kedua tapak tangan



     Sekarang kita khususkan konsep tabarruj ke dalam penggunaan facebook. Jenguklah sebentar ke laman facebook dan lihatlah bertapa ramai muslimah tanpa segan silu meletakkan gambar-gambar memperlihatkan kecantikan masing-masing dengan pelbagai aksi. Macam-macam gaya ditunjukkan, ada yang menunjukkan peace, ada yang membeliakkan mata, memuncungkan mulut dan sebagainya. Apabila bila ditanya apakah motif memperlihatkan gambar sedemikian rupa? Rata-rata akan menjawab sekadar berkongsi kegembiraan, pengalaman dan sebagainya. Namun tidakkah dapat kita berfikir sejenak, memperlihatkan gambar tersebut boleh mendatangkan pelbagai respon dan persepsi ramai. Terutamanya kepada kaum berlawanan, gambar tersebut dapat mendatangkan keghairahan. Jikalah kaum hawa mengetahui apakah kaum adam berkata sesama sendiri mengenai gambar tersebut, nescaya mereka tidak akan meletak gambar sedemikian rupa lagi!


     Islam merupakan agama yang menghendaki kita bersederhana. Janganlah berlebih-lebihan meletak gambar, seolah-olah saling berlawan siapakah memiliki paling banyak gambar. Jika tersangat beringinan untuk menunjukkan wajah diri sebagai pengenalan diri, cukuplah sekadar meletak satu gambar dengan syarat gambar tersebut tanpa aksi-aksi tertentu yang mampu menarik perhatian orang luar. Mudah-mudahan kita mampu melawat sifat ingin menunjuk-nunjuk ini. Nah... mulalah berubah. Anda mampu untuk mengatasi penyakit ini!

Dicetak:- http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/06/tabarruj-ialah-mendedahkan-kecantikan.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...