Pages

Followers

Wednesday, October 3, 2012

Siapa Lelaki sebenarnya...??




Saya terkesima apabila sesorang bertanya kepada saya, "Macam mana nak kenal lelaki yang jujur?". Bagi saya jujur itu hanyalah apabila kami melakukan satu perkara kerana Allah. Apabila kerana Allah 100% akan mengikut syariat dan jalan agama, jadi panjang pula penerangan dia nanti. Jadi cukup sekadar faham kerana Allah. Jika kami ini berbuat sesuatu bukan kerana Allah, kami tidak jujur kepada anda. :-p

Wahai wanita sekalian, kami mempunyai 1001 macam cara untuk mempedayakan anda. kami akan menjadi seperti yang anda mahu, jika anda mahu yang bersikap Islamik, kami akan menjadi pak ustaz, jika anda mahu yang jenis rock, kami akan jadi Metallica. Jika anda mahu yang kaki bebas, kami akan jadi mat rempit. Dan perasaan lelaki akan mengubah mengikut keadaan, Mungkin wanita mengangap kami lelaki tidak berhati perut. Sebetulnya, lelaki ini licik dalam berkata-kata apabila dia inginkan sesuatu.

Contoh:-

Kami ingin menjadikan anda kekasih kami kerana mungkin anda cantik. Maka kami akan gunakan pelbagai cara. Inilah lelaki. Cara yang bagaimana?? Cara yang membuatkan anda suka kepada kami, sebelum kami mengambil langkah untuk menambat hati anda, kami akan mencari tali yang sesuai. Tali? Kami akan menkaji apa yang anda suka, apa yang anda tidak suka, itu metod utama, selepas itu apa yang ada minat. selepas kami sudah tahu kesemuanya, maka langkah seterusnya kami akan berlagak bahawa kami seorang yang prihatin, dengan berkongsi topup atau mendengar masalah anda dengan memberi kata-kata semangat.

MAKA......



Dengan mudah anda akan cair. Lelaki zaman sekarang bukan seperti lelaki zaman datuk nenek moyang kita, , zaman sekarang ini kami lebih "advance". Kami lebih pandai dalam berkata. Segala kitab telah kami teliti segala jurus telah kami pelajari sebelum kami membuka langkah.

Ingatlah wahai wanita anda mempunyai 9 Nafsu 1 akal, dan kami mempunyai 1 Nafsu 9 akal. Apa yang membezakan kami dengan anda adalah akal. Akal kami lebih banyak tetapi akal kami mudah dikawal oleh nafsu, itu yang menjadikan kami lemah, tetapi jika kami dapat mengawal 9 akal itu kami adalah seorang yang sangat bertanggungjawab terhadap Allah dan Rasul, terhadap ibu bapa kami, adik beradik kami, sahabat-sahabat kami, kepada anda dan terhadap diri kami sendiri.

Apa yang dimaksud 1 Nafsu kami ini? Mudah katanya dalam sidang mesyuarat kami sebagai ketua yang mempunyai kuasa veto, kuasa memilih. Nafsu hanya dengan pendiriannya, maka 9 akal itu adalah orang yang berfikir, mereka semestinya bergaduh sesama mereka, mereka berbincang untuk menyelesaikan masalah, Nafsu hanya tersengih memandang. Kami menjadi serabut kerana bebanan daripada 9 Akal itu, Maka keputusan jawapan yang cepat adalah dari nafsu. Maka kami akan mudah mengikut tulunjuk nafsu. Sebab akal lambat memberi keputusan. Apabila terlalu banyak gunakan nafsu, akal itu akan menurut sahaja sehinggakan akal itu digunakan untuk membantu nafsu meneruskan agenda mereka.



Inilah kami wahai wanita, apabila nafsu menyuruh kami turuti, maka nafsu akan memaksa kami menggunakan akal untuk berfikir dengan metod dan keadah agar kami dapat menawan hati anda. Sehingga kami hanya menjadi hamba nafsu menurut sahaja telunjuk dia ini, dia sangat bijak dalam menipu. Itulah Nafsu kami.

Sebab itu kami diberi 9 akal, 9 akal ini adalah untuk mengawal Nafsu kami yang 1, Jika kami mampu menerima 9 akal ini maka semudahnya kami takkan merosakkan anda.

Lelaki yang betul-betul baik dia tidak akan membawa anda ke lembah maksiat. Lelaki yang jujur dia akan menghambakan diri kepada Allah. Saya sendiri kadang-kadang pun terikut-terikut dengan nafsu. Kerana saya selalu mahukan sesuatu yang cepat. Sebab itu dalam sesuatu perkara kita kena sabar. Sebabnya sabar melemahkan nafsu. Nafsu sikapnya tidak boleh sabar, dia mahu cepat-cepat.... Dan nafsu ini tidak akan puas selagi apa yang dimahukan itu tidak diperolehi. Dia akan menggunakan pelbagai cara.

Contoh:-

Nafsu: Weh, nampak tak, seksi wooow.. pi la mengorat.. pi laaa...

Iman: Jangan pergi, ingat Allah. Ingat Allah!..

Akal: erm.. macam mane ni? tak pergi ke tak?

Nafsu: Ala, iman ko ni menyibuk laa. Beriman la sangat, solat pun tinggal, zakat tak bayar, Al-Quran tak pernah bace. Ko ingat ko tu beriman sangat ke.

Iman: erk... Jangan pergi, walaupun aku lemah aku tetap ada. Selagi aku ada aku akan tidak kepada sebarang melanggar peraturan Allah.

Akal: erk.... Relax-relax.. jangan gaduh-gaduh.. aku pom dah pening, nak ikut sape ni? gi ke tak. gi ke tak..

Nafsu: Akal!! Jom ikut aku, ko fikir camne nak mintak no budak perempuan ni, aku tolong la ko sikit-sikit nanti. Cepat-cepat. Jangan dilayan Iman tu.. hampeh je.

Maka diri ini dikawal oleh nafsu, Iman lemah, walaupu  sedaya upaya mengajak akal berfikir kejalan yang betul, tetapi kerana Ilmu mengenai agama terlalu sikit sehingga nafsu bermaharajarela..

Ingatlah wanita :-p

Kami masih perlukan masa, dan kepada anda wanita teguh hati, jaga pakaian, kuatkan iman, kuatkan ilmu mengenai agama kerana kami akan menggunakan pelbagai cara untuk mengjahanamkan anda. =')

Ya Allah, kesilapan kami adalah hadis kami, Ampunkan kami.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...