Pages

Followers

Thursday, September 20, 2012

Apabila Jiwa menjadi sebak dek Cinta....


Rasulullah bersabda-:

" Selawat kepadaku adalah nur atas titian. Barangsiapa membaca selawat kepadaku pada hari jumaat lapan puluh kali, maka Allah akan mengampuni dosanya setahun."


Semua akan merasa keperitan Cinta apabila ditinggalkan. Siapa yang pernah bercinta mereka akan berasa tersangat sedih sehingga menitis air mata, yang ego akan menjadi lembut, yang kuat akan menjadi lemah, yang kasar akan menjadi penyayang. Itulah keperitan setelah berpisah dengan orang yang kita sayang. Ramai dari kita yang bercouple kan? Jadi yang dah pernah break up mesti tahu macam mana rasanya kan?



Tetapi.........

Mengapa setelah tahu peritnya cinta tetap dicari lagi cinta itu?

Manusia ini pelik dan ganjil kerana mereka akan kata "aku menyesal, aku benci dia, dia sakiti aku, aku tak kan maafkan dia." tup...tup..tup... Minggu depan dah ada pasangan baru. Perkara itu mungkin akan berlaku berulang-ulang sehingga manusia itu merasakan tidak puas dengan pasangannya kerana dah terlalu muak bercinta, ala bisa tegal biasa. Bait-bait cinta yang sama berulang kembali.

Allah berfirman kepada Nabi-Nya-:

  "Katakanlah: Jika kamu mengasihi Allah, ikutlah aku, nescaya Allah akan mengasihi kamu dan mengampuni dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."


(Surah ali Imran , ayat 31)

Saya sendiri pernah merasakan perasaan yang sama seperti kalian yang ada pengalaman "bercerai" yang tidak sah. Maksudnya putus hubungan dengan kekasih yang saya duduk puja sangat, tiap-tiap malam bermesej, meluahkan perasaan kasih sayang cinta. Apa yang di fikiran saya adalah kebahagian yang meresap ke dalam Jiwa. Tiada duka, apabila bergaduh ada orang memujuk, apabila ada masalah ada orang mendengar apabila berjaya ada orang mengucapkan tahniah. Sehingga berjanji bermacam-macam dengan luahan hati. Bagi saya adalah kekasih saya seorang yang paling mulia, cantik, sempurna. Saya menjadi seperti orang yang mabuk dalam lamunan cinta, dikawal oleh cinta. Itulah saya dahulu.

CINTA saya itu sebenarnya........ NAFSU saya.....



Bukanlah cinta yang sebenar kecuali sekadar nafsu, mana mungkin ia cinta abadi sedangkan ia datang hanya sementara dalam hidup saya dan pergi tinggalkan saya. Itulah cinta yang berlapikkan nafsu, kerana saya terlalu ikutkan nafsu sehingga mabuk dalam lembah nafsu bertunjangkan cinta.

Maka itulah sebak dek cinta. Kita semua terlalu gopoh gapah mencari cinta sehingga cinta yang paling utama ditinggalkan, setiap perkara kita lakukan di dunia ini perlu secara tertib,ada urutan dia, step by setep. Telah saya terangkan di artikel ini: http://jiwapelajar.blogspot.com/2012/09/cinta-sejati-yang-dicari.html

Saya bukanlah ustaz, bukan juga guru, bukan qari, apatah lagi ulama', saya hanya pemerhati sejarah silam saya sendiri, melihat kelemahan dalam diri saya dan orang yang senasib dengan saya. Baik wanita atau lelaki. Kamu yang beragama Islam adalah saudara saya.

Rasulullah bersabda:-

"Sayangilah saudara kamu seperti mana kamu sayangi diri kamu sendiri"


Apa yang di coret oleh saya hanyalah dari pengalaman saya dan sedikit dari Ilmu pengetahuan saya sahaja. Mari lah kita sama-sama mencari cinta Ilahi insyAllah cinta pasangan kita akan menyusul sama mengiringi cinta Ilahi nanti. Siapa sangatlah kita inikan nak dibandingkan dengan Cinta Allah terhadap hambanya dan Cinta Rasul terhadap umatnya. Mari kita sama-sama mengenali Allah dan Rasul InsyAllah kita semua tidak akan menyesal mengenali Allah dan Rasul malah akan merasa nikmat cinta yang sebenar-benarnya.

Percayalah.....Mari kita mengejar mardhothillah dengan mewujudkan baiah solehah.



Ya Allah kurniakan hidayah kepada kami semua..... Ampunkan dosa kami Ya Allah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...