Pages

Followers

Saturday, May 18, 2013

....itulah Hegemoni.



Azmil dikejutkan dengan bunyi deringan telefon bimbit Nokia 1100 nya itu. Semakin lama semakin kuat deringan itu, membuatkan hatinya sedikit sakit kerana mengganggu dirinya tidur di pagi hari. Dilihat jam di dinding baru sahaja 4.45 pagi. Siapakah yang menelefonnya pagi-pagi sebegini. Tertera nama Azlin berkelip-kelip di ruang kecil telefonnya;
          “Helloooooooo…. Kenapa call pagi-pagi macam ni?? Saya baru sahaja nak melelapkan mata. Awak okay tak? Ada masalah ke sayang?” Azmil menyoal perempuan itu dengan malas. Sebenarnya Azlin adalah kekasih Azmil yang dikenalinya di ruang facebook, perkenalan mereka agak rumit dan romantik dan unik. Mungkin itu yang membuatkan Azmil jatuh hati kepada kekasihnya itu, seorang yang penyayang, caring dan selalu bersama Azmil tika susah dan senang.
          Tiada suara yang keluar, kecuali suara sedu-sedu tangisan Azlin. “Maaf gangu awak malam-malam, saya cuma rindu dekat awak, itu sahaja, saya baru sahaja gaduh dengan kakak saya. Dia pesan jangan berhubung lagi dengan awak. Saya tak tahu nak cakap apa, katanya; awak dan saya baru sahaja kenal, mungkin akan putus dan saya bakal kecewa ditinggalkan awak nanti.”
          Azmil sedikit tersedar dengan penjelasan itu, di pagi hari sunyi dan gelangsar pintu yang terbuka, angin sejuk menyapa laju. Membuatkan diri Azmil terkejut dengan kata-kata yang dilontarkan kekasihnya itu. “Apa awak cakap ini? Saya tak faham, kenapa kakak awak suruh kita berpisah pula? Dia tak de perasaan ke??...... Saya rasa kakak awak ada masalah saraf mungkin.” Azmil masih keliru. Mugkin disebabkan tindakan kekasihnya yang mengejut itu maka Azmil tidak dapat berfikir secara waras di pagi hari. Sementara pula baru sahaja tidur tidak sampai 45 minit.
          “Saya tak pasti, tapi saya tahu itu adalah jalan terbaik. Kakak saya tahu apa yang terbaik untuk diri saya…. Saya ada buka akaun facebook itu, dan saya juga ada terbaca antara awak dan ‘kawan’ kesayangan awak itu.” Jawab Azlin ringkas sambil tersedu-sedu.
          “Awak kena faham, masalah sekarang yang mana? Antara saya dengan Shah atau antara suruhan kakak awak? Saya penat nak bertikam lidah pagi hari macam ini, pukul 5.00 awak. Saya bukan tak nak bincang tetapi otak saya tengah pening lagi. Okay! Saya berterus-terang, Shah kawan saya, kawan baik saya, kami tiada apa-apa, lagipun kita dah bercinta lama. Kenapa awak tak pernah nak percayakan kata-kata saya?? Ni bukan kisah drama tv3 awak, pagi-pagi hari bertengkar benda yang tak masuk akal.”
          “Okay! Maaf ganggu awak. Saya takkan ganggu awak lagi nanti, awak dah bahagia dengan ShaHIRAH awak itu.” Jerit Azlin kuat menambahkan lagi ketegangan di pagi hari itu. Azmil mula bingung dengan sikap kekasihnya. Azmil bukanlah seperti lelaki lain yang suka untuk bermain kayu tiga atau kayu empat dan sebagainya, banyak yang diceritakan oleh Azmil kepada Azlin. Malahan persahabatan Azmil dan Shah juga diceritakan oleh Azmil secara jujur kepada kekasih kesayangannya itu. Mungkin bagi lelaki lain mereka lebih suka untuk tidak jujur, tetapi tidak bagi Azmil.
          “Apa lah nasib aku ini, ada kekasih tapi tak boleh nak faham, Shah pula dah tak balas chat-box aku. Erm…” monolog Azmil bermula.
          Azmil bangun terduduk, dan memandang langit gelap kebiruan, azan subuh bakal berkumandang  sebentar lagi. Jam sudah menunjukkan 5.15. Azmil hanya duduk di hujung katilnya sambil merenung luar gelangsar pintu yang terbuka, dibiarkan sahaja pintu itu terbuka kerana dia lebih suka untuk melihat langit dan merasa angin tiupan semula jadi daripada angin aircond ciptaan manusia. Azmil mencapai buku SHIT- Shahnon Ahmad. Sebuah buku yang dikarang ringkas, mengandungi beberapa cerpen ringkas berkenaan maksud SHIT- celaka, tahi, pukimak, setan, dan beberapa maksud yang membawa erti kejian dan sumpahan yang buruk. Buku itu lebih kepada kejian terhadap politik dunia, yang merosakkan maksud demokrasi dan sikap-sikap pemimpin yang bersifat tamak akan harta dunia daripada menghambakan diri kepada marhaen yang mahukan hak mereka. Buku itu juga ditulis untuk kesedaran kepada remaja bahawa politik itu sangat kotor kerana dikotori oleh tangan-tangan ahli politik yang punya kepentingan diri sendiri. Shahnon Ahmad seorang sasterawan negara yang sezaman dengan Usman Awang, Kassim Ahmad, A. Samad Said. Buku ini menjelaskan tentang satira politik yang pada asalnya adalah satu wadah murni dan satu dasar untuk memerintah sesebuah negara agar kembali kepada hak rakyat itu sendiri. Azmil mungkin dapat menelaah buku itu tetapi tidak pada hatinya yang sedang gundah gulana memikirkan hubungannya dengan Azlin.
         
          Allahukbar, Allahukbar!! Allahukbar, Allahukbar…!!!- Azan subuh berkumandang, tanda masuk sudah waktu subuh di daerah Ampang.

         

 *********************************************************

Sahabat.
Azmil mula bingung dengan kekasihnya- Azlin. Adakah kata-kata dia cukup kasar sehingga membuatkan Azlin berkecil hati dengannya? Atau salahkah dia mempunyai sahabat perempuan? Azmil mencapai telefonnya dan menghantar beberapa keping mesej kepada Azlin.

-Saya harap awak tidak marah dengan saya fasal hubungan saya dengan Shah. Kamu sekadar sahabat yang berkongsi pendapat dan pandangan, tidak lebih dari itu, lagipun saya sudah ada awak yang saya sayang. Agak tidak masuk akan bagi seorang lelaki untuk memutuskan hubungannya setelah lama bersama. Harap awak dapat berfikir sebelum membuat keputusan. I love you-

          Menjadi kebiasaan Azmil setelah lama terperap di dalam biliknya, dia akan pergi ke rumah sepupunya Asyraf. Tidak jauh dari rumahnya, terpisah dari 2 blok rumahnya. Rumah sepupunya itu biasanya tidak terlalu bising, kerana yang tinggal tidak terlampau ramai, 3 bilik, 2 tandas dan 6 orang penumpang. Biasanya Azmil akan berkunjung ke rumah Asyraf untuk berkongsi cerita, masalah atau isu-isu semasa. Mereka agak rapat sebagai hubungan saudara. Asyraf boleh di katakan sebagai seorang yang suka bersosial, tidak seperti Azmil. Walaupun Azmil seorang yang tidak suka bersosial, tetapi dia senang berbincang. Manakala Asyraf pula seorang yang fleksibel, tidak menjadi masalah baginya mempuyai saudara seperti Azmil. Ada kala mereka menonton wayang bersama walaupun Asyraf 4 tahun lebih tua daripada Azmil itu menjadikan hubungan mereka rapat bersama.
          “Weh… Ketuk pintu tidak, salam tak de tiba-tiba je datang. Ribut tak de kilat tak muncul. Ada apa datang rumah aku ini?? Nak lawan Dota ke? Boleh je, menerima cabaran secara terbuka.. Kalau kalah jangan buat status sedih dan pilu pula di facebook nanti.” Sapa Asyraf dengan senda gurau pabila sedar akan kehadiran saudaranya itu. Asyraf seorang yang agak cuai kerana jarang baginya untuk mengunci rumahnya.
          “Kalau perompak masuk tadi tak sempat kau nak ajak dia lawan Dota  kau dahulu terkojol dekat sini. Sedar-sedar aku dapat berita arwah sudah sepupu aku ini. Inalillah. Maka tiada lagi lah pesaing aku.. Aku datang ini saja-saja bosan duduk terperap di rumah, menaip sudah, membaca sudah, sekarang datang melawat kau, mana lah tahu kan, kau rindu aku ke. Lagipun aku tengah runsing.” Jawab Azmil selamba.- selamba dan bersahaja itulah dia;
          Si sepupu yang selamba.
          Ibarat sahabat yang sejati,
          Selalu bersama,
          Duka, gembira, dan riang,
          Tetap bersama.- Siapa bilang Sepupu itu tidak bisa rapat??
          “Apa masalah kau ini Azmil? Habaq mai sikit noooo?? Aku nampak hang macam sedih jaaa! Kalau-kalau ada problem meh cita dekat abang kesayangan kau ini. Al-maklum lah nak cerita dengan abang kandung, depa duduk jauh-jauh.” Soal Asyraf dengan gurauan loghat kedah.- Azmil sinis memandang sambil senyum sedikit.
          “Azlin itu, dia mengarut semalam, dahlah waktu pagi, aku bingung juga, dahlah Shah tak balas mesej aku juga. Jiwa aku tak tenang ni bro. Apa kata kita pergi tengok wayang? Best juga kan? Cerita Ironman 3 orang cakap gempak!!... Aku nak release masalah aku ini, bertimbun-timbun assignment tak siap, bergaduh pula,.. Perempuan always came with a problem, and always involve me in their problem. Shah itu baik, tapi kadang-kadang aku kurang faham fasal perangai dia, aku tak pasti kenapa dengan dia, mungkin sakit, mungkin dia bengang dengan aku, maklumlah aku ni jenis keras sikit bile berbincang. Azlin pula; lama ak tak layan dia, I’m too busy to live in this world, I have many thing to do, not only to serve with hers love story dude.” Jelas Azmil detail dan sedikit nada yang kecewa. Ala-ala Kuch-kuch hota hai kisah hidup Azmil, terperangkap dalam hubungan yang keliru antara hubungan sahabat baiknya yang kenal di facebook dan hubungan cintanya iaitu Azlin- Norazlin Pricessnilza.
          “Sabar sat bro… Just be normal man, and have a drink!! Minum kopi aku ini, sejuk dah tapi masih terasa uuurrrmm tu!!.. Masalah bila bercinta itu lah jadinya, sebab itu aku putus hubungan dengan Yusrah, sebab dia sendiri menggatal dengan lelaki lain, lagipun aku pula sibuk dengan life aku ini, nak kata romantik aku lagi romantik dari kau..” –Azmil menjeling Asyraf keliru. Asyraf mula menutup game Dota itu, dan pergi ke ruang Microsoft membuka satu fail dalam ruang document.

–Assignment ku-

          “Ini dia, tengok bertimbun assignment aku kena hantar, ini tak lagi campur dengan aku nak study, nak layan kerenah Yusrah lagi? Senang sangat aku buat keputusan untuk putus. Lagipun bulan hadapan bermula tournament Dota.. Masalah kau dengan Shah, kau cuba tunggu dia tenang dahulu, hati perempuan akan lembut, just give she time to think wisely, dan antara kau dan Azlin cuba bincang, sudah bercinta 1 tahun takkan lah nak putus macam itu je. Fikir bro, nanti takkan kau nak mencari yang baru pula. Bosan siot!” nasihat Asyraf kepada Azmil. Azmil mendengar nasihat Asyraf dengan penuh fokus, matanya tidak langsung berkelip walau sesaat, sehingga nampak kering kelopak matanya. Gelas kopi di tangannya dipegang kemas sambil mengirup sedikit- Pahit dan agak pekat warna kopi itu. Azmil diam seribu bicara, Asyraf mula bangun mencapai tuala nya dan terus ke bilik mandi meninggalkan Azmil supaya memikirkan apa yang dikatakannya.
          “Asyraf aku balik dahulu lah, nanti siap mandi kau datang rumah aku, kita pergi tengok wayang! Ironman 3!! Fasal masalah itu kita bincang kemudian hari.. Aku serabut maka aku malas nak fikir lagi. Kereta kancil aku tak de minyak, kau tolong top up nanti!!” Azmil bangun dan meletakkan gelas kopi di ruang atas singki dibiarkan sahaja di situ tanpa dibasuhnya, di ruang kecil di dapur itu terdapat beberapa bungkus meggi kari. Asyraf memang meminati dengan meggi kari, di ruang kecil dapur itu juga terdapat gambar Yusrah yang bertempel di peti sejuk sambil di tulis beberapa rangkap lirik lagu Count On me- Bruno Mars.

-Bruno Mars-
If you ever find yourself stuck in the middle of the sea,
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see,
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
When we are called to help our friends in need

          “Gelas itu lepas minum basuh lah! Rumah ini tak de orang gaji nak tolong basuh kan.. Ehem3.. Jadi faham-faham lah. Minyak kereta aku top up lagi, hari itu dah aku juga, hari ini aku juga. Nanti kau bernikah aku tolong bayar juga lah.” Jerit Asyraf yang sedang mandi- terdengar air pancut mencurah laju.
         

*********************************************************




Apa Hegemoni?
Azmil mula membuka laptop kesayangannya itu seperti biasa, tempat yang biasa dituju adalah facebook nya sendiri, melihat notification nya- 50. Azmil memandang setiap apa yang di komen sahabat-sahabatnya, ada yang ‘strangers’ ada juga sahabat alam maya yang dikenalinya, dan juga sahabat aktivis-aktivisnya. Biasanya sahabat aktivisnya memang rapat dengan Azmil, tapi rapat sebagai rakan seperjuangan, ada di kalangan mereka yang hebat-hebat dalam dunia sajak, puisi dan ada yang sudah menjangkau umur 30 an. Itu menjadi kebiasaan kepada Azmil dengan berkenalan dengan orang yang lebih tua daripadanya, sampaikan rakan-rakan sekelasnya agak membencinya kerana sifatnya yang lebih kepada dunia politik- digelar taksub politik, dan ‘bajet pandai’. Itulah yang selalu diretorikan kepada dia, seorang yang pendiam, tetapi di hina dan dikutuk rakan sendiri, baik yang menjadi bekas sekolahnya atau rakan sekelasnya di Universiti Teknologi MARA.
          “Hegemoni yang melanda rakyat Malaysia, menumpulkan otak massa, menjadikan mereka robot yang kaku. Rakyat mudah mendengar retorik yang berbaur fitnah daripada mencari bukti dan membuat sintesis sendiri, lebih suka di suap dan di hidang dengan berita-berita yang mengarut. Sedangkan  sekarang adalah alaf dunia di hujung jari, tapi kenapa?” Persoalan mula bermain di fikiran Azmil, monolog Azmil selalu bermain dalam mindanya, antara monolog luaran atau dalaman. Itu sudah biasa buat diri Azmil yang selalu berfikir akan masalah isu semasa. Hegemoni; satu usaha untuk membentuk horizon pemikiran masyarakat ke dalam skop ideologi tertentu, mengehadkan dan memfokuskan pemikiran mereka ke dalam blok yang sempit, di mana kerangka idea dan solusinya sudah disediakan oleh kerajaan. Perkara yang sama juga disebutkan oleh Louis Althusser sebagai ‘Ideological State Apparatuses’ (ISAs), menggunakan institusi-institusi sosial untuk memprogramkan minda masyarakat.- itulah hegomini.

          Tut, tut, tut, tut, tut, tut, tut,

          Azmil memandang telefon bimbitnya, nama tiada kelihatan, kecuali sebaris nombor yang tidak dikenalinya. Diperhati sebelum menekan butang hijau- “Hello… Siapa di sana?? Maaf, boleh perkenalkan diri?” soal Azmil ringkas- seorang yang berhati-hati sebelum melakukan sebarang kerja.
          “Assalamualaikum.. Saya ini Shah.. Shahirah.” Suara lembut kedengaran  dari getaran telefon itu. Azmil sedikit kaget dengan kehadiran suara Shah- Shahirah. Di mana pula Shah muncul tiba-tiba? Siapa yang memberi nombor Azmil kepada Shah? Pelik dan musykil, Azmil mula berfikir dan diam sejenak. Tiada sebarang sahutan oleh Azmil.
          “Maaf, saya minta nombor awak dengan Aisyah, dia kawan awak, juga kawan sekolah saya. Mungkin Aisyah tidak pernah menceritakan perkara itu, tetapi saya kenal awak dalam facebook kerana Aisyah juga. Dia yang perkenalkan saya dengan awak, saya teruja dengan stasus-status awak yang  hebat itu. Sebab itu saya cuba untuk mengenali awak secara lebih rapat- sebagai seorang Sahabat-
          “Oh… Okay! Ingat ‘strangers’ mana yang cuba calling saya tiba-tiba, sebab saya tidak pernah memberi nombor saya kepada orang dengan semberono begitu sahaja. Maaflah, tak tahu yang Aisyah itu rakan sekolah awak. Kenapa calling saya? Ada nak bincangkan apa-apa ke? Sebelum itu saya mohon maaf sebab berlaku kasar dengan awak hari itu, mungkin salah saya sebab tak tahu kondisi awak yang sakit itu. Kalau awak ada masalah ceritakan kepada saya, saya pendengar yang baik!” terukir senyuman riang di bibir Azmil. Mungkin gembira sahabat baik facebook nya sudah kembali, mungkin untuk setengah manusia di luar sana tidak mengerti erti sahabat dan tidak pernah faham maksud sahabat itu sendiri, tetapi tidak bagi Azmil seorang yang pendiam dan lonely nobody. Lagu Mou Sukoshi- Atsumi Soari bermain di laptop Azmil, lagu itu terus bermain dengan muzik nya yang mengasyikkan sempena cerita Midori No Hibi, sebuah kisah cinta antara Midori dan Sawamura- Sawamura the Devil Hand. Kisah cinta yang penuh dengan nilai persahabatan.

-Atsumi Soari-
When I noticed I was thinking about you... 
I felt very embarrassed 
And I really hate that feeling 
That's because I'm afraid to convey my feelings

Even though I suppress it in my head I can't do anything about my heart 
I don't let you notice it when we meet 
So it can be normal how I plan to talk to you

To act so composed has started to hurt 
Lying to you I will put away... but

          Shah diam seketika sebelum memulakan pembicaraan seterusnya. “Lagu Mou Sukoshi nyanyian Atsumi Soari kan? Saya suka baca Manga Midori No Hibi, lagu ini sempena anime. Tapi rasanya Manga lebih seronok baca daripada menonton Anime, sebabnya anime dia tak panjang. Manga itu panjang sikit, seronok, cerita fasal Midori yang jadi tangan kanan Sawamura. Patung tangan, selalu bersama berdua.” Jelas Shah kepada Azmil. Tidak sangka pula yang Shah minat akan Manga itu, Azmil sudah khatamkan beberapa kali Manga Midori No Hibi hampir 3 kali. Ceritanya agak sedih, untuk pasangan yang bercinta cerita itu membawa 1001 makna yang mendalam buat pasangan yang sedang mabuk bercinta. Semestinya pelukis-pelukis Jepun dapat menerapkan perasaan dalam lukisan mereka, sehingga dikatakan badai Manga sudah di lambung ke seluruh dunia. Sebut sahaja Naruto, rata-rata remaja yang berumur antara 20 hingga 38 mengenali watak-watak mereka, sebut sahaja One Piece- Budak getah, orang dapat membayangkan jalan cerita pelukis yang berunsurkan ‘Nakama loving each other’ . Jepun telah menongkah arus, mereka mula membangun dan mengubah daya pandang mereka ke arah yang lebih baik, tidak ke barat, tidak juga ke timur, tetapi daya pandang mereka sendiri, yang tiada pengaruh siapa-siapa.
          “Aah… Di ilhamkan oleh Kazurou Inoue, lukisan dia memang berbakat, saya minat juga hasil lukisan dia, tetapi Midori No Hibi paling cool, olahan cerita dia menari minat saya, awak minat juga cerita itu, se ingat saya awak jenis yang tidak layan Manga, maklumlah tomboyish!!” gurau Azmil manja, gembiranya hatinya tidak terkata. Azlin pergi Shah datang menggembirakan hati yang sunyi, mungkin masalah Azlin itu akan diselesaikan dengan cara yang baik selepas fikiran Azmil kembali waras untuk mengutarakan hujah yang bernas kepada kekasihnya itu. Azlin-cantik, sedikit tembam, periang tetapi agak lasak!! Kadangkala kasar dan mudah merajuk. Tetapi selalu cuba untuk memahami Azmil. Itu yang membuatkan Azmil mudah sayang akan kekasihnya itu. Di ruang tingkap window 8 Azmil, terpapar wallpaper Azlin seronok sedang menjilat aiskrim, di album-album Azmil juga penuh dengan gambar-gambar Azlin. Secara am nya mereka tidak pernah berdating, kerana Azmil sedikit menjaga hubungan, dia tidak suka untuk membuang masa untuk berduaan antara lelaki dan wanita di khalayak ramai. Dia lebih suka untuk bersama kawan-kawan lelaki atau bersama aktivis jika, ada aktivis wanita, tetapi mereka tidaklah berdua, kecuali ditemani 2 orang lelaki. Itu tidak menjadi masalah bagi Azmil, lagipun Azmil bukanlah so-call Islamik. Lebih kepada fahaman Liberal- inginkan kebebasan tetapi tidak melanggar batas agama.
          “Yelah… Saya lah tomboy, saya kan bukan perempuan lain, sebab saya tak suka terlampau manja-manja, nampak agak menyampah, biarlah saya seperti ini, dan awak terima saya sebagai sahabat seperti ini juga. Saya nak minta maaf kalau-kalau ada salah dengan awak, saya sebenarnya sakit, kadang-kadang bila sakit saya datang maka saya lebih suka mendiamkan diri dari bercakap atau membalas chat awak, takut-takut nanti awak tergores hati, I can’t control myself when I feel my ache in my head. Bimbang saya marah awak tiba-tiba. Maaf awak. Saya tak nak perkara yang tak baik terjadi.” Terang Shah secara bersahaja dengan nada agak perlahan. Shah yang menghidapi sakit saraf dan migrain menjadikan dia seorang yang pendiam.

          Tahulah Azmil yang sahabat facebook ini sedang menanggung seksa sakit. Jadi agak dangkal jika Azmil layan Shah dengan kasar, maka Azmil mula berasa bersalah dengan dirinya itu. Terdetik di hatinya rasa kasihan terhadap ‘Nakama’ nya itu, sahabat baiknya, sahabat yang selalu berkongsi ideas dan sahabat yang di idamkan nya selama mereka kenal. Dan selama mereka kenal iaitu 7 hari yang lalu.
          Tentang Azmil dan Shah,
          Cinta Azmil dan Azlin.
          Sahabat dan cinta.
          Kekasih dan sayang.
                         
                                                                                            Bersambung………



(boleh baca Part 1 di bawah)
Part 1:- ....Cinta Sahabat
Part 3- Cinta bertaut kembali

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...