Pages

Followers

Thursday, September 19, 2013

Ini Kisahnya, dia.




Hati yang tenang hanya mengharap kebahagian yang kunjung selalu, ketahuilah bahawa manusia itu punya hati yang lembut dan halus, sedikit cakaran akan menjadikan hati itu pecah berkecai ibarat kaca yang nipis terhempap di lantai, berkecai dan hanya serpihan kaca yang tinggal.
          Azmil si perindu,
          Azmil si Mazhab Cinta,
          Azmil si Majnun.
Tanpa Azmil sedari dia termenung jauh sambil memegang buku The German Ideology- Karl Marx memandang ke luar tingkapnya dengan pemandangan yang dipenuhi bangunan tinggi bandar Kuala Lumpur yang tersergam indah ditatap matanya itu. Terpasang juga lagu kegemarannya di Laptop kesayangan itu.


I love you
two people into one,
tonight, tonight,
I just say.

Wherever you are, I always make you smile,
Wherever you are, I'm always by your side,
Whatever you say, the feeling that I feel for you,
I promise you "forever" right now.


-One ok Rock Wherever you are-


Azmil terus tersenyum, 3 bulan berlalu dengan bermacam-macam perkara terjadi, Azlin tinggalkan Azmil keseorangan, Azmil hanya punya diri sendiri yang bersamanya buku-buku ‘pelik’ nya itu yang jarang kali remaja bayanya membaca buku sebegitu. Falsafah, ekonomi klasik, sejarah peradaban dunia, ideologi, linguistik dan keagamaan yang menjadi kegemaran Azmil Si Pencinta Ilmu. Azmil terus termenung membayangi jiwanya yang kosong keseorangan tanpa ditemani sosok manusia, hanya lagu dan naratif yang berada di tangannya itu. Azmil mula bermonolog dalaman- “Hati, adakah begitu rumit untuk difahami, adakah begitu sukar untuk diselongkar? Hati itu Atom? Adakah hati itu bersifat umpama atom? Atau Tembikar, atau kaca??” Azmil terus mengelamun dengan idea-idea dia yang boleh dikatakan berkenaan topik hati dan cinta.
          “Manusia ini begitu sukar untuk difahami, begitu juga diri aku sendiri, tetapi aku sedaya upaya membuat orang faham hati aku, cuma mereka perlu bertanya kepada aku, akan aku cuba terangkan kepada mereka tentang diri aku.”- Monolog Azmil semakin rancak dengan lagu-lagu yang bermain di laptop yang berunsur cinta, juga membantu Azmil untuk memahami maksud hati itu sendiri. Sebelum ini Azmil pernah menelaah puisi Ar-Rumi, membaca di ruang blog yang memuatkan puisi Ar-Rumi tokoh Sufi lebih kepada membicarakan perihal maksud cinta, tidak terbatas kepada cinta sesama manusia, tetapi beyond on that thing. Azmil bingkas sedar daripada lamunannya dan menuju ke laptopnya dan mencari puisi Ar-Rumi itu.

-Document-File-Rumi-Open.

-KERANA CINTA-

Kerana cinta duri menjadi mawar
kerana cinta cuka menjelma anggur segar
Kerana cinta keuntungan menjadi mahkota penawar
Kerana cinta kemalangan menjelma keberuntungan
Kerana cinta rumah penjara tampak bagaikan kedai mawar
Kerana cinta tompokan debu kelihatan seperti taman
Kerana cinta api yang berkobar-kobar
Jadi cahaya yang menyenangkan
Kerana cinta syaitan berubah menjadi bidadari
Kerana cinta batu yang keras
menjadi lembut bagaikan mentega
Kerana cinta duka menjadi riang gembira
Kerana cinta hantu berubah menjadi malaikat
Kerana cinta singa tak menakutkan seperti tikus
Kerana cinta sakit jadi sihat
Kerana cinta amarah berubah
menjadi keramah-ramahan.

Untuk Azmil kuasa cinta itu sangat dahsyat, kerana dengan cinta hati yang bertengkar akan berbaik, dengan cinta hati yang berkecai akan pulih, dengan cinta dua kabilah yang bermusuh bersatu di bawah satu kata cinta kepada Ilahi, cinta itu indah dan cinta itu tampak lembut di mata manusia, itulah dia Mazhab Cinta, malahan dengan cinta manusia dapat bertemu dengan pencipta CINTA itu sendiri, lihat sahaja bait puisi Ar-Rumi tentang cinta, indah sekali dengan lenggok bahasanya yang memberi penerangan tentang maksud cinta.
“Cinta, adakah aku sedang bercinta? Kenapa dasawarsa suka menyempitkan maksud cinta itu sendiri? Tidakkah cinta itu sangat luas maksudnya? “- fikir Azmil di benak akalnya yang waras itu.
          Cinta menurut remaja kini sangat dangkal, bagi mereka cinta itu adalah sekadar hubungan antara lelaki dan wanita, atau secara literal menurut cara fikir mereka, couple. Itulah yang menjadi perkataan cinta begitu dangkal sehingga ungkapan cinta tidak lagi dapat disebarkan untuk menjadi makna yang begitu agung. Malahan cinta itu juga boleh dijadikan bahan untuk memusnahkan, dikotomi. Jika makna cinta itu jelas maka tujuan juga adalah jelas, penerangan, tutur kata, lenggok bahasa sebagai medium untuk menerangkan perkataan yang dianggap biasa iaitu CINTA.
          “Semua orang bertunang, semua orang berkasih sayang sesama pasangan mereka, semua manusia cuba mencari pasangan suami isteri, tetapi adakah mereka cuba mencari cinta itu dahulu? Adakah mereka bertemu cinta yang mereka inginkan? Adakah mereka jelas dan faham maksud cinta itu sendiri bahawa maksudnya yang begitu mendalam sehingga jika disebut perkataan itu di hadapan khalayak ramai, bisa sahaja membuat manusia tersenyum dan tampak riang di wajah hamba Allah itu.”- Azmil memudahkan maksud cinta menurut kefahamannya sambil mata tetap menatap puisi Ar-Rumi itu dan buku The German Ideology- Karl Marx & Engel dicampak di atas katilnya. Matanya terus menatap skrin laptopnya yang memaparkan puisi dan benak fikirannya diperah agar dapat menangkap maksud Ar-Rumi itu. Mata melihat, akal berfikir, hati menenangkan agar jawapan yang diperoleh di akhir rumusan memuaskan hatinya.

Tut-Tut-Tut,-Tut.

          Azmil memandang handphone nya itu, sambil membuka inbox, terpapar nama Shahirah- Shah. Dia menatap inbox itu lama. Terus sahaja membuka pesanan ringkas itu.
          “Salam, Maaf jika mengganggu awak, saya nak katakan sesuatu yang mungkin bisa membuat hati wak terluka, saya mohon maaf, saya rasa, usahlah wak memujuk lagi hati awak dengan anggap saya sahabat awak. Maaf.”
          Azmil senyum dan meletakkan handphone di sebelah laptopnya, baginya manusia itu boleh sahaja berubah hati apabila mereka bertemu sesuatu yang baik di hadapan mereka, itu kerana manusia itu makhluk Allah yang diciptakan daripada tanah yang mudah menjadi ‘lumpur’ jika dikenakan simbahan ‘air’, dan menjadi keras apabila tiba waktunya. Semakin kerap disimbahkan ‘air’ ke ‘tanah’ itu maka dengan itu makin kukuh ‘lumpur’ yang menjadi ‘tanah’ itu- Analogi Tembikar. Azmil mengimbau kembali 3 bulan yang lepas apa yang terjadi kepada dirinya, Shah, Azlin dan Fath. Fath rakannya menyambung pelajaran kembali, Azlin meninggalkan dirinya keseorangan kerana konflik yang berlaku antara perkara yang begitu kecil, tetapi kerana hati manusia itu bisa sahaja timbul rasa ‘cemburu’ maka putus hubungan itu, menjadikan Azmil makin mengenali sifat manusia setelah mengenali Azlin dan sifatnya. Shah…. Shahirah sahabat Azmil, melalui masa yang gembira bersama, sahabat yang berkongsi idea, cerita dan masalah. Bagai isi dengan kuku, tetapi sedikit cakaran berlaku.
          “Shah, Sahabat sejati aku, walaupun wanita, tetapi aku lebih suka bersahabat dengan wanita, kerana wanita itu punya ciri keibuan, yang mampu memujuk dan mengenali hati anak-anak, tetapi adakah dia mempunyai naluri itu?”- persoal hati Azmil seketika.
          Azmil mengalihkan penunjuk tetikus ke ‘Start’ terus memetik ‘Shut Down’ dan menyandar di kerusinya.- Azmil mengambil nafasnya perlahan-lahan melalui corong hidungnya, dan menghembus dengan perlahan melalui ruang kecil mulutnya dirasa bibirnya tiupan angin lembut hembusan itu. Azmil bingkas bangun melompat gembira ke katilnya.

-Mengalir titisan air mata di ruang kelopak matanya-


************************************************************


Aku Mencintai Kamu.
Senja menjelma, hari yang semalam dianggap sudah berlalu, hari yang baru muncul kembali, the new life after being trough the old day, the new come over and the old pass over. Ketahui langit itu berputar kerana gelombang cinta, Azmil terus menjalankan rutin hariannya, berkunjung ke masjid, mendengar ceramah, dan balik ke rumah sewanya untuk bersiap ke kelas pada pukul 8 pagi. Rutin hariannya selepas 3 bulan bagi Azmil sewaktu di rumah abangnya dan sewaktu di rumah sewa itu sangatlah berbeza. Ruang masa bagi meluangkan masa bersama bukunya sudah berkurangan, cukup untuk masa itu belajar dan menyiapkan assignment nya sahaja. Teringat Azmil di pagi hari itu dengan kata-kata Fattah.
          “Hidup ini Mil, kita perlu pandai manage waktu, Allah kurniakan 24jam, gunakan masa itu sebaiknya, kalaupun diri kau tengah bercakap dengan kekasih hati jantung permata kau, bercakaplah perkara yang mendatangkan manfaat untuk kamu berdua.- Jiwa remaja selalu meronta, aku tidak menghalang untuk bercinta, kerana aku tahu perasaan itu. Tetapi membuang masa bersembang sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat adalah merugikan, tak gitu kawan ku?”
          Terukir senyuman di bibir Azmil teringatkan sahabatnya Fath yang boleh dikatakan sebagai sahabat karibnya yang sangat mengerti jiwanya itu, seorang yang bijak, bookworm, dan cemerlang dalam bab akhlak berserta amalan agamanya. Bagi Azmil, dia dan Fath ibarat langit dan bumi, jurang antara mereka jauh berbeza, Fath pelajar yang cemerlang, datang daripada keluarga yang baik-baik, ayahnya warga Britain, seorang Profesor di universiti Oxford, dan ibunya pula seorang pensyarah yang mempunyai adab seorang wanita Muslimah. Berdiri sebelah Fath membuatkan jiwa Azmil begitu kerdil, tetapi bagi Fath itu tidak penting, menjadi rakan kepada Azmil adalah satu kehormatan kerana sifat Azmil yang tiadk pernah mengalah, walaupun sedikit nakal.

          Azmil terus besiap ke motornya dan terus memandu ke kampusnya sementara masa terluang menunggu pensyarah, sempat membaca cebisan yang tersisa pembacaannya The German Ideology- Karl Marx & Engel.


**********************************************************

Azmil melihat jam tangan yang melilit di pergelangan tangannya itu- Jam 1700. Kelas hari itu sangat pack dengan kelas yang kurang diminatinya. Azmil pulang ke rumah sewanya sambil melihat rakannya serumahnya- Azmil melontarkan senyuman sambil mengucapkan salam.
          “Assalamualaikum. Kelas macam mana Rafiq?” soal Azmil biasa.
          “Kelas Math agak serabut, aku tak suka nombor bercampur huruf, minda aku jadi fobia bila nampak huruf bercampur dengan nombor. Maka aku mengambil langkah untuk tidur sahaja.” Ketawa Rafiq memecahkan kesunyian rumah itu, sambil disahut Zairil.
          “Ala, Math biasa lah, kau fikir banyak sangat, simple perkara tu, jadi mudahlah, I think you are lacking of basic of math Fiq.” Jawab Zairil ringkas.
          “Math kalau basic hancur, maka hancurlah seterusnya, jadi belajar lah basic supaya tidak bercampur baur minda tu nanti.” Tambah Azmil.
          “Korang takpelah, bijak-bijak, Azmil membaca 24jam, duduk dalam bilik secret privacy nya layan lagu, buku, belajar. Aku ini malas sikit, belajar ikut mood, human nature aku macam itu kot.” balas Fiq dengan sedikit memperli.
Rumah itu dipecahkan dengan gelak tawa mereka.- Rumah itu dihuni 7 orang, 3 daripada mereka adalah Fiq, Azmil, dan Zairil yang sama semester tetapi berbeza course, 4 daripada mereka pula adalah senior yang sudah lama menetap di rumah itu.
          Malam itu Azmil membuka laptopnya dan cuba menyiapkan assignment yang belum disudahkan sejak 3 hari yang lalu, dia terus mula menulis dan merujuk maklumat yang dicedok daripada laman internet yang diperolehnya. Azmil lebih suka membaca dan mengkaji sebelum membuat deduksi untuk ditulis, jika tidak, akan terjadi seperti rakan-rakan sekelasnya yang lain- copy and paste. Azmil merenung tiap baris yang ditulisnya penuh teliti dan prihatin dengan patah perkataan yang ingin ditaipnya itu. Jika kerja itu secara berkumpulan, mereka akan membuat janji-temu bersama rakan sekumpulan di kedai mamak dan berbincang tentang kerja mereka, Azmil lebih minat untuk belajar secara sendirian berbanding belajar secara berkumpulan, kerana turutnya belajar kumpulan sekadar meniru dan akan berakhir dengan sembang kosong yang tidak memberi input yang baik, deduksinya belajar sendirian dan berkongsi itulah yang sering diamalkan Azmil, dia juga tidak malu bertanya kepada pensyarahnya jika ada sebarang kekeliruan.
          Lantas Azmil teringatkan Shah, terus dia mengeluarkan handphone 1100 daripada poket seluarnya itu, dan menaip message untuk dihantar kepada Shah, his beloved girl-companion whose always understand him. Perkenalan Azmil dengan Shah begitu tidak diduga, ibarat datangnya dewi ketika Azmil memerlukan. Datangnya Nymph ketika hatinya resah mencari jawapan, mencari sahabat yang mampu menggembirakan hatinya yang terluka itu. Mungkin itu juga yang dirasai Shah?- Fikir Azmil.

       “Shah. Saya mohon maaf, saya tak tahu apa yang bermain di minda awak, tetapi jika saya silap saya mohon maaf, apakah yang membuatkan awak diam sewaktu itu? Adakah silap saya? Saya sekadar bertanya khabar, dan ingin mengetahui keadaan awak, tetapi awak diam 1001 bahasa, tetapi sebelum ini awak tidak sebegitu, apakah yang mengganggu awak sebenarnya? Boleh kita berbincang?”

-Message Sent-

          Jauh di sudut hati Azmil, dia dapat merasakan bahawa dia ‘suka’ kepada Shahirah, tetapi siapa tahu, bahawa Shah itu sudah berpunya, tetapi cukup sekadar bagi Azmil membuatkan diri Shah itu tersenyum dan gembira seperti sedia kala, jiwa Azmil kosong, dan Azmil mengerti jiwa Shah juga sedang mencari sesuatu, kerana jika mereka sahabat yang biasa, tiada pula Shah resah memikirkan Azmil, sementara Azmil juga resah memikirkan keadaan Shah itu.
          Shah duduk menyandar di beg sandangnya di atas katil sementara notebook kecil berjenama Acer 6920 berada di atas riba, sambil melihat message  yang diterima daripada Azmil, matanya sekadar sekilas pandang, timbulnya nama Azmil di situ, Shah tidak melayan, sekadar melayan blog tentang karya-karya Imam Ghazali. Jelas Shah masih kecewa dengan Azmil kerana sedikit perkara kecil membuatkan hati Shah terasa seperti ditikam pisau tepat di jantungnya, menjadi sifat Shah juga mendengar lagu ketika sedang membaca. Dipasangnya lagu Rurouni Kenshin-Freckles, sebuah lagu yang diadaptasi daripada anime Rurouni Kenshin seorang samurai.


All the memories I have are beautiful in my mind, 
But they don't feed the hunger deep inside my soul,
And tonight I thought,
I;d be just sitting in my sorrow,
And now I must wonder why,
What did it really mean to you?
I just can't see it anymore!

-Rurouni Kenshin Freckles-



          Kisah Rurouni Kenshin di popularkan oleh Nabuhiro Watsuki, bermula tahun 1994 sehingga tahun 1999. Mengisahkan sebuah samurai yang berjuang atas nama kebebasan, berhenti menjadi pembunuh upahan dengan mengubah mata pedangnya ke atas dan bersumpah tidak lagi akan mengambil mana-mana nyawa manusia, sebuah kisah yang menunjukkan keinsafan seorang pembunuh, yang mencari keamanan dan kisah cinta. Sebuah kisah yang sarat dengan pemikiran falsafah, berbeza benar berbanding kisah animasi yang dibikin oleh masyarakat Malaysia yang hanya membicarakan perihal superficial.
          Shah membelek inbox smartphone nya itu, sambil melihat lambakkan message daripada Azmil sejak 4 hari yang lalu, semuanya berbentuk pesanan yang memujuk dan memohon maaf, tetapi hati Shah tegar masih marah terhadap sikap Azmil. Mungkin benar kata-kata orang, semakin rapat seseorang itu semakin mudah untuk mereka terluka. Ini kerana bagi Shah, kekasihnya kerap kali menyakitkan hatinya tetapi tidak pula Shah terasa begitu kecewa, mungkin Shah ada menyimpan perasaan terhadap Azmil dalam diam tanpa meluahkan secara literal. Tampak titisan air mata meleleh di pipi Shah- Sedih kerana terasa sakit di hatinya. Shah mula bertanya kepada dirinya;
          “Sebenarnya apa salah Azmil? Adakah aku begitu kejam menghukum dirinya setiap hari dengan sikap aku yang egoistik ini? Adakah aku begitu kejam sehingga tidak pernah untuk memberi peluang kepada Azmil? Adakah aku selalu bermain puzzle dan dotting supaya Azmil lebih mengenali aku? Aku mungkin seorang yang cepat terasa, tapi mengapa?” Shah mula bermain dengan dialektik perasaannya itu. Bercampur antara yin dan yan agar hatinya berasa puas.

Tut-Tut-Tut-Tut-Tut.

“Shah, Boleh kita berbincang sebentar? Apa salah saya sehingga saya tak mampu nak berhujah dengan baik dengan awak? Adakah begitu kejam saya sehingga dilayan sebegini rupa? Atau biar masa menentukan semua ini?”

-Azmil-

Jelas sekali Azmil masih mengharap Shah memaafkan dirinya, tetapi wanita itu begitu kejam tidak dapat menilai antara yang kaca dan berlian. Shah terus menangis, hanya air mata membasahi pipinya, tanpa ada bunyi suara yang keluar tersedu-sedan. Sekadar hati yang kecewa dengan ekspresi wajahnya yang sedih, Shah menilai dirinya sambil membaca karya Imam Ghazali itu tentang memaafkan insan lain lebih mulia daripada meminta orang lain memohon maaf. Shah merasakan dirinya susah benar untuk mengucapkan ayat mohon maaf, bagi Shah ayat itu sangat berat untuk diucapkannya, Shah merasakan bahawa ayat itu jika diucapkan maka tidak akan lagi diucapkan kerana salah bagi Shah hanya boleh diulang sekali. Dan menjadi sifat Shah once she hurt, she can’t be like usual. Shah terus mengelamun;
          “Mengapa mudah pula aku memaafkan Hakimi? Sedangkan begitu payah untuk aku memaafkan Azmil? Sedangkan Hakimi sering kali menikam lubuk hati aku ini dengan sikapnya itu sehingga aku berasa begitu kecewa dengan sikapnya, tetapi senang benar hati aku memaafkan dia, adakah kerana aku begitu sayang Hakimi, dan begitu mempercayainya walaupun sering kali aku disakiti nya? Tetapi Azmil?”- Perasaan Shah terus bergelora dengan persoalan yang ditimbulkan fikirannya sendiri.

“Saya suka pabila melihat Shahirah sahabat saya ni gembira, senyum dan ketawa seperti dahulu, bukan menjadi seorang yang kecewa dan pemarah, jika masa dapat menentukan segala-galanya, maka biarlah masa menentukannya, tetapi ingatlah bahawa -Inilah Kisahnya, dia Dewi Malam-“

-Azmil-

Terus sahaja sampai message daripada Azmil sekali lagi, Shah hanya membaca sepintas lalu, tanpa mengendahkannya, Hati Shah kecewa, siapa dapat rasa perasaan seorang yang sedang kecewa hatta Azmil sendiri tidak dapat merasainya. Walaupun sebelum ini Azmil sering disakiti Shah dengan sikap Shah yang suka diam dan tidak bercakap membuatkan Azmil terasa, tetapi tidak pula Shah memikirkan perkara itu.
          Azmil tersenyum setelah menghantar sekeping pesanan ringkas itu- bukan senyum tanda gembira, tetapi senyum tanda kecewa dan tanda kerasnya hati manusia itu sendiri, begitu sukar dan rumitnya untuk memahami hati manusia itu sendiri. Azmil bingkas bangun dan meninggalkan lappy nya terbuka tanpa menyiapkan assignment yang sudah terbengkalai selama 3 hari yang lalu- lagu yang dimainkan lappy agak menyayat hatinya sendiri; 


Sempurna.
Cerita yang tak sempurna
Apakah alasannya
Siapakah di hatinya.

Bahasa-ku.
Mungkin tidak seindah
Lafaz kata pujangga
Namun ku bersumpah.

Rela ku tunggu
Jawapanmu.
Masihkah aku ada
Di hatimu, saat ini

-Drama Cerita Dia-

         
-Kisah cinta Sahabat, Sebuah Kisah tentang Persahabatan-


********************************************************


-Tamat-



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...