Pages

Followers

Sunday, September 30, 2012

Sejarah Revolusi dan Pendokong Mesir Part 3


Perdana Menteri Mesir.

     Pemimpin Mesir sekarang dipimpin oleh Dr. Muhammad Mursi seorang tokoh Ikhwanul Muslimin yang hafiz 30 Juz Al-Quran. Pemimpin yang berwibawa, Pemimpin yang berjiwa rakyat, pemimpin yang zuhud dan juga pemimpin yang akan membela Umat Islam. InsyAllah. Beliau seorang yang taat dengan Allah, Naik nya beliau menjadi Presiden Mesir, semua umat Islam yang berjuang ke jalan Allah berasa satu kurnian yang besar kerana ada pemimpin yang taat kepada Allah dapat memimpin bumi para anbiya' itu.

     Sebelum beliau menjadi Presiden Mesir, Mesir diperintah oleh beberapa pemimpin yang korup dan bersikap kapitalis. Pemimpin-pemimpin Mesir sebelum Dr. Mursi bersikap bermuka-muka dengan rakyat. Seawal pelantikkan mereka itu, mereka cuba sedaya upaya untuk menambat hati rakyat untuk menyokong mereka agar rakyat percaya bahawa mereka lah pemimpin yang bakal mengubah dunia Mesir.

Tetapi......

     Selepas lama memerintah, mereka mula menunjukkan sikap menyokong Amerika dan Yahudi. Mereka lebih rapat dalam berurusniaga dengan negara-negara barat dan tidak mementingkan Islam dalam tompok pemerintahan. Mereka (Presiden Mesir) ini adalah dari golongan berlatar belakang tentera. Seperti Jamal Abdul Naseer, Anwar Sadat dan Husni Mubarak.




Jamal Abdul Naseer:-

     Presiden yang berkiblatkan negara Soviet di saat perang dingin yang melanda dunia. Semasa zaman pemerintahannya puluhan ribu anggota Ikhwanul Muslimin mendekam dalam penjara dan mereka ini syahid seperti tokoh Dr. Abdul Kader Audah, Sayyid Qutb, Fattah Islamail, Yusuf Talaat dan tokoh-tokoh lain. 

     Geraka Islam Ikhwanul Muslimin dituduh dengan bermacam-macam fitnah dan mereka mengangap gerekan ini satu ancaman yang besar terhadap pemerintahan mereka di negara firaun itu. Semua segala-gala harta Ikhwanul Muslimin disita dan  pergerakannya disekat agar gerakan ini tidak dapat berdakwah dan menyebarkan berita-berita benar kepada rakyat.

Akhirnya, Jamal Abdul Naseer mati akibat serangan jantung, dan perkara ini mengejutkan Mesir dan dunia arab semasa itu. Di celah jeriji penjara itu ada insan yang tersenyum dengan kematian pemimpin yang berkiblatkan negara soviet itu, pemimpin yang angkuh dan takabbur. Walaupun begitu jutaan rakyat hadir untuk melihat pengebumian pemimpin tokoh sosialis arab itu, dunia menghantar mesej bahawa Jamal Abdul Naseer mempunyai ramai pengikut yang setia dan diingati dalam rakaman sejarah Mesir.

Walaupun begitu, kehilangan Jamal Abdul Naseer adalah kehilangan yang besar terhadap dunia Arab kerana beliau adalah pemimpin yang berkarisma dan Anwar Sadar dikatakan pemimpin yang menjadi bayang Jamal Abdul Naseer.

Wallahualam.

Jadikan kami sesorang yang bertanggunjawab kepada Mu ya Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...