Pages

Followers

Sunday, September 23, 2012

"awak betul ke ni"..??


Allah telah berfirman :-

Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu orang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah, agar kamu tidak menimpakan (musibah) kepada suatu kaum tanpa mengetahui, maka jadilah kamu menyesal atas perbuatan kamu itu. 

(Surah al- Hujurat. ayat 6)

Kalau bukan ahlinya.

     UiTM terkenal dengan Universiti yang memperkayakan orang-orang bumiputra dan orang-orang Melayu kita. Alhamdulillah. Satu kesyukuran kepada Allah kerana Pemipin kita mahu melihat anak-anak Melayu teruskan pembelajaran lagi. Tapi maslahnya anak-anak Melayu tak fikir semua itu.

Di dalam sesakkan kelas pagi itu, Adi berjalan tanpa diiringi oleh sahabat dia. Kebiasan Adi akan berjalan berdua dengan rakan baiknya. Sulaiman. Adi mengambil jurusan Diploma Kejuteraan sivil di UiTM dan itu adalah tahun terakhir Adi.

Tiba-tiba.....

"Adi tolong saya boleh tak??!" Sahut Nurain dari jauh sambil berlari pantas menuju ke arah Adi.

Adi berpaling terus melihat orang yang memanggilnya sambil membetulkan cermin matanya. "Ya saya Ain, kenapa nak saya tolong apa ni?? Cakap je tolong apa, demi awak Ain saya sanggup buat apa-apa pun." balas Adi sambil gurauan mesranya dengan senyuman biasanya itu.



Pipi Ain mula menampakkan kemerahan kerana malu dengan gurauan Adi itu dan terus menundukkan pandangannya. "Awak tolong bagi buku ini kepada Sulaiman. Ada beberapa soalan mengenai bab saya tak faham harini, jadi boleh awak tolong bagi kepada dia untuk tolong saya menjawab soalan-soalan ni.?? Please Adi urgent niiiiii." rintih Ain dengan senyuman manisnya kepada Adi.

Adi hanya senyum dan mengambil buku itu sambil menjawab. "Ala saya boleh tolong jawab untuk awak. Nak saya tolong tak? Sekarang boleh." Adi dengan penuh bangga ingin menerangkan tentang soalan-soalan itu kepada Ain.

Ain tersentak sebentar. "Awak kan Kejuturaan Sivil bukan macam saya dengan Sulaiman Kejuteraan Kimia. Lain la. Awak tahu ke?" Ain kehairanan dengan Adi kerana dia bukanlah dalam jurusan yang sama mana mungkin Adi boleh menerangkan soalan-soalan itu.

"Ala ini mudah je. Soalan ni macam ni......... bla..bla...bla..." Adi menerangkan dengan penuh semangat kononya dia mengetahui soalan itu.

"Heh!! Bukanlah... salah ini, awak ni tahu tak?? Salah lah Adi.. Haish. Cukup-cukup. Bergurau je la awak ni. Mengarut. Salah penerangan awak, cuma sikit je yang betul." balas Ain dengan pantas mengenai penerangan Adi itu. Ini kerana Ain tahu Adi cuma tahu sedikit dan semua penerangan Adi itu banyak yang salah.

Adi hanya mampu tersengih kerana malu dengan Ain. "Yeke? ehehhe. Saya pun bukan tahu mana, saya tahu sikit-sikit je masa belajar di Sekolah menengah tentang Kimia. Maaf ye Ain."

Moral of the Story :-

Jangan rungkaikan terlalu dalam, atau mudah kate merungkaikan permasalahan yang kita sendiri tidak mahir atau kita bukan ahlinya. Sama lah jugak dengan masalah hukum hakam dalam agama, ramai dari kalanagan kita sekarang memberi hujjah melalui akal fikiran dan ramai juga yang "buat bijok" orang Terengganu kata.

Jadi lepas ini anak-anak muda, tuntut Ilmu dan sampaikan setakat yang mampu jangan rungkaikan sesuatu yang kita tidak tahu kerana kita bukan ahlinya. Belajarlah lagi. Bacalah lagi.

Bab agama silap sikit penerangan kita akan menyusahkan orang yang bertanya, cukup sekadar terangkan bab-bab yang kita tahu. Saya bukan ulama' saya bukan ahli sejarah saya bukan juga bukan ustaz. Saya hanya sampaikan apa saya baca dan apa telah saya belajar. Sebarang kekurangan harap maaf. =')

Ya Allah jadikan kami orang yang sentiasa bertakwa kepada Mu.......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...