Pages

Followers

Wednesday, September 19, 2012

3 Perkara dihalalkan darah Muslim




Tahu tak sebenarnya hanya ada tiga keadaan atau sebab yang menghalalkan darah seseorang Muslim itu ditumpahkan atau dengan kata lainnya tak salah kalau dibunuh. Malahan ianya bukan menjadi suatu dosa apabila dilakukan kerana ingin menegakkan hukum Allah.
Pertama
Seseorang yang berzina dengan sengaja walaupun sudah bernikah dan memiliki pasangan yang sah untuk disetubuhi atau nama lainnya penzina Muhshan.
Orang yang dalam kategori ini, iaitu penzina yang telah berkahwin, hukumnya ialah direjam sampai mati.
Daripada Jabir bin Abdullah Al-Ansari: Seorang lelaki daripada Bani Aslam telah datang kepada Rasulullah s.a.w. dan memberi tahu Baginda bahawa dia (lelaki tersebut) telah melakukan zina, dan dia telah mengangkat sumpah pengakuan (melakukan zina) sebanyak empat kali. Rasulullah s.a.w. telah mengeluarkan perintah supaya lelaki itu direjam sehingga mati kerana dia (lelaki tersebut) telah berkahwin. 
Orang macam ni memang jenis yang tak tau bersyukur, dah ada pasangan yang halal, tetapi masih lagi nak mencari yang haram. Memang halal kena bunuh.
Zalim ke undang-undang ?
Hukuman ini hanya dijatuhkan kepada individu-individu yang melakukan kesalahan. Adakah manusia itu dipaksa untuk melakukan kesalahan? Ada sesiapa yang ugut, kalau tak buat dosa, tak buat maksiat maka dia akan dibunuh?
Saya percaya manusia buat semua ini atas kerelaan diri mereka sendiri. Tiada yang memaksa… dan sebenarnya merekalah yang telah menzalimi diri mereka sendiri. Mereka merelakan diri mereka untuk dijatuhi hukuman yang sedemikian.
Macam kita jugak, kita dah tau neraka itu benar. Seksaan neraka itu benar. Seksaan kubur pun benar, tapi masih lagi rileks je tak mau solat. Time tak nak solat tu, tak tau apa benda yang difikirkan sebenarnya… lupa dah pasal neraka, seksaan kubur dan lain-lain ni semua?
Orang-orang yang masih lagi belum bersolat, jawab sendiri-sendiri ya.
Kedua
Orang Islam yang Murtad.
Asalnya dia ni Islam. Lahir sebagai orang Islam, membesar pun sebagai orang Islam. Tiba-tiba sampai satu tahap dia rasa Islam tu tak best, mungkin dia rasa ada agama lain yang lagi thrill dan lagi happening berbanding Islam.
Lalu dengan rela hati, dia pun memilih untuk keluar dari agama Islam. Almaklumlah dalam perlembagaan persekutuan, perkara 11(1) telah memperuntukkan bahawa tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya, termasuk untuk menukar agamanya (kecuali bagi penganut agama Islam yang hendak tertakluk kepada undang-undang dan Syariat Islam). Dengan syarat pemohon itu mestilah berusia 18 tahun.
Rasulullah bersabda:
"Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia."
Dekat  ini, kalau orang Islam nak convert ke agama lain pun boleh jadi. Tak ada masalah.. memang boleh lepas dari segi undang-undang.
Kalau tak, masakan adanya kes-kes murtad di Malaysia ni?
Orang-orang yang keluar dari Agama, kalau nak dibunuh memang tak salah. Boleh dibunuh sebab darah mereka adalah antara darah orang-orang yang halal untuk dibunuh.
Cuma ironinya, melalui pembacaan yang saya buat, ada banyak kes-kes murtad di Malaysia ini berlaku disebabkan oleh individu tersebut jahil tentang agama. Bila dah jahil, datang pulak orang kafir ni pergi soal dia macam-macam sampai keliru saudara kita tu. Bila dah keliru, maka dengan mudahnya mereka mudah ditarik untuk keluar dari agama Islam.
Betul tak betul… wallahua’lam.
Ketiga
Orang yang dengan sengaja membunuh orang lain.
Dalam Islam, orang yang bunuh orang lain tanpa ada sebab yang dihalalkan oleh shara’, tetapi dia dengan sengaja menumpahkan darah saudara seagamanya, maka orang macam ni memang layak untuk dibunuh.
Kita namakan ia sebagai bunuh balas bunuh.(Qisas)
Sahabat-sahabat pengunjung sekalian,
Andai kata kalian perasan, ketiga-tiga sebab yang dihalalkan darahnya untuk dibunuh ini dikategorikan sebagai mereka-mereka yang melakukan kesalahan yang berat.
Kesemua ini adalah berpandukan kepada sebuah hadis
Daripada Abi Umamah bin Sahl bin Hunaif, bahawasanya Uthman bin Affan menjenguk ia pada hari di rumahnya, maka berkata ia: “Aku tanya sekalian kamu dengan nama Allah, adakah tahu sekalian kamu bahawasanya Rasulullah s.a.w, bersabda ia:
“Tiada halal darah seorang Islam melainkan dengan salah satu dari tiga: berzina kemudian daripada muhshan, atau murtad kemudian Islam, atau membunuh orang dengan tiada sebenar, maka dibunuh dengan sebabnya.”
Maka, demi Allah, tiada aku berzina dalam masa jahilliyah dan tiada dalam Islam, dan tiada aku murtad semenjak aku mengaku Islam akan Rasulullah s.a.w, dan tiada membunuh aku akan seorang yang diharamkan Allah maka dengan apa sekalian kamu mahu bunuh aku.”
Status hadis diatas adalah hasan.
Ucapan Amirul Mukminin Usman itu dilafazkan ketika sekumpulan lelaki datang mengepung rumah beliau dengan niat ingin membunuh beliau.
Hari ini, manusia berani untuk berzina sesuka hati, keluar dari agama sesuka hati, dan membunuh orang ramai sesuka hati… salah satu sebabnya, mereka dah tahu sebab mereka tak akan kena rejam sampai mati, dan mereka tak akan dibalas bunuh.
Mereka tak akan dibicarakan dan dijatuhkan hukuman mengikut ketetapan dan undang-undang Allah, tuhan yang menciptakan manusia, yang Maha Mengetahui hikmah di sebalik perlaksanaan hukum hudud.
Hukuman yang bakal menunggu mereka pun selalunya adalah hukuman yang tak setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan.
Sebab tu ada antara penjenayah-penjenayah ini masih ada lagi yang akan tersenyum mengejek serta ada juga yang ketawa terbahak-bahak tatkala hukuman dijatuhkan kepada mereka.
Jadi tak perlu nak hairan apabila jenayah berleluasa, sebabnya jawapannya semua ada pada kita.
Cuma kita je yang masih lagi cuba nak menafikan sampai sekarang.
Wallahua’lam
rujuk:
Bahru Al-Madzi Juzu’ 15 bab1

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...