Pages

Followers

Friday, May 24, 2013

....Cinta yang Menangis



Beberapa kali Azmil menghantar pesanan ringkas kepada Shah tetapi tidak terbalas. Perasaan Azmil mula gelisah, adakah ada salah yang dilakukan atau Shah berasa bosan dengan lambakkan pesanan ringkas yang tidak seberapa ringkas itu. Azmil mula bimbang jika Shah benci akan diri Azmil yang terlalu memaksa- menghantar messages dalam kuantiti yang banyak pabila Shah tidak reply pesanan ringkasnya itu. Bukan sekali, tetapi berkali-kali, Azmil selalu merasakan bahawa Shah menyampah dengan dirinya. Azmil cuba untuk berfikir secara positif dan tidak terlampau literal- Mungkin Shah sakit dan agak sibuk. Semua orang ada kerja masing-masing yang perlu mereka siapkan dan selesaikan.
          Azmil the critical paranoid
          Azmil the curious man.
          Pencinta dan perindu.
          Kebiasaannya di awal perkenalan mereka, Shah memang rapat dengan Azmil, tetapi setelah semakin lama mereka berkenalan dengan perbualan di facebook melalui chatting, pesanan ringkas dan berbual di gagang telefon mereka semakin renggang. Azmil sedikit kecewa adakah salahnya mengaku bahawa dirinya mempunyai kekasih? Atau salah Shah yang sememangnya tidak mahu diganggu Azmil lagi. Sesungguhnya Azmil tidak mengerti akan diri sebenar Shah- Shahirah yang pendiam. Mungkin Azmil perlu sedikit kesabaran untuk mengenali diri Shah dengan lebih dekat, bukan dengan memaksa Shah tetapi membiarkan hati Shah terbuka dengan lebih rela- Azmil yang gopoh.
          “Apa salah aku lagi? Takkan lah fasal aku tersalah tafsir dirinya itu dia masih terasa? Perempuan sukar untuk difahami, apatah lagi perempuan yang tidak suka berterus-terang. Aaaahhh!!... Kenapa aku masih fikirkan dia? Sudah berkali-kali aku menghantar messages kepadanya, tetapi satu tidak terbalas, selalu begitu, bila aku membuka satu persoalan selalu sahaja tergantung pembincang aku dan dia. Takkan aku sahaja ingin mengerti dirinya, diriku tiada siapa yang mahu endah. Aku seperti patung dummy sahaja. Mungkin hanya aku sahaja yang merasakan dia sahabat aku, tetapi tidak kepadanya? Malas lah aku fikirin semua ini, baik aku habiskan bacaan buku aku.”- Azmil mula runsing dan sering bermonolog dalaman. Shah ibarat dirinya, hilang Shah ibarat hilang separuh daripada dirinya. Walaupun perkenalan mereka seketika, tetapi ia membawa 1001 makna untuk diri Azmil. Azmil terus membaca bukunya itu. Why Marx was Right- Terry Eagleton. Sebuah buku membidas pengkritik Marx yang mengatakan ideologi Marxist atau lebih dikenali sebagai Socialism Scientific dan Communism. Buku yang membuka minda Azmil untuk terus berjuang bagi golongan yang tertindas. Azmil selalu mendengar kata-kata nista daripada sahabatnya bahawa Azmil ini adalah seorang wannabe socialism communism. Padahal dalam diri Azmil dia tidak pernah sekali merasakan dia ingin menjadi Socialist atau Communist. Tetapi mulut manusia tiada siapa mampu tutup, mulut tempayan boleh ditutup, murai bising boleh dibunuh, tetapi manusia tidak bisa sesekali, jika dibunuh maka akta melarang, hukum alam kecundang, hukum Islam membalas, jika dibalas dendam kesumat melekat hati kotor dek gelap dendam. Maka jalan terbaik sekadar senyum dan menerima seadanya diri mereka yang melemparkan kata-kata nista. Jika ingin dikatakan wannabe Azmil selalu menelaah buku-buku yang jarang kali dibaca oleh sahabat-sahabatnya, tetapi masakan sahabatnya bisa berkata sebegitu?- Azmil kecewa. Sahabat sekadar kawan biasa. Azmil sunyi menyendiri ditemani buku-buku. Azmil merenung buku itu sambil melihat patah kata yang berbelit-belit, sangat sukar untuk memahami satu-satu buku yang dibacanya hatta dalam penulisan bahasa Melayu kerana lenggok bahasa yang diguna pakai itu sangat tinggi dan begitu implicit. Laptop di depannya dipetik kekunci E-Kamus untuk menterjemah maksud-maksud yang tidak difahaminya.- Azmil mengkaji setiap apa yang dia suka.


********************************


Mohon Maaf.
Sejak kematian ibu kandung Azmil, diri Azmil berubah kepada 360 darjah berputar kepada diri yang lain, wajah yang lain. Azmil menyesal kerana tidak menjaga ibunya atau lebih dikenali di dalam ahli keluarganya sebagai umi. Seorang ibu yang kuat berleter tetapi penyayang, seorang yang bekerja tetapi masih siap untuk suri rumah, seorang yang pemarah tapi masih penyabar, seorang yang tabah tetapi sakit dalam diam. Itulah ibu kandung Azmil yang cantik rupawan, manis dipandang, sepupu kepada ayah kandung Azmil. Mengenang kembali ibunya membuatkan hati Azmil sebak dan bergenang kelopak matanya. Azmil melihat gambar-gambar kenangan mereka berdua di dalam album-album lama yang disimpan khas sebagai album keluarga. Azmil membelek satu persatu album kenangan itu, membuatkan kenangan itu terimbau kembali ibarat baru sahaja semalam semuanya terjadi. Begitu cepat masa berlalu, ibu Azmil meninggal kerana sakit barah semasa Azmil berumur 15 tahun, di hari yang menjadi ketakutan kepada semua pelajar tingkatan tiga iaitu hari pertama peperiksaan PMR. Di hari pertama itulah ibunya meninggalkan nya tanpa sedikit memberi amaran, sekadar tanda tanya.- Mengapa? Mengapa begitu cepat Allah mengambil ibunya? Sedangkan dia masih perlukan kasih seorang ibu. Sedang asyik melayan album-album itu, abang Azmil datang melihat Azmil terduduk sambil matanya menitiskan air mata.- Mengenang masa lampau.
          “Allah sentiasa menyayangi hambanya yang sabar dan berdoa kepadaNya.” Sapa Azrul kepada adik bongsunya Azmil.
          “Yela.. Aku Cuma terkenang arwah umi sahaja, sebab tanpa umi aku tidak menjadi manusia sekarang, banyak sudah pengorbanan umi kepada kita semua, tanpa ibu tiada kita, tetapi aku tak sempat nak menjaganya seperti mana kau menjaganya. Aku terperap di dalam bilik dengan melayan facebook sedangkan ketika itu umi terlantar di katil, merintih kesakitan, aku boleh tidak endah kepada umi, aku acuh tak acuh melakukan suruhan umi. Terasa sebagai anak derhaka kepada seorang yang bergelar ibu, aku harap umi ampunkan dosa-dosa aku. Tanpa pengampunan ibu, tiada tempat aku di sisi Allah tuhan pencipta alam.” Jelas Azmil dengan pilu, kecewa dan sebak. Mungkin kerana sikapnya dahulu yang tidak matang, tidak menghargai seorang yang penting di hadapannya, seorang ibu yang melahirkan nya tetapi tidak diendahkan oleh dirinya kerana sibuk dengan dunianya sendiri.- Azmil si penderhaka kepada ibunya.
          “Umi dah ampunkan semua dosa-dosa dan silap kita semua, aku duduk di sebelah umi semasa di saat sakaratulmaut menjemput umi pergi. Umi sempat berpesan kepada aku bahawa dia sayang semua anak-anaknya dan memaafkan semua dosa anaknya yang kita lakukan kepadanya. InsyAllah ibu mana tidak sayangkan anaknya, sedangkan binatang sayangkan anaknya, inikan pula manusia yang mempunyai hati yang lembut dan halus.”- Hati yang fragile dan delicate.
          “Mil.. Sebagai seorang abang kau, aku faham perasaan kau, aku juga sedih kehilangan umi kita, tetapi kalau kau bersedih sebegini adakah kau rasa berbaloi? Aku salute sikap kau sekarang, nampak banyak perubahan kau sejak akhir-akhir ini, aku harap kau berjaya menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat suatu hari nanti. Nak harapkan aku ini dah tak mampu, dulu kelas selalu ponteng, belajar malas. Sekarang dah ada anak ada isteri maka nak belajar terasa ruang itu mula sempit dan tertutup. Jadi harap kau usahlah jadi seperti aku ini. InsyAllah segala yang baik itu kau amalkan, belajar dan terus belajar, melihat alam dan melihat apa yang boleh kau sumbangkan kepada massa suatu hari nanti.” Nasihat Azrul kepada adik bongsunya itu. Azrul seorang abang yang baik dan selalu memerhati tingkah laku adiknya itu.- Azmil. Dalam keluarga Azmil, Azrul adalah yang sulung, Azizah adalah kakak Azmil anak nombor dua, dan Aznil adalah abang Azmil yang nombor tiga maka Azmil yang nombor empat anak bongsu dalam keluarga Ariffin- Ayah mereka semua suami kepada Ainul ibu mereka.
          “Baiklah Rul, aku cuma terimbau kembali kenangan kita semua semasa kecil dahulu, dirotan oleh abi, umi datang membela, terasa sebak di dada ini. Abi selalu keras dan kasar, tetapi umi selalu berleter dalam diam memujuk abi supaya sabar. Itulah ibu dan ayah kita. Pelengkap kepada keluarga ini. Tanpa mereka tiada aku dan kau sekarang, tiada juga Azizah dan Aznil.”- Air mata Azmil menitis membasahi kulit album itu. Azrul memandang pilu dengan kata-kata adiknya itu.


-Cinta keluarga bakal ke syurga bersama kekal abadi sentiasa-



********************************

Cinta yang menangis.
Malam itu Azmil baring di katilnya sambil ruang tingkap facebook nya terbuka sambil mengeluarkan bunyi menunjukkan lambakkan komen yang di tag oleh rakan-rakannya. Penuh notification nya dengan kemunculan nombor-nombor. Azmil ingin menghabiskan buku yang dibaca nya itu malam itu juga, sudah lama dia menelaah buku itu, buku yang berjudul Why Read Marx Today- Jonathan Wolf sudah habis dibaca tetapi ada sedikit kekeliruan dalam memahami maksud commodity-money-Alienation-use value-exchange value. Tetapi itu tidak menjadikan semangat Azmil patah, Azmil selalu merujuk sahabatnya yang mendalami ideologi socialism agar dia lebih faham apa yang ingin disampaikan oleh Marx, bukan sekadar mengetahui Marx itu atheist tiada agama tetapi mengetahui ideas Marx yang orang ramai kagum- di Eropah Marx cukup di angkat, di kalangan ulama Islam Eropah dan intelektual seperti Dr. Tariq Ramadhan Marx mereka menerima ideas Marx bukan semuanya tetapi yang nampak sangat dekat dengan perjuangan Islam dibawa rasulullah. Bagi Azmil, pandangan ideas bukan sekadar dari ulama Malaysia, tetapi ulama yang dilihat Azmil adalah ulama yang perjuangkan hak marhaen, bukanlah ulama yang perjuangkan hak diri sendiri sahaja. Semua ulama menyampaikan agama tetapi jarang sekali ulama yang ingin menegakkan hak manusia. Sedangkan dalam Islam sendiri banyak hak manusia di bahas dan di debatkan. Seperti pada zaman Abbasiyah- the world of debate-. Pada zaman itu perdebatan banyak berlaku di kalangan ulama-ulama, termasuk ulama Syiah-Sunni, Muktazilah, Jabariyah, dan tarekat-tarekat sufi pelampau. Maka zaman itu yang harus di wujudkan sekarang- Fikir Azmil di benak fikiran kecilnya itu. Bagi Azmil untuk menyelesaikan kekusutan fikiran, kajian yang pembincangan harus dilakukan, untuk menegakkan hak dan menjatuhkan yang batil perdebatan harus di laksanakan. Sebab itu Azmil juga cuba untuk berdebat dan mengikut tatacara debat iaitu ditulis dalam kitab Al’Bath wal’ Munazarah- Ethic in Discussion and Debate.

Tut, tut, tut, tut, tut,

          Azmil mencapai laptopnya dan melihat kelibat Norazlin muncul di ruang Chat-box nya. Terukir senyuman kecil di bibir Azmil, secepat kilat Azmil membuka ruang kotak itu dan melihat apa yang dihantar oleh si comel kekasih Azmil itu.
          “Salam.. Sibuk ke awak? Busy ea? Saya ganggu ke? Rindu dekat awak, kerja baru je habis, penat, pening kepala, badan-badan letih tak bermaya, otak pula pening rindukan awak mungkin.”
          “Hah!! Saya di sini juga sama, rindukan orang di sana, kerja rajin sangat, sebab tu penat, kerja ala kadar cukup lah sayang. Awak itu tak sihat, selalu sakit-sakit badan. Haish!... Awak tahu tak! Saya ada benda nak cerita dekat awak.” Gurau Azmil dengan Azlin.
          “Cerita apa sayang? Saya pun penat-penat ni bila chat dengan awak terus tak penat dah. Cerita lah, tulis panjang-panjang biar saya baca, saya nak rangka karangan macam awak susah, saya tak pandai rangka karangan.” Senda Azlin kepada Azmil sedikit perli di nada Azlin. Azmil ketawa sendirian membaca chat kekasihnya itu. Bila hati dah sayang, semua yang diberi dirasa bahagia. Walaupun dihina dicerca di marah, tetapi jika sudah bertaut hati bersama tetap cinta di utamakan.- Alangkah indah jika cinta itu kembali kepada yang Maha Esa.
          “Saya sedikit bosan hari ini, entah lah, nak cerita sedikit bersalah, takut-takut awak terasa. Tetapi oleh sebab saya seorang yang jujur maka ingin jua dibuka cerita ini.”- Azlin tergelak dengan gelagat Azmil yang suka meninggikan dirinya sendiri. Tetapi Azlin tahu sangat yang kekasihnya itu suka bergurau. Tapi sememangnya Azmil tidak pernah merahsiakan apa-apa daripada Azlin kecuali perkara yang tertentu sahaja. Sebab itu mereka mudah memahami antara satu sama lain.
          “Saya sebenarnya gaduh dengan Shah, gaduh dalam kata erti dia tak membalas messages saya, awak kenal saya kan, kalau orang tak reply memang lagi banyak saya sent. Mungkin dia menyampah dengan saya kan? Tetapi hari itu elok je kami berbual bersama, tiada masalah. Dia pun cakap tiada masalah dengan saya. Saya runsing awak. Saya tak suka bergaduh dengan orang seperti awak tahu kan? Kalau bergaduh dengan awak pun saya rimas. Sama lah juga dengan Shah sahabat saya.” Jelas Azmil dengan hiba.
          “Mungkin awak ada salah dengan dia kot? Mana lah tahu, hati perempuan mudah terasa awak. Awak pun baru lagi kenal dia kan? Mungkin ada awak buat perkara dia tak suka ke, atau awak ada cakap sesuatu yang dia marah ke. Awak dah cuba tanya dia? Kadang-kadang saya sendiri tak tahu kenapa saya marah orang. Perempuan dia sedikit pelik daripada lelaki, sebab itu perempuan boleh sabar. Tetapi tidak lelaki awak. Awak cuba lah pujuk dia elok-elok, cakap dengan dia nanti lepas dia okay!!.. InsyAllah tak de apa-apa lah. Semua baik-baik saja nanti. Awak dengan dia kan baik.” Nasihat Azlin detail kepada kekasihnya itu. Azlin sudah mengerti akan sikap Azmil yang tidak pernah bersembunyi dengannya, segala permasalahan yang boleh dikongsi Azmil akan berkongsi dengan Azlin, begitu juga Azlin. Mereka bukan sekadar berbincang isu-isu semasa, malah juga sama-sama membantu menyelesaikan masalah masing-masing.- Hubungan yang matang saling fahami antara satu sama lain.
          “Saya tak pasti lah, saya kadang-kadang terasa dengan sikap dia, tetapi mungkin dia nak tumpukan kepada pelajarannya, sekurang-kurangnya dia boleh maklumkan kepada saya, tetapi kalau senyap begini buat saya keliru dan risau. Sekeping message sudah cukup untuk saya faham keadaannya. Tetapi kalau diam membisu tiada apa yang saya dapat faham.” Suara Azmil mula perlahan menahan sedih. Sahabat yang dicintainya, sahabat yang sama-sama berbincang masalah semasa, sahabat yang melengkapkan Azmil sebagai seorang yang pendiam dan sunyi.- Shah sahabat Azmil.
          “Sabar lah awak. Jangan nangis, kalau awak nangis nanti saya meraung pula. Sabar je, nanti elok la tu. Bukan ke dia dekat dengan exam mungkin dia fikir fasal kepentingan diri dia dahulu, awak sebagai sahabat dia perlu faham dia juga. Macam awak faham saya.”- Azlin sedikit malu, timbul kemerahan di pipinya itu.
          “Yelah!!... Saya je kena faham awak? Awak faham saya tak sayang?? Terima kasih kerana bagi saya semangat, yang penting tiada apa yang saya sembunyi dekat awak, dan antara saya dan dia hanyalah sahabat yang rapat. Sahabat yang berkongsi cerita dan pengalaman. Baru lengkap hidup ini, sahabat biar beribu, tetapi isteri biar empat.” Sakat Azmil. Ketawa Azmil memecahkan kesunyian malam itu. Azlin juga turut ketawa sambil mencebik bibirnya.
          Azmil the romantica,
          Azlin the princess,
          Azmil and Azlin the Romeo and Juliet.
          Perbualan mereka di ruang kotak muka buku di akhiri dengan gelak ketawa masing-masing. Azlin berlalu pergi dan Azmil meneruskan pembacaan bukunya itu, sehingga menunggu lewat malam. Sejak kehadiran Shah dalam hidup Azmil, mata Azmil sedikit sukar untuk ditutup kerana mungkin terjangkit penyakit Shah- Insomnia. Azmil sedar bahawa Shah dapat membaca messages nya itu, Shah seorang yang tidak dapat tidur kerana menghidapi insomnia, jadi semestinya Shah dapat membaca pesanan ringkas Azmil itu- Fikir Azmil. Shah sekadar melihat pesanan ringkas Azmil, membaca dan terus membuangnya, cukup sekadar merenung lambakkan messages itu. Bagi Shah messages itu menambahkan sakit kepalanya. Shah hanya mahu sahabatnya mengerti akan dirinya dan cuba untuk faham keadaannya yang tidak seperti wanita lain. Shah suka bersendirian, tidak suka mengedik dengan lelaki lain, kerana dalam hatinya hanya punya seorang yang masih bermain di fikirannya.- anonymous. Seorang yang Shah sayang dan cinta selamanya. Itulah dia Shah sahabat Azmil. Pendiam, sunyi dan suka bersendirian umpama diri Azmil jua. Cocok tetapi berbeza jantina. Sepadan tetapi tiada jodoh. Sekadar jodoh pertemuan sebagai sahabat.-Cinta Sahabat.


********************************


Pagi yang sunyi.
Azmil terus membaca bukunya itu, tanpa ditemani sesiapa sambil laptop memainkan satu lagu daripada DEWA- Laskar Cinta;


Dewa
Laskar cinta.
Sebarkanlah benih-benih cinta 
Musnahkanlah virus-virus benci 
Virus yang bisa rusakkan jiwa 
Dan busukkan hati

Laskar cinta.
Ajarkanlah ilmu tentang cinta 
Karena cinta adalah hakikat 
Dan jalan yang terang bagi semua 
Umat manusia

-Laskar Cinta-

Lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Dewa mendapat tentang rasa cinta, lagu yang berunsur islamik. Bagi Azmil lagu-lagu sebegini harus diterapkan untuk artis tanah air, bukan sekadar lagu cinta yang tiada kesudahan, cinta yang tipu daya sesama manusia. Azmil sedikit sensitif dalam memilih lagu, bagi Azmil lagu yang didengarinya mengikut mood semasa. Jika jiwanya inginkan perasaan cinta, dia akan memilih lagu yang berunsur jiwang, tetapi jarang benar Azmil mendengar lagu Melayu kecuali yang banyak adalah daripada Indonesia dan English. Malam yang sunyi angin bayu menyapu kulit kasar Azmil, gelangsar pintu rumah itu dibuka agar angin sejuk masuk meniup untuk Azmil menggantikan kipas. Azmil lebih suka menghirup angin segar di malam hari, baginya angin itu nyaman dan bersih dari habuk-habuk kotor. Azmil melihat telefon Nokia nya itu, takut-takut ada pesanan ringkas daripada Shah- tetapi hampa, masih tiada. Menjenguk di ruang dinding muka buku Shah. Terdapat satu puisi;


-Shahirah-

Ak masih lagi dsini.
Melihat langit biru yang sama,tenang dan damai,
ku pejamkn mata seketika,
mencari nafas dalam kesesakan jiwa.

Ini tanah warisan nenek moyang ku.

Ku berlalu,
selangkah demi selangkah,
Melihat watak-watak picisan di kiri dan kanan.
Oh alangkah peritnya hati ini,
Disiat di di toreh melihat anak watan
Umpama gelandangan di tanah sendiri.
Ya, gelandangan yang miskin jati diri.

Tanah ini tanah kaya
Tanah ini tanah subur
Di manakah silapnya
Anak-anak muda berpeleseran di tepi jalan berteman jarum
Hiburan santapan rohani
Hidup berpaksikan nafsu
Akal di biar mmbuntu
Di manakah sikapnya

Sudah puas ku jerit,puas ku luah
Ah, tiada siapa yang peduli
Tiada siapa kah yang mndengar jeritan batin ku ini?
Mengapa sekadar berbicara di kedai kopi?
Siapakah yang akn mmbela nasib kami muda mudi?
Kemana perginya laungan tuah tak kn melayu hilang d dunia
Melayu sendiri makin luntur jati diri nya
Persoalan demi persoalan hadir
Namun ia tetap berakhir tanpa jawapan

          Malam yang tidak seperti biasa; ada peneman yang sentiasa berkongsi cerita dan pendapat. Tetapi malam yang sunyi tiada suara, sekadar suara dari corong laptop yang berbunyi rentak muzik bergetar. Azmil masih tidak mengantuk, matanya lansung tidak menunjukkan dia mengantuk, bukan salah Shah, bukan salah Azmil, bukan juga salah matanya. Cuma Azmil sudah terbiasa tidak tidur awal. Apatah lagi kehadiran Shah itu membuatkan Azmil dapat meluangkan masa di pagi hari tika manusia lain sedang tidur lena, mereka berbincang perkara yang jarang-jarang dibincangkan oleh remaja baya mereka. Itulah satu keistimewaan hubungan persahabatan mereka, cuma kadangkala Shah bertindak dengan agak tiba-tiba, menunjukkan ekspresi yang tikda melayan Azmil. Seperti Azmil ada melakukan kesalahan, sebenarnya tiada siapa yang salah, kecuali Azmil yang tidak dapat mengeri perasaan Shah yang Shah sedang bertarung untuk melawan kesakitannya. Azmil terus membaca setiap baris perenggan itu dengan mulutnya agak tergerak sedikit untuk membaca perkataan yang jarang di lihatnya.- Jam di bar komputer menunjukkan pukul 4.30 pagi, Azmil tahu Shah tidak tidur lagi, kerana chat yang dihantar Azmil di ruang kotak facebook tadi mengeluarkan satu tulisan kecil;

-Seen 4.15am-

          Biarkan Shah dan dunianya, biarkan Azmil dan dirinya. Biarkan mereka berada dalam dunia mereka. Azmil mengerti Shah, begitu juga Shah mengerti Azmil. Sama-sama mengerti maka persahabatan tetap kekal hingga ke syurga.


-Sahabat yang bercinta untuk mengeratkan persahabatan-


Bersambung………


(Part 1,2,3 boleh klik di bawah)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...