Pages

Followers

Saturday, June 1, 2013

Cintai lah... Wanita



Azlin duduk di meja bacaannya itu sambil membelek buku-bukunya yang ingin dibacanya- kebanyakannya adalah novel islamik. Azlin mencapai satu buku yang bertajuk Rabiatul Adawiyah. Seorang Sufiyyah yang sangat taat kepada Allah sejak kecil lagi sampailah akhir hayatnya. Rabiatul penuh dugaan dan duka untuk beliau harungi dalam hidupnya seperti kematian ibu bapanya, nyaris dirogol dan dijadikan hamba setelah kematian ibu bapanya. Rabiatul sangat kuat beribadat kerana itu beliau diangkat oleh Allah sehingga dikenali oleh semua makhluk langit. Azlin sudah menghabiskan novel sejarah itu yang dikarang oleh penulis yang tersohor Abdul Latip iaitu seorang penulis novel sejarah. Jalan penceritaan yang menarik minat Azlin untuk mengikuti cara Rabiatul itu. Itulah yang menjadikan Azlin semakin teguh mengharungi hari-harinya kerana Rabiatul lebih teguh berbanding dirinya yang hanya sedikit sahaja kesusahan yang dialami dirinya itu.
          Azlin the hastily
          Azlin the Lover
          Azlin si penyabar.
          Azmil duduk menghadap skrin laptop acer nya itu sambil membaca beberapa status sahabatnya yang heboh tentang masalah kerajaan Malaysia yang dipenuhi korupsi, penipuan dan pergaduhan antara politician. Azmil terus menerus scroll down dinding facebook nya itu sambil tekun membaca tentang isu semasa. Dia sudah tidak lagi menonton berita harian tv3 kerana baginya berita itu dipenuhi propaganda dan tipu muslihat sebelah pihak sahaja, dia lebih selesa membaca maklumat daripada internet kerana dunia sekarang adalah dunia di hujung jari iaitu generasi Y. Azmil merenung buku-bukunya itu masih belum habis dibaca, dia sempat menerjah ke satu laman sesawang Marxist.com, dicarinya satu tajuk yang membicarakan tentang tokoh Marxist yang bernama Mao Zedong. Seorang pejuang rakyat yang memimpin China sewaktu tika dahulu. Dihina dicerca dengan pelbagai tohmahan kerana dikatakan membunuh dan mengorbankan rakyat sendiri demi kepentingan diri sendiri, malah isteri beliau juga dibunuh kerana disyaki membunuh suaminya iaitu Mao- Padahal isteri Mao cukup setia kepada suaminya dan selalu turun bersama suaminya untuk berjuang bersama rakyat jelata. Socialis bawakan ideologinya tetapi dihina dan dicerca kerana perjuangkan hak rakyat. Azmil sempat membaca beberapa rangkap artikel itu yang ditulis dalam bahasa penjajah- Bahasa Inggeris. Bahasa yang menjadi bahasa dunia, wajib diajar di Malaysia tetapi tidak di Rusia atau di Jepun kerana mereka punya bahasa jiwa bangsa mereka sendiri, teknologi mereka sendiri dan kekuatan mereka sendiri. Berbeza dengan negara kita Malaysia, masih jauh ke belakang. Azmil membaca dengan penuh teliti sambil akalnya menerawang ke zaman Mao, dibayangkan keadaan zaman itu, huru-hara kah, atau aman damai. Azmil sempat bermonolog dalaman sementara akalnya asyik membaca artikel itu;
          “Kenapa negara Arab Saudi yang mengatakan mengambil Islam sebagai jalan perjuangan mereka tetapi tetap menjadi orang penting kepada negara Imperialis, adakah Arab Saudi sekadar bermuka-muka atas nama agama atau pemimpin mereka ada kepentingan sendiri? Aku masih berasa ragu-ragu dengan negara-negara yang mengatakan mereka membaca Islam sebagai wahdah mereka, tetapi jika ditelaah mereka tidak se berani Hugo Chavez (Rest In Power) dalam menentang Israel di PBB. Mereka tidak sanggup untuk mengandaikan kedudukan mereka kerana mereka tahu Amerika adalah pendinding kuat Israel iaitu Zionis. Aku tidak terlampau benci kan Yahudi kerana ada di kalangan mereka yang berjiwa baik dan suci, tetapi aku cukup benci akan Zionis yang menindas rakyat Palestine. Malahan menindas juga rakyat Yahudi mereka sendiri.”- fikir Azmil sendirian agar yang hak nanti bakal muncul memadamkan yang batil selamanya.
          Azmil sempat menjeling ke arah ruang jam di bar laptop nya itu- jam sudah menunjukkan pukul 3.40 pagi, sudah menjadi rutin harian Azmil tidur pada pukul 4.30 dan bangun untuk solat subuh dan terus tidur hingga pukul 8.30 pagi. Ini kerana Azmil masih di dalam cuti semesternya itu, jika tidak semestinya jadualnya akan di ubah 100%. Di kala ini Azmil mengambil peluang untuk menelaah buku-bukunya itu agar tidak diganggu oleh subjek-subjek yang harus dihafal dan difahaminya nanti pada semester akan datang. Azmil tersentak sebentar apabila akalnya terlintas akan Shah- Shahirah sahabatnya. Azmil cuba untuk melawan agar tidak mengingati Shah kerana baginya ia adalah masalah kepada Shah, bukanlah seorang sahabat. Azmil pergi ke bar start dan terus arrow tetikus itu beralih ke ruang shut down- close your open program, Shut down window and turn off computer. Azmil bingkas bangun dan menuju ke ruang katilnya yang empuk itu berbaring sementara matanya rela untuk ditutup dan akalnya sudi untuk beralih ke alam yang lain pula.- Shah terus bermain di fikiran Azmil.


*************************************

Cintai lah Wanita.
Azmil bingkas bangun dan memerhati jam sudah pukul 6.30 pagi-tidak sempat untuk menunaikan solat subuh di Masjid sebelah rumahnya itu. Dia terus mencapai tuala dan pergi menyiapkan dirinya, seperti biasa, usai mandi dan menyapu sedikit serbuk bedak di badannya dia mengemas katilnya dan duduk berfikir tentang apa yang ingin dibuatnya hari ini. Adakah membuang masa dengan sembang kosong, atau terus membaca bahan bacaannya itu, atau berjumpa dengan rakan-rakan nya yang lain. Di mana sahabatnya yang lain juga bercuti di kala ini, rakan sebayanya itu. Azmil teringat akan salah seorang sahabat karibnya yang bernama Abdul Fattah, seorang yang berwatakkan alim, pelajar cemerlang sesama di sekolahnya dahulu dan mendapat straight A dalam peperiksaan SPM. Tidak seperti Azmil hanya mendapat 5A dan bercampur antara A-, A+ dan A. Bagi Azmil, dia cukup kagum dengan Abdul Fattah itu kerana pada pandangan perspektif dia, Fattah seorang yang kuat beribadat dan hafaz Al-Quran, tetapi gaya hidup Fattah bersahaja, bermain gitar mendengar lagu-lagu rock dan tidak terlampau jumud dan juga tidak terlampau sosial bersama rakan perempuan yang lain. Tetapi jika berbincang di satu meja bersama lelaki dan perempuan Fattah lah yang selalu menceriakan suasana dengan lawaknya yang bersahaja, Fattah tidak seperti watak alim yang lain, tetapi Fattah lebih terbuka mungkin kerana Fattah datang daripada keluarga campuran. Ayahnya seorang warga Britain yang menganuti ideologi atheist ketika dahulu, seorang Professor di Oxford dan ibunya pula seorang pensyarah dalam bidang syariah di Universiti UM. Mungkin kerana itu fikiran Fattah agak terbuka untuk berfikir di luar kotak, tidak terlampau jumud dan tidak juga terlalu sosial. Itulah dia seorang rakan yang sangat disanjung Azmil. Azmil terus mencapai telefonnya dan mencari nombor sahabatnya itu- Abdul Fattah bin Ahmad George.
          Azmil  menunggu sahabatnya itu mengangkat panggilan yang dibuatnya itu. “Asslamualaikum sahabat. Apa khabar? Ni aku Azmil, kawan sekelas sekolah kau dahulu, free tak hari ini?”
          “Waalaikumusalam wbt. Mil! Ya Allah aku minta maaf lama tak berhubung dengan kau. Setakat ini sihat alhamdulillah tiada lagi sakit-sakit, nak keluar ke mana? Midvalley lah, okay? Kau duduk dekat rumah abang kau lagi kan di Ampang, aku tinggal dekat situ juga. Nanti kau bagi alamat rumah aku datang.” Balas Fattah dengan gembira, Azmil terus memberi alamat rumahnya dan menunggu Fattah datang untuk menjemputnya.
          Azmil menunggu Fattah di ruang perkarangan hadapan rumahnya. Sempat Azmil melihat gelagat budak-budak yang berumur dalam 10 antara 15 bermain bola di taman permainan berhampiran rumahnya itu. Terdetik di hati Azmil jika dia punya adik, tetapi apakan daya dia adalah anak bongsu daripada 4 orang adik beradiknya. Bagi Azmil dia tidak lah manja seperti yang selalu diperkatakan oleh setengah-setengah orang tentang anak bongsu adalah anak manja.

Ping, ping, ping, ping.

          Azmil memandang ke arah kereta Perdana yang membunyikan hon keretanya itu, tingkap yang agak gelap dilindungi oleh tinted  yang agak tebal menyukarkan Azmil mengecam siapa di dalam kereta itu. Pintu kereta terbuka, Fattah melangkah keluar dari kereta itu menyapa Azmil;
          “Assalamualaikum. Tak kenal ke sahabat sendiri?”- sapa Fattah kepada Azmil. Azmil tersentak melihat Fattah yang agak sudah berubah, sudah hampir 2 tahun tidak ketemu.
          “Waalaikumusalam. Agak lain kau sekarang, aku rasa dahulu tak lah sebesar sekarang, dah berubah ke sekarang? Sejak tinggal di Universiti Oxford berubah kau sekarang. Tak nak jemput aku masuk ke?”- gurau Azmil bersahaja dengan sahabatnya itu.
          “Jom lah, kita sembang-sembang dalam kereta, jauh lagi nak sampai ke Midvalley.”- ajak Fattah kepada Azmil sahabatnya itu. Di dalam kereta itu, mereka berbual tentang masalah lelaki yang menjadikan wanita itu sebagai hamba mereka.
          “Fath kau rasa patut ke seorang suami atau seorang lelaki itu melayan perempuan ibarat seorang hamba mereka? Sedangkan perempuan itu juga manusia, dan mereka wajib dapat hak mereka, kenapa ada lelaki yang hidup di dunia ini anggap perempuan itu sekadar hamba seks mereka, dan lebih buruk melayan perempuan ibarat mereka itu patung mainan yang boleh dibuang dan diambil apabila mereka mahu atau mereka tak nak.” Soal Azmil kepada Fattah sahabatnya itu, mungkin Azmil merasakan Fattah lebih tahu daripada dirinya, walaupun Azmil ada hujah sendiri dalam membuat konklusi tentang lelaki seperti itu tapi sebagai menghormati sahabatnya itu Azmil mahu mendengar hujah daripada Fattah sahabatnya.
          “Bagi aku lah, lelaki memang salah dalam hal ini, malah perempuan juga salah, aku sebagai seorang lelaki aku tak nak memberi undi kepada lelaki dalam hal ini, kerana ramai lelaki yang tak tahu tanggungjawab dalam menjaga wanita, bukan menjaga hati isteri sahaja tetapi wanita-wanita lain juga. Bagaimana seorang ibu melayan anak lelakinya itulah juga seorang lelaki harus melayan perempuan, dengan penuh lembut dan halus. Kenapa perlu berkasar dengan mereka yang lemah? Walaupun mereka lemah, tetapi mereka kuat, kau kenal pejuang rakyat Shamsiah Fakeh? Seorang ibu yang kental seorang pejuang yang teguh juga. Kalau kau tahu bahawa wanita itu adalah kuat maka aku rasa kau takkan mudah untuk lukakan hati mereka. Wanita itu pendorong untuk lelaki menjadi kuat, sebab itu lelaki perlukan perempuan. Itu fitrah, lelaki mahukan wanita dalam hidup mereka. Lelaki mahu dibelai, maka wanita itu boleh membelai, hatta kalau kau lihat pasangan gay, mereka juga mahu dibelai, sebab itu ada gay yang memilih pasangan mereka yang boleh membelai tubuh badan mereka, boleh memujuk hati mereka. Itulah wanita, juga wanita perlukan lelaki yang boleh jaga mereka, boleh bimbing mereka, boleh faham mereka. Jadi mengapa seorang lelaki perlu menolak kebaikan wanita itu? Sepatutnya kita perlu faham wanita itu adalah sebahagian daripada jiwa lelaki, dan lelaki juga sebahagian daripada jiwa wanita, lelaki dan wanita itu sebagai pelengkap, sebab itu ada perkahwinan. Tetapi kalau asyik sangat dengan cinta manusia maka cinta Allah terlupa, tak boleh juga.” Jelas Fattah panjang lebar agar Azmil mengerti tanggungjawab lelaki dalam membentuk wanita, dan peranan wanita untuk lelaki.
          “Betul tu Fath, aku pun beranggapan seperti kau, tetapi cuba kau fikir kenapa wujud lelaki yang sebegitu? Sedangkan agama sudah di ajar, adakah salah lelaki 100% dalam hal ini?” soal Azmil lagi untuk mengukuhkan lagi hujah Fattah.
          “Dalam hal ini, aku tak salahkan lelaki semuanya, Mil kita juga lelaki, aku tak nak jadi macam setengah wanita yang kata semua lelaki sama, bagaimana boleh sama sedangkan kita berbeza, ayah kita, ayah saudara kita, rasulullah, anbia dan juga para sahabat rasulullah ramai lelaki. Jadi mana mungkin semua lelaki itu sama semuanya. Ini faktor juga salah ibu bapa dalam mendidik anak-anak, ibu bapa tak terapkan peranan tanggungjawab terhadap anak lelaki, maka sebab itu ramai lelaki tak pandai untuk bertanggungjawab. Bahkan sikap ayah yang tidak membantu ibu di rumah juga mendorong anak lelaki untuk mengikut sikap ayahnya itu. Sepatutnya nilai kasih sayang perlu diterapkan. Seperti kata Anti Misandry- A man who treats his woman like a Princess is a proof that he was born and raised in the arms of a Queen. Bagaimana seorang anak yang dididik oleh wanita melayan wanita dengan penuh kekasaran? Melayan perempuan dengan lembut itu penting, melayan isteri dengan lembut adalah wajib! Maka seorang lelaki yang baik dia perlu menjaga hati wanita dan tidak boleh mengatakan salah wanita jika berlaku perzinaan, sebab dia adalah salah bersama, mungkin salah lelaki 70% dalam hal itu, mungkin juga salah wanita 70% kadangkala, sebab itu punca satu masalah yang melibatkan wanita dan lelaki kita kena perhati dengan hati yang tenang, kerana dalam dunia ini dijadikan tuhan lelaki dan wanita sahaja, dan yang wujud pelbagai pula itu adalah masalah psychology. Ini kita bincangkan di tajuk lain.”Jawab Fattah penuh tenang- walaupun dalam keadaan memandu tetapi Fattah masih tenang menjawab sebarang persoalan Azmil. Hati yang tenang menjadikan manusia itu seorang yang boleh berfikir secara waras.
          “Betul tu Fath, aku sokong kau dalam hal ini.”- ketawa Azmil
          “Hai. Dalam hal lain kau tak sokong ke aku?” sampuk Fattah bergurau.
          “Bukan tak sokong Fath, berbeza pendapat sahaja, maklum lah kau tinggi ilmu dari aku, aku sokong cara kau, kalau aku cakap mesti kau tahu apa aku cakap, aku cakap bab revolusi kau tahu, aku cakap bab komunis kau pun tahu sejarah dia di Malaysia, malah kau tahu pro-con sejarah. Itu yang buat aku tabik kau. Seronok bincang dengan kau, sampai aku terdiam tak de hujah nak balas kalau debat dengan kau.” Suara ketawa mereka memecahkan suasana dalam kereta itu.
          “Tak delah bro, di Eropah sana mereka lebih terbuka minda, kalau ada benda yang tiada puas hati mereka buka meja berbincang, duduk semeja luah kan isi hati yang tidak puas tu. Tapi di Malaysia kita berbeza, bercakap dengan orang tiada ilmu memang sukar, sebab kita kena terangkan satu-satu sebelum masuk kepada main topic, sebab negara kita tidak budayakan sifat membaca.” Terang Fattah lagi.
          “Betul tu Fath, sebab negara kita masih bergolak antara hak dan batil, berbeza di Eropah, negara mereka lebih terbuka, lebih secular, tetapi aku tidak menyokong semua yang secular itu tuntutkan, cumanya aku berasa kita patut membaca agar fikiran kita berkembang, tidak lari daripada arus semasa. Dapatkan sumber yang sahih, sumber yang pro-con agar kita dapat menilai dengan baik dan sempurna. Tak begitu Fath?”
          “Betul! Saya pilih Malaysia!” gurau Fath bersahaja, berkenalan hampir 5 tahun, daripada tingkatan 1 di sekolah menengah yang sama sampai tingkatan 5. Hubungan mereka memang rapat, sahabat bukan erti berkenalan lama, tetapi sahabat itu saling faham antara satu sama lain, sahabat bukan erti kena 10 tahun, tetapi sahabat cuba untuk faham isi hati masing-masing, sahabat bukan erti tiada pergaduhan, tetapi sahabat itu ada persepakatan. Itulah sahabat yang baik, jika mencari sahabat yang boleh menemani siang dan malam itu bukanlah sahabat, itu dambakan kekasih hati. Sahabat selamanya hatta siapa pun dia, hargai sahabat kamu. Azmil dan Fattah terus berbual daripada satu kisah kepada satu kisah. Petang itu mereka sempat menonton filem Fast 6 yang baru sahaja pecah panggung.

-Sahabat itu sentiasa di hati, waktu susah bersama, waktu senang berkongsi-


*************************************


Tawar Hati.
Malam itu Azmil merenung jauh dalam hatinya, memikirkan masalah nya dengan Shah, perlu dilupakan atau meneruskan begitu sahaja- Mengapa harus aku fikirkan fasal dirinya. Soal Azmil. Azmil asyik melihat nombor Shah itu, ingin dibuat panggilan, tetapi malu. Sikap Shah yang memang tidak akan mengangkat telefon, sikap Shah yang tidak mahu diganggu apabila dia punya masalah. Menjadikan Azmil tak tahu nak berbincang dengan Shah, adakah Azmil penyebab masalah Shah atau pembantu meringankan masalah Shah. Semua itu difikirkan Azmil terus menerus. Azmil mencari nombor Asyraf sepupunya itu, ingin ditanya pandangan sepupunya itu agar dapat membantu Azmil dalam menyelesaikan masalah itu.
          “Assalamualaikum Asyraf. Aku ganggu kau ke malam-malam macam ini?” soal Azmil takut mengganggu Asyraf sepupunya itu.
          “Waalaikumussalam. InsyAllah tak de ganggu setakat ini, kenapa tiba-tiba calling aku pula. Ni mesti gaduh dengan Azlin, kalau nak kata gaduh dengan Shah tak mungkin lah, berbaik pun tak lagi.” Ketawa Asyraf memecahkan kesunyian malam itu.
          “Takde lah, Azlin dah tidur, dia penat bekerja, kami cuma berbual 1 jam atau 2 jam je. Aku tahu dia sibuk, penat bekerja, dan aku juga sibuk kadangkala. Aku taknak tambah masalah dia, aku bukan suka tambah masalah dia. Ini masalah dengan Shah, adakah aku patut tak endah kan dia lagi atau aku terus memujuk dia menceritakan masalah dia?” tanya Azmil hiba kepada Asyraf.
          “Aduhai, masalah kau macam dah masalah aku. Tengok ini lah yang dirasai Shah aku fikir, dia banyak masalah, dia serabut, lepas tu kau datang bergaduh dengan dia, lagi lah bertambah masalah dia, sebaiknya kau lupakan bersahabat dengan dia, kalau dia cerita dengar sebaiknya, tak perlu lagi kau terhegeh-hegeh dekat dia. Biarkan dia dengan dunia dia, dari aku lihat Shah mungkin merasakan kau adalah masalah baru, kena pujuk kau, kena minta maaf, kena jaga hati kau, kalau itulah jadinya, baiknya kau tak perlu sahabat dengan dia, sebab kau menambahkan lagi masalah dia. Sahabat yang baik adalah mengurangkan masalah sahabatnya bukan menambahkan masalah kawannya, tidak salah menceritakan masalah kau kepadanya, dan tidak salah untuk kau tahu masalah dia, tetapi depend on who she is. Dia perempuan, kau lelaki, layanan kau mesti berbeza, aku tahu jauh di sudut hati kau itu terdetik sayang dia lebih daripada seorang sahabat, maka sebaiknya kau jauhkan diri daripada dia makin kecewa dan kau makin kecewa. Kalau aku jadi kau Mil, aku dah tak endah kan dia, mungkin itu yang dia mahukan, takkan dia nak beritahu yang kau adalah masalah kepada dirinya. Tidak mungkin sesekali, sebab kau adalah sahabat dia mungkin. Dia perlu jaga hati kau, maka kau perlu jaga hati dia, macam mana nak jaga hati dia? Kau jangan ganggu hidup dia. Kalau dia betul-betul perlukan kau dia akan datang, tidak perlu kau datang, sebab kalau Shah tahu macam mana hati kau sekarang, semestinya dia tahu bahawa dia amat penting dalam hati kau. Tetapi biarlah itu sebagai kenangan kau dan dia. Hati perempuan lain Mil. Aku sendiri punya masalah, tapi aku suka cara kau, bila kau ada masalah kau luahkan kepada sahabat-sahabat kau, Kekasih kau- Azlin. Dekat sepupu kau aku ini, tiap-tiap hari aku dengar masalah kau, tetapi aku juga kongsi masalah aku dengan kau.” Terang Asyraf kepada Azmil. Azmil diam beberapa saat setelah Asyraf habiskan nasihatnya itu, hati Azmil mungkin tersentuh dan merasakan perkara yang sama, Shah punya banyak masalah, dia sakit, dia nak exam dia nak tenangkan diri dia. Jadi mengapa Azmil datang menambahkan lagi masalah Shah. Jauhkan diri dari Shah ibarat membantu Shah menghilangkan satu masalah dalam diri Shah iaitu Azmil- Azmil adalah 1 daripada masalah kepada Shah. Sewajarnya Azmil suka peka perkara itu sejak awal lagi. Tetapi mungkin malam itu baru Azmil sedar bahawa dia adalah masalah kepada Shah.
          “Aku pun dah fikir, tetapi aku rasa itu juga yang aku akan buat, aku tambahkan lagi masalah dia, aku bukanlah sahabat yang baik, kalau betul aku sahabatnya mungkin dah aku bantu dia hilangkan masalah dia. Terima Kasih Asy.” Azmil penuh hiba menjawab kata-kata Asyraf itu, Azmil terima dengan se adanya keputusan yang akan dibuatnya nanti, melupakan orang yang dia sayang. Orang yang lebih kurang sama dengan dirinya. Pendiam, suka membaca, tetapi Azmil normal tetapi Shah tidak, Azmil tidak sakit, Shah bertarung dengan penyakitnya. Seharusnya Azmil perlu lebih faham Shah daripada Shah faham dirinya.
          “Aku rasa Shah dah tawar hati dengan kau, dia harapkan seorang sahabat yang faham dia, bukan sahabat yang harus dia faham. Biasalah hidup ni Mil, kita kena berkorban untuk kita dapat yang kita sayang, kalau kau sayang Shah, kau korbankan hubungan kau dengan dia, biarkan dia dengan dunia dia. Mungkin suatu masa nanti ada persamaan antara kamu berdua boleh berjumpa lagi. Kau juga ada Azlin yang perlu kau jaga hati dia. Sebab tu aku cari perempuan yang boleh faham aku, dan aku boleh faham dia. Sama-sama faham antara satu sama lain. Dalam hubungan kau dengan Azlin, aku lihat Azlin banyak faham kau, dalam hubungan kau dengan ex  kau dahulu kau banyak kena faham dia, dan dalam hubungan persahabatan kau dan Shah, kau kena banyak dan lebih lagi faham Shah. Fahami kondisi Shah yang bagaimana. Mil kalau tiada pengorbanan tiada lah kemanisan, sedangkan kau pun tahu bukan revolusi itu terjadi dengan banyak pengorbanan terjadi, kalau tidak nyawa, harta benda, maruah dan segala-galanya yang boleh dikorbankan, tetapi fikirkanlah adakah berbaloi pengorbanan itu. Ada benda kita tak boleh korbankan ada benda kita boleh.”- Azmil sebak mendengar penjelasan Asyraf itu, nafas Azmil turun naik, terdengar sedikit tangisan Azmil di corong telefon Asyraf. Asyraf berhentikan nasihat dia setelah mendengar perasaan Azmil tidak terkawal itu.
          “Aku rasa kalau tiada apa-apa kau rehat lah Mil.” Bentak Asyraf.
          “Aku rasa Shah mungkin takkan tahu yang hati aku macam mana, mungkin betul cakap kau, aku perlu tinggalkan dia agar dia tidak lagi memikirkan aku, kalau aku fikirkan dia, tidak akan menyakitkan aku, tetapi kalau dia memikirkan aku akan menambahkan masalah kepada dirinya. Terima kasih Asyraf atas nasihat kau. Aku cuba fikirkan nanti, biarlah keputusan aku buat itu dalam aku berfikir dalam keadaan yang waras bukan pilihan yang terburu-buru.” Azmil hiba mengucapkan kata-katanya itu kepada Asyraf. Tahu benar akan sepupunya itu seorang yang sentimental.
          Azmil the Sentimental.
          Azmil the fragile,
          Azmil hati yang lembut.
          Malam itu Azmil menangis sepuas-puasnya ibarat seorang bayi yang baru lahir, tersedu-sedu tangisan Azmil pada malam itu. Azmil cuba mengawal perasaannya itu, teringat satu bingkisan kata-kata daripada Charles Darwin- the strongest among strongest will be win and success. Azmil terus menutup matanya dan tertidur dalam tangisan air matanya itu.


-Seorang yang berhati lembut dan tidak pernah memikirkan hati sendiri-


Bersambung….. di Part terakhir


Part yang lain boleh Klik di bawah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...