Pages

Followers

Wednesday, October 10, 2012

Yong Tau Fu Halal Toyibba

Allah telah berfirman:-

“Dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.”

(Surah al-A’raf, ayat 31)


Yong tau fu (juga dieja yong tao foo, yong tau foo, atau yong tau hu, 酿豆腐) ialah sejenis hidangan sup Cina Hakka yang kerap didapati diSingapura dan Malaysia.

Di Malaysia, kawasan Ampang di Kuala Lumpur khususnya terkenal dengan hidangan ini. Pokoknya, hidangan ini dimulakan pada awal 1960-an oleh sebuah restoran bernama "Chew Kuan" di mana tauhu dibubuh pes daging ikan atau ayam, dan dengan itu hidangan ini bernama "Yong Tau Foo," yang bermaksud "tauhu yang dibubuh." Sejak itu beraneka sayur-sayuran dan masakan goreng juga turut dibubuhi sedemikian, jadi nama Yong Tau Foo pun digunakan untuk memaksudkan mana-mana makanan yang disajikan sedemikian.

Jadikan siapa yang minat makan Yong Tau Hu ini? Apa yang saya tahu orang Melayu pun juga minat makanan campuran bukan? Makanan yang beraneka pilihan dalam satu mangkuk, Makanan yang mempunyai banyak pilihan. Tidak ramai dari kita cuma suka makan satu jenis makanan dalam-dalam satu masa. Seperti ayah saya, beliau hanya suka makan satu jenis makanan, jika makan gulai ayam, maka hanya gulai ayam, sangat jarang dia akan menjamah ikan goreng atau telur goreng.

Berbeza dengan kebanyakkan kita semua suka akan aneka pilihan. Ini kerana Allah telah campakan kenikmatan, keseronakan merasa pelbagai jenis makanan di dalam nafsu kita. Sebab itu di nyatakan di dalam al-Quran mengenai rezeki makanan, kerana kalau kita imbau balik, kita sangat suka makan, ada orang suka makan KFC, ada orang suka Pizza, ada orang suka western. Makan sudah menjadi nafsu utama bagi manusia, Sebab itu Allah menyuruh umatnya berpuasa.

Apa Kaitan??

Sebab berpuasa dapat menahan nafsu, kadang-kadang jiwa saya sangat meronta untuk merasa semua jenis bahan-bahan yang dijual di Yong Tau Hu itu, tapi selepas habis membelinya, saya rasa membazir, kerana saya makan hanya sikit, dan masih banyak sisa-sisa yang ditinggalkan. Itulah manusia. Jadi macam mana nak mengenali "Yong Tau Hu yang Halal wa Toyibba".



Halal.
Sepatutnya kita lebih berhati-hati dalam bab makanan, jika makanan yang haram memasuki tubuhj kita, maka haram la rezeki yang kita perolehi, jika halal maka halal yang rezeki Allah itu, Sebelum membeli lihat dahulu jenis-jenis bahan-bahan dia. Adakah mencurigakan? Kita sebagai pelanggan ada hak untuk melihat bungkusan bahan-bahan itu, adakah disediakan cop halal atau tidak, adakah ada ramuan yang mengharamkan makanan itu. Itu tanggungjawab kita. Sebagai penjual kita sedia maklum kebanyakkan mereka hanya mahukan keuntungan, tetapi kita sebagai pembeli perlu berhati-hati.

Allah telah berfirman:-

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah berat.” 

(Surah Ibrahim, ayat 7)

Jika tidak berhati-hati maka rezeki yang diperolehi kita itu akan diragui, mungkin haram, mungkin halal. Maka apa yang diragui itu adalah syaitan. Lebih baik jauhkan ia daripada sikap ragu-ragu. Jangan malu untuk mencari yang halal, tetapi takut la untuk menyentuh yang haram. Baik apa saja yang haram.

Toyibba.
Berkenaan "Toyibba" iaitu baik. Baik dari segi mudahnya, sesuatu yang tidak kotor, tiada najis, atau tiada kuman, ada yang masih boleh dipakai,dimakan digunakan. Tetapi dari segi pandangan Islam baik itu merangkupi semua aspek. Kalau makanan itu halal tetapi ada bahan yang boleh membahayakan kesihatan, seperti kandungan gula yang berlebihan, kandungan bahan kimia yang tinggi, dan lain-lain yang boleh membawa kepada bahaya. Maka itu bukanlah makanan yang baik hatta halal.

Rasulullah SAW seperti sabda Baginda:- 

“Makanlah serta minumlah, dan bersedekahlah, dan juga pakailah (pakaian yang baik-baik serta berhiaslah), asalkan jangan untuk bermegah-megah dan menyombong, dan jangan pula melampau, kerana Allah SWT suka melihat kesan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya.”


Ramai dari kita sekadar memandang halal tapi kurang dari kita memandang Toyibb. Baik juga perlu kerana setiap rezeki yang dikurniakan Allah itu untuk kebaikkan hambanya. Walaupun halal tetapi kita perlu perhatikan adakah "Yong Tau Hu" itu molek dimakan atau baik untuk kesihatan. Itu adalah tanggungjawab anda sebagai pembeli.

Tips.
Saya ada beberapa tips yang saya guna sebelum mula makan Yong Tau Hu itu, selepas siap membeli, saya akan rebus semula di rumah sehingga mendidih, dan sup yang diberikannya itu hanya jadikan air rebusan. Dan sos yang disediakan itu saya tukar dengan sos yang saya sedia ada. Kerana saya curiga sos yang diberikannya itu tidak berkualiti, Peniaga semua mahu untung maa.. Bukan mahu bersangka buruk tetapi untuk kebaikkan saya dan ahli keluarga saya yang menjamah makanan itu nanti.



Ini kerana Makanan segera seperti itu perlu rebusan yang mendidih untuk memasaknya, perlu teliti adakah makanan itu sudah masak atau belum, dan saya biasanya akan memasukkan sedikit garam dalam rebusan saya untuk melebihi capaian takat susu didih, melebihi 100'c.

Sebab saya mahu makanan yang baik masuk kedalam perut saya ini :p

Kesimpulan.
Mudah dan senang, bahawa Allah telah kurniakan kita rezeki dan selepas itu ia berada di bahu kita untuk menentukan adakah dia halal dan baik untuk dimakan. Tanda halal telah disediakan oleh JAKIM. Jadi dia memudahkan kita, mungkin ada penyelewangan dan keraguan kerana JAKIM mungkin tidak berhati-hati dalam memberi tanda halal. Seperti pesan Dr.Maza sepatutunya JAKIM menetapkan tanda HARAM. Semua yang HALAL tidak perlu ditanda, jadi semua bahan yang tiada tanda adalah halal.

Mudahkan? Islam itu mudah.

Islam menjaga kita dari semua ceruk aspek kehidupan, berbeza dengan Agama-agama yang lain. Adakah kita masih ingin melawan Allah setelah terbukti bahawa Allah ingin melihat hambanya sihat selalu?

Wajarkah kita melawan perintah Allah setelah Allah memberi kita hidup lagi untuk hari ini?

Wallahualam.

Kurniakan kami anak yang soleh dan Isteri yang taat kepada Mu.......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...