Pages

Followers

Thursday, November 22, 2012

Boikot itu adalah Charles Boycott



Rasulullah bersabda:-
"Bukanlah pengasih orang yang menyayangi dirinya sahaja, tetapi pengasih itu orang yang menyayangi orang lain seperti menyayangi diri sendiri."

Boikot atau pemulauan adalah tindakan untuk tidak menggunakan, membeli, atau berurusan dengan seseorang atau suatu organisasi sebagai wujud protes atau sebagai suatu bentuk pemaksaan. Kata ini berasal dari serapan bahasa Inggris boycott yang mulai digunakan sejak "Perang Tanah" di Irlandia pada sekitar 1880 dan berasal dari nama Charles Boycott, seorang agen tanah (estate agent) untuk tuan tanah Earl Erne.
Rujukkan:- http://en.wikipedia.org/wiki/Boycott


Sekarang ini heboh mengenai isu boikot Mcd. Mengapa? Apa saya tahu Mcd atau dipanggil MacDonald memberi dana yang banyak kepada Israel jadi wang itu digunakkan Israel untuk menghancurkan penduduk di Gaza Palestin. Mcd dicetus oleh Ray Kroc iaitu pemilik sebenar Mcd, dan dia pernah berkata, dia bukan berniaga burger tetapi berniaga tanah. Ray Kroc seorang kapatalis.



Isu boikot ini selalu dimainkan apabila tercetusnya isu penyerangan Israel ke atas Gaza, atau kes yang bersangkutan dengannya, seperti penghinaan Nabi yang lalu. Tetapi persoalannya, lama manakah tempoh BOIKOT ini?
Adakah sekadar 1 bulan, atau 2 bulan atau sekadar di Facebook? Bagi admin Jiwa Muslim, jujur didalam hati saya mengatakan Melayu kita, sebab admin Melayu jadi memang lah nasihat admin terus kepada Melayu. Melayu kita masa kini hanya suka boikot atau memarahi dengan perbuatan Israel terhadap umat Islam di Palestin. Pabila isu boikot dimainkan, kita bergegas boikot bersama ahli keluarga kita, tetapi adakah untuk selamanya? atau sekadar 1 bulan? atau 2 bulan?


Saya jujur bahawa saya tidak boikot Mcd secara total 100%, saya boikot hanya dengan tidak selalu berkunjung, mudah kata admin pergi Mcd atau KFC, PizzaHut pada waktu, saya dapat gaji, ada kawan nak belanja, berjumpa kawan lama dan kawan menjemput makan, tiba-tiba terjumpa Mcd, so belanja la rakan di Mcd. Saya hanya pergi berkunjung ke Mcd 1 kali dalam 2~3bulan. Kalau tak tahan sangat, saya cuma beli aiskrim dia, sebab burger saya boleh bikin sendiri di rumah atau di mana-mana hawkers. Lebih kenyang dan murah, cepat dan tiada cukai. Cuma perlu perhatikan kebersihan. Setakat ini saya pergi ke hawkers yang memang menjaga kebersihannya.


Jadi persoalannya adakah hanya pada masa ini kita boikot? Fikirkanlah wahai sahabatKu semua. Saya sebagai pemerhati masyarakat, kamu semua juga pemerhati, kamu kenal diri kamu, adakah kamu jujur boikot atau sekadar ikutan rakan-rakan facebook atau sekadar untuk ikut sama pada masa ini. Jadilah orang yang berfikir, kalau kita sekadar ikut-ikut maka sampai bilakah kita mahu maju kehadapan? Sebenarnya bagi saya makan di Mcd selalu juga bukan sesuatu yang baik. Banyak keburukkannya.


Saya cuba senaraikan:-

1) Mahal.

2) Kena beratur panjang bagi setengah tempat yang hanya satu Mcd.

3) Tidak mengenyangkan bagi orang yang bersaiz besar.

4) Cukai itu disalurkan kepada Kerajaan yang korupsi.

5) Makanan dia banyak lemak, dan mengandungi kolestrol yang tinggi.



Itu apa yang saya nampak, kalau kamu semua ada lagi tambahan maka itu kamu simpan sebagai alasan kamu boikot, bukan boikot sekadar boikot ikutan rakan. Kita tahu mengapa kita boikot, satu utama sebab Mcd penyumbang terbesar kepada Israel, itu yang utama, dan yang lain adalah sampingan. Selain itu sumbangan yang terbesar kepada mereka adalah sikap kita, sifat kita. mentaliti kita.


Adakah cara kita berpakaian kita ini cara pakaian orang Islam?

Adakah cara kita bergaul cara pergaulan orang Islam?

Adakah cara kita makan cara Orang Islam?

Adakah Allah dan Rasul itu lebih diutamakan?

Sama-sama kita fikirkan, boikot itu salah satu cara, tetapi jangan lupa masih banyak lagi pemboikotan yang perlu kita lakukan, iaitu hidup secara Hedonisme masyarakat kini. Adakah kita boikot semua itu? Hidup bermewah dengan harta kita tetapi jiran sebelah rumah kita hidup merempat, anak mereka tidak cukup makan, tidur mereka tidak nyenyak, mandi mereka tidak basah, belajar mereka dalam kepayahan mencari Ilmu.

Tetapi kita!!!!

Tidur Nyenyak!!

Makan sedap kenyang perut anak bini!!

Mandi lebih air, membazir lagi!!

Makanan dibuang terlalu banyak dimasak!!

Mcd 3~5 kali seminggu!!

Pelajaran anak tiada kesusahan, Semua cukup lengkap!!

Ingatlah sahabat dalam kita menolong Palestin jangan lupa orang berdekatan kita, jiran kita, masyarakat terdekat kita, biarlah setiap perkara kita lakukan konsisten, Palestin dibantu, masyarakat terdekat Islam dijaga. Jangan lepas tangan sahabatKu, kamu akan disoal kelak. Jiran kamu didalam kesusahan tapi kamu buat tiada peduli. Adakah kamu berasa kamu sudah menolong Palestin dengan menderma RM1 Juta itu sudah cukup??

Sedangkan di Malaysia ini masih ramai yang tertindas. Biarlah kita adil dalam membantu, yang merempat itu orang Islam sahabatKu, yang menjadi anak lorong di chow kit anak Islam, yang menjadi pelacur itu juga ramai Islam sahabatKu, adakah kamu tiada kasihani mereka hidup sebegitu wahai sahabatKu??

Rasulullah s.a.w bersabda:-
"Umatku masuk Syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang terhadap sesama muslim."

Jadi jelaskan hadith itu?

Rasulullah bersabda lagi:-
"Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi dan siapa yang tidak pemaaf, takkan dimaafi pula,"

Diceritakan oleh Rasulullah s.a.w:

"Suatu hari orang berjalan, ditengah jalannya kehausan apabila terjumpa sumur terus dia turun dan minum. Kitika naik dia melihat anjing menjulurkan lidah kerana kehausan. Lelaki itu berkata, "Anjing ini kehausan seperti aku tadi. Sepatutnya dia berikan anjing itu minum. Legalah anjing itu dan bersyukur kepada Allah. Sehingga Allah menggampunkan lelaki itu." Mereka berkata, " Ya Rasulullah, adakah pahala bagi kami bila berbuat baik pada binatang?" Rasulullah menjawab, "Pada setiap yang berhati baik ada pahalanya."

Kesimpulannya, Kita sebagai umat Islam wajib membantu antara satu sama lain, tidak kira di Palestin, atau di Syiria, atau di Rohingnya, atau di Patani, atau di Indonesia, atau di sebalh rumah sendiri, Selagi kita bergelar umat Islam, maka membantu antara adalah sangat disarankan. Semoga kita semua beroleh rahmat Ilahi yang kekal abadi.

Wallahualam.

Ampunkan dosa kami Ya Allah..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...