Pages

Followers

Sunday, November 25, 2012

Sejarah Revolusi dan Pendokong Mesir Part 5



Muslihat Anwar Sadat.

     Sejak kemenangan di Sinai, ulama Ikhwanul Muslimin mula bersuara tentang usul melaksanakan undang-undang syariah di Mesir, sebab melaksanakan Syariah Allah di muka bumi ini adalah pegangan Ikwanul Muslimin dan menjadi teras utama Umat Islam di dunia ini. Matlamat itu tidak pernah terpisah dalam citra sebuah kehidupan ahli-ahli Ikwanul Muslimin hingga hari ini. Pada masa itu, Israel semakin mengganas di Palestin dan menodai Masjid suci iaitu Masjidil Al-Aqsa. Kebangkitan Islam telah meruap di seluruh belahan dunia Islam apatah lagi di Mesir yang menjadi pusat pengajian Islam berabad lamanya.

     Ahli pimpinan Ikwanul Muslimin mendesak Anwar Sadar mengotakan janjinya dahulu iaitu menjadikan undang-undang Islam teras di Mesir, tetapi apa yang dapat dilihat rakyat Mesir Anwar Sadat semakin rapat dan akrab dengan barat dan menjadi pro-Barat dan pro- Amerika. Rejim "Syaitan Dunia" membelai manja Anwar Sadat bagi memastikan keselamatan negara haram Israel dan kepentingan Amerika terjamin di Asia Barat.

Semakin hari, para aktivis Islam semakin membenci sikap Anwar Sadar ini kerana tidak menghiraukan janji-janjinya dahulu kala. Dan Anwar juga tidak menghiraukan tuntutan rakyat yang ingin mengembalikan ekonomi Mesir ke arah yang lebih baik dari kian merosot.

     Anwar Sadat dilihat dari kelompok Islamis sebagai contoh utama elit Mesir kerana beliau pernah menghadiri jemaah Ikwanul Muslimin di zaman sebelum menjadi Presiden Mesir. Beliau nampaknya semakin menunjukkan mukanya yang sebenar iaitu semakin berbaik-baik dengan barat dan mengikut cara politik barat. Ini membuatkan para aktivis semakin membenci sikapnya. Bahkan di zaman pemerintahannya, ada kehadiran kumpulan jihadist, ada yang pertubuhan ini yang ditubuhkan oleh ahli Ikhwanul Muslimin yang bersikap radikal ketika mereka pernah dipenjarakan dahulu di zaman pemerintahan Jamal Abdul Naseer.

Ada beberapa sebab aktivis radikal dan sederhana membenci Anwar Sadat:-
  • Undang-undang keluarga Islam [Undang-undang perkahwinan, penceraian, dan perwarisan]
  • Undang-undang ini dipanggil dengan nama "Undang-undang Jehan"
  • Telah menjalankan ekonomi terbuka yang menampakkan pengaruh Amerika dengan wujudnya kedutaan AS.
  • Adanya peningkatan diplomatik antara Amerika dan Mesir.
  • Adanya hubungan ekonomi dengan negara Amerika.
  • Pengaruh Soviet dikikis dari segi pengambilan sistem pemerintahan di Mesir.
  • Terlalu menyebelahi sikap kapatalis.
  • Menyokong Shah Iran.
  • Membuat penjanjian Kem David [Bukti kecendurungan Anwar terhadap barat]
Menjelang tahun 1979 api kebangkitan Islam telah sampai ke kemuncaknya. Tahun tersebut juga berlakunya rampasan Masjidil Haram, serangan Soviet terhadap Afghanistan dan juga Revolusi The Balck Friday di Iran. Anwar Sadat pula dilihat mengambil sikap bertentangan dengan semangat kebangkitan Islam.

     Beliau menyeru supaya agama dipisahkan dengan politik dan mencipta sebuah idealogi Sekular di Mesir dengan erti kata lain, tidak menjadikan teras pemerintahan sebagai teras utama negara. Fahaman ini telah dipasak kepada rakyat Mesir dan kelompok anak muda peserta kebangkitan Islam telah menunjukkan reaksi penentangan dengan sikap Anwar Sadat.

     Walaupun pada awalnya Anwar Sadat membebaskan ahli Ikwanul Muslimin tetapi pada akhir-akhir pemerintahannya, beliau memenjarakan pula ahli-ahli ini kerana sifat yang ditunjukkan oleh aktivis Islam dengan menentang apa yang dilakukan Anwar Sadat. 

     Di Mesir masjid-masjid dan madrasah terlalu banyak dan selalu dimeriahkan oleh rakyat Mesir, berbeza dengan Malaysia yang banyak masjid tetapi sunyi dan hanya bunyi cengkerik menghiasi masjid ini. Oleh sebab itu Anwar Sadat mula berasa bimbang dengan kedudukannya, maka beliau mengambil langkah berhati-hati dengan mengetatkan mengawalan terhadap Masjid di Mesir walaupun Masjid di Mesir bukanlah Hak Kerajaan tetapi atas usaha dan pembinaan rakyat Mesir sendiri. Segala institusi agama dan Khutbah dikawal ketat oleh Anwar Sadat. Segala bait-bait tentang penentangan akan ditangkap dan dihumbankan kedalam jeriji besi.

     Anwar Sadat ini dikatakan seorang yang lincah di gelanggan Politik dan lebih hebat dari Ikhwanul Muslimin kerana beliau dapat memintas kebangkitan Ikhwanul Muslimin. Beliau telah memulakan sandiwara pertamanya dengan bertindak mengisytiharkan bahawa "Islam adalah agama rasmi Mesir" dan syariah adalah "Sumber utama perundangan". Program ini untuk melunakkan penentangan terhadap dirinya, juga kerajaan Mesir dan kebangkitan Islam Global.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Adakah kita hari ini rakyat Malaysia sedar akan kepincangan negara kita? Dengan artis K-pop dibela, sebelum itu, saudara Islam kita di Gaza diserang, dan projek Lynas, adakah kita ambil tahu akan semua itu? atau sekadar mendiamkan diri dari semua itu? Dikatakan itu semua bukan urusan aku, itu bukan urusan keluarga aku. Tetapi kita lupa bahawa Islam itu bersaudara antara Islam yang lain. Jadi kalau kita orang yang beriman kita mesti akur dengan Allah dan Rasulullah. Jangan lupa akan penindasan di Malaysia juga, ramai anak-anak murtad, ramai keluarga yang tidak cukup makan, kita kira cukup senang dapat ada akaun Facebook, tetapi bagi mereka yang tiada mengenal facebook? Yang susah, yang tidak dapat tidur dengan lena.?

Marilah kita bangkit menentang pemimpin yang kejam, penindas ini semua, kita ada kuasa, kita rakyat. Ini negara demokrasi. Mari sama-sama kita belajar dan menjadi orang yang tidak mudah ditipu orang lain. Berdiri atas kaki sendiri, jangan jadi seperti lembu dicucuk hidung, jadi la Jebat yang menentang raja zalim dan menyayangi sahabatnya.

Ya Allah, Campakkan didalam hati kami semangat juang yang berterusan supaya kami dapat melihat Islam tertegak di bumi mu ini. Ameen!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...