Pages

Followers

Thursday, September 20, 2012

Sejarah revolusi dan pendokong Mesir: Part 2


Gerakan Islam: Ikhwanul Muslimin.

Ikhwanul Muslimin dimulai oleh seorang yang terkenal di mata pejuang Islam, Siapa tidak kenal dengan Imam Hassan Al- Banna pengumpul zikir-zikir harian Nabi Muhammad rasul junjungan kita. Beliau adalah tokoh yang disegani, cara dia membuat hati-hati pemuda Mesir tertarik dengan gerakannya juga menarik. Hendak di detailkan mungkin agak panjang, Kalau sesiapa nak maklumat yang detail saranan saya adalah anda membaca buku, kerana Blog hanya cebisan-cebisan sejarah untuk menarik minat anda supaya stay dengan perjuangan Islam.



Saya akan cuba mendetailkan secara ringkasnya dek kerana di pagi hari yang agak sejuk dan ditambah lagi saya pun sudah letih seharian dengan mehnah dunia ini maka InsyAllah di hari lain akan disambung. Jika ada kesalahan dalam sejarah penyampaian, saya mohon maaf dan sila IGM (PM-Private Mesej) saya untuk betulkan. 

Yawn~...



............

10 minit kemudian.....

Permulaan gerakan Islam.
     Bermulanya dengan Imam Hassan Al- Banna diikuti dengan Sheikh Hassan Hudhaibi ( 1951 sehingga 1973), seorang yang pada asalnya tidak dikenali di kalangan pengikut Ikhwanul Muslimin tetapi telah berbai'ah dengan Imam Hassan al- Banna seterusnya disambung oleh Umar at- Tilmisani (1973 sehingga 1986) dan beliau di masukkan dalam penjara dalam tempoh yang panjang. Beliau telah diseksa didalam penjara itu dalam tempoh yang panjang tapi beliau tetap sabat dan tabah dengan dugaan itu kerana dugaan itu adalah ujian dari Allah kepada hamba yang soleh. Penjara itu juga pernah menyaksikan Nabi Yusuf AS terkurung akibat fitnah Wanita.

Fitnah Wanita......

     Dr. Yusuf Qardhawi juga pernah menuangkan pengalamannya tentang penjara dan pengalaman pahit Ikhwanul Muslimin di sebalik jeriji besi itu-:

     "Aku pernah dipenjarakan di penjara perang pada tahun 1954. Ketika itu, aku ditempatkan di bilik sel 4, dengan ruang satu sel penjara untuk satu orang. Tetapi, penjara pada waktu itu tidak ada penyeksaan dan pemukulan. Sehingga aku sempat menulis sebuah qasidah jenaka di sana dengan tajuk Zinzanatti (Sel Tahananku).
Jelas menunjukkan penyeksaan yang dialami oleh pendokong-pendokong gerakan ini, mereka diseksa, dipukul sehingga tidak terdaya. Tetapi kalau kita macam mana? Mesti kita tidak akan berjuang dah kan?

     Tetapi bagi mereka pejuangan agama itu lebih penting, sampaikan di dalam penjara juga mereka menulis dan mengajar ahli-ahli sel lain sehingga banduan-banduan didalam sel itu dapat merasai nikmat Islam yang sebenar. Pada zaman itu adalah zaman meruncing. Pemerintah sedaya upaya mengekang usaha dakwah dan mengekang semua ulama' yang mengamalkan Islam secara total, bagi mereka sekularisme lebih penting kerana itu menjamin kedudukan golongan kapitalis ini.

Ape kapitalis? Nanti saya terangkan.

Pernah ada penghuni penjara itu menulis sebuah bait puisi menggambarkan keadaan jeriji besi itu-:

Kami keluar dari dunia padahal kami masih menghuninya.

Kami bukan orang yang mati tapi juga bukan orang yang hidup.

Ketika kami masuk ke penjara pada suatu hari kami gembira dan kami katakan, "Ini sebahagian dari dunia"

Kami bersuka bercita oleh mimpi-mimpi

Saat pagi, cerita kami hanya tentang mimpi.



Ini adalah puisi keadaan penjara sebelum adanya penjara yang kejam seperti sekarang. Penjara yang memukul, menyeksa para banduan, Itulah penjara sekarang, baik di Mesir bahkan di Malaysia.

Kapitalisme.
     Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. Takrif individu di sini tidak semestinya merujuk kepada orang perseorangan tetapi juga termasuk sekumpulan individu seperti syarikat. Sistem ekonomi kapitalis digerakkan oleh kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos, penetapan harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan. Pengkritik sistem kapitalis berpendapat sistem ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara yang kaya dengan yang miskin. Sistem yang bertentangan dengan ideologi ini ialah komunisme dan sosialisme.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kapitalisme

     Mudah kata golongan Kapitalis ini adalah golongan yang mengumpulkan harta-harta untuk kroni-kroni dia sahaja. Mereka yang berfahaman Kapitalis sangat membenci orang miskin dan mewujudkan jurang yang amat besar terhadap orang Miskin. Ini lah dikatan dunia akhir zaman,

-Yang kaya terus menjadi kaya raya. Maka yang miskin tetap miskin.
-Maka benarlah apa yang disampaikan oleh rasul kita perihal dunia akhir zaman. =')

Cara Gerakan Ikhwanul Muslimin.
     Mereka bergerak secara senyap dan mereka mengambil peluang dalam gerakan ini. Macam mana?
Mereka mencari tempat-tempat pemuda berkumpul seperti kedai kopi. Disitu diterapkan dakwah Islam. Maka ini dikatakan Islam bergerak. Pada masa minum kopi boleh berbincang hal agama dan hal politik kini. 
Selain itu mereka juga mencari tempat-tempat rakyat bekerja seperti di kilang-kilang, dari situ mereka mula memegang satu aset penting dalam kerajaan dan setelah satu rancangan berjaya mereka terus dengan rancangan seterunya sehingga rakyat Mesir bangkit dan anak-anak muda Mesir sedar akan sikap pemimpin yang korup.

Cara-cara mereka bergerak sangat unik.

Pernah diceritakan kepada saya oleh naqib saya-:

"Imam Hassan al- Banna sangat bijak dalam menarik perhatian orang, beliau pergi ke kawasan tempat orang berkumpul untuk pergi bekerja. dimana? Di trail la. Didalam trail beliau duduk di sebelah lelaki dan melihat lelaki itu bercakap dengan sahabat nya. Apa yang dibuat beliau? Beliau mencari nama lelaki yang duduk di kerusi trail itu. Maka apabila dia mengetahui nama orang itu dek kerana sahabat lelaki itu memanggil nama sahabat nya itu. Beliau mencari peluang untuk bersembang dengan lelaki itu. Dengan pantas dia melanggar lelaki itu dan lantas dia memohon maaf sambil menyebut nama lelaki itu. Ini menunjukkan satu tindak balas yang pelik."

Contoh-: 

Abu tidak kenal Muhammad, maka setelah Abu perhati sahabat Muhammad memanggil muhammad dengan nama Muhammad maka Abu tahu nama dia. Maka Abu mencari peluang untuk bersembang dengan Muhammad, Jadi Abu buat la terlanggar Muhammad dan tiba-tiba Abu memohon maaf. "Maafkan saya Muhammad saya tidak sengaja". Jadi dengan tiba-tiba Muhammad akan pelik siapa dia ni macam mana dia kenal nama aku. So berlaku la perbualan di antara mereka.

Selawat ke atas junjungan nabi kita Muhammad Ya Rasulullah.

Al- Fatihah kepada Pejuang-pejuang Islam yang telah gugur syahid dalam memperjuangkan Islam-:



Okay~...

InsyAllah saya akan sambung dalam part 3. Pemimpin Jamal Abdul Naseer secara ringkas. peace.~

Ya Allah selamatkan aku dari perasaan riak dan takabbur kerana aku tidak mahu tergolong dalam kalangan orang yang mensyirikkan Engkau..............

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...