Pages

Followers

Thursday, October 4, 2012

Hari-hariKu Si "Packing" Kuih.....


Allah telah berfirman:-

"Apakah kiranya jika kamu jadi wali, (berkuasa) kamu berbuat sesuka hati di muka bumi danmemutuskan silaturahim. Mereka itulah yang ditakuti Allah, lalu Dia memekakkan mereka dari membutakan pandangan mereka."

(Surah Muhammad: ayat 22-23)



Seperti hari-hari biasa saya akan siapkan diri seperti sahabat saya yang lain, cuma tempat berbeza, suasana berbeza. Sahabat-sahabat saya semuanya bersiap diri di waktu pagi kerana ingin bersiap ke tempat belajar masing-masing tetapi bagi saya bersiap pada awal pagi kerana menjadi kebiasan saya suka mandi awal tetapi saya tidak lengkap berpakaian kelas atau uniform sekolah, sekadar berkain pelikat dan t-shirt berkolar bulat. Hari-hari saya adalah di rumah dengan jadual saya sendiri.

Bangun pagi berpaling ke sebelah kanan terpapar laptop dengan tab facebook, 19jam online sekadar AFK (away from keyboard). Pukul 10.00 pagi saya akan ke tempat biasa saya, bangsal membuat kuih.

"Assalamualaikum. Banyak kuih hari ini Mak Su? Sempat tak ni nak siap "packing" sebelum pukul 1.00 tengah hari ni?" Sapa saya dengan nada yang agak manja.

Mak Su terus berpaling untuk melihat siapa memberi salam kepadanya sambil sibuk untuk membuat ramuan kuih. "Waalaikumussalam. Macam biasa la diq, mari la masuk dulu, duduk la atas kerusi tu." Mak Su sibuk dengan membuat kuihnya, sibuk untuk siapkan secepat mungkin untuk dihantar kepada penjual di Dungun.

Bagi saya menolong Mak Su untuk "packing" kuih adalah satu kebiasaan kerana saya selalu berkunjung ke bangsal itu setiap hari. "Meh saya tolong Mak Su, nak tolong apa ni? Ni beke banyak ea. Berapa nak letak beke,bekam,baulu dan akok ni?" soal saya seperti biasa walaupun sudah kerap kali melakukan kerja "packing" saya masih bertanya sekadar untuk memulakan perbualan.

"Macam biasa la, plastik amik atas tu, ada plastik kecil, ada plastik besar sikit, yang panas jangan "packing" lagi, letak yang sejuk dulu." Jawab Mak Su sebelum sibuk semula dengan membuat kuih. Bagi saya membuat kuih ini satu keistimewaan kepada si pembuatnya kerana memerlukan kesabaran yang tinggi.

"Mak Su biasa bangun pukul berapa nak siapkan semua ni?" Soal saya kepada Mak Su, bagi saya Mak Su umpama ibu saya kerana semasa kecil saya dijaga oleh Mak Su saya, dan kami kerap berbual, kerap berkongsi cerita semasa di dalam bangsal itu.

Mak Su dengan mengeluh menjawab soalan aku. "Mak Su, pukul 5.00 pagi kadang tu dah bangun, nak parut nyior (Kelapa) lagi, nak siapkan air gula, ramuan lagi. Anak-anak tidur kita buat kerja. Bukan senang nak cari duit ni diq, kalau tidak tebeng (berusaha) tak menjadi." Keluh Mak Su kepada saya dengan senyuman. Bayangkan kamu wahai wanita bangun pukul 5.00 pagi untuk siapkan semua itu. 



SEORANG DIRI.........

Mak Su saya berhenti belajar setakat tingkatan 3. Umur 19 tahun sudah berkahwin dan dia berhenti belajar kerana gagal, walaupun begitu dia mula belajar menjahit, belajar membuat kuih, belajar memasak, mengemas, mudah kata belajar ilmu rumah tangga.

Saya berbual sambil "packing" kuih yang telah siap dibakar, dan biasanya kami akan berbual kerana suasana agak bosan tanpa suara. Kebiasanya kami berbual mengenai politik di Malaysia, agama Islam, rumah tangga, anak-anak, dan adakala juga Mak Su menceritakan sejarah hidupnya semasa kecil kepada saya.

"Mak Su dulu, kecil tak boleh keluar rumah diq oii. Mak tak bagi, kalau keluar setaka tepi pantai tu boleh la, kalau nak pergi rombongan tak boleh. Kalau nak pergi juga wajib pergi dengan Mak lah. Dulu mana ada kereta macam sekarang, masa tu naik beca jelah. Pusing satu bandar Terengganu dengan Mak. Masa tu murah, RM2.00 je. Mak Su lepas kahwin dengan Pak Su baru boleh keluar, tetapi tak keluar jugak, sebab dan biasa duduk di rumah sejak kecil lagi, jadi agak jangga. Sampaikan Mak Su nak berurus niaga dengan perlukan sesorang yang bantu. Dulu arwah Umi Diq lah tolong Mak Su, Mak Su pesan barang-barang dekat Umi Diq la." Cerita Mak Su kepada saya dengan penuh semangat. Saya sekadar mampu tersenyum dan mengiyakan sahaja.

Riwayat at-Tarmidzi.

"Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. seraya berkata, "aku telah melakukan dosa besar, bolehkah aku bertaubat?" Nabi bertanya, Apakah engkau ada ibu?" Dia menjawab, "Tidak." Nabi bertanya lagi, "Apakah engkau ada mak cik?" Dia menjawab, "Ada." Kemudian Nabi bersabda, "Berbaktilah kepadanya!"

Saya mula berfikir sejenak, anak-anak muda sekarang sangat bebas, ibu bapa mereka membiarkan anak-anak mereka bergaul tanpa batas. Sangat berbeza dengan ibu bapa zaman Mak Su saya. Maka bila dah terhantuk baru mahu tergadah. Mungkin Ibu bapa sekarang mempercayai anak-anak mereka mampu menjaga diri. 

Errmm.... Jaga diri??

Saya sekadar membantu meringankan beban Mak Su daripada saya tidur tanpa membuat apa-apa atau sekadar mengahadap facebook lebih baik saya mencari sesuatu yang berfaedah dengan membantu Mak Su. Boleh juga berkongsi cerita, menghilangkan bosan tanpa sahabat. Al- Maklum la semua sahabat-sahabat sudah melanjutkan diri ke IPTA/IPTS.  Teringat salah seorang dari sahabat saya menyoal saya.

"Dah ko bila nak masuk belajar Diq? Masuk la cepat, Lain bila ko duduk di IPTA/IPTS tak sama macam duduk di rumah. Nanti ko tahu lah lepas ko masuk, Memang sangat berbeza dari sekolah, terasa macam matang." Cerita sahabat saya mengenai keadaan IPTSnya, sungguh bersemangat, ibarat syurga baru baginya.

Saya hanya mampu tersengih dan menunduk kepala. "Tengok lah, bulan Disember ni nanti aku masuk la, duduk rumah pun seronok, banyak perkara aku boleh buat, banyak ilmu juga aku tahu, banyak info aku peroleh dari internet. Bukan aku duduk rumah makan+tidur je." balas saya dengan agak malu mungkin malu kerana kita masih dirumah, sahabat-sahabat sudah berada di peringkat yang lebih baik.

Senyum sahabat saya, agak sinis senyumannya, mungkin ia sekadar anggapan saya. "Takpe lah Diq, tak sama duduk di rumah dengan di IPTA/IPTS. Nanti ko tahulah." jawab sahabat saya dengan senyuman memanjang.

Apa yang berbeza? Kenapa berbeza? Ye saya akui memang berbeza, tetapi ini adalah suratan takdir bahawa saya masih di rumah. Awak tak tahu keadaan saya di rumah, apa aktiviti saya, dan saya juga tidak mengetahui keadaan didalam IPTA/IPTS itu bagaimana, adakah sekadar indah khabar dari rupa? Terserah kepada Allah. Semua yang berlaku ada hikmahnya.

Perbualan saya dengan Mak Su seperti biasa, selepas satu tajuk akan beralih kepada satu tajuk. Daripada bab kenaikkan Gula 0.20Sen akan beralih kepada suami soleh, anak yang soleh, atau beralih tajuk kepada cara membuat kuih. Bagi saya, orang seperti Mak Su saya 1:1000 perbandingan untuk perempuan muda zaman sekarang.

Sekadar coretan diri saya Si "Packing" kuih. Walaupun saya masih menetap di rumah tidak bererti saya tidak mendapat apa-apa faedah. Ramai yang menyambung pelajar ke peringkat diploma,izajah tetapi akhirnya sekadar menjadi pengangur terhormat dengan beban hutang PTPTN. Bagi saya duduk di rumah juga ada faedahnya kalau kita pandai membahagi masa dan pandai mencari maklumat. 

Depend on you to manage it!!!

Ya Allah cekalkan hati kami menghadapi ujian Mu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...