Pages

Followers

Thursday, October 18, 2012

Sejarah Revolusi dan Pendokong Mesir Part 4



Siapa Anwar Sadat??

     Anwar Sadat iaitu pemimpin selepas Jamal Abdul Naseer. Beliau seorang bekas ahli Ikhwanul Muslimim, seperti ahli-ahli yang lain, beliau juga menyertai usrah dan mengetahui kekuatan jemaah itu serta tahu kepentingan jemaah itu di negara Mesir. Beliau berlatar belakang tentera dan mendapat kuasa pada tahun 1970 sewaktu penyokong Jamal masih bergenang air mata. Anwar juga telah mengubah kutub sokongan Mesir daripada Soviet kepada Amerika Syarikat.


     Saat Anwar menaiki kuasanya, kebangkitan Islam dalam keadaan yang semarak dan begitu membuncah. Beliau tahu penyokong-penyokong Ikhwanul Muslimin sangat ramai dan untuk menambat hati penyokong-penyokong itu beliau hendaklah bersifat bermuka-muka. Beliau telah membebaskan sebilangan aktivis Ikhwanul Muslimin daripada jeriji hantu yang menhantui aktivis-aktivis itu. Pengaruhnya mula meningkat kerana semangat beliau untuk membebaskan Sinai daripada penjajahan Israel semenjak tahun 1967, sehingga patung-patung Anwar di Mesir dinobatkan sebagai "Wira Perang".


     Kebangkitan Islam bermula di dekad 70-an namun di Mesir telah bermula lebih awal iaitu selepas perang 1967. Mesir di antara negara yang meledak semangat terutama anak-anak muda berpendidikan yang melihat kepincangan idealogi manusia dalam membawa negara dan masyarakat daripada keterpurukan ekonomi dan sosial.


     Dengan semangat ini maka timbul la pelbagai pertubuhan kelab atau kumpulan pelajar Islam di kampus. Penubuhan ini mendapat galakan kerajaan sebagai tindak balas untuk menghadapi pihak pembangkang fahaman sosialis. Ini kerana kelompok sosialis sangat gencar mengecam dasar politik dan ekonomi Anwar Sadat yang bersikap pro- Barat. Anwar Sadat ditentang kerana beberapa Faktor:-

1) Pro- Barat.
2) Mengunakan Islam untuk kepentingan peribadi.
3) Menukar kan kutub sokongan dari soviet kepada Amerika Syarikat
4) Pembentukan semua undang-undang keluarga Islam

Dan penentangan ini dilakukan oleh golongan pelajar yang berhaluan kiri (Sosialis), mereka juga menentang Anwar sikapanya terhadap penjanjian Kem David.


     Kebangkitan Islam kian memuncak di pertengahan dekad 1970-an dan ini membantu menyemarakkan penyertaan dalam gerakan Islam terutama Ikhwanul Muslimin dan Pertubuhan Gerakan Pelajar Islam. Mereka kian mendapat dokongan media massa dan isu itu juga telah membantu menyatukan umat Islam dalam dekad ini dek gerakan pelajar Islam yang semakin kuat. Ironisnya, Mesir begitu mencuri perhatian lensa dunia, bukan sekadar polemik antara Ikhwanul Muslimin dan kerajaan tetapi akibat letupan bom di tempat- tempat pelancongan negara bersejarah ini.



------------------------------------------------------------------------------------------

Tokoh-tokoh seperti Umar Tilmisani, Abdul Hamid Kisk telah berpidato menaikkan semangat rakyat Mesir dan Anwar Sadat telah memangil ulama' Ikhwanul Muslimin untuk menentukaan tarikh peperangan dengan Israel bagi mengambil kembali tanah Sinai. Perang mula meletus dan dipanggil Perang Ramadhan akhirnya diemenangi oleh Mesir dengan peranan ulama'-ulama' Ikwanul Muslimin yang ikhlas berjuang.

Akan bersambung dalam Tajuk: Muslihat Anwar Sadat

Apakah yang kita dapat dari sejarah ini? Semangat pejuang-pejuang Islam untuk mengambalikan khilafah dan kesedaran pelajar dalam kepincangan sistem pemerintahan di Mesir, Adakah kita di Malaysia tidak berasa seperti mereka? Wahai sahabat kita ini bakal mengubah dunia Malaysia, marilah bangkit dengan Ilmu dan mengubah dunia ini dengan Ilmu, kita juga mampu menaikkan semangat juang seperti mereka. Apa kurangnya kita? Darah kepahlawan masih mengalir didalam salur darah saya dan semangat Jebat menentang Pemimpin kejam masih terpancar terang.

Wallahualam..

Manusia itu boleh mengubah apa yang dirasanya tidak betul, Jadi? Marilah bersama mengubahnya.!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...