Pages

Followers

Thursday, October 11, 2012

Esok Kiamat




Sering kita baca tentang ramalan kiamat, teori dajjal nak datang bila. :-p
Selain itu ada juga tentang kiamat 2012, ada yang sibuk mengkaji teori itu, teori ini, bermacam-macam teori. Sehingga semua yang berkaitan segitiga dianggapnya konspirasi dajjal.

Masalah dilema teori yang melanda era kini agak menbimbangkan. Ini kerana masyarakat mula sibuk untuk mengkaji sesuatu yang sudah pasti. Kiamat itu pasti, kedatangan dajjal itu pasti, syurga neraka itu ada, tidak salah mengkaji tetapi jangan terlampau taksub sehingga mengabaikan kerja-kerja lain. Kita sebagai umat Islam perlu tahu, kita ada tanggungjawab yang perlu dilakukan di atas muka bumi ini, cuba cari tanggungjawab itu. Tak banyak pun, sikit je.

Ingat MATI......

Ye, apabila kita mengingati mati, kita akan lupa segala masalah kita dan kita akan cuba kembali kepada Allah, dengan cara ini masalah dajjal, masalah kiamat  itu adalah kerja Allah, kita sekadar mengambil tahu asas, dan berhati-hati, dan mengetahui asas sudah cukup, dan selepas itu kita jalankan tanggungjawab kita di muka bumi ini. Masing-masing diberi tanggungjawab mengikut umur,tempat dan ketika. Seperti saya yang masih berada di rumah, saya berjuang dengan menulis blog, menulis di facebook selain itu saya mendekati ummah. Saya mengeratkan hubungan silaturahim sesama manusia.

Jika macam sesetengah dari kita yang masih belajar, tanggungjawab kamu adalah belajar, dan yang kerja, tanggungjawab anda adalah bekerja. Selain itu tanggungjawab asas jangan dilupai. Amar makruf nahi mungkar dan selalu mencari Ilmu, Ilmu tidak kita dimana kita berada, cari la Ilmu. Untuk orang yang berpolitik jangan lupa tanggungjawab anda. Dek sibuk berpolitik sampai semua dilupai.

erk...


Jangan kita terlalu taksub dengan satu-satu perkara, seperti orang yang berada didalam lamunan cinta, gila bayang. Sehingga melupai tanggungjawab lain, hanya menumpukan 100% kepada kekasihnya. Adakah itu tanggungjawab anda? Perhatikankan, Kiamat ada dua:-

Kiamat Kecil.

Kiamat Besar.



Kiamat Besar.

Kiamat besar, kiamat yang akhir iaitu, kiamat kesudahan kehidupan semua manusia di muka bumi ini, berlaku hura-hara yang amat dasyat. Itu adalah dibawah kuasa Allah, kita tidak mengetahui bila dan macam mana keadaannya. Dan kita perlu bersiap sedia menghadapi dengan segala fitnah yang akan melanda kita sebelum datangnya kiamat besar ini. Fitnah dunia, fitnah dajjal, fitnah harta-benda kita. Kita perlu berjaga-jaga.

Jika dihuraikan disini mengenai bab kiamat besar, maka panjang pula artikel saya ini, tetapi cukup la sekadar penerangan secara "simple", boleh dirujuk oleh ahlinya pula, seperti ustaz-ustaz, ulama' dan guru-guru yang mengetahui.


Kiamat Kecil.

Kiamat kecil iaitu kematian kita, kita tahu bila kita mati? Tidak, mungkin selepas habisnya saya menulis ini, ajal saya akan sampai, siapa tahu? Mungkin semasa anda sedang membaca artikel saya, anda bertemu kematian, siapa tahu? Tiada siapa yang tahu kecuali Allah. Kiamat kecil perlu ditakuti lagi kerana dengan berlakunya kiamat kecil terhadap kita, terputus segala amal kita, taubat kita sudah tidak ada lagi. Amal kebajikkan kita terhenti setakat amal kita selama ini, tiada lagi amal yang bisa kita lakukan.

Jadi??

Macam mana? kita tahu bila kita akan mati? Apa persiapan kita untuk mengahadapi kiamat kecil? Sudahkah kita bertaubat? Sudahkan dilangsaikan segala hutang piutang kita itu?

Ingatlah sahabat, mati tidak mengira usia, tidak mengira penyakit, adakala orang yang sakit tenat terlantar dan tiba ada orang yang menziarah pesakit itu, dan dengan tidak semena-mena orang yang menziarahi pesakit itu meninggal dahulu sebelum pesakit itu. Kita sering mendengat kematian orang, tetapi adakah kita fikir "Bila aku akan mati?".

Kita jarang berfikir, kita nak tidur, ada ke tidak dalam kotak fikiran kita, jika aku mati esok, macam mana? Adakah aku sudah bertaubat hari ini? Adakah aku sudah berbakti kepada ayah/ibu ku? Jangan duduk sibuk bergosip mengenai orang, tetapi gosiplah tentang diri kita.

Muhasabah diri itu lebih baik.

Kesimpulannya, ingatlah kematian. Setiap hela nafas kita ini adalah nyawa kita, setiap kali kita bernafas setiap itulah, kita semakin hampir dengan mati. Hitung amalan kita dan taubat kita.

Wallahualam.


Ya Allah jadikan kami Semua dari golongan yang sedikit supaya kami tetap bertakwa kepada Mu....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...