Pages

Followers

Friday, October 5, 2012

Adakah kita hidup hari ini???.......




Puisi Terima Kasih Kepada Kehidupan.

Di dalam kehidupan aku dicabar,

diuji dengan pelbagai mehnah,

kadang rasa letih,

ingin berhenti dan musnah.

Namun diri bergantung kepada Ilahi,

dan putus asa bukan jawapan,

maka aku bangkit lagi dan lagi,

untuk menggapai syurga Tuhan.

Dari situlah bermulanya pengajaran,

jatuh bangun dalam kehidupan,

bertahan,

dan makna-makna hidup silibus pengajian.

Kadang dari kesusahan kita lebih terdidik,

dari kesenangan kita mudah tertipu,

kala diri dipeluk resah,

aku belajar kembali kepada Tuhanku,

diri menjadi lebih kuat,

langkah semakin jauh walau merangkak,

bukan nilaian manusia menjadikan kita hebat,

tetapi istiqomah yang bergerak.

Dari kehidupanlah kita belajar,

menjadi lebih kuat,

peka,

tidak mudah diperbodohkan,

luasnya alam majaz kepada luasnya rahmat,

maka berputus asa satu kebodohan,

dari kehidupan kita terus berlari,

dan terus bergerak,

sebagai hamba,

mencari redhaNya untuk ke syurga sana.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...