Pages

Followers

Wednesday, September 26, 2012

Apabila Izrail datang........


Allah telah berfirman:-

"Tidakah engkau perhatikan orang yang keluar dari rumahnya, beribu-ribu banyaknya, kerana takut mati, lalu Allah mengatakan kepada mereka, 'Matilah'. Kemudian mereka itu dihidupkan Allah kembali, sesungguhnya Allah itu maha pemurah kepada manusia tetapi kebanyak manusia tidak berterima kasih."


(Surah al- Baqarah, ayat 243)


Bila kita mati?

Ramai dari kita melupakan mati, tapi apabila ada kematian akan ada mulut berbunyi inalillahwainnalillahhirojiun tetapi hati tidak merasa sedikit pun "Bila tiba pula masa aku nak mati nanti ni?"

Kita manusia sering lalai dengan dunia ini, ada kawan-kawan, ada ayah dan ibu, ada harta yang banyak, ada anak-anak, rumah besar, isteri cantik, kereta mewah, dan lain-lain lagi nikmat Allah di dunia ini. Ini semua yang membuat kita lalai dan lupa kepada Allah. 

Ramai yang menyebut "Aku sayang Allah dan Rasul, siapa cakap aku tak sayang? Siapa? Ko tahu ke hati aku macam mana ko cakap aku tak sayang?"

10 minit kemudian datang call dari awek beliau. "Eh sayang, buat ape tu.. abang rindu la dekat sayang, betul, rindu sangat-sangat tahu tak. Abang tengah sembang dengan kawan abang ini, entah ape-ape dia mengarut entah dekat abang.." Azan zohor berkumandag dengan nyaringnya tetapi dia masih berbual dengan kekasih pujaan hatinya. Macam mana dia boleh cakap sayang Allah sedangkan panggilan Allah di lengah-lengahkan?

eermm.... I feel awkward now about this thing. How come people say "i love Allah" but thier heart never admit that.

Ini yang menjadi masalah yang perlu kita kaji dalam diri kita, adakah sekadar di mulut sayang Allah itu?



Perbualan antara ustaz dan pelajar:-


Ustaz : Anak-anak sekelian, adakah kamu percaya bahawa orang yang sudah meninggal itu tidak boleh bergerak?

Pelajar : Tentulah, ustaz!

Ustaz : Jika begitu, beranikah kamu duduk sendirian, semalaman di bilik mayat yang dipenuhi mayat?

Pelajar : Saya tidak berani, ustaz. Mahu terkencing dibuatnya.

Ustaz : Laaa, tadi kamu kata kamu percaya orang yang sudah mati itu tidak boleh bergerak, jadi apa
yang kamu takutkan sebenarnya?

Pelajar : Pokok pangkalnya saya takut,ustaz.

Ustaz : Nah, itulah perumpamaan iman dan amal anakku, kadangkala secara sedar atau tidak sedar, seseorang itu bertindak bertentangan dengan apa yang diyakininya. Ramai orang yang meyakini kewujudan Allah, sebagai Tuhan, Penguasa Alam Semesta, termasuk ketetapan hukumNya, janji dan ancamanNya. Namun, perbuatan mereka lakukan ternyata bertentangan dengan aturan-aturan Allah.

Orang yang mengatakan mencintai Allah adalah orang yang selalu ingat akan mati, dan orang yang mengingati mati adalah orang yang ingin berjumpa dengan Allah. Dan jika kita mahu berjumpa dengan Allah adakah cukup dengan melafazkan "Allah, aku hamba mu ini sayang kepada mu" adakah cukup dengan lafaz sahaja?





Allah telah berfirman:-

"Kamu telah dilalaikan oleh perlumbaan ( memperbanyakkan harta benda dan anak-anak.)"

(Surah at- Takatsur, ayat 1)




Iman itu adalah niat di dalam hati lafaz dengan lisan dan laksanakan dengan perbuatan. Cek Iman kita macam mana. Okay !!




Persiapan nak berjumpa kekasih (Couple) bagi lelaki:-

Aman bergegas berlari balik ke rumahnya setelah habis waktu kerja pada jam 1700. Hani telah menghantar pesanan ringkas bahawa ingin berjumpa di panggung wayang berdekatan di kawasan Kuala Lumpur jadi Aman harus akur dengan permintaan Hani keran bagi Aman Hani segalanya.

"Kenapa awak lambat ni sayang? Berjam saya tunggu awak tahu tak. Letih kaki saya. sedih la macam ni." rajuk Hani kerana Aman lewat datang menjemputnya.

Aman cuba menjelaskan keadaannya kenapa dia lambat sambil memberi bunga kepada Hani. "Ala, tadi saya balik, lepas balik tu saya mandi dulu, saya sabun siap-siap bagi wangi satu badan, syampu lagi, lepas mandi saya cari baju yang sesuia, warna awak suka, lepas tu cari seluar lagi. Seluar yang awak suka. Lepas tu minyak wangi lagi. Lepas tu sikat rambut lagi, bagi terangkat sikit baru macho, Lepas siap-siap baru saya bertolak nak berjumpa awak, lepas tu saya teringat awak suka bunga ini, jadi saya belikan. Awak marah ke sayang abang?" Mujuk Aman dengan lemah lembut dengan kata-katanya manis itu.

Alasan Aman membuatkan Hani jadi malu tertunduk dan terdiam seketika, Hani berasa di hargai kerana Aman menjadi kekasihnya. and The End.

The Motive is:- 
-Orang lelaki sanggup buat apa-apa untuk kekasih dia, ( bukan semua, tapi majoriti sebab mereka akan mendapat habuan yang mereka inginkan nanti, hati-hati wahai wanita ).

Jelas dah bahawa kalau kita nak ber "dating" dengan kekasih kita, maka kita akan membuat persiapan, dan kita akan siapkan diri kita sebaik mungkin supaya kekasih kita itu suka kita, sayang kita, begitu juga Allah, kalau kita sudah tahu nanti mungkin akan mati, kita akan bertemu Allah mengapa sekarang kita tidak membuat persiapan diri untuk bertemu Allah? Allah memberi masa yang panjang untuk kita membuat persiapan untuk bertemu Nya nanti.


Rasulullah s.a.w bersabda:-

"Ketika seorang hamba meninggal, malaikat berkata, 'Apa yang telah ia sedekahkan? Dan manusia bertanya, 'Apa yang dia tinggalkan?"

Rasulullah bersabda lagi:-

"Jangan kau sia-siakan hidupmu dengan berabdi kepada dunia."


Jom berubah sahabat-sahabat Ku. Kita kembali kepada Jalan Islam sebenar, jadi macam mana?
Belajar mengenal Allah, saya dan nukilkan macam mana nak kenal Allah sebelum ni, Tak kenal maka tak cinta.




Ku harap aku sentiasa dibawah lindungan Mu Ya Allah... Keampunan Mu Kemulian-Mu tetapi kesilapan ku adalah hadis ku. Ampunkan daku Ya Allah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...