Pages

Followers

Saturday, September 22, 2012

"Kerana saya Isteri awak......."


Allah S.W.T telah berfirman


"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji,dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita keji (pula). Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)"

( An-Nur : 26)



Cinta Seorang Isteri Solehah.

     Menjadi kebiasan Amirah bangun awal, menunaikan solat subuh dan menyediakan sarapan pagi untuk suaminya yang tercinta. Dan juga menajadi kebiasaan kepada suaminya Amirah yang selalu bangun lambat dan tidak menunaikan solat subuh. Puas dipujuk Amirah supaya suaminya bangun menunaikan tanggungjawab kepada yang maha esa.



"Abang..... bangun la bang.. Sudah pukul 5.30, nanti nak azan subuh. Mari kita solat berjemaah boleh abang?" pujuk Amirah dan menunggu tindak balas suaminya.

Mata suaminya terbuka sedikit melihat siapa menggangunya tidur. Dengan nada yang kuat suaminya menengking isterinya. "Awak nak solat pergilah. Kenapa setiap hari setiap masa awak nak paksa saya solat??! Saya tahu lah diri saya. Jangan nak paksa-paksa saya solat!!" balas suaminya dengan muka merah sambil mata membulat.

Isterinya hanya senyum dan berlalu pergi dengan satu ucapan. "Terima kasih abang. Mira sayang abang."

Amirah sudah biasa ditengking, dihina, dicerca oleh suaminya walaupun perit dihati walaupun sakit di jiwa tetapi dia tetap mengejutkan suaminya untuk solat subuh. Amirah tetap sabar dan sering berdoa ke hadrat Ilahi.

"Ya Allah. Lindungi lah keluarga aku. Aku memohon ampun kepada Mu Ya Allah. Aku tidak berjaya untuk mengubah suami ku untuk menjadi seorang yang taat kepada Mu. Aku hanyalah hamba Mu yang lemah, Kurniakan aku kesabaran dan kekuatan Mu Ya Allah." setiap kali Amirah berdoa dihadapan Allah setiap kali itu juga akan kelihatan titisan air mata Amirah mengalir membasahi pipi.

Setelah 4 tahun berumah tangga mereka berdua masih belum mempunyai seorang anak dan suaminya masih dalam keadaan jahil tidak menunaikan tanggunjawab sebagai seorang Muslim dan tidak berlaku baik terhadap isterinya. 

"Abang hari ini balik lewat juga ke? Mira ingat nak pergi solat di Masjid, ada kuliah Ustaz Azhar Idrus hari ini. Izinkan Mira pergi boleh abang? Makanan malam Mira akan siapkan dahulu buat abang." Kata isterinya sambil menunduk pandangan menunggu jawapan dari suaminya. Dan berharap jawapannya adalah Ya.

Suaminya melihat isterinya dengan pandangan yang tajam lagi penuh makna. Dengan nada spontan. "Ikut awak lah. Taknak balik terus pun takpe. Serabut saya tengok muka awak lama-lama. Asalkan makanan saya tersedia bila saya balik petang nanti."

     Begitu lapang hati Amirah dengan jawapan suaminya itu. Walaupun mungkin agak kasar tapi bagi Amirah itulah jawapan yang paling ditunggunya. Sangat jarang mereka berbual bersama, kebanyakkannya mesti ada sahaja tengkingan dari suaminya kerana ketidakpuasan hati suaminya terhadap lauk masakan atau perangai isterinya itu. Tetapi dia tetap sabar mengharungi semua itu.

Pada malam selepas solat Maghrib itu terdengar lah Ustaz Azhar Idrus berceramah."Orang puan ni kena taat suami selagi mana suami mung dop suruh mung buat bende langgar syariat. Baru jadi isteri solehah. Kalau laki mung panggil gi selalu, sobeng tangguh-tangguh. Ni tok laki panggil wat dop layang. Siap jawab pulok. "Nok bende gop, dop napok ea orang tengah masok dapur. Sokmo nak panggil orang." wat tu bukan isteri wat tu molex tohok dalang laut."




     Kata-kata Ustaz Azhar itu sangat terkesan di hati para isteri yang mencari keredaan Ilahi. Isteri-isteri yang mencari syurga Allah, Isteri-isteri yang taat kepada suaminya dan sabar dengan karenah suami. Walaupun buruk pada pandangan masyarakat tetapi itulah suami mereka. Itulah jodoh mereka yang telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi.

Berlalu sahaja ceramah Ustaz Azhar Idrus. Amirah cepat-cepat melipat kain solatnya, dan cepat-cepat berjalan ke rumah kerana tidak mahu membuat suaminya menunggu kepulangannya. Rumah Amira dan masjid hanya memakan masa lebih kurang 5 minit jika berjalan. Jadi tidak menjadi masalah bagi Amirah untuk pergi mendengar ceramah Ustaz Azhar.

Dalam keadaan yang agak gelap pada malam itu kerana awan sudah mula menutupi bulan dan para bintang mula hilang dari pandangan dan guruh terdengar di telinga Amirah. Amirah sempat berdoa kepada Allah. "Ya Allah cepatkan lah langkah aku untuk pulang ke sisi suami yang aku kasihi. Ampunkan dosanya ya Allah, sesungguhnya Engkau yang mengurniakan hidayah kepada hamba yang Mu inginkan. Ampunkan dosa kami berdua Ya Allah."

Tiba-tiba..........

Ada sebuah kereta meluncur laju di dalam gelap itu dan melanggar Siti Nur Amirah binti Nasir. Amirah terpelanting agak jauh dari tempat nya berada itu. Daya+tekanan membuat tubuh Amirah tercampak lebih kurang sama dengan kelajuan kereta itu. Keadaan hadapan kereta itu remek dan pemandu kereta itu panik. Keadaan Amirah amat parah dengan bercucuran darah keluar dari mulut tetapi yang peliknya wajah Amirah tersenyum umpama tidak merasa kesakitan dari kemalangan itu. Pemandu itu terus keluar dan melihat Amirah yang terlantar di atas jalan raya.

"Ya Allah. Miraaaaa.... Mira kenapa ni... abang....abang..." Terkejut suami Amirah kerana melihat orang yang dilanggarnya ialah isterinya sendiri. Ini kerana hari yang gelap pada malam itu dan Amirah pula berpakaian kelabu dan menjadi agak sukar seorang pemandu untuk melihat.

"Abang mintak maaf. Mari abang hant....hantar ....miraa ke Hospital..abang sayang mira abang mintak maaf sayang sebab selalu berkasar dengan mira.." kata suaminya dengan keadaan yang menggigil dan nada yang tersekat-sekat.

 Saat itu Amirah hanya tersenyum dan Amirah sangat gembira kerana dapat mendengar suara suaminya merintih menangis dihadapannya. Dan paling disukainya apabila suaminya menyebut "Ya Allah". Selama 4 tahun mereka berkahwin tidak pernah terdengar suaminya menyebut nama Allah.

"Mira sayang abang juga. Mira dah maafkan abang lama dah. Tiap kali abang marah Mira, Tiap kali abang tengking Mira, Mira reda dan Mira maafkan abang. Kerana Mira kan Isteri abang. Mira mintak ampun sebab balik lambat ke rumah." balas Mira dengan nada yang semakin perlahan.

Apakan daya keadaan Amirah amat parah. Dia kehilangan darah yang banyak dan oleh sebab takdir Allah telah menetapkan tarikh kematian hambanya, maka Amirah di panggil pada malam itu juga. Suami Amirah sangat menyesal dengan perbuatanya itu dan kembali bertaubat kepada Allah yang Maha Esa.


Allah berfirman kepada Nabi-Nya-:

  "Katakanlah: Jika kamu mengasihi Allah, ikutlah aku, nescaya Allah akan mengasihi kamu dan mengampuni dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

(Surah ali Imran , ayat 31)


Itulah kisah seorang Isteri yang taat kepada Suami. Seorang Isteri yang mengharap reda suaminya. Ini kerana Syurga Isteri adalah dibawah tapak kaki suami. Kepada Para wanita taat la kepada Suami anda bukan taat kepada couple anda yang tidak boleh memberi apa-apa faedah sedikit pun kepada anda semua.

Ya Allah kurniakan lah kami suami/Isteri yang taat kepada Mu.. dan yang selau memohon ampun kepada Mu.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...