Pages

Followers

Friday, October 5, 2012

Demokrasi atau Autokrasi??


Sebelum memulakan sebarang penulisan artikel mengenai tajuk ini, saya memohon kerjasama pembaca agar jangan menuduh saya pro-pembangkang atau pemberontak yang ingin melawan kerajaan sekarang. Saya hanya ingin menjadi rakyat yang bebas, rakyat yang bebas memberi buah fikiran, rakyat yang bebas mengkritik. Tidakkah kalau tuan-puan, cik-encik tidak suka kepada sesuatu perkara maka kamu akan mengkritik? Saya mengkritik kerana saya merasakan saya tidak bebas, saya seperti menjadi hamba kepada manusia. Seperti digula-gulakan.

Okay....



Demokrasi.


Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.
Perkataan ini berasal dari Yunani bermaksud "rakyat", ditambah pula bermaksud "memerintah", dengan kata hubung memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya. Demokrasi secara ekstrem boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung , dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat).

Okay... Faham sekarang apa itu Demokrasi? Ia dipilih oleh rakyat. Umpama kita semua bersatu suara memilih pemimpin kita, dan jika pemimpin kita itu melakukan kesalahan rakyat boleh bersuara, Pemimpin bukan la Ditaktor. Pemimpin bukan Tuhan yang disembah, tapi dengan kata mudah pemimpin kita adalah hamba kita, pemimpin kita adalah orang yang menjalankan tanggungjawabnya untuk memenuhi hati rakyat.

Mungkin akan ada bersuara, "Dah kalau ikut semua kehendak rakyat, bangkrap la negara, kalau ikut semua rakyat, nanti negara akan merudum, bukan rakyat itu betul sangat."
Betul, memang betul kalau rakyat itu bukan betul semua, tapi kita kena lah faham, maksud rakyat itu sendiri bermaksud plural. Ramai, sebuah kelompok manusia yang ramai, "rakyat". 
Agak mustahil di dalam suara-suara rakyat itu semuanya tidak mempunyai pelajaran, mustahil daripada suara-suara rakyat itu semuanya sekadar setakat belajar di peringkat Rendah. Mustahil kalau kamu katakan demikian.
Rakyat besuara kerana ada yang tidak kena dengan sistem pemerintahan, Saya taknak sentuh mana-mana parti, Tetapi apa yang saya ingin hujjahkan disini, supaya kita bawa berfikir, adakah kita hanya mahu hidup di bawah takat yang sama?

Okay....

Autokrasi.

Autokrasi adalah satu bentuk kerajaan di mana seseorang memiliki kuasa mutlak Autokrat adalah seseorang (seperti raja) memerintah dengan kuasa mutlak (tanpa had). Istilah autokrasi diambil dari perkataan autokratōr (αὐτοκράτωρ, harfiah. "pemerintah-sendiri", atau "seseorang yang memerintah mengikut dirinya sendiri"). Banding dengan oligarki ("perintah oleh sebilangan") dan demokrasi ("perintah oleh rakyat").
Pada masa kini istilah autokrat biasanya difahami sebagai sama erti dengan despottyrant dan diktator, sungguhpun setiap istilah ini pada asalnya memiliki makna yang berlainan dan berbeza..


Okay merujuk kepada perkara di atas, Diktaktor. Walaupun maksud dia "seorang" lebih menjurus kepada benda yang satu. Mungkin boleh diambil "sebuah", "sekelompok", "Satu" Dan menjadi satu kelompok yang Ditaktor, Dan menjadi sebuah parti yang Ditaktor. Nampak tak? Parti yang ditaktor. Walaupun didalam negara demokrasi akan ada cara pemerintahan berlandaskan Autokrasi. 

Kesimpulan.

Saya tidak mahu bahaskan secara lebih mendalam sehingga akan terjebak kedalam mana-mana parti politik, tetapi kita sebagai rakyat perlu berfikir, kita hidup untuk apa? Apa tujuan kita hidup, Kata Ibnu Taimiyyah, Politik dan Islam tidak dapat dipisahkan, orang yang sibuk dengan politik sehingga lupa Islam pun tidak berguna jugak, orang yang beramal katanya Politik jangan masuk agama maka dia adalah "Sekularisme". Kita perlu bergerak seiring dengan Islam.

Harap jangan ada yang berkecil hati. Saya seorang yang mahu bebas dari kepompong penghambaan, Hanya mahu menjadi hamba kepada Allah bukan kepada manusia atau parti, atau kelompok atau apa-apa. Kecuali saya menjadi penyokong ke arah kebenaran.

Wallahualam....

Jadikan kami dikalangan orang yang taat kepada Mu......


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...