Pages

Followers

Wednesday, September 19, 2012

Sejarah revolusi dan pendokong Mesir: Part 1



     Dr. Mursi, Orang yang terkenal di persada di dunia. Siapa tidak kenal pemerintah selepas Hosni Mubarak yang itu pemimpin pertama Mesir yang hafiz 30 juz Al- Quran. Dibandingkan dengan Pemimpin Malaysia jauh sekali. Bagai langit dengan bumi kate orang tua-tua (Orang tua mana pun saya tak tahu)


InsyAllah pada pagi hari ini saya cuba mengupas sedikit sejarah tentang revolusi Mesir dan siapa pendokong-pendokong untuk revolusi ini. Mungkin tidak banyak tapi akan ada sambungan InsyAllah.


-Mata mengantuk duduk layan ke hias Blog, macam-macam nak ubah- =') Kadang-kadang kita sendiri tidak bersyukur dengan apa yang ada.. hihii..

Bukan macam tu, Saya ubah untuk keselesaan pembaca juga =') Nanti borink pulak baca artikel yang tidak seberapa ini.

    Okay Mesir.......!!! Mesir dimana tempat Firaun memerintah seketika dahulu, di Mesir adalah bumi yang melakar sejarah yang panjang pertembungan antara Iman dan kufur, menoreh luka yang dalam kepada pejuang-pejuang kebenaran dan keadilan. Bumi ini juga menampilakn kesombongan Firaun menentang Nabi Musa a.s. begitu juga Nabi Yusuf yang dipenjara akibat fitnah dan akhirnya menjadi Menteri Kewangan Mesir.



     Di zaman Saidina Umar, Mesir dibuka oleh Amru al- As dan seterusnya menjadi tapak kepada beberapa kerajaan Islam dan menjadi kiblat Ilmu kepada Umat Islam yang dahagakan Ilmu agama kerana disini tertegaknya Universiti Al Azhar ( Bukan Ustaz Azhar Idrus).

     Untuk pengetahuan yang belum tahu... Dr. Mursi adalah presiden Mesir yang ke-lima di negera republik itu. Kemengan beliau adalah kayu ukur untuk kejayaan Islam di masa hadapan. Selain itu dunia juga ralit dalam membicarakan tentang Ikhwanul Muslimin kerana ketokohan Dr. Mursi yang menghafal 30 Juzuk Al- Quran.

     Ikwanul Muslimin adalah anugerah yang sangat besar oleh Allah kepada umat Islam era ini. Didalam kecaluraan dan carut-marut kehidupan yang amat dasyat dek kerana pengaruh barat yang terlampau dalam sosial Mesir sehingga budaya Islam kian pudar dari diri masyarakat era itu.

     Ikwanul Muslimin adalah gerakan Islam yang ditubuhi pada Tahun 1928 di Ismailiyah Mesir dan merupakan gerakan Islam perintis dalam mengembalikan pemerintahan khilafah Islamiah.

Okay!!! Cukup disitu.......

akan bersambung.......

kalau panjang-panjang sangat nanti borink pulak baca... =)

Macam bace karangan pulak. tapi InsyAllah akan disambung dengan "part" seterusnya. Banyak lagi konspirasi-konspirasi barat dalam menjatuhkan Mesir contoh pada zaman Jamal Abdul Naseer, Zaman Anwar Sadat, Zaman Hosni Mubarak dan akhirnya sekarang Dr. Mursi pujaan pejuang-pejuang Islam sekarang.

Apa yang penting ketakwaan kita kepada Allah kena jaga, Hidup perlu berpaksikan agama dan paham apa itu agama. Politik tidak boleh dipisahkan dengan agama.

Semangatkan lah tangan ku ini Ya Allah unutk terus menulis dan berbakti kepada Agama Islam....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...