Pages

Followers

Monday, June 3, 2013

Bahagian Israeliyat.



Israiliyat terbahagi kepada tiga menurut perkiraan yang berbeza-beza.

Pertama : Ia terbahagi menurut perkiraan sahih dan tidak sahihnya kepada dua iaitu sahih dan dhaif (maudhu' juga termasuk dhaif).

Contoh yang sahih adalah hadith yang dikeluarkan oleh Ibnu Kathir dalam tafsirnya yang diambil oleh Ibnu Jarir. Telah berkata Ibnu Jarir :

Telah menceritakan kepada kami oleh al-Muthanna, telah menceritakan kepada kami oleh Uthman bin Umar, telah menceritakan kepada kami oleh Falih daripada Hilal bin Ali daripada Atha' bin Yasar telah dia berkata : Aku telah bertemu dengan Abdullah bin Umar lantas aku berkata kepadanya : "Ceritakanlah kepadaku tentang sifat Rasulullah SAW yang terkandung dalam Taurat". Dia menjawab : "Baiklah, demi Allah! sesungguhnya dia disifatkan di dalam Taurat sama sepertinya al-Quran : 'Wahai Nabi! sesungguhnya Kami mengutuskan engkau untuk menjadi saksi, pembawa berita gembira dan pemberi peringatan dan pemelihara bagi golongan ummi. Engkau adalah hambaku dan RasulKu. Namamu al-Mutawakkil, tidak kasar dan tidak biadab. Dan Allah SWT tidak akan mematikan sehinggalah dia menegakkan agama yang bengkok dengan mengatakan : "La ilaha illallah" dan dengannya Allah SWT membuka hati-hati yang tertutup, telinga-telinga yang pekak dan mata yanb buta'. Atha' berkata lagi : Kemudian aku bertemu dengan Kaab lantas aku bertanyakan kepadanya tentang cerita tadi. Dia menyebutnya dan tiada perbezaan satu huruf pun kecuali perbezaan bahawa Kaab mengatakan apa yang sampai kepadanya adalah :

قلوبآ غلوفيا وآذانا صموميا وأعينا عموميا

Sesungguhnya al-Hafiz Ibnu Kathir telah mentakhlikkan riwayat ini dengan katanya : "Sesungguhnya al-Bukhari telah meriwayatkan di dalam sahihnya kepada Muhammad bin Sinan daripada Falilh daripada Hilal bin Ali"[1]

Contoh dhaif adalah seperti athar yang telah diriwayatkan oleh Abu Muhammad Ibnu Abdul rahman daripada Abi Hatim al-Rani. Ibnu Kathir telah menaqalkan dariapda Abi Hathim di dalam tafsirnya bagi kalimat Qaf pada awal surahnya. Beliau berkata :

"Sesungguhnya ia adalah athar yang gharib dan tidak sahih"

Beliau menganggapnya sebagai khurafat Bani Israil. Nas athar itu ialah :

"Telah berkata Ibnu Abi Hathim telah mengkhabarkan bapaku, dia berkata : Aku khabarkan daripada Muhammad bin Ismail al-Makhzumi, telah mengkhabarkan kepada kami oleh Laith Ibnu Abi Salim daripada Mujahid daripada Ibnu Abbas RA, telah dia berkata : “Allah SWT telah menjadikan disebalik bumi ini laut yang melingkunginya, kemudian Dia menjadikan lautan di sebalik bumi ini laut yang melingkuninya kemudia Dia menjadikan di sebalik laut itu “Qaf”. Langit dunia berada di atasnya. Kemudian Allah SWT menjadikan dia belakang gunung itu satu bumi tujuh kali ganda bumi pertama, kemudian Dia menjadikan di belakang bumi itu satu laut yang melingkunginya kemudian menjadikan laut itu satu gunung yang dinamakan “Qaf”,.. begitulah seterusnya hingga cukp bilangan tujuh bumi, tujuh laut, tujuh gunung dan tujuh lapis langit. Dia berkata : Firman Allah SWT : “Dan laut (dijadikan tinta) ditambah lagi sesudah itu dengan tujuh laut” (Surah Luqman ayat 27).

Ibnu Kathir telah menta’likkan athar ini sebagai tokok tambah bagi ta’liknya yang telah lalu : “Isnad athar ini terputus”. Kemudian dia berkata :

“Apa yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talhah daripada Ibnu Abbas RA di dalam firman Allah SWT (Qaf) iaitu satu nama daripada nama-nama Allah dan yang diriwayatkan oleh Mujahid. Bahawasanya ia adalah salah satu huruf daripada huruf-huruf hijaiyah sepertimana firman Allah pada “Nun”, “Sod”, “Alif Lam Mim”, “Tho Sin”, “Ya Sin” dan lain-lain lagi. Ini menjauhkan apa yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas RA tadu[2].

Kedua : Israiliyat terbahagi menurut iktibar persamaannya dengan syariat kita dan yang bercanggah dengannya kepada tiga bahagian :

1 – Sama dengan apa yang ada di dalam syariat kita
2 – Bercanggah dengan syariat kita
3 – Maskut ‘Anhu (didiamkan) tidak ada dalam syariat kita yang menguatkan dan menerangkannya.

Contoh bahagian pertama – iaitu Israiliyat yang sama dengan syariat kita – sepertiaman yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim. Lafaznya lafaz Imam al-Bukhari :

Telah mengkhabarkan kepada kami Yahya bin Bakir. telah mengkhabarkan kepad akami al-Laith daripada Khalid, dariapda Said bin Abi Hilal daripada Zaid bin Aslam daripada Atha’ bin Yasar daripada Said al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda :

“Pada hari kiamat, bumi menjadi sekeping roti. Tuhan al-Jabbar menggenggamnya dengan tangan-Nya sepertimana seorang daripada kamu menggenggam rotinya di dalam bermusafir sebagai tempat tinggal syurga”.

Tidak semena-mena datang seorang lelaki Yahudi lantas berkata : “Semoga Tuhan al-Rahman memberkatimu Abu al-Qasim (Nabi Muhammad Saw). Hendaklah engkau aku khabarkan tempat tinggal ahli syurga di hari kiamat?”. Jawab Rasulullah SAW : “Ya”. Berkata Yahudi itu “Bumi menjadi seolah-olah sekeping roti... (sama sepeti Rasulullah Saw sebutkan tadi)”. Maka Rasulullah Saw memandang ke arah kami kemudian baginda tertawa sehingga nampak terserlahnya geraham..”[3]

Contoh bahagian kedua – yang bercanggah dengan syariat kita iatu seperti yang disebut di dalam kitab “Ishanu al-Sani Min Safar al-Takwim”, iaitu bahawasanya dua orang anak perempuan Nabi Luth telah memberi bapa mereka minum arak. Hasilnya, kedua-dua anaknya pun hamil dan melahirkan anak. Anak dariapda saudara tua merupakan bapa bagi kaum Muwabiyyin dan anak daripada saudara muda (adik) merupakan bapa bagi Bani Amuan sehinggalah hari ini!!

Astarghfirullah! Bagaimana Nabi Luth melakukan perzinaan, sedangkan al-Quran menerangkan bahawa Nabi Luth mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh kaumnya?. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Syu’ara’ ayat 165-166, “Mengapa kamu mendatangi (liwat) jenis lelaki di antara manusia. Dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untuku, bahkan kamu adalah orang yang melampaui batas!”.

Contoh bahagian ketiga : “Maskut ‘anhu” yang didiamkan oleh syariat kita. Tidak ada nas yang membetulkan atau menyalahkannya, iaitu sepertimana yang dirwayatkan oleh Imam Ibnu Kathir daripada al-Suddi di dalam menafsirkan firman Allah SWT iaitu ayat 67 dan ayat-ayat selepasnya hingga akhir kisah di dalam Surah al-Baqarah. Nasnya iaitu :

Ada seorang lelaki dariapd akalangan Bani Israil yang kaya-raya banyak harta. Dia mempunyai seorang anak perempuan,, Dia juga mempunyai anak saudara lelaki yang jatuh hati terhadap anak perempuannya. Anak saudaranya itu telah meminang anak perempuannya tetapi dia enggan mengahwinkannya. Maka anak saudaranya menjadi berang dan berkata : “Demi Allah Aku akan bunuh bapa saudaraku, aku akan ambil hartanya, aku akan kahwini anak perempuannya dan aku akan makan diat kematiannya”.

Suatu hari, pemuda itu pergi berjumpa dengan bapa saudaranya. Tatkala itu bapa saudaranya sedang menyiapkan barang perniagaan untuk dibawa kepada beberapa puak Bani Israil. Pemudai ut memanggilnya :

“Pakcik! Marilah bersamaku berjual dengan kaum di sana, mungkin aku akan mendapat keuntungan di sana kerana mereka itu apabila melihat bersamaku, pasti akan memberi kepadaku”.
Maka bapa saudaranya pun keluar bersamanya pada waktu malam. Tatkala sampai orang tua itu kepada satu kabilah Bani Israil, pemuda itu membunuhmya, kemudian pemuda itu kembali kepada keluarganya.

Pada keesokan paginya, pemuda itu datang berpura-pura mencari bapa saudaranya seolah-olah dia tidak tahu di mana bapa saudaranya itu. Setelah menjumpainya dia berteriak : ”Kamu telah membunuh bapa saudaraku! Kamu mesti membayar diatnya!”

Maka, dia pun menangis sambil melumurkan tanah di atas kepada merintih : “Aduhai pakcikku”. Dia pun membawa kes itu kepada Nabi Musa. Nabi Musa menuntut diat daripada kaum yang tertuduh itu, tetapi kaum itu berkata :

“Wahai Rasulullah! Mintalah untuk kami daripada Tuhanmu sehingga Dia menunjukkan kepada kita orang yang sepatutnya membayar dia ini dan dihukum. Demi Allah! Diatnya adalah ringan bagi kami, tetapi kami tidak mahu ia mengaibkan kami!”.

Cerita ini terdapat dalam tafsiran firman Allah SWT, “Dan ketika kamu membunuh seseorang lalu kamu tuduh menuduh tentang pembunuhan itu dan Allah melahirkan apa yang kamu sembunyikan”. (Surah al-Baqarah ayat 72)[4].

Ketiga : Israiliyat terbahagi menurut kedudukan khabar Israili kepada tiga bahagian iaitu :

1 – Khabar yang ada kaitan denga n aqidah
2 – Khabar yang ada kaitan dengan hukum
3 – Tiada kena mengena dengan kedua-dua di atas, tetapi ia berunsur seperti nasihat dan peristiwa yang tidak menyentuh langsung aqidah dan hukum.

Contoh bahagian pertama : iaitu yang berkaitan dengan aqidah sepertimana yangdiriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam kitab “Al-Tafsir” di mana Allah SWT berfirman : “Dan mereka itu tidak memuliakan Allah menurut semestinya” (Surah al-An’am ayat 91)

Nasnya iaitu :

Telah menceritakan kepada kita Adam, telah menceritakan Syaiban dari Mansur daripada Ibrahim daripada Ubaidah daripada Abdullah RA, telah datang seorang pendeta kepada Rasulullah SAW lantas berkata :

“Wahai Muhammad! Sesungguhnya kami dapati bahawa Allah menjadikan langit di atas satu jari (daripada lima jari) dan menjadikan air dan tanah di atas satu jari, dan menjadikan pokok di atas satu jari dan menjadikan air serta tanah di atas satu jari, dan menjadikan sekalian makhluk di atas satu jari, kemudian Dia berkata : Akulah Raja!”

Maka Nabi SAW ketawa hingga terserlah gerahamnya membenarkan kata-kata pendeta itu, kemudian rasulullah SAW membaca ayat : “Dan mereka tidak memuliakan Allah menurut semestinya” (Surah al-An’am ayat 91)[5].

Terdapat banyak pandangan ulama’ di sekitar kata-kata perawi :

“Maka Nabi SAW pun tertawa hingga terserlah gerahamnya kerana membenarkan kata-kata pendeta itu”

Ada di anatara mereka berpendapat bahawa Rasulullah SAW tertawa mendengar kata-kata daripada pendeta itu bukanlah kerana membenarkannya sepertimana yang difahami oleh periwayat hadith ini, tetapi adalah menunjukkan takjub dan mengingkari kata-kata Yahudi tersebut yang memberi maksud tajsim (mengatakan Allah berjisim) dan tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk). Di antara berpendapat sedemikian adalah al-Khattabi.

Contoh bahagian kedua berkaitan dengan hukum-hakam sepertiaman yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab “Al-Tafsir” dalam bab firman Allah :

“Telah menceritakan kepadaku Ibrahim bin al-Munzir, telah bercerita kepada kami Abu Dhamah, telah bercerita kepada kami Musa bin Uqbah daripada Nafi’ daripada Abdullah bin Umar RA, bahawa sekumpulan Yahudi menghadap Rasulullah SAW membawa seorang lelaki dariapda kalangan mereka dan seorang perempuan yang telah berzina kedua-dua mereka itu.

Rasulullah SAW bertanya kepada mereka : “Bagaimana yang kamu lakukan terhadap orang yang berzina di kalangan kamu?”

Mereka menjawab : “Kami tuangkan air panas padanya dan kami pukul”

Tanya baginda SAW lagi : “Kamu tidak mendapati di dalam Taurat hukuman rejam?”

Mereka menjawab : “Kami tidak menjumpai apa-apa ayat pun”

Abdullah bin Salam berkata kepada mereka : “Kamu berdusta! Tunjukkan Taurat dan bacakan ia sekiranya kamu benar”

Maka salah seorang guru Taurat yang mengajarnya tatkala membacanya telah menutup ayat rejam dengan tapak tangannya. Maka Nabi Saw pun memerintahkan hukuman rejam, lalu kedua-duanya direjam berhampiran tempat jenazah. Berkata Ibnu Umar : “Aku nampak rakannya tunduk melindunginya daripada batu lemparan”

Contoh bahagian ketiga iaitu berkaitan dengan nasiaht atau peristiwa-peristiwa yang tida berakhir kepada akidah-akidah dan hukum-hukum dengan perantaraan seperti mana yang telah diriwayatkan oleh al-Hafiz Ibnu Kathir di dalam mentafsirkan firman Allah SWT : “Dan buatlah kapal, dengan pengawasan dan wahyu Kami, dan janganlah engkau bicarakan dengan Aku urusan orang yang bersalah itu, sesungguhnya mereka itu dikaramkan”. (Surah Hud ayat 37)[6].

Nasnya iaitu :

Muhammad bin Ishak telah menyebut daripada Taurat : Bahawa Allah SWT telah memerintahkannya –yakni Nabi Nuh AS agar membuatnya (kapal) daripada kayu jati, membuat panjangnya lapan puluh hasta, lebarnya lima puluh hasta dan melumuri dalam dan luarnya dengan minyak tar dan membuat kapal itu bentuk dada haluan yang kukuh untuk membelah air”.

Inilah bahagian Israiliyat menurut nisbah bagi setiap iktibar-iktibar yang telah disebut. Sangat terang dan nyata bahawa bahagian-bahagian itu lebih kurang bentuknya di antara satu sama lain boleh dimasukkan di bawah :

Makbul, mardud dan taraddud antara makbul (diterima) dan mardud (ditolak). Setiap satunya mempunyai hukum di dalam meriwayatkannya tersendiri. Wallahua’lam

[1]Tafsir Ibnu Kathir Juz 1, m/s 253, cetakan al-Tijariyah
[2]Tafsir Ibnu Kathir Juz 1, m/2
[3]Sahih Bukhari – Kitab al-Riqaq – juz. 8, m/s 108, cetakan al-Khairiyah.
[4]Tafsir Ibnu Kathir, Juz 1, m/s 109 cetakan al-Tijariyah.
[5]Sahih Bukhari – menurut naskhah pada hamish Fathul Bari, Juz. 8, m/s 289, cetakan al-Khairiyah.
[6]Tafsir Ibnu Kathir Juz. 2, m/s 444. Cetakan al-Tijariyah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...