Pages

Followers

Friday, May 17, 2013

.....Cinta Sahabat





Memang bagi Azmil itulah sahabatnya, berkenalan di laman 'Facebook' tidak sampai 7 hari sudah menjadikan jiwa Azmil mengatakan Shah itu sahabatnya. Tidak pernah bersua muka, tidak pernah jua bercakap di gagang telefon. Tetapi hati yang sudah bertaut kasih sayang sahabat itu menjadikan mereka bercinta sebagai seorang sahabat. Bagi Azmil cinta itu adalah satu nikmat, berkasih sayang sesama manusia, melemparkan keharmonian kepada manusia lain, itulah cinta yang diharapkan oleh manusia lain juga. Apakah manusia lupa bahawa dijadikan manusia ini daripada air mani yang hina, setetes air mani yang keluar daripada tempat yang hina, maka di situ mereka juga dikeluarkan setelah cukup bulan maka tercipta lah manusia di muka bumi ini dan disuruh mereka berkenalan antara satu-sama lain- Manusia itu mudah lupa.
          Life is not a fairy tale.
          Sebab ini adalah realiti yang dalam lamunan.
          Setahun bersendirian;
          Tiada teman, hanya mimpi indah yang menemani.
          Bagi Azmil hidupnya sunyi dan gembira.
          Lalu Azmil mengukir senyuman di tepi jendela, sambil badan mengadap ke arah laptop kesayangannya Aspire 4720. Dia mula memandang laman muka bukunya yang penuh dengan ‘status’ politik, ilmu dan luahan cinta daripada ‘strangers’. Bagi Azmil rakan-rakannya ramai tidak mengenali dirinya, seorang yang pendiam, suka membaca buku, bercakap hal politik, dan kurang minat akan sukan. Banyak masa Azmil dihabiskan dengan membaca buku sejarah dan buku-buku yang tiada dalam silibus pelajarannya. Mata Azmil mula kering dan pedih kerana terlampau lama mengadap webpage Marxist.com yang ditelaah nya sekian lama sejak pagi tadi- 9.00 pagi. Mata kecilnya berpaling ke arah bar kecil yang menunjukkan jam sudah 4.00 petang. Bagi Azmil itulah rutin hariannya, menulis di laman blog dan membaca buku-buku yang diminatinya. Baginya rakan sekadar membuang masa, social tiada dalam kamus hidupnya. Cuma terkadang Azmil membuka ruang kecil di chat-box facebook nya untuk membuang kebosanan dalam dirinya. Azmil memandang kicauan burung merpati belaannya- awan mula mendung kegelapan, ingin hujan mungkin.

Tut, tut, tut, tut,-

          “Salam, Sabtu ini jom keluar jalan-jalan.” Tiara menulis di ruang chat-box kecil itu.
          “Erm.. tengok lah kalau-kalau ada kelapangan, aku mahu habiskan pembacaan aku sikit lagi ni.” Balas Azmil selamba. Dia tidak sendirian rupanya.
          Tiara senyap tidak membalas chat Azmil, 15 minit berlalu;      “Ala.. Mengadap buku je kerjanya, kita keluar pergi makan, tengok wayang, aku bawa Fatimah sekali.” Pujuk Tiara dengan emoticon sedihnya. Tiara kenal sangat perangai sahabatnya yang tidak terlampau social itu, agak bosan berkawan dengan Azmil tetapi baginya itu sudah perkara biasa.
          Azmil terus offline kan ruang chat-box nya, mungkin tidak mahu melayan kerenah Tiara yang memujuknya itu. Tetapi Azmil tetap akan menjawab ajakkan Tiara dan kebiasaannya Azmil akan pergi kerana mereka sudah kenal selama 2 tahun. Jadi persahabatan mereka agak rapat.
          Azmil si hopeless romantic.
          Azmil si Lovelorn,
          Azmil si Lovefool.
          Azmil si Love Companion.
          “Well…. Kalau nak pergi nanti cakap, aku nak bawa Fatimah sekali. Bertemu tempat biasalah, kau datang jemput aku dengan kancil itu ya…. Aku tunggu kau.” Balas Tiara walaupun jawapan lama belum terjawab tetapi Tiara tetap menghantar pujukan.
          Azmil beredar dalam tempat duduknya, berbaring di ruang katilnya sambil mencapai buku yang bertajuk ‘Why Read Marx Today?”- Jonathan Wolf. Sudah 4 kali Azmil khatam kan buku itu, bagi nya tiada kebosanan dalam membaca karya berkenaan Socialize, baginya Marx itu seorang intelektual yang berjaya mengubah mindanya. Azmil sedar akan kewujudan Islam, tetapi tidak salah dalam membaca karya-karya yang ditulis oleh orang bukan Islam. Ilmu itu luas bagi Azmil. “Bosannya- Aku hairan kenapa mentaliti manusia susah benar mahu berubah??... Politik bukan partism. Dek kerana hiburan yang disogokkan oleh si Borjuisi-kapitalis rakan-rakan berada dalam alam mimpi yang tidak sedar-sedar.” Monolog luaran Azmil bermula. Baginya bermonolog dalaman adalah satu kewajipan kerana dengan cara itu jawapan yang dicarinya akan dijumpai setelah lama bermonolog dengan dirinya sendiri- keinginan dirinya untuk melihat umat manusia sedar. Azmil bingkas bangun dan menuju semula ke ruang laptop kesayangannya. Fokus merenung ruang facebook itu dan cuba mencari teman baharu. Muncul satu nama yang tidak pernah dikenalinya di ruang chat-box.
          “Salam, boleh tak saya ingin bertanya sedikit kepada kamu, boleh terangkan sedikit perihal sejarah Perancis?? Saya ingin benar mengetahui sejarah itu, kemunculan revolusi di Perancis menjadikan saya tahu kehebatan barat itu adalah disebabkan Ilmu Islam yang dicerahkan ke Eropah semasa zaman gelap mereka.” Terkeluar satu ruang chat-box antara Shah dan Azmil. Azmil mula kebingungan, siapa lelaki yang bertanya itu. Bagi Azmil menjadi stalker untuk mengintip ruang profile  adalah satu kepentingan, mungkin-mungkin fake account sahaja untuk menyakat dirinya.
          “Erm, boleh saya tahu siapa gerangan saudara ini? Profile picture tiada rupa, blackout sahaja, picture dipenuhi gambar-gambar kartun dan tiada satu gambar saudara. Bagi saya untuk bertanya soalan boleh…. Tetapi bisa kita berkenalan dahulu supaya tiada berlaku sebarang fallacy apabila saya mengutarakan ilmu saya yang tidak seberapa ini…”- balas Azmil dalam kebingunan, tiada pernah lelaki yang ‘DP’ tiada rupa, kebiasaan perempuan yang selalu ingin ‘hide their identity’.
          “Oh…. Lagi molek rasanya awak yang kenal diri awak, sebabnya si adam di itu lebih mendahului si hawa bukan?? Jadi apa kata saudara dulu kenalkan diri saudara, lepas itu si saudari di sini pula perkenalkan diri yang tidak seberapa ini.” Suruh nya si Shah kepada Azmil. Rupanya Shah adalah wanita, mungkin sahaja namanya Shah itu dipendekkan daripada nama asalnya.



*********************************************************


Pergaduhan Kecil.
Sememangnya api dan api itu apabila dilawan maka akan semakin marak dan semakin membakar. Maka seharusnya seorang itu menjadi air. Setelah perkenalan Azmil dan Shahirah mereka semakin rancak membincangkan hal-hal yang jarang dipertuturkan oleh si hawa dan adam apabila bersembang, bagi Azmil itulah sahabat yang dicarinya, dapat menerima ideas dan menyumbang ideas. Bukan tidak pernah Azmil ada sahabat sebegitu, tetapi sangat kurang. Banyaknya sahabatnya adalah lebih tua daripadanya dan agak tidak molek untuk bertikam lidah jika berlaku sebarang perbedaan dalam isi yang diperbincangkan. Jadi mudah bagi Azmil untuk rapat dengan Shah- nama sebenarnya adalah Shahirah.
          “Awak rasa apa pendapat awak tentang sikap setengah pemimpin kita yang mengejar harta dari membantu rakyatnya sendiri?? Tidak mereka sedar, ramai lagi rakyat yang hidupnya miskin tetapi setengah dari mereka hidupnya dengan penuh senang-lenang…” bermacam-macam perkara yang selalu diajukan oleh Shah kepada Azmil, maka Azmil menjawab dengan penuh baik dan kadangkala ada sedikit pergaduhan kecil antara Azmil dan Shah. “Masalah pemimpin yang hidup kaya-raya kita perlu lihat kepada aspek pro-con, mungkin ada baiknya, ada buruknya, sekarang adil nya saya lebih suka jika pemimpin itu tidak terlampau kaya dan selalu turun padang melihat rakyatnya, tidak makan rasuah dan tidak melebihkan keluarganya dari rakyatnya, kerana apa guna seorang pemimpin itu menjadi wakil rakyat jika mereka berkejaran untuk mengaut hasil bumi bagi menambahkan kekayaan mereka??.... Wakil rakyat sekarang sudah bertukar kepada wakil parti, baik dari belah pembangkang sendiri, ini kerana apabila menjadi YB projek-projek mula meningkat naik, maka di situ peluang untuk mereka cuba mencari kekayaan dunia dari membantu rakyat mereka.” Jawab Azmil dengan penuh extreme dan detail.
          Mimpi tidak selalu indah, hari tidak selalu cerah, itulah yang menimpa Azmil, perkenalan 7 hari dengan Shah menjadikan jiwa Azmil kacau, mereka berkenalan dengan rapat, mereka berkongsi ideas dan dalam pada itu mereka akan sering bertengkar dengan bertikam lidah untuk menegakkan pendapat masing-masing. Mereka ada kala gembira, ada kala duka. Tetapi itulah tali persahabatan, tidak perlu terlampau memujuk, mengajuk dan menangis, ini bukan kisah cinta jiwang-Islami. Tetapi kisah cinta sahabat yang berkongsi ideas bersama. Dengan sikap Shah yang akan kelakian sedikit, dan menghidapi Insomia sewaktu berada di menengah rendah menjadikan mereka rapat kerana Azmil selalu bersekang mata untuk menelaah ideas Marxist dan tokoh-tokoh Marxist. Juga sering membaca buku sampai lewat malam. Ini menjadikan mereka agak secocok sebagai rakan yang baik bersama. Bukan bercinta dengan meluah perasaan tetapi bercinta dengan berkongsi ideas dunia, alam dan ilmu pencipta.
          “Awak minat akan lagu-lagu A.C.A.B jugak eah??... jarang saya jumpa wanita yang macam awak ini, orang panggil tomboy yang bijak. Haish, pelik dunia ini,. Satu pengalaman yang indah lah saya berkawan dengan awak ini.” Senyum Azmil sambil membalas chat kepada Shah. Bagi Azmil tidak mudah untuk berkenalan dengan Shah yang ala-ala lelaki perangainya, minatnya kepada ilmu dan juga sejarah.
          “Minat jugak,. Zaman jahiliah dahulu lah, yang lawaknya ada yang mengatakan lagu A.C.A.B ini dari French, tergelak saya.. Biasalah bukan ramai anak muda sekarang minat lagu-lagu yang memberi pengajaran ini.. Saya pun lama sudah tak sentuh gitar. Lupa sudah kod-kod gitar. Hahahaha” Balas Shah dengan selamba, agak terkejut Azmil pabila mengetahui sahabat perempuannya ini minat bermain gitar dan pandai bermain gitar, bukan tidak pernah dia melihat perempuan bermain gitar, tetapi tidak pernah baginya berkawan dengan wanita yang pandai memetik kod-kod gitar. “Awak ni macam kawan lama saya, jenis tidak banyak cakap, cuma cakap perkara yang penting sahaja, seronok berkongsi ideas dengan awak. Walaupun kadang-kadang awak ni ekstrem bila jawab pertanyaan saya…”- balas Shah lagi di ruang chat-box itu.
          “Tak jugak, saya tak reveal diri sebenar saya, saya suka cakap, cuma saya kurang bercakap. Bukan tak minat bercakap, tetapi kalau sempat bercakap maka tiada peluang orang lain bercakap kecuali saya seorang je yang bercakap….. awak ni pelik juga saya lihat, saya tiada lagi kawan perempuan yang macam awak ini. Maklumlah saya dulunya sekolah agama jadi untuk dapat kawan perempuan yang macam awak mungkin agak sukar.” Katanya dalam mengukir senyuman membalas chat Shah. 30 minit berlalu masih menunggu jawapan dari Shah, ke mana hilang Shah?? Shah sudah biasa tidak menjawab chat Azmil, membuatkan Azmil sedikit berang dengan sikap Shah yang ‘Stuck’. “Mungkin ada kerja mungkin, atau sudah tidur barangkali… aaah!! Kenapa aku sibuk sangat fikir fasal si dia ni??” monolog Azmil sorang-sorang di tempat duduknya. Azmil mula bingkas bangun dan mengambil wudu’ untuk tunaikan solat isyak, di jelingnya jam dinding sudah 4.30 pagi. Lewat sudah, memang menjadi kebiasaannya untuk solat lewat Isyak. Mungkin dia bisa berubah tetapi dalam proses. ‘In Progress’. Selesai solat seperti biasa, rakan rapatnya Milo panas menjadi hidangan di pagi hari. Sambil menghirup milo panas dia membaca webpage yang di bookmark sebelum ini. Selesai sahaja dia tidur sebelum menunggu azan subuh kumandang di Masjid terdekat rumahnya.
          “Azmil taknak makan ke? Kak Mai dah sediakan sarapan pagi ini. Nanti kalau Azmil nak makan sila lah ambil sendiri, Kak Mai nak pergi ke pasar tani pagi ini.” Jerit Kak Mai, kakak iparnya yang no.2. Dalam keluarga Azmil hanya dia sahaja yang belum berkahwin dan abang-abang nya semua sudah bernikah dan mempunyai anak. Manakala Azmil masih tidak fikirkan perkara itu, baginya adalah untuk belajar dan melihat manusia berubah. The great power come with great responsibility. Itulah yang selalu dipegangnya dan itu juga motonya.
          “Okay! Nanti Azmil habiskan makanan itu.. Kak Mai jangan risau, kalau ada Azmil, InsyAllah tidak membazir makanan itu. Membazir itu amalan syaitan bukan.” Sahut Azmil dengan kuat sambil ketawa sedikit mencerahkan suasana di pagi hari. Azmil bingkas bangkit dari tidurnya dan menuju ke ruang dapur. Seperti biasa Kak Mai minat benar membuat nasi lemak dan itulah sajian pagi hari yang sentiasa di santap oleh Azmil kadang-kadang ada juga sekadar roti bersalut telur atau cucur ikan bilis.

Tut, tut, tut, tut, tut,……

Telefon Azmil kuat menyahutnya, Azmil berlari mengambil telefon Nokia 1100 nya itu, sambil melihat nama yang tertera di situ. Faizal! Kawan lamanya, satu sekolah, satu kelas dan terpisah setelah semua melanjutkan pelajaran di luar negara. “Assalamualaikum Faizal!! Awat lamo tak nampok hang?! Hang pi mano lamo tak calling aku?! Haish, lupa kawan kaa lagu ni?” gurau Azmil sambil ketawa kecil. Agak rindu Azmil kepada rakannya satu sekolahnya itu.
          “Sambung belajar luar negara bro, biasalah, sibuk memanjang bukan taknak calling.  Tapi aku duduk sana di London jadi sukar lah nak hubungi melalui telefon, Aku rasa aku sudah add friends kau di facebook tetapi kau tak approve. Nama aku Setia Ungu…. Apa punya kawan tak approve kawan sendiri.” Balas Faizal terus sambil sedikit berang manja.
          “Sorry bro, aku bukan taknak approve, aku jarang approve kawan baru, maklumlah status aku berbaur politik dan jarang status yang berbaur jiwang ini, nanti orang fed up dengan perangai aku…. Kau tak kisah ke?” jawab Azmil ringkas bersahaja memohon maaf. Azmil sedikit berhati-hati dalam memilih rakan di facebook sebab baginya jika kawan itu jenis yang suka menghina atau mengganggu status dia, dia tidak buang kawan itu, walaupun kawan rapat dia sendiri, bukan ertinya putus sahabat di dunia nyata tetapi untuk kawan-kawannya faham bahawa dia di dalam alam maya berbeza dengan dunia nyata. Perjuangan adalah di alam maya dan di dunia nyata dia tetap Azmil yang pendiam dan tidak banyak cakap. Kecuali ketika waktu-waktunya sahaja. “Takpelah Mil. Nanti aku call lagi, sebab sekarang sibuk sikit, aku balik 1 bulan ke Malaysia, ingat nak ajak hang keluar nanti, kita pi lepak-lepak sembang kedai kopi. Aku rindu juga rakan-rakan kita yang lain. Jumpa lagi Mil!” Faizal mula meletak telefon dan Azmil tahu sangat perangai Faizal, tidak lain tidak bukan seorang yang gelojoh- Senyum sendirian sambil turun ke dapur dan santap nasi lemak yang tinggal sedikit lagi itu.


*********************************************************




Sakit Hati dan Migrain.
Memang tidak wajar apabila bergelar sahabat itu mereka bertengkar berpanjangan, bagi seorang sahabat yang baik selalu bersama susah dan senang. Who said a good friends never argue?? … Pergaduhan itu biasa dan sakit hati itu biasa, Semestinya Azmil perlu tahu bahawa Shah adalah seorang perempuan, dan seharusnya Azmil tidak terlampau kasar dengan Shah. Perkara yang Azmil bimbang akan berlaku tetap berlaku; bergaduh dan bertengkar kerana hal kecil. Bermulanya;-
          “Saya tak faham kenapa bila kita berbincang, di tengah-tengah persoalan itu awak mula diam, dan bila saya menyoalkan persoalan awak tidak langsung menjawab soalan saya…. Kalau pun awak tidak berpuas hati dengan soalan saya sekurang-kurang nya jawab lah sepatah.”- bermacam-macam persoalan di keluarkan oleh Azmil kepada Shah di ruang kecil Chat-box itu bersama beberapa emoticon yang menunjukkan bengang dengan sikap Shah. “Awak akan faham suatu hari nanti, Saya malas nak gaduh perkara kecil macam ini.” Balas Shah dengan sedikit hiba dan kecewa dengan sikap sahabat baiknya itu- Azmil.
          “Awak selalu diam, bila saya soal awak diam, awak cakap insomnia, tetapi takkan lah insomnia pukul 3 pagi dah tidur??? Awak tak pernah menjawab soalan, you are ambiguous and always used implicit word when answered my question…. Cuba berterus-terang, kalau ada masalah just tell me what it is. Don’t be like a child.” Marah Azmil di ruang Chat-box itu. Mungkin Azmil sudah simpan agak lama kemarahannya dengan sikap Shah yang ‘stuck’ tiba-tiba apabila mereka berbual di facebook. Itu sudah menjadi perkara biasa kepada siapa yang mengenali Shah, kerana Shah menghidapi migrain, jika Shah berasa sakit di kepalanya maka dia mula berehat daripada bercakap dengan orang lain atau lebih suka berdiam diri. Mungkin itulah yang menyebabkan Shah selalu tidak menjawab persoalan Azmil, Azmil pula tidak mengerti akan sakit Shah. Walaupun Azmil pernah meneka bahawa mungkin Shah menghidapi Migrain-Like Just lucky guess.
          Azmil si pemarah.
          Azmil si pendiam.
          Azmil si penyayang.
          Azmil si Sahabat Shah!
Azmil mula menutup ruang tingkap facebook nya dan mencapai satu buku yang dipenuhi sajak A. Samad Said. Sempat Azmil menghafal satu dari Sajak A. Samad Said itu;

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

          Memang jiwa Azmil dipenuhi sifat juang, berjuang untuk rakyat, walaupun umur Azmil baru sahaja 19 dan akan mencecah 20 tetapi sifatnya sudah menunjukkan dirinya seorang yang matang apabila bercakap dan berbual. Jiwa remaja yang di idamkan oleh remaja-remaja masa kini sudah tiada dalam jiwa Azmil, Cuma yang ada adalah jiwa yang ingin berjuang untuk rakyatnya sahaja. Jiwa yang kental tetap teguh walaupun badai datang menempuh. Azmil mula berasakan bahawa Shah sahaja tidak mahu melayannya. Maka Azmil mulakan hidupnya seperti biasa. Seperti seorang yang sunyi dan bersendiri dan terus menelaah buku-bukunya itu.

                                                                                       Bersambung…….



(Boleh baca Part 2 di bawah)
Part 2:- ...Itulah Hegemoni


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...