Pages

Followers

Sunday, May 19, 2013

...Cinta... bertaut... Kembali



Hati Azmil kembali terusik dengan kegembiraan dek kehadiran Shah dalam hidupnya kembali. Dijangkakan Shah tidak lagi ingin bersahabat dengan dirinya, tetapi baru Azmil mengerti yang Shah mempunyai masalahnya yang tersendiri. Sebagai seorang sahabat perlu memahami sahabat sendiri barulah hubungan silaturahim antara manusia itu mudah terjalin rapi hingga akhirat kelak. Masalah Azmil adalah hubungannya dengan kekasihnya Azlin sehinggakan Azmil runsing memikirkan masalah itu. Azlin- Pricessnilza.
          Azlin si budak Cute.
          Azlin si budak Manja.
          Azlin si Kasar dan Lasak.
          Azlin buah hati Azmil.
          Si dalam satu file yang berada di document bahagian desktop itu penuh dengan album-album Azlin dengan bermacam-macam gaya. Gaya gyiyomi dan gaya-gayanya yang tersendiri sebagai orang wanita. Azmil bukanlah seorang yang terlampau suka menonjolkan dirinya yang sebenar, tetapi Azmil seorang yang jujur kepada dirinya sendiri termasuk diri orang lain. Azlin juga mengenali Shah sebagai sahabat Azmil, itu sudah menjadi kebiasaan Azmil untuk meletakkan kejujuran di hadapan hubungan mereka berdua. Disebabkan itu mungkin Azlin juga mencintai diri Azmil si Lovelorn.
          “Aaah!!... Serabutnya hati ini, ada kekasih seperti tiada kekasih. Dah hantar dua tiga keping mesej tetapi masih tidak terjawab, di blok lagi kah nombor aku ini?” keluh Azmil dengan sikap Azlin.

-Message Sent-

          “Kenapa ini Mil? Relax sudah lah!! Meh duduk dengan abang long kau ni. Masalah dengan Shah dah setel? Masalah dengan Azlin belum setel lagi lah ini? Apa kata kau pass je Azlin dekat aku, biar aku jaga hati dia. Lagipun diri ini kesunyian juga.”- Azmil ketawa kecil dengan gurauan Asyraf.
          “Bukan masalah tak nak bagi bro, tapi dia memang tak nak dekat kau. Kau tu dah lah makan pun Yusrah yang biasa tolong bayarkan, memang patut lah Yusrah menggatal dengan lelaki lain. Asyik pokai  je poket. Ambil cakna sikit dekat hati orang kan? Tak lama nak jadi ayah dah.” Balas Azmil menyindir. Memang menjadi kebiasaan mereka bersama selalu sebagai seorang saudara sepupu yang rapat sejak kecil. Kawasan kampung Azmil sebenarnya adalah satu tanah yang dimiliki datuknya iaitu Che Said. Di atas tanah datuknya itu rumah-rumah ahli keluarga terdekat tinggal termasuk ayah dan ibu saudaranya bersama anak-anak mereka. Oleh sebab itu hubungan mereka sebagai sepupu agak rapat daripada hubungan dengan orang luar. Selalu bermain bersama di limbungan kosong sebelah rumah Azmil. Asyraf adalah sepupu Azmil yang selalu bersama Azmil.
          “Aku bukan tak nak bayar Mil, tapi Yusrah cakap dia nak ajak aku keluar, secara munasabahnya dia yang akan belanja aku makan kan? Munasabahlah, 1 minggu 4 kali keluar. Aku bukan kerja lagi setakat ini, harapkan bantuan PTPTN mana cukup bro. Nak bayar yuran, duit buku, makan minum, sewa rumah. Yusrah demand sangat. Nak makan dekat tempat mahal-mahal. Lagipun  sangat. Nak makan di hotel mewah. Lelaki kaya boleh lah tanggung dia, aku tak sanggup.” Jelas Asyraf dengan nada hiba.
          “Tu dekat peti itu ada lagi gambar Yusrah kau? Kenapa? Siap dengan lagu lagi. Bercakap fasal PTPTN kan? Kau rasa wajar atau tidak kerajaan mansuhkan sahaja dan peruntukkan pengajian percuma kepada student?”- Persoalan Azmil bermain di minda Asyraf.
          “Bagi aku lah sebagai seorang student Sains Politik! Tidak wajar! Kerajaan kita sudah peruntukkan subsidi yang banyak dalam sektor pendidikan, boleh dikatakan kita hanya membayar beberapa cebisan sahaja daripada yuran yang dibiayai kita sekarang. Jadi tidak perlu untuk kita merungut sangat tentang hutang PTPTN, cukup sekadar kita belajar dengan tekun dan kita bayar wang yang dipinjam itu nanti.” Jawab Asyraf dengan detail.
          “Masalahnya hutan itu membebankan pelajar, dan yuran yang ditunjukkan di atas kertas hitam putih kepada pelajar adalah tidak masuk akal, kerana bayaran terlampau mahal, kenapa untuk pendidikan begitu mahal? Adakah bagi menunjukkan kerajaan kita telah subsidi kan banyak untuk sektor pendidikan atau untuk mengaut keuntungan daripada pelajar melalui pinjaman PTPTN? Aku bukanlah tidak bersyukur, tetapi kenapa kerajaan mampu melaksanakan projek berjuta-juta tetapi tidak mampu untuk laksanakan pendidikan percuma? Adakah atas alasan bimbang pelajar naik lemak? Sebagai kerajaan yang adil perlu melihat dan mengkaji semula tentang pengajian percuma, walaupun tidak dilakukan secara direct in the moment, tetapi kajian yang mendalam perlu dilakukan. Supaya rakyat tahu pendidikan adalah hak rakyat bukan untuk menambahkan lagi kekayaan setengah-setengah individu.” Bidas Azmil dengan penuh semangat. Asyraf terkaku melihat wajah Azmil yang sedikit merah seperti perbualan mereka adalah perdebatan yang sedang hangat. Asyraf tidak langsung terkejut kerana itu sudah menjadi perkara biasa, Azmil layak sebagai pendebat terbaik dengan isi yang cukup, suara yang lantang dan gayanya tersendiri.
          “Okay! Itu lah masalah kita sebagai rakyat! Kita perlu selalu juga mengkaji tentang masalah negara, jangan jadi seperti katak di bawah tempurung. Masalah rakyat adalah masalah kita bersama! Betul tuan hakim?” senda Asyraf bersahaja. Azmil ketawa dengan gelagat Asyraf yang memang tidak pernah serius apabila berbincang tetapi Azmil mengerti sifat itulah yang membuatkan mereka rapat.- Sometime people hate to be serious because they are not serious to be a serious.
          “Okay lah bro, aku nak balik rumah, nanti apa-apa hal contact lah, nombor masih lama, telefon masih Nokia 1100. Assalamualaikum dan terima kasih! Pembincangan yang menarik.”- Azmil bingkas bangun membuka tombol pintu dan berlalu pergi. Asyraf hanya tersenyum melihat gelagat saudaranya itu, bagi Asyraf, Azmil seorang yang berbakat dalam berhujah. Itulah dia sahabat yang rapat bersama, boleh berbincang dan bergurau bersama.

-Cinta saudara sesama saudara dalam erti persahabatan-


*********************************************************


Bertaut Kembali.
Azmil membuka ruang tetingkap laptop nya, Window 8 terpapar bersama wallpaper kekasihnya- Norazlin Princessnilza. Azmil membuka file muziknya yang dipenuhi dengan lagu-lagu (kebanyakkan adalah lagu genre heavy metal.) yang menjadi kegilaannya. Azmil memetik beberapa lagu yang dimainkan oleh The Piano Guys- bukan lah lagu tetapi alunan alat-alat muzik yang mengasyikkan. Alunan alat-alat muzik itu sangat menggamit hati Azmil, teringin di hati Azmil untuk bermain dengan alat-alat muzik itu. Kebanyakkan lagi The Piano Guys adalah lagu yang diambil daripada artis terkenal dan mereka mula membuat alunan muzik mengikut rentak lagu minus one. Tetapi menggunakan alat muzik yang mengasyikkan seperti piano dan biola. Azmil asyik melayan lagu itu, getaran muzik mula bergetar menusuk ke ruang telinganya.

Tut, tut, tut, tut, tut, tut,..

          Azmil tersentak seketika memandang telefon Nokia nya, segera memperlahankan audio muzik itu dan mencapai telefon murahnya itu.- nama Azlin tertera di skrin kecil itu.
          “Assalamualaikum. Siapa di sana? Marah lagi kah cik adik manis? Marah lagi kah abang di sini? Kalau masih benci dan marah di hati, abang di sini mahu memujuk diri mu di sana agar hati cik adik di sana lembut dan cair.” Pujuk Azmil dalam nada ketawa. Sifat Azmil yang bergurau dan tidak pemarah itu menjadikan Azlin terpikat dengan Azmil.
          “Tak de apa-apa, nak mohon maaf kalau-kalau saya tersalah cakap. Biasalah, saya mungkin terlampau emosional kerana terbaca perbualan awak dengan sahabat baik awak itu. Lagipun saya fikir balik, kenapa saya nak jealous, saya ada orang yang memang saya sayang dan saya boleh percaya. Kan?”
          “Yelah…. Orang dah hantar berkeping-keping message tidak terbalas lagi, harap di hati malas nak memujuk dah, bila di fikir balik, adik manis di sana comel sangat, selalu bermain di dalam fikiran ini, jadi di pujuk jua.” Senda Azmil lagi. Itulah rahsia mereka bahagia, walaupun kerap kali bertikam lidah, tetapi salah seorang akan tetap mengalah dan sama-sama cuba untuk hubungan mereka. That the special about them.
          “Awak tak de apa-apa ke nak cerita dekat saya? Saya nak bosan, lama sudah awak tak bercerita dekat saya.”- soal Azlin manja.
          “Ada, tapi nanti awak bosan pula, ceritanya bermula antara ‘Azmil dan Shah’. Cantik tak tajuk tu?”- Azlin mula muncungkan bibirnya sambil menjelir ke arah skrin telefon.
          “Gurau aje dong! Bukan cerita itu, tetapi cerita berkenaan tamadun manusia, saya baru sudah khatam kan buku yang berjudul ‘Islam, Al-Quran, dan Ideologi Masa Kini’, menarik untuk menjadi teladan kepada kita sesama umat Islam. Buku ini ditulis oleh Sulaiman Nordin keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku ini menerangkan tentang agama Islam yang membawa manusia memandang alam ini, memberi peluang kepada manusia mencerahkan hati mereka kepada Allah yang satu. Wahyu merupakan sumber Ilmu yang pertama yang patut manusia rujuk, sebab itu kita wajib baca Al-Quran. Ia memberi kita panduan bagi membolehkan manusia menimbang dengan wajar di antara ilmu yang bermanfaat dan ilmu yang sah dan ilmu yang tidak sah. Tidak semua ideologi itu buruk, seperti yang saya suka baca adalah berkenaan ideologi Communist, Secular, Liberal, Pluralism, Socialize dan bermacam-macam-macam lagi yang lain. Apabila kita membaca ideologi ini dengan penuh teliti kita akan tahu bahawa manusia banyak mereka-reka akan fitnah untuk memburukkan sistem itu. Tidak saya nafikan bahawa ideologi itu ciptaan manusia, tetapi kalau diteliti ada banyak baiknya. Malah sangat dekat dengan Islam yang di anjurkan. Pegangan atau pandangan alam ini sera matlamat hidup manusia wang menjadi asas ideologi itu dijelaskan. Oleh itu ideologi ini perlu dilihat dari sudut yang baik dan buruk, dan dari perspektif Islam. Adakah patut diterima atau ditolak. Itu memerlukan akal yang tajam dan kajian yang mendalam.”- cukup detail dan lengkap dijelaskan oleh Azmil kepada kekasihnya, itulah rutin selalu di bincangkan mereka, Azlin hanya mendengar syarahan dan ceramah Azmil dan tersenyum dengan bakat Azmil itu. Walaupun kadangkala Azlin pening dengan penjelasan Azmil itu. Tetapi dia tahu bahawa Azmil seorang yang special dalam hidupnya.
          “Panjang lebar abang saya ini jelaskan. Pening saya memikirkan satu-satu maksud yang awak utarakan itu. Saya bidang kedoktoran awak bidang undang-undang, kita berbeza. Tetapi secocok. Kan?”- Azmil ketawa kecil memecahkan suasana pembincangan mereka itu.
          “Awak saya nak awak dengar lagu ini, bagi masa saya 1 minit, nak pasang lagu ini.”
          Azmil bergerak ke arah laptop nya dan membuka satu file muziknya lalu memainkan lagu itu;


-Blink 182-

Where are you and I'm so sorry
I cannot sleep I cannot dream tonight
I need somebody and always
This sick strange darkness
Comes creeping on so haunting every time
And as I stared I counted
The Webs from all the spiders
Catching things and eating their insides
Like indecision to call you
and hear your voice of treason
Will you come home and stop the pain tonight
Stop this pain tonight

-I mis You-

          I miss you sayang! Itulah perkataan yang di ucapkan oleh Azmil kepada Azlin. Cinta bertaut kembali antara mereka berdua. Azmil seorang yang tidak terlampau over react dalam berhubung, dia romantik pada waktunya yang tersendiri, tidak pernah berjumpa, tidak pernah berpegang tangan, cukup sekadar memandang gambar dan beberapa kali berwebcam bersama. Itu sudah cukup untuk mereka rapat dan pandai menjaga hubungan mereka, hubungan yang matang tidak pula dicemari oleh maksiat zahir yang jelas. Hati manusia tiada siapa boleh ubah. Mungkin Azmil sekolah agama tetapi Azmil bukanlah ustaz atau seorang yang kuat imannya, Azmil rasa ingin dicintai dan mencintai, tetapi batas dan pergaulan di jaga. Azmil si Liberal- tetapi masih kuat dengan agamanya.
          Azmil pembaca Liberal,
          Azmil si Secular,
          Azmil pembaca Communist Manifesto,
          Azmil digelar Communist pengkhianat.
          Azmil si jujur hatinya.
          Buku-buku di rak bilik Azmil penuh dengan buku yang genre politik, sejarah, ideologi, dunia Islam, dan buku-buku yang membincangkan hal alam, dunia dan masyarakat. Itulah yang menjadikan Azmil matang dalam mengharungi hari-hari yang mendatang, tetap teguh, tidak kaku- non rigic. Ironinya Azmil perlu bersama masyarakat tidak perlu menjadi manusia yang hanya pandai membaca dan mengkaji, tetapi juga harus bersama massa. Azmil mencapai satu kertas di mejanya dan menulis satu rangkap puisi daripada Rendra;

-Rendra- 
Kita harus berhenti membeli rumus-rumus asing.
Diktat-diktat hanya boleh memberi metode,
Tetapi kita sendiri mesti merumuskan keadaan,
Kita mesti keluar ke jalan raya,
Keluar ke desa-desa,
Mencatat sendiri semua gejala,
dan menghayati persoalan yang nyata

          “Azmil membaca puisi itu kepada Azlin dengan lantang.”- jelas puisi itu dibaca di iringan latar lagu yang di mainkan Azmil membuatkan Azlin tersenyum girang.


*********************************************************




Agama dijual.
Azmil bangun setelah azan subuh berkumandang kuat, Masjid Al-Ihsan tidak jauh dari kawasan perumahan yang dia tinggal bersama abangnya dan keluarga. Memudahkan Azmil untuk solat di masjid itu selalu, Azmil tidak pernah tertinggal solat subuh sejak dia berumur 16 tahun, baginya solat itu satu kewajipan, sudah di asuh oleh arwah ibunya bahawa solat itu penting, tanpa solat manusia ibarat jasad yang kaku, tiada apa-apa, jika solat yang begitu mudah tidak mampu untuk dilaksanakan Azmil, bagaimana Azmil ingin mengubah mentaliti masyarakat yang kian termakan dengan hegemoni hedonism. Azmil bingkas bangun dan mengambil wudu’ pantas bergerak ke Masjid Al-Ihsan dengan kain sarungnya, berbaju Melayu merah dan berkopiah putih. Di masjid itu kebiasaannya memang penuh dengan jemaah wanita, kerana kawasan itu tidak terlampau jauh dengan kawasan perumahan disebabkan itulah mudah untuk para jemaah datang solat berjemaah. Manakala imam yang mengimani solat itu juga bertukar saban waktu solat, mereka yang menjadi imam adalah anak-anak muda yang memang mempunyai tauliah yang cukup di pusat pengajian masing-masing- ini masa anak muda bangun perjuangkan agama dan hak rakyat. Azmil menyusup masuk melihat masjid yang nian indah dilengkapi aircond di dalamnya, cukup sejuk di waktu pagi hari yang hening tambah dengan angin bayu menyapa kulit para jemaah. Usai solat, kulaih subuh disampai kan oleh Ustaz Usman Ratnam seorang mualaf india. Kuliah yang bertajuk ‘perjuangan anak muda dalam Islam’ membuka mata Azmil yang agak mengantuk itu. Azmil mendengar dengan penuh kusyuk dan dia mula teringat akan satu kata-kata;

(-Prof. Dr. Wan Mohd Noor Wan Daud, Penjelasan Budaya Ilmu-)

Budaya ilmu antara lain bermaksud kewujudan satu keadaan yang setiap lapisan masyarakat melibatkan diri, baik secara langsung mahupun tidak langsung, dalam kegiatan keilmuan bagi setiap kesempatan. Budaya ilmu juga merujuk kepada kewujudan satu keadaan yang segala tindakan manusia baik di tahap individu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputuskan dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan sama ada melalui pengkajian mahupun syura. Dalam budaya ini ilmu dianggap sebagai satu keutamaan tertinggi dalam sistem nilai peribadi dan masyarakat di setiap peringkat.

            Kuliah subuh itu di akhiri dengan penuh jaya, jarang sekali bagi Azmil untuk menahan matanya mendengar kuliah subuh, kerana selama ini kuliah-kuliah agama hanya berkisar perkara yang sama. Rata-rata adalah perkara asas agama, dan penceramah tidak berani untuk menongkah arus, pergi kepada tajuk yang lebih berat. Mana bisa Islam maju jika ustaz-ustaz masih rigid dalam memberi ceramah, dan masih cetek ilmu tentang sejarah Islam, dalam ilmu hadis. Itulah yang menjadikan agama sering digunakan untuk bahan capitalism. Itu yang bermain di minda Azmil, berputar di benak fikirannya, memikirkan nasib umat Islam yang kian tenggelam dalam dunia hedonis melampau, dengan bermacam-macam hiburan disajikan kepada remaja baya umurnya. Tidak mampu untuk hanya Azmil yang sedar tetapi rakan-rakan taulan nya masih hanyut dalam badai hedonis. Agama pula digunakan untuk dijadikan asset penjualan, untuk menguntungkan setengah pihak.- Agama dijadikan material jualan.
          “Kenapa Agama sering menjadi mangsa, jika dirujuk sejarah agama Kristian sendiri pada zaman feudalism dan kebangkitan capitalism, di situ juga agama sering digunakan untuk golongan atasan, golongan kerabat di raja, golongan elitis.”- monolog Azmil bermula bermain di benak fikirannya.
          “Assalamualaikum Azmil! Lama ustaz tak ketemu sama kamu, sekarang belajar di mana?”- Azmil kaget sedikit dengan sapaan Ustaz Usman Ratnam. Ustaz yang menjadi gurunya sewaktu di dalam usrah sewaktu zaman sekolahnya.
          “Waalaikumusalam Ustaz! Khabar baik, saya sekarang belajar di Universiti Teknologi Mara jurusan undang-undang. Seronok dengar ustaz sampaikan kuliah mengenai perjuangan anak muda dalam Islam. Menarik dan membuka minda saya. Apa kata kita bersembang sebentar di warung Pak Hassan. Ada beberapa perkara yang bermain di benak fikiran saya untuk saya ajukan kepada ustaz.
          Mereka berjalan ke warung Pak Hassan berdekatan dengan Masjid Al-Ihsan. Penduduk sekitar itu sangat mengenali Pak Hassan iaitu bekas imam Masjid Pak Hassan dahulu nya, pernah menjawat jawatan penting dalam jawatankuasa masjid itu, semua program berjalan lancar, pintu masjid tidak ditutup dan tiada berlaku kehilangan atau kecurian tabung masjid. Tetapi kini, masalah itu menjadi masalah utama, pintu masjid terpaksa di kunci kerana bimbang tabung masjid di curi. Pak Hassan cadangkan agar tabung masjid itu di ambil duitnya setelah pukul 12.00, maka tabung masjid itu akan kosong, disimpan oleh orang yang dipercayai. Tetapi siapa sangat Pak Hassan untuk bersuara. Azmil memandang satu tempat yang luas di warung itu, muat untuk 6 orang, satu meja panjang, dan agar molek untuk pembincangan. Azmil dan Ustaz Usman Ratnam mengukir senyuman manis kepada Pak Hassan membuatkan hati Pak Hassan sedikit tersentuh dengan kehadiran Ustaz Usman Ratnam.
          “Ustaz nak minum apa? Azmil? Lama dah tak datang warung Pakcik, sekarang baru nampak, nak minum apa?”- Azmil sedikit malu kerana sememangnya Azmil sudah lama tidak menjengah ke warung Pak Hassan sejak setahun yang lalu.
          “Bagi saya kopi panas. Jangan pekat sangat, manis kurang. Tarik sikit ye Pak San.” Jawab Azmil.
          “Saya mahu sama macam Azmil, tapi gula tak perlu, saya takut nanti meningkat pula kencing manis saya ni.”
          Azmil memulakan pembincangan antara dia dan Ustaz Usman Ratnam. Soalan yang selalu bermain di fikiran Azmil dilontarkan semuanya kepada Ustas Usman Ratnam- Ustaz yang mengajarnya dahulu. Seorang yang selalu mengukirkan senyuman, mualaf, dan baik hati. Selalu bersama remaja, melihat perkembangan anak-anak pelajarnya, dan tidak pernah menolak jika diberi sesuatu kepadanya. Mendapat ijazah B.A Usuluddin (UM), M.A (Fiqh dan Usul Fiqh) dari Universiti al-Yarmouk, Jordan dan PhD (Syariah) Universiti Islam Madinah.
          Ustaz pejuang agama.
          Ustaz yang beragama,
          Ustaz yang mengenal erti intelektual.
          Ustaz yang bersama massa.
          “Soalan awak ini agak berat bagi ustaz nak menjawabnya. Kamu bertanya adakah ada golongan yang menjual agama di dalam Islam. Sebetulnya memang ada, dan Allah juga telah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 41-


Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Qur'an) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.


          “Ayat ini jelas mengatakan kepada penjual agama, mereka menjadikan agama itu bahan jualan, dan menjualnya untuk kepentingan diri mereka, kalau kita merujuk sejarah sekalipun, bukan sahaja agama Islam dijadikan bahan jualan, tetapi pada Eropah sana, agama Kristian juga diperdagangkan oleh golongan yang berkepentingan, penjualan sijil penghapusan dosa, Indulgences, kalau di dunia Khilafah sendiri, khalifah-khalifah yang menyuruh mufti mengeluarkan fatwa untuk kepentingan diri mereka sendiri. Ini banyak berlaku Azmil. Sebenarnya mata-mata remaja sebaya kamu masih dilamun dunia yang penuh dengan hiburan, mereka tidak sedar akan dunia yang semakin runcing ini. Sedangkan agama Islam sendiri mereka tidak kenal, nama sahaja Islam tetapi agamanya tidak berada di lubuk hati mereka. Kalau dilihat dan dikaji, penjualan agama berlaku adalah kerana untuk menjaga asset setengah-setengah individu, cuba awak membaca satu buku karangan Marx- On Religion. Marx menjelaskan di dalam itu penjualan agama dilakukan oleh golongan elitis, golongan capitalism yang mempunyai matlamat mereka iaitu menjadikan agama sebagai bahan komoditi. Malah Islam tidak terkecuali dalam menjadi bahan komoditi penjualan agama. Apabila zikir dibuat alunan muzik dan dijual, ceramah-ceramah agama dibayar beribu-ribu ringgit, sedang masih ada orang yang memerlukan pertolongan, lihat sahaja orang yang menghafal ayat-ayat suci Al-Quran mereka setelah dapat mengalunkan suara yang lunak mereka masuk bertanding semata-mata untuk mendapat gelaran itu dan ini, mendapat hadiah yang bernilai ribuan ringgit. Ada baiknya itu ustaz tidak mahu takwilkan, tetapi jika dibahagikan wang itu ke saluran yang lebih baik, seperti membantu golongan miskin, homeless atau menggunakan ke arah pembangunan untuk rakyat. Apa salahnya? Itu lah masalahnya, budaya Malaysia telah mendidik masyarakatnya menjadi kaku umpama besi karat yang tiada guna. Ustaz kesal dengan remaja sekarang, sangat kurang untuk berfikir di luar kotak, bagi mereka, menonton gyiyomi lebih baik. Melayan-layan artis-artis korea yang comel mulus itu lebih bermakna, jiwa mereka diresapi hedonis yang sia-sia. Kerana di hegemoni oleh media massa. Rasanya cukuplah di sini sahaja, sebabnya ustaz ada program untuk pelajar Sekolah pagi nanti, nanti kalau-kalau ada apa-apa kita boleh bincangkan lagi.” – Penerangan Ustaz Usman Ratnam begitu memberangsangkan Azmil, sememangnya Ustaz Usman Ratnam seorang mualaf tetapi dirinya penuh dengan ciri-ciri seorang intelektual yang selalu bersama massa, hidupnya sederhana sahaja, walaupun seorang pensyarah tetapi kesederhanaan hidupnya itu sangat mengagumkan Azmil yang baru sahaja mahu meningkat dewasa.
          “Baiklah ustaz… Terima kasih untuk penerangan ustaz itu, saya masih dalam pembacaan tentang karya Karl Marx dan tokoh-tokoh yang seiring dengannya, saya harap ustaz doakan kejayaan saya.”- Azmil tersenyum sambil bersalam dan mencium tangan ustaznya itu. Sempat Azmil memegang kepala ustaznya untuk dicium dahi ustaznya, dahi Ustaz Usman jelas menunjukkan beliau seorang yang kuat bersujud kepada Allah dengan tanda titik hitam di dahinya. Ustaz kesayangan Azmil, ustaz yang berjiwa rausyanfikir. Ustaz Usman Ratnam berlalu pergi sambil mengelap matanya, mungkin sedikit sedih dengan tindakan Azmil yang mencium dahinya dan Azmil bersyukur dapat mengajukan persoalan itu kepada Ustaznya.- Ustaz Usman Ratnam.



Bersambung……….



Part 1 dan 2 boleh baca dibawah, klik link bawah ini.
Cinta sahabat- Cinta Sahabat.- Part 1
itulah hegemoni- itulah hegemoni
Part-3: Cinta yang menangis.

1 comment:

  1. Jln crta krg jls.
    tapi srnk la.... byk bde bru blaja.

    karl marx tu kn tkde agma? blh ke ikt?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...