Pages

Followers

Tuesday, May 28, 2013

Dipaksa.... yang Sayang



Shah duduk termenung di meja study nya. Memandang keluar, sambil memegang buku subjek Sains. Terpapar gambar jantung, dengan saluran-saluran berserta nama-nama yang sukar untuk di eja. Bagi seorang bakal doktor perubatan memang sewajibnya menghafal nama-nama itu dan maksud di sebalik nama itu. Shah memikirkan sesuatu tentang dirinya, masalah dirinya, dan subjek yang akan dijawabnya nanti di meja peperiksaan. Dihafal nama-nama dan function semuanya termasuk memahami segala peredaran darah di saluran jantung itu. Selain itu di sebelah kanan itu terdapat buku Matematik, subjek yang mengubah hidup manusia- Matematik *Ilmu Hisab. Ilmu yang membicarakan hal angka, perkiraan, darab, bahagi, tolak dan tambah. Shah terus memandang jauh, memikirkan hal yang bermain di benak fikirannya.

          Jam menunjukkan 3.00 pagi. Azmil masih menelaah buku karangan David Thomson- Eropah sejak zaman Napoleon terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku yang dibelinya di Kedai buku-buku lama dengan harga serendah RM7.50 keluaran tahun 1975 masih elok untuk dibaca, cuma kulit agak lusuh, tetapi isi masih boleh dibaca- dibaca bukanlah kulit tetapi tulisan yang berada di dalam buku itu. Mata Azmil melihat satu-satu penceritaan Thompson tentang sejarah Eropah- lebih tertumpu kepada revolusi Perancis sebenarnya dan pergerakan selepas revolusi, kesan-kesan revolusi dan mengapa harus revolusi. Azmil merenung jauh;
          “Mengapa revolusi Perancis orang kata baik, sedangkan revolusi Russia, Cuba, China, Bolshevik itu dipanggil merosakkan dan memusnahkan? Adakah kerana pembawaan itu datang daripada ideologi Socialism? Tetapi bawaan revolusi Perancis adalah di ketuai pemimpin golongan liberal yang menyokong free-market (Capitalism). Sedangkan kehadiran revolusi itu sendiri adalah di hijack oleh golongan elitis Capitalism. Tetapi kerana kemajuan yang dibawa dan mereka berkuasa di kala ini, maka musuh mereka Socialism di katakan dengan bermacam-macam tohmahan, sedangkan capitalism tidak dihina sebegitu. Bahkan mereka menggunakan agama untuk kepentingan mereka, tetapi jarang-jarang kali orang membicarakan masalah ini. Sedangkan ekonomi itu adalah satu daripada asas dalam penyebaran Islam selain akhlak dan akidah. Agamawan sering melihat masalah akidah, tetapi tidak melihat masalah muamalat, sedangkan itu juga masalah terhadap masyarakat arab jahiliah. Islam datang dengan akidah dahulu atau akhlak dahulu? Atau muamalat dahulu? Atau ibadat dahulu? Atau bergerak seiring semuanya? Bukankah Islam itu bergerak dengan syumul. Dan di sepakat jumhur ulama bahawa ayat pertama ada ‘Iqra’- membicarakan tentang ilmu, tentang ‘baca’ iaitu membaca dan cuba untuk faham, dengan membaca itu dapat mencerahkan pengetahuan kita.” Monolog Azmil terus dan menerus bersoal. Otaknya mula mengeluarkan segala persoalan dan ditulis di sehelai kertas putih- Kertas itu ditampal di dinding agak mudah dibuat rujukkan dan Azmil akan mengajukan soalan kepada orang yang lebih faqih dalam hal itu. Azmil menyandarkan dirinya di kerusinya itu, sambil mendongak ke luar tingkap. Angin pagi bertiup kencang, sejuk dan berasa lembut menyapa kulit siapa yang suka akan ketenangan. Benak fikiran Azmil memikirkan Shah.
          “Bagaimanakah keadaan awak sekarang?” hati kecilnya bersuara. Mata Azmil menjuling ke arah ruang tingkap facebook nya itu sambil terpandang satu quote dari page English Quote;


-Once you feel you are AVOIDED by SOMEONE, Never disturb them again-

          Azmil hanya tersenyum dengan quote itu, sambil memikirkan sesuatu. Adakah betul quote itu atau harus dipertimbangkan balik. Azmil menarik nafas panjang dan menghembus perlahan. Angin laju bertiup- terdapat habuk halus meresap dalam kelopak mata Azmil. Azmil mengusap matanya jelas tampak matanya berair, adakah sebab habuk atau mengenang akan seseorang. Azmil menyambung bacaannya sambil tidak menghiraukan segala perasaan yang berkecamuk di benak fikirannya itu.

Tut, tut, tut, tut, tut,

          Azmil memandang chat-box  itu, terkeluar nama Shah; Azmil pantas menggerakkan arrow tetikus nya itu ke arah inbox itu;


Buat masa ini, kalau saya tak angkat panggilan atau messages awak, saya mohon maaf. Bukan niat saya untuk mengetepikan sahabat saya. Cuma buat mase ini saya  nak bersedia untuk exam dan atas sebab-sebab tertentu, saya tak mmpu nak bercakap dengan sesiapa buat masa sekarang sebab saya bimbang emosi saya yang tidak menentu, saya akan bertindak tidak adil kepada sahabat saya. Maaf, andai saya tidak memaklumkan perkara ini lebih awl kepada awak.sy harap awak mengerti masalah saya. Assalamualaikum wrh.

-3.25am-

          Azmil membaca ayat Shah itu berulang kali, hampir 5 kali. Gembira atau duka bermain di hatinya, ibarat perlawan dialectic, hanya yang kuat menentukan kemenangan itu, yang kuat melawan dan di waktu itu dipanggil turning point di mana saat itu yang lemah akan kalah. Azmil tersenyum dalam keterpaksaan. Gembira tiada, duka juga tiada. Azmil menarik nafas panjang lagi- memandang jauh ke awan biru di pagi hari. Menarik angin segar. Dalam diam kelopak matanya menampakkan kepulan air mata.
          “Its better if I never disturb hers again.”- Azmil senyum kecil yang dipaksa. Azmil menandakan muka surat yang habis dibacanya itu dan menyimpan buku itu di ruang rak yang telah disediakan. Ruang facebook itu terbiar terbuka. Azmil baring terus tidur tanpa memikirkan apa-apa. Hanya satu titisan air meleleh keluar sewaktu matanya ditutup.


********************************

Masalah Pendidikan.
Pagi itu Norazlin bersiap untuk pergi ke kerja seperti biasa, seperti biasa dicapai telefonnya dan menghantar pesanan ringkas kepada kekasihnya itu.
          “Awak!!!!!!!!! Bangun- Subuh sudah! Saya nak pergi kerja dulu ni, jangan nakal-nakal.”- Azlin tahu benar Azmil sudah selesai solat subuh pada awal waktu, kerana Azmil mengadu kepada Azlin bahawa matanya sukar untuk lelap pada waktu pagi sejak akhir-akhir ini- tapi tidak semalam. Hari yang membuatkan Azmil dapat tidur lena, kerana gembira atau duka, atau berpuas hati dengan jawapan yang dicarinya selama ini. Norazlin sempat menjamah sarapan pagi yang disiapkan kakak nya dan menghirup beberapa teguk milo suam.- berlalu pergi ke tempat kerjanya seperti hari-hari yang biasa.

          Jam di dinding Azmil menunjukkan 8.30 pagi, Azmil bingkas bangun mencapai tuala nya dan menuju ke bilik mandian. Usai membersihkan diri, Azmil memandang ada satu pesanan ringkas di telefon Nokia nya itu. Disangka kan daripada Shah sahabatnya, tetapi daripada Azlin kekasihnya. Kekasihnya di sayanginya. Hilang rindunya kepada Shah, tersenyum girang Azmil memandang pesanan yang bermakna untuk dirinya itu. Sebelum ini sewaktu Azmil belum cuti semester, Azlin selalu mengejutkan Azmil untuk bangun subuh awal. Tetapi sekarang berubah, Azmil sering kali tidur selepas menunaikan solat subuh dan bangun setelah jam 7.30 antara 8.30. Sehari Azmil hanya tidur 3 jam atau 4 jam maksimum, paling kurang 2 jam, dan kepalanya mula bingung meminta lebihan waktu lagi. Sarapan pagi disiapkan oleh kakak iparnya itu- Roti canai telur dan milo yang sudah suam-suam kuku. Azmil menjamah makanan itu dan usai siap, Azmil turun dari rumahnya menuju ke rumah sepupunya.- Khamis, Asyraf sempat berbincang bersama ahli kelasnya supaya mengubah jadual kelas, jadikan khamis itu tiada kelas, maka kelas Asyraf sepanjang semester itu tiada kelas kerana di anjak ke hari-hari yang lain. Maka Khamis adalah hari Azmil dan Asyraf bersama sementara Azmil masih mempunyai cuti yang panjang di rumah dek kerana cuti semesternya itu. Kadangkala mereka Cuma melepak berbincang hal isu semasa, masalah masing-masing atau pergi ke Mall menonton wayang. Azmil lebih gemar berbincang daripada pergi menonton wayang, kerana bagi Azmil, cerita itu bakal di upload di internet maka sebolehnya di download sahaja cerita itu nanti. Azmil membuka tombol pintu Asyraf dan melihat Asyraf duduk di ruang tamu sambil muka asyik memandang skrin komputernya itu dengan penuh fokus. Asyraf sekadar menjeling matanya kepada Azmil tanpa menegur; menunggu Azmil menyapanya dahulu mungkin.
          “Assalamualaikummmmmmm. Hai, tengok aku semacam sahaja, kenapa ni bro? Aku masuk tak de nak sambut, mengadap komputer itulah kerja kau kan Asyraf? Apa cerita hari ini bro?”- Asyraf senyum mengukir di bibirnya.
          “Waalaikumusalam. Aku selamba sahaja rasanya, relax jangan gelabah. Aku layan cut scene Final Fantasy IX. Lagu Mirae nyanyian Kiroro layan je lagu dia. Telinga aku ini dari tadi dengar je, habis buffering ulang lagi. Teringat dekat ex aku Yusrah. Melodi dia kena dengan suasana pagi ini rasanya.”
          “Kau tahu tak lagu Mirae itu untuk siapa? Lagu itu lebih kepada untuk seorang anak mengingati seorang ibunya, bukan seorang kekasih rindukan kekasihnya. Kalau kau cuba search lirik dia dalam Bahasa Inggeris kau akan terkejut, seorang ibu yang mengajar anaknya untuk mengharungi hari-hari yang mendatang. Cuba kau search di Google.”

Mirae- Kiroro

Look at your feet and see
This is the path you walk
Look in front of you and see
That is your future

Mother has given me a lot of kindness
“Embrace love and walk” she repeated
That time when I was childish and didn’t understand her meaning
She held my hand
Together, walking we came.

Dreams are always from high in the sky
It is scary that we might not reach them but continue to try
For this reason I won’t abandon my story
When I became anxious she held my hand
Together, walking we came.

That kindness was occasionally unpleasant
When I was away from mother I couldn’t obey


            “Tak tahu pula, rajin pula kau melihat semua ini, aku sangka kan lagu ini untuk kekasih, sebab latar video ini lebih kepada seorang hero untuk kekasihnya maka aku buat deduksi ringkas. Tapi deduksi aku salah, sebab aku gelabah sangat tanpa buat kajian.”
          “Sebab itu penting buat kajian, kalau sekadar ambil daripada satu sumber dah buat konklusi maka jadi hearsay nanti, ini masalah umat Islam kita sekarang, suka buat khabar angin. Ilmu setakat baca 1 buku dah nak buat konklusi macam-macam maka memang silap lah. Sebab itu aku tak cepat mengatakan Syiah sesat seperti sahabat aku yang lain, mereka mengatakan Syiah sesat tetapi mereka tak baca hujah ulama mengapa mengatakan Syiah sesat. Sedangkan zaman itu berbeza dengan zaman sekarang, maka kitab baru perlu ditulis dan di terjemah balik agar orang tahu hujah mana yang membolehkan mereka dikatakan sesat, selain itu juga, socialism dikatakan sesat dan haram kerana Marx itu Atheist, tetapi kebaikan socialism orang tak tahu. Sebab orang malas mengkaji, orang suka menghukum dengan mulutnya itu. Kalau menghukum ada hujah tidak mengapa, tapi menghukum menggunakan hearsay. Ini yang menjadikan umat Islam Melayu kita lemah, sibuk dengan hiburan melampau, hedonism dan hegemoni yang dibuat oleh kerajaan sendiri disebarkan daripada media massa setiap detik televisyen itu berjalan. Wujudnya artis korea yang menjadi kegilaan remaja. Maka hilang lah sahsiah diri yang ingin diterapkan Islam, maka lahirlah manusia yang hanya sekadar jasad tapi tiada isi di dalamnya, kosong tanpa ilmu, tanpa akhlak, tanpa disiplin diri dan apa yang diharapkan daripada manusia sebegitu?”- Asyraf sekadar ketawa girang melihat gelagat Azmil yang seperti professor nya itu. Azmil terus memanjangkan ceramahnya sehingga Asyraf menyampuk perlahan.
          “Betul-betul, aku sokong kau 250%. Tapi Azmil cuba kau fikir sebentar tentang masalah mereka yang terus hentam tanpa fakta ini, kenapa ini terjadi? Adakah sebab kurang membaca atau tiada masa untuk membaca atau berasa mereka sudah cukup ilmu? Menurut pandangan aku, mereka ini malas untuk membaca, mereka sekadar baca main tebuk-tebuk, seperti kata Syed Naquib Al-Attas- Baca runcit-runcitan sahaja. Ini yang jadi masalah bila berlaku pembincangan atau debat. Lagi satu tiada ethic in discussion and debate. Mereka suka menghina dan menjatuhkan pihak lawan mereka dengan tiada isi fakta, kecuali sekadar dogma-dogma yang dilemparkan. Anggapan aku juga apa yang aku perhatikan, mereka tiada masa untuk membaca silibus yang tiada kaitan dengan pelajaran mereka, mereka asyik memandang subjek yang mereka perlu scores sehingga ilmu yang tiada dalam subjek mereka abaikan, apabila berlaku suatu pembincangan mereka kaku tanpa tahu apakah isi pembincangan. Ini juga berkait rapat dengan system pendidikan kita sendiri dan cara didikan guru termasuk ibu bapa di rumah terhadap anak-anak mereka.”- Asyraf memberi respon yang padu terhadap hujahan Azmil itu membuatkan Azmil semakin bersemangat untuk teruskan bicara itu.
          “Ibu bapa main kan peranan penting, selain itu bakal ibu bapa juga main peranan penting, kalau perangai bakal ibu bapa sudah malas membaca bagaimana nak lahirkan seorang anak yang rajin membaca? Itu juga satu masalah bagi aku. Masalah pendidikan kita adalah kerana masalah system capitalism, pelajar belajar untuk kerja, ini sudah menjadi ajaran sejak capitalism mula bertompok di dunia ini. Pelajaran dijadikan asset penting untuk mengaut keuntungan, bukan lagi pelajaran itu digunakan untuk kesedaran, tetapi untuk mendapat wang dan harta. Itu lah yang diterangkan oleh Ali Shariati dalam bukunya yang berjudul ‘Cendiakawan Muslim’ iaitu zaman sekarang jika orang belajar untuk menjadi hamba kepada kapitalis itu adalah perkara luar biasa kerana pada zaman dahulu ilmu bukan untuk di niaga kan, tetapi ilmu itu digunakan untuk mencari kebenaran, hatta ilmu teknologi. Cuba lihat sendiri ilmu relatif yang di ilhamkan oleh Einstein, manusia ramai menggunakan teori itu untuk dalam pembuatan teknologi, tetapi untuk metafizik, etika, akhlak dan cara hidup, teori itu ditolak mentah-mentah. Maka di sini telah berlaku masalah. Kerana golongan capitalism tidak mengendahkan etika dan akhlak, bagi mereka apa yang menguntungkan mereka itu adalah etika. Maka sebarang aspek yang memberi keuntungan adalah kebaikan untuk mereka. Sama untuk dalam sektor pendidikan, iaitu PTPTN, dan ilmu pelajar itu, jika pelajar itu bijak maka gaji mereka besar, jika pelajar itu kurang bijak, maka gaji mereka rendah. Ini yang menjadi masalah. Pembincangan ini agak panjang untuk kita bahaskan dalam masa yang singkat.” Jelas Azmil dengan penuh sabar dan teliti. Asyraf mengangguk tanda setuju dengan isi fakta Azmil itu. Mungkin benar juga tentang apa yang dikatakan Azmil bahawa masalah sekarang adalah kesedaran pelajar tentang kepentingan ilmu itu sendiri, mereka belajar untuk kerja, untuk wang, maka moraliti daripada pelajaran itu di abaikan, hatta ilmu agama, kerana dengan ilmu itu mereka dapat menjual nya nanti di kala mereka perlukan wang.
          “Erm. Betul tu Mil. Masalah pendidikan.” Asyraf iyakan hujah Azmil itu.
          “Asyraf, aku ada satu soalan nak tanya, pada hemat kau, apakah yang menjadikan perempuan itu cepat bosan?”- Azmil memikirkan sesuatu, sesuatu tentang Shah maka disoal Asyraf yang lebih berpengalaman dalam segi usia.
          “Bagi aku perempuan susah nak berterus-terang, kalau dipaksa mereka rasa bosan, kalau dipujuk mungkin mereka suka, tetapi jangan terlampau nak rasa mereka itu hipokrit. Ini masalah dengan Shah ke Azlin?.” Soal Asyraf bersahaja.
          “Azlin dah settle dah, Shah. Dia tak reply messages aku, tapi semalam ada lah sekali, itu pun dia minta aku faham kondisi dia yang sukar untuk aku terangkan kepada kau.” Jawab Azmil perlahan.
          “Shah itu perempuan, kau lelaki, atas nama istilah kau dan dia bersahabat, maka agak dangkal apabila kau mengatakan Shah itu macam lelaki. Sebab perempuan still perempuan, sekadar sedikit sahaja berbeza kalau pun Shah itu tomboyish, maka menurut pandangan aku- kau layan dia macam sahabat yang kau sayang. Terpulang kepada dia nak layan kau macam mana, itu hak dia, jangan dipaksa orang. Hatta kekasih sendiri, isteri sendiri pun jangan dipaksa, cuba jadi seorang lelaki yang berjiwa lembut terhadap wanita. Bukan lelaki yang berjiwa kasar dan ganas dan menghukum wanita. Aku rasa Shah punya masalah yang dia tidak bisa ceritakan. Maka kau harus faham kondisi dia bukan? Layan dia sebagai sahabat, kalau pun dalam hati kau terdetik untuk menyayangi dia lebih daripada seorang sahabat itu aku faham. Adat lah. Perempuan dan lelaki macam  magnet kutub dengan selatan lah, kalau dekat mudah bercantum, kalau jauh rindu. Tapi aku tahu sahabat itu lebih rapat daripada kekasih. Tetapi isteri itu lebih rapat daripada sahabat dan Allah itu lebih rapat dengan hambanya seperti dinyatakan di dalam Al-Quran; Dan Kami lebih dekat dengannya daripada urat lehernya sendiri. Maka sedarlah manusia itu bahawa tuhan pencipta alam ini sangat dekat dengan hambanya. Allah adalah sahabat manusia jika manusia ingin bersahabat denganNya, tetapi macam mana sahabat itu dipupuk? Maka cuba lah kau layan Allah se umpama kau melayan Azlin dan Shah. Maka insyAllah kedua-dua nya nanti akan melayan kau sebaiknya. Wallahualam- Sekian dakwah ringkas aku ini.”- Azmil ketawa dengan sikap Asyraf. Tetapi betul yang dituturkan oleh Asyraf itu, cinta daripada Allah itu lebih kekal dan lebih dalam. Maka seharusnya manusia mencari juga cinta Allah, tetapi jangan terlampau sibuk mencari tetapi tidak dihiraukan masalah yang melanda. Itu yang menjadikan diri manusia kaku, terlupa, bahawa cinta Allah itu bersifat pemberian yang sangat besar maka untuk mencapainya memerlukan kepada usaha yang kecil dahulu seperti memikirkan masalah orang lain, membantu golongan tertindas, belajar, banyakan membaca, melemparkan kasih sayang kepada orang ramai, dan juga membuat perkara yang dianggap kurang penting oleh orang lain. Itu yang sebaiknya ada dalam diri seorang muslim. Belajar dan terus belajar dan amalkan apa yang dibelajar sampaikan apa yang telah difahami.

-Sepupu yang saling berkongsi ideas dan rasa duka gembira-


********************************



Dipaksa yang Sayang.
Jam menunjukkan sudah pukul 12.30 malam, semestinya Azlin sudah nyenyak tidur. Habis kerja pada pukul 11.00 malam, tiada terniat di hati Azmil untuk mengganggu kekasihnya itu, penat mencari rezeki sementara menunggu tawaran untuk masuk belajar. Azmil memikirkan apa yang dikatakan oleh Asyraf siang tadi, usai mereka berbincang, Asyraf mengajak Azmil pergi ronda-ronda di KL Suria- Kedai Kinokuniya, mencari beberapa buku rujukan untuk projek Asyraf. Sempat Azmil memandang beberapa buku teori falsafah barat, teringin di hati untuk membelinya, tetapi masih banyak buku di rumahnya yang belum dibaca secara teliti dan ditelaah lebih dalam- Membaca biar faham, membaca biar dapat menyampaikan, membaca biar menelaah, bukan sekadar membaca untuk menghabiskan. Azmil membuka akaun facebook nya dan melihat newfeeds yang dipenuhi berita-berita hangat, isu-isu politik dan masalah dunia. Berita yang dirujuknya itu adalah datang daripada sumber yang boleh dipercayai dan ruang dinding muka buku Azmil jarang kali dipenuhi kata-kata jiwang-Islami. Baginya semua itu membuang masa, penuh dengan kata-kata manis berunsur Islam, anak muda masih bermimpi untuk berkahwin, tetapi jiwa masih kosong, macam mana nak bentuk keluarga yang pentingkan masalah ummah. Azmil melihat satu persatu sambil membaca status sahabatnya yang selalu bersama para aktivis muda.
          “Aku masih keliru tentang hidup aku di dunia ini.”- Azmil pencari kebenaran. Bagi Azmil mencari kebenaran dalam hidup itu penting, mungkin bagi setengah-setengah kawannya sudah berjumpa dengan kebenaran itu, tetapi tidak Azmil, hati Azmil masih bergolak dengan masalah yang di alaminya sendiri. Adakah betul bawakan ‘Islam’ sekarang adalah Islam yang Allah inginkan atau sekadar rekaan ulama yang telah mengubah Islam lama kepada Islam baru. Itu yang selalu difikirkan Azmil. Mencari kebenaran itu ibarat;

-Ibarat mencari seekor kuman di dalam habuk-habuk kayu di malam hari-
          Azmil teringat akan bekas kekasihnya yang bernama Nuradilah- Masih dalam ingatannya, seorang yang solehah, kuat beribadat, tetapi banyak kerenahnya. Mereka putus kerana tidak serasi bersama, mungkin kerana sifat Azmil yang tidak seperti lelaki warak, maka tidak sepadan dengan Adila yang bersifat solehah itu.- the girl demand for the perfect man, but is she thought about what the man demand for?

          “Awak kenapa kita perlu putus? Kita rasa kita tiada sebarang masalah.” Soal Azmil kepada Adila.
          “Awak lain, kita tidak serasi, saya nak cari seorang lelaki yang boleh bimbing saya, yang boleh bawa saya ke pintu syurga, bukan seorang lelaki yang mengajak saya ke pintu neraka. Saya perlukan lelaki yang boleh jadi pedoman dalam hidup saya, dan saya telah jumpa lelaki itu 3 hari yang lepas. Dia baik awak. Sangat baik, tidak pernah berhubung antara saya dan dia. Malahan saya nampak bayang-bayang dia dalam mimpi saya, bukan awak, saya nampak dia. Saya minta maaf, walaupun sudah 1 tahun kita bercinta tetapi saya tak tahu mengapa hati saya sekarang kuat mengatakan awak tidak untuk saya. Awak baik sangat, tapi saya tidak rasa awak boleh bawa saya ke pintu syurga, awak mengkaji Marx, awak membaca tentang secular, liberal awak rasa semua itu betul kah? Saya minta maaf, kita perlu end up kan hubungan kita juga. Murabbi saya dah nasihatkan saya, malah lelaki itu dah cuba untuk bersama saya, kami dan berjumpa dengan murabbi saya, kami dah berbincang menurut jalan Islam, jalan yang diredai Allah, bukan macam sekarang. Jalan yang maksiat, penuh dengan tipu daya.” Nasihat Adila kepada Azmil.- Bekas kekasih Azmil, kekasih yang banyak mengajar Azmil erti kesabaran, walaupun selalu banyak berlaku seri yang tidak diduga, seperti putus, marah tiba-tiba, dan sebagainya tetapi Azmil tetap sabar dengan kerenah yang bergelar Adila itu.
          “Kalau awak dah minta, saya tak boleh halang, saya cuba untuk sayang awak sebaiknya, saya cuba bagi ruang kepada awak untuk belajar, malah saya tidak pula memaksa awak. Tetapi awak dah buat keputusan untuk masa depan awak sendiri. InsyAllah nanti baik-baik sahaja apa yang awak putuskan itu.” Jawab Azmil perlahan sedikit hiba. Bergenang air mata Azmil ketika Adila memberitahu hal sebenar kepada Azmil. Ada betulnya ada salahnya- Biarkan yang lalu berlalu pergi, teruskan bersama yang baharu, jadikan pedoman yang lalu sebagai pengalaman yang penting untuk mengharungi liku-liku hidup yang bakal menjelang. Fikiran Azmil melayan wajah Adila bekas kekasihnya, Azmil sekadar tersenyum keseorangan memikirkan pengalaman mereka bercinta bersama. Itulah wanita yang banyak mengubah Azmil menjadi seorang manusia yang bertanggungjawab, pernah mereka berikrar untuk membina rumah tangga bersama. Tetapi setelah putus itu, hati Azmil robek dan kepercayaan kepada wanita yang so-call Muslimah semakin berkurangan. Fikir Azmil, adakah wanita Muslimah ini sekadar memikirkan lelaki yang berjubah, lelaki yang hafaz Al-Quran, lelaki yang pandai dalam bab Usuluddin, bab syariah. Adakah itu yang didambakan oleh wanita Muslimah. Sedangkan daripada perhatian Azmil, wanita yang tidak pernah mengenal Islam seperti wanita Muslimah ini, mereka lebih mendekati Islam, malah tidak terlampau jumud pabila berbincang bersama bukan muhrim.- Baitul Muslim melatih umat Islam sekadar fikir fasal kahwin. Sedangkan Islam datang dalam erti kata sahabat. Kasih sayang seorang sahabat kepada sahabatnya, kasih sayang isteri kepada suaminya, taatnya isteri kepada suaminya. Dan sayangnya sahabat sesama sahabat sehingga sanggup berkongsi isteri dengan menceraikan isterinya yang lain untuk diberikan kepada para mujahirin. Itulah kuasa sahabat. Kuasa yang memikirkan masalah ummah, bukan sekadar melemparkan kata-kata Islam di ruang facebook tetapi berani turun melihat masalah massa, dan berbincang bersama massa tentang masalah yang mereka hadapi. Itulah kuasa Islam yang membangun Islam sendiri, tetapi sekarang Islam sekadar ucapan tanpa amal, ilmu sekadar untuk ceramah tanpa amal, ilmu hanya untuk jualan;


-Agama bukan Jualan-

Wahai pembela agama!

Wahai anak pejuang agama!
Wahai durjana agama!
Ingin aku persembahkan kata-kata,

Bahawa agama-Nya bukan Material,
Bukanlah Material jualan,
Mengapa si durjana agama menjadikannya,
Menjadikannya semacam material,
Untuk kesenangan diri di dunia,

Menjual dan membeli,
Itu dia dagangan!
Agama-ku bukan bahan dagangan!
Agama-ku adalah Islam,
Mana pergi pejuang agama?
Mana pergi anak pejuang agama?

Bisakah kamu melihat agama dijadikan candu?
Candu kepada penganutnya sendiri,
Yang mengkhayalkan diri umat-Nya.

Wahai Durjana,
Wahai pembela agama,
Wahai anak pejuang agama.

Cukuplah Islam itu sekadar agama yang lengkap,

Usahlah kalian menjadikan Islam itu Material Jualan.!!!

          Agama itu bukanlah barang untuk dijadikan barang jualan, atau juga barang yang boleh menambahkan kekayaan. Itulah yang difikirkan Azmil, sempat Azmil habiskan puisinya itu di atas sehelai ketas A4 dan menatap hasil karyanya itu. Bagi Azmil masih ramai golongan agamawan menganggap perkara ini sebagai perkara yang remeh temeh sahaja, tetapi tidak kepada Azmil dan sahabat-sahabatnya yang perjuangan hak rakyat. Bagi golongan yang mengambil socialism sebagai ideologi mereka, penjualan agama adalah amat ditegah, tapi di dalam capitalism selagi agama dapat membantu untuk meningkatkan hasil jualan, itu adalah diwajibkan. Azmil memikirkan masalahnya, masalah yang melanda dirinya sendiri, melihat jauh ke langit, menatap bintang-bintang ciptaan pencipta, bulan dan langit yang biru kegelapan. Azmil cuba menahan air matanya daripada keluar, tetapi tidak dapat dipaksa untuk menahan air mata mencurah keluar. Azmil sekadar tersenyum ringkas memikirkan masalah dirinya.- Masalah seorang hamba Allah.


Bersambung.....

Boleh klik di bawah untuk baca Part yang lain:

Friday, May 24, 2013

....Cinta yang Menangis



Beberapa kali Azmil menghantar pesanan ringkas kepada Shah tetapi tidak terbalas. Perasaan Azmil mula gelisah, adakah ada salah yang dilakukan atau Shah berasa bosan dengan lambakkan pesanan ringkas yang tidak seberapa ringkas itu. Azmil mula bimbang jika Shah benci akan diri Azmil yang terlalu memaksa- menghantar messages dalam kuantiti yang banyak pabila Shah tidak reply pesanan ringkasnya itu. Bukan sekali, tetapi berkali-kali, Azmil selalu merasakan bahawa Shah menyampah dengan dirinya. Azmil cuba untuk berfikir secara positif dan tidak terlampau literal- Mungkin Shah sakit dan agak sibuk. Semua orang ada kerja masing-masing yang perlu mereka siapkan dan selesaikan.
          Azmil the critical paranoid
          Azmil the curious man.
          Pencinta dan perindu.
          Kebiasaannya di awal perkenalan mereka, Shah memang rapat dengan Azmil, tetapi setelah semakin lama mereka berkenalan dengan perbualan di facebook melalui chatting, pesanan ringkas dan berbual di gagang telefon mereka semakin renggang. Azmil sedikit kecewa adakah salahnya mengaku bahawa dirinya mempunyai kekasih? Atau salah Shah yang sememangnya tidak mahu diganggu Azmil lagi. Sesungguhnya Azmil tidak mengerti akan diri sebenar Shah- Shahirah yang pendiam. Mungkin Azmil perlu sedikit kesabaran untuk mengenali diri Shah dengan lebih dekat, bukan dengan memaksa Shah tetapi membiarkan hati Shah terbuka dengan lebih rela- Azmil yang gopoh.
          “Apa salah aku lagi? Takkan lah fasal aku tersalah tafsir dirinya itu dia masih terasa? Perempuan sukar untuk difahami, apatah lagi perempuan yang tidak suka berterus-terang. Aaaahhh!!... Kenapa aku masih fikirkan dia? Sudah berkali-kali aku menghantar messages kepadanya, tetapi satu tidak terbalas, selalu begitu, bila aku membuka satu persoalan selalu sahaja tergantung pembincang aku dan dia. Takkan aku sahaja ingin mengerti dirinya, diriku tiada siapa yang mahu endah. Aku seperti patung dummy sahaja. Mungkin hanya aku sahaja yang merasakan dia sahabat aku, tetapi tidak kepadanya? Malas lah aku fikirin semua ini, baik aku habiskan bacaan buku aku.”- Azmil mula runsing dan sering bermonolog dalaman. Shah ibarat dirinya, hilang Shah ibarat hilang separuh daripada dirinya. Walaupun perkenalan mereka seketika, tetapi ia membawa 1001 makna untuk diri Azmil. Azmil terus membaca bukunya itu. Why Marx was Right- Terry Eagleton. Sebuah buku membidas pengkritik Marx yang mengatakan ideologi Marxist atau lebih dikenali sebagai Socialism Scientific dan Communism. Buku yang membuka minda Azmil untuk terus berjuang bagi golongan yang tertindas. Azmil selalu mendengar kata-kata nista daripada sahabatnya bahawa Azmil ini adalah seorang wannabe socialism communism. Padahal dalam diri Azmil dia tidak pernah sekali merasakan dia ingin menjadi Socialist atau Communist. Tetapi mulut manusia tiada siapa mampu tutup, mulut tempayan boleh ditutup, murai bising boleh dibunuh, tetapi manusia tidak bisa sesekali, jika dibunuh maka akta melarang, hukum alam kecundang, hukum Islam membalas, jika dibalas dendam kesumat melekat hati kotor dek gelap dendam. Maka jalan terbaik sekadar senyum dan menerima seadanya diri mereka yang melemparkan kata-kata nista. Jika ingin dikatakan wannabe Azmil selalu menelaah buku-buku yang jarang kali dibaca oleh sahabat-sahabatnya, tetapi masakan sahabatnya bisa berkata sebegitu?- Azmil kecewa. Sahabat sekadar kawan biasa. Azmil sunyi menyendiri ditemani buku-buku. Azmil merenung buku itu sambil melihat patah kata yang berbelit-belit, sangat sukar untuk memahami satu-satu buku yang dibacanya hatta dalam penulisan bahasa Melayu kerana lenggok bahasa yang diguna pakai itu sangat tinggi dan begitu implicit. Laptop di depannya dipetik kekunci E-Kamus untuk menterjemah maksud-maksud yang tidak difahaminya.- Azmil mengkaji setiap apa yang dia suka.


********************************


Mohon Maaf.
Sejak kematian ibu kandung Azmil, diri Azmil berubah kepada 360 darjah berputar kepada diri yang lain, wajah yang lain. Azmil menyesal kerana tidak menjaga ibunya atau lebih dikenali di dalam ahli keluarganya sebagai umi. Seorang ibu yang kuat berleter tetapi penyayang, seorang yang bekerja tetapi masih siap untuk suri rumah, seorang yang pemarah tapi masih penyabar, seorang yang tabah tetapi sakit dalam diam. Itulah ibu kandung Azmil yang cantik rupawan, manis dipandang, sepupu kepada ayah kandung Azmil. Mengenang kembali ibunya membuatkan hati Azmil sebak dan bergenang kelopak matanya. Azmil melihat gambar-gambar kenangan mereka berdua di dalam album-album lama yang disimpan khas sebagai album keluarga. Azmil membelek satu persatu album kenangan itu, membuatkan kenangan itu terimbau kembali ibarat baru sahaja semalam semuanya terjadi. Begitu cepat masa berlalu, ibu Azmil meninggal kerana sakit barah semasa Azmil berumur 15 tahun, di hari yang menjadi ketakutan kepada semua pelajar tingkatan tiga iaitu hari pertama peperiksaan PMR. Di hari pertama itulah ibunya meninggalkan nya tanpa sedikit memberi amaran, sekadar tanda tanya.- Mengapa? Mengapa begitu cepat Allah mengambil ibunya? Sedangkan dia masih perlukan kasih seorang ibu. Sedang asyik melayan album-album itu, abang Azmil datang melihat Azmil terduduk sambil matanya menitiskan air mata.- Mengenang masa lampau.
          “Allah sentiasa menyayangi hambanya yang sabar dan berdoa kepadaNya.” Sapa Azrul kepada adik bongsunya Azmil.
          “Yela.. Aku Cuma terkenang arwah umi sahaja, sebab tanpa umi aku tidak menjadi manusia sekarang, banyak sudah pengorbanan umi kepada kita semua, tanpa ibu tiada kita, tetapi aku tak sempat nak menjaganya seperti mana kau menjaganya. Aku terperap di dalam bilik dengan melayan facebook sedangkan ketika itu umi terlantar di katil, merintih kesakitan, aku boleh tidak endah kepada umi, aku acuh tak acuh melakukan suruhan umi. Terasa sebagai anak derhaka kepada seorang yang bergelar ibu, aku harap umi ampunkan dosa-dosa aku. Tanpa pengampunan ibu, tiada tempat aku di sisi Allah tuhan pencipta alam.” Jelas Azmil dengan pilu, kecewa dan sebak. Mungkin kerana sikapnya dahulu yang tidak matang, tidak menghargai seorang yang penting di hadapannya, seorang ibu yang melahirkan nya tetapi tidak diendahkan oleh dirinya kerana sibuk dengan dunianya sendiri.- Azmil si penderhaka kepada ibunya.
          “Umi dah ampunkan semua dosa-dosa dan silap kita semua, aku duduk di sebelah umi semasa di saat sakaratulmaut menjemput umi pergi. Umi sempat berpesan kepada aku bahawa dia sayang semua anak-anaknya dan memaafkan semua dosa anaknya yang kita lakukan kepadanya. InsyAllah ibu mana tidak sayangkan anaknya, sedangkan binatang sayangkan anaknya, inikan pula manusia yang mempunyai hati yang lembut dan halus.”- Hati yang fragile dan delicate.
          “Mil.. Sebagai seorang abang kau, aku faham perasaan kau, aku juga sedih kehilangan umi kita, tetapi kalau kau bersedih sebegini adakah kau rasa berbaloi? Aku salute sikap kau sekarang, nampak banyak perubahan kau sejak akhir-akhir ini, aku harap kau berjaya menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat suatu hari nanti. Nak harapkan aku ini dah tak mampu, dulu kelas selalu ponteng, belajar malas. Sekarang dah ada anak ada isteri maka nak belajar terasa ruang itu mula sempit dan tertutup. Jadi harap kau usahlah jadi seperti aku ini. InsyAllah segala yang baik itu kau amalkan, belajar dan terus belajar, melihat alam dan melihat apa yang boleh kau sumbangkan kepada massa suatu hari nanti.” Nasihat Azrul kepada adik bongsunya itu. Azrul seorang abang yang baik dan selalu memerhati tingkah laku adiknya itu.- Azmil. Dalam keluarga Azmil, Azrul adalah yang sulung, Azizah adalah kakak Azmil anak nombor dua, dan Aznil adalah abang Azmil yang nombor tiga maka Azmil yang nombor empat anak bongsu dalam keluarga Ariffin- Ayah mereka semua suami kepada Ainul ibu mereka.
          “Baiklah Rul, aku cuma terimbau kembali kenangan kita semua semasa kecil dahulu, dirotan oleh abi, umi datang membela, terasa sebak di dada ini. Abi selalu keras dan kasar, tetapi umi selalu berleter dalam diam memujuk abi supaya sabar. Itulah ibu dan ayah kita. Pelengkap kepada keluarga ini. Tanpa mereka tiada aku dan kau sekarang, tiada juga Azizah dan Aznil.”- Air mata Azmil menitis membasahi kulit album itu. Azrul memandang pilu dengan kata-kata adiknya itu.


-Cinta keluarga bakal ke syurga bersama kekal abadi sentiasa-



********************************

Cinta yang menangis.
Malam itu Azmil baring di katilnya sambil ruang tingkap facebook nya terbuka sambil mengeluarkan bunyi menunjukkan lambakkan komen yang di tag oleh rakan-rakannya. Penuh notification nya dengan kemunculan nombor-nombor. Azmil ingin menghabiskan buku yang dibaca nya itu malam itu juga, sudah lama dia menelaah buku itu, buku yang berjudul Why Read Marx Today- Jonathan Wolf sudah habis dibaca tetapi ada sedikit kekeliruan dalam memahami maksud commodity-money-Alienation-use value-exchange value. Tetapi itu tidak menjadikan semangat Azmil patah, Azmil selalu merujuk sahabatnya yang mendalami ideologi socialism agar dia lebih faham apa yang ingin disampaikan oleh Marx, bukan sekadar mengetahui Marx itu atheist tiada agama tetapi mengetahui ideas Marx yang orang ramai kagum- di Eropah Marx cukup di angkat, di kalangan ulama Islam Eropah dan intelektual seperti Dr. Tariq Ramadhan Marx mereka menerima ideas Marx bukan semuanya tetapi yang nampak sangat dekat dengan perjuangan Islam dibawa rasulullah. Bagi Azmil, pandangan ideas bukan sekadar dari ulama Malaysia, tetapi ulama yang dilihat Azmil adalah ulama yang perjuangkan hak marhaen, bukanlah ulama yang perjuangkan hak diri sendiri sahaja. Semua ulama menyampaikan agama tetapi jarang sekali ulama yang ingin menegakkan hak manusia. Sedangkan dalam Islam sendiri banyak hak manusia di bahas dan di debatkan. Seperti pada zaman Abbasiyah- the world of debate-. Pada zaman itu perdebatan banyak berlaku di kalangan ulama-ulama, termasuk ulama Syiah-Sunni, Muktazilah, Jabariyah, dan tarekat-tarekat sufi pelampau. Maka zaman itu yang harus di wujudkan sekarang- Fikir Azmil di benak fikiran kecilnya itu. Bagi Azmil untuk menyelesaikan kekusutan fikiran, kajian yang pembincangan harus dilakukan, untuk menegakkan hak dan menjatuhkan yang batil perdebatan harus di laksanakan. Sebab itu Azmil juga cuba untuk berdebat dan mengikut tatacara debat iaitu ditulis dalam kitab Al’Bath wal’ Munazarah- Ethic in Discussion and Debate.

Tut, tut, tut, tut, tut,

          Azmil mencapai laptopnya dan melihat kelibat Norazlin muncul di ruang Chat-box nya. Terukir senyuman kecil di bibir Azmil, secepat kilat Azmil membuka ruang kotak itu dan melihat apa yang dihantar oleh si comel kekasih Azmil itu.
          “Salam.. Sibuk ke awak? Busy ea? Saya ganggu ke? Rindu dekat awak, kerja baru je habis, penat, pening kepala, badan-badan letih tak bermaya, otak pula pening rindukan awak mungkin.”
          “Hah!! Saya di sini juga sama, rindukan orang di sana, kerja rajin sangat, sebab tu penat, kerja ala kadar cukup lah sayang. Awak itu tak sihat, selalu sakit-sakit badan. Haish!... Awak tahu tak! Saya ada benda nak cerita dekat awak.” Gurau Azmil dengan Azlin.
          “Cerita apa sayang? Saya pun penat-penat ni bila chat dengan awak terus tak penat dah. Cerita lah, tulis panjang-panjang biar saya baca, saya nak rangka karangan macam awak susah, saya tak pandai rangka karangan.” Senda Azlin kepada Azmil sedikit perli di nada Azlin. Azmil ketawa sendirian membaca chat kekasihnya itu. Bila hati dah sayang, semua yang diberi dirasa bahagia. Walaupun dihina dicerca di marah, tetapi jika sudah bertaut hati bersama tetap cinta di utamakan.- Alangkah indah jika cinta itu kembali kepada yang Maha Esa.
          “Saya sedikit bosan hari ini, entah lah, nak cerita sedikit bersalah, takut-takut awak terasa. Tetapi oleh sebab saya seorang yang jujur maka ingin jua dibuka cerita ini.”- Azlin tergelak dengan gelagat Azmil yang suka meninggikan dirinya sendiri. Tetapi Azlin tahu sangat yang kekasihnya itu suka bergurau. Tapi sememangnya Azmil tidak pernah merahsiakan apa-apa daripada Azlin kecuali perkara yang tertentu sahaja. Sebab itu mereka mudah memahami antara satu sama lain.
          “Saya sebenarnya gaduh dengan Shah, gaduh dalam kata erti dia tak membalas messages saya, awak kenal saya kan, kalau orang tak reply memang lagi banyak saya sent. Mungkin dia menyampah dengan saya kan? Tetapi hari itu elok je kami berbual bersama, tiada masalah. Dia pun cakap tiada masalah dengan saya. Saya runsing awak. Saya tak suka bergaduh dengan orang seperti awak tahu kan? Kalau bergaduh dengan awak pun saya rimas. Sama lah juga dengan Shah sahabat saya.” Jelas Azmil dengan hiba.
          “Mungkin awak ada salah dengan dia kot? Mana lah tahu, hati perempuan mudah terasa awak. Awak pun baru lagi kenal dia kan? Mungkin ada awak buat perkara dia tak suka ke, atau awak ada cakap sesuatu yang dia marah ke. Awak dah cuba tanya dia? Kadang-kadang saya sendiri tak tahu kenapa saya marah orang. Perempuan dia sedikit pelik daripada lelaki, sebab itu perempuan boleh sabar. Tetapi tidak lelaki awak. Awak cuba lah pujuk dia elok-elok, cakap dengan dia nanti lepas dia okay!!.. InsyAllah tak de apa-apa lah. Semua baik-baik saja nanti. Awak dengan dia kan baik.” Nasihat Azlin detail kepada kekasihnya itu. Azlin sudah mengerti akan sikap Azmil yang tidak pernah bersembunyi dengannya, segala permasalahan yang boleh dikongsi Azmil akan berkongsi dengan Azlin, begitu juga Azlin. Mereka bukan sekadar berbincang isu-isu semasa, malah juga sama-sama membantu menyelesaikan masalah masing-masing.- Hubungan yang matang saling fahami antara satu sama lain.
          “Saya tak pasti lah, saya kadang-kadang terasa dengan sikap dia, tetapi mungkin dia nak tumpukan kepada pelajarannya, sekurang-kurangnya dia boleh maklumkan kepada saya, tetapi kalau senyap begini buat saya keliru dan risau. Sekeping message sudah cukup untuk saya faham keadaannya. Tetapi kalau diam membisu tiada apa yang saya dapat faham.” Suara Azmil mula perlahan menahan sedih. Sahabat yang dicintainya, sahabat yang sama-sama berbincang masalah semasa, sahabat yang melengkapkan Azmil sebagai seorang yang pendiam dan sunyi.- Shah sahabat Azmil.
          “Sabar lah awak. Jangan nangis, kalau awak nangis nanti saya meraung pula. Sabar je, nanti elok la tu. Bukan ke dia dekat dengan exam mungkin dia fikir fasal kepentingan diri dia dahulu, awak sebagai sahabat dia perlu faham dia juga. Macam awak faham saya.”- Azlin sedikit malu, timbul kemerahan di pipinya itu.
          “Yelah!!... Saya je kena faham awak? Awak faham saya tak sayang?? Terima kasih kerana bagi saya semangat, yang penting tiada apa yang saya sembunyi dekat awak, dan antara saya dan dia hanyalah sahabat yang rapat. Sahabat yang berkongsi cerita dan pengalaman. Baru lengkap hidup ini, sahabat biar beribu, tetapi isteri biar empat.” Sakat Azmil. Ketawa Azmil memecahkan kesunyian malam itu. Azlin juga turut ketawa sambil mencebik bibirnya.
          Azmil the romantica,
          Azlin the princess,
          Azmil and Azlin the Romeo and Juliet.
          Perbualan mereka di ruang kotak muka buku di akhiri dengan gelak ketawa masing-masing. Azlin berlalu pergi dan Azmil meneruskan pembacaan bukunya itu, sehingga menunggu lewat malam. Sejak kehadiran Shah dalam hidup Azmil, mata Azmil sedikit sukar untuk ditutup kerana mungkin terjangkit penyakit Shah- Insomnia. Azmil sedar bahawa Shah dapat membaca messages nya itu, Shah seorang yang tidak dapat tidur kerana menghidapi insomnia, jadi semestinya Shah dapat membaca pesanan ringkas Azmil itu- Fikir Azmil. Shah sekadar melihat pesanan ringkas Azmil, membaca dan terus membuangnya, cukup sekadar merenung lambakkan messages itu. Bagi Shah messages itu menambahkan sakit kepalanya. Shah hanya mahu sahabatnya mengerti akan dirinya dan cuba untuk faham keadaannya yang tidak seperti wanita lain. Shah suka bersendirian, tidak suka mengedik dengan lelaki lain, kerana dalam hatinya hanya punya seorang yang masih bermain di fikirannya.- anonymous. Seorang yang Shah sayang dan cinta selamanya. Itulah dia Shah sahabat Azmil. Pendiam, sunyi dan suka bersendirian umpama diri Azmil jua. Cocok tetapi berbeza jantina. Sepadan tetapi tiada jodoh. Sekadar jodoh pertemuan sebagai sahabat.-Cinta Sahabat.


********************************


Pagi yang sunyi.
Azmil terus membaca bukunya itu, tanpa ditemani sesiapa sambil laptop memainkan satu lagu daripada DEWA- Laskar Cinta;


Dewa
Laskar cinta.
Sebarkanlah benih-benih cinta 
Musnahkanlah virus-virus benci 
Virus yang bisa rusakkan jiwa 
Dan busukkan hati

Laskar cinta.
Ajarkanlah ilmu tentang cinta 
Karena cinta adalah hakikat 
Dan jalan yang terang bagi semua 
Umat manusia

-Laskar Cinta-

Lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Dewa mendapat tentang rasa cinta, lagu yang berunsur islamik. Bagi Azmil lagu-lagu sebegini harus diterapkan untuk artis tanah air, bukan sekadar lagu cinta yang tiada kesudahan, cinta yang tipu daya sesama manusia. Azmil sedikit sensitif dalam memilih lagu, bagi Azmil lagu yang didengarinya mengikut mood semasa. Jika jiwanya inginkan perasaan cinta, dia akan memilih lagu yang berunsur jiwang, tetapi jarang benar Azmil mendengar lagu Melayu kecuali yang banyak adalah daripada Indonesia dan English. Malam yang sunyi angin bayu menyapu kulit kasar Azmil, gelangsar pintu rumah itu dibuka agar angin sejuk masuk meniup untuk Azmil menggantikan kipas. Azmil lebih suka menghirup angin segar di malam hari, baginya angin itu nyaman dan bersih dari habuk-habuk kotor. Azmil melihat telefon Nokia nya itu, takut-takut ada pesanan ringkas daripada Shah- tetapi hampa, masih tiada. Menjenguk di ruang dinding muka buku Shah. Terdapat satu puisi;


-Shahirah-

Ak masih lagi dsini.
Melihat langit biru yang sama,tenang dan damai,
ku pejamkn mata seketika,
mencari nafas dalam kesesakan jiwa.

Ini tanah warisan nenek moyang ku.

Ku berlalu,
selangkah demi selangkah,
Melihat watak-watak picisan di kiri dan kanan.
Oh alangkah peritnya hati ini,
Disiat di di toreh melihat anak watan
Umpama gelandangan di tanah sendiri.
Ya, gelandangan yang miskin jati diri.

Tanah ini tanah kaya
Tanah ini tanah subur
Di manakah silapnya
Anak-anak muda berpeleseran di tepi jalan berteman jarum
Hiburan santapan rohani
Hidup berpaksikan nafsu
Akal di biar mmbuntu
Di manakah sikapnya

Sudah puas ku jerit,puas ku luah
Ah, tiada siapa yang peduli
Tiada siapa kah yang mndengar jeritan batin ku ini?
Mengapa sekadar berbicara di kedai kopi?
Siapakah yang akn mmbela nasib kami muda mudi?
Kemana perginya laungan tuah tak kn melayu hilang d dunia
Melayu sendiri makin luntur jati diri nya
Persoalan demi persoalan hadir
Namun ia tetap berakhir tanpa jawapan

          Malam yang tidak seperti biasa; ada peneman yang sentiasa berkongsi cerita dan pendapat. Tetapi malam yang sunyi tiada suara, sekadar suara dari corong laptop yang berbunyi rentak muzik bergetar. Azmil masih tidak mengantuk, matanya lansung tidak menunjukkan dia mengantuk, bukan salah Shah, bukan salah Azmil, bukan juga salah matanya. Cuma Azmil sudah terbiasa tidak tidur awal. Apatah lagi kehadiran Shah itu membuatkan Azmil dapat meluangkan masa di pagi hari tika manusia lain sedang tidur lena, mereka berbincang perkara yang jarang-jarang dibincangkan oleh remaja baya mereka. Itulah satu keistimewaan hubungan persahabatan mereka, cuma kadangkala Shah bertindak dengan agak tiba-tiba, menunjukkan ekspresi yang tikda melayan Azmil. Seperti Azmil ada melakukan kesalahan, sebenarnya tiada siapa yang salah, kecuali Azmil yang tidak dapat mengeri perasaan Shah yang Shah sedang bertarung untuk melawan kesakitannya. Azmil terus membaca setiap baris perenggan itu dengan mulutnya agak tergerak sedikit untuk membaca perkataan yang jarang di lihatnya.- Jam di bar komputer menunjukkan pukul 4.30 pagi, Azmil tahu Shah tidak tidur lagi, kerana chat yang dihantar Azmil di ruang kotak facebook tadi mengeluarkan satu tulisan kecil;

-Seen 4.15am-

          Biarkan Shah dan dunianya, biarkan Azmil dan dirinya. Biarkan mereka berada dalam dunia mereka. Azmil mengerti Shah, begitu juga Shah mengerti Azmil. Sama-sama mengerti maka persahabatan tetap kekal hingga ke syurga.


-Sahabat yang bercinta untuk mengeratkan persahabatan-


Bersambung………


(Part 1,2,3 boleh klik di bawah)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...