Pages

Followers

Sunday, October 7, 2012

Air mani yang suci...

Rasulullah bersabda:-
"Ketika Tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, bergugurlah dosanya bagaikan dedaunan jatuh dari pohonya."


Kalau kita prihatin terhadap diri kita, mesti kita pernah terfikir "Adakah Allah sayang aku sebagai hambanya?" Allah tuhan sekalian alam yang menciptakan kita dari setetes air mani dari kemaluan lelaki sehingga disatukan di dalam rahim si wanita. Kalau kita pegang air mani itu kita tunjuk kepada masyarakat apa agaknya respom masyarakat kepada kita?

"Ko ni giler ke? Kotor tahu tak"

"Weh... Jijik laaa.. Eeeiii,, pengotor"

"Jangan buat perkara kotor camtu boleh tak?"

"Ko tak tahu ke benda tu kotor, weh jangan tunjuk-tunjuk dekat aku.. gile gelaman rasa"

Itulah respon masyarakat kepada kita, anda tidak percaya? Cuba la. Bahkan mungkin lebih teruk dari yang saya senaraikan. Kita pantas mengatakan "ia" kotor, "ia" jijik, "ia" bende yang dipandang hina. Tapi sedarkah kita, kita semua datang daripada itulah. Jika dibuang, tiada yang pandang, jika dihulur tiada yang mahu, jika dijual tiada yang membeli. Tapi kenapa kita masih sombong dengan pencipta kita?

Kita tidak pun berfikir sejenak asal kita daripada hasil yang kotor sehingga Allah mengankat kita tinggi setingginya. Jika kita bertakwa kita lebih mulia dari Malaikat, kita jika ingkar, kita lebih keji dari syaitan. Sedangkan Syaitan itu sudah azalinya dijadikan derhaka, tetapi kita manusia diberi pilihan. Pilihan nya cukup "Simple" Neraka atau Syurga.



Tetapi..............

Syurga itu dipagari dengan kesabaran, ketakwaan dan kehambaan kepada Allah.
Sedangkan Neraka itu dipagari dengan kenikmatan sementara, ketaksuban, kemaksiatan dan keingkaran kepada Allah.

Pantas mana pilihan kita? Kita diberi akal. Kita diberi masa yang panjang sebelum kita menempuh alam seterusnya. Gunakan setiap hela nafas kita itu untuk agama Islam. Adakah susah? Islam tidak melarang umatnya untuk bercouple, tetapi biarlah sah "aku terima nikahnya". Lepas tu kamu semua boleh la bermesra-mesra. Islam tidak melarang umatnya bercinta, Cinta akan sahabat-sahabat kamu, Cinta kepada keluarga kamu, dan Cinta kepada Allah dan Rasul.

Lantas mengapa kita sanggup mengatakan Allah itu tidak sayang kepada kita? Adakah kerana Allah menarik nikmat yang diberikan kepada kita sehingga kita meroyan lantas ingkar dengan perintah Allah? Ingatlah setiap rezeki yang ditarik oleh Allah itu ada hikmahnya.
Mungkin:-



Mungkin kita semakin lalai dengan pemberian Allah itu atau mungkin kita semakin menjauhi Allah dan mendekatkan kita kepada Neraka Allah. Dengan itu Allah menariknya kembali dan ingin melihat kita sabar supaya kembali kepada Allah dan bertawakal hanya kepada Allah.
"Adakah Allah sayang kepada aku. Mengapa nyawa ibuku diambilnya? Mengapa aku dikenakan pelbagai muhsibah, mengapa aku selalu ditimpa kesusahan dalam hidupku? Mengapa masyarakat memandang aku hina? Kepada siapa aku ingin mengadu? Kepada Allah? Sedangkan Allah menimpakan aku dengan pelbagai muhsibah, aku keseorangan, Aku sendirian. Keluarga aku memulaukan aku. Isteri ku meninggalkan aku. Anak-anak aku menderhakai aku, harta benda aku diambil orang. Aku tiada siapa lagi tempat bergantung."
Ingatlah wahai hamba, Kita dijadikan oleh Allah, dan kita juga akan kembali kepada Allah. Cukuplah Allah buat mu, berdoalah kepada nya. Beristifar lah kepadaNya. Semoga Allah mengampunkan dirimu, Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan pemberi Rahmat. Lantas kenapa engkau bisa tinggalkan Allah dahulu dan kini engkau merintih mencarinya? Tidak mengapa kerana manusia itu ramai yang lalai, dan kita salah satu daripadanya. Kita lalai dengan dunia. Sehingga termakan ajakan Iblis.
"Ya Allah aku taubat kepada Mu ya Allah, terima la keampunan aku ini. Aku memohon ampun ke atas dosa-dosa aku dahulu, Aku ingin kan keampunan Mu itu ya Allah. Ampunkan daku ini Ya Allah, Ya Rabb, Ya Alim."
Tiba-tiba dia duduk berapa lama. Dia sudah taubat, dia sudah memohon ampun, dia ingin berubah, dengan hati yang lapang dia bertaubat nasuha. Tetapi dengan tidak semena-mena, dia tergelincir lagi. Dia lantas membuat maksiat lagi. Selepas tergelincir:-

Hadith Qudsi kata:-
Hamba Allah ini berkata: "Ya Tuhan, aku telah berbuat dosa lagi, ampunlah daku." Allah berkata didalam Hadith itu: "Hamba ini tahu bahawasanya baginya Tuhan boleh mengampunkan dosa dan mengambil tindakan ke atas dosa itu. Aku ampunkan dia."
Selagi mana kamu ikhlas kamu betul ingin kembali kepada Allah, pintu taubat itu dibuka seluas-luasnya untuk hamba Allah yang ingin kembali kepadaNya. Sama-sama lah kita bertaubat kepada Allah.

Wallahualam....

Ya Allah. Kami memohon keampunan Mu ya Allah. Cukup Engkau untuk kami Ya Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...