Pages

Followers

Tuesday, September 18, 2012

Pentingkah Allah kepada Kita?

"Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan) kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang memberi rahmat oleh tuhanku. Sesungguhnya tuhanku maha pengampun lagi maha penyayang"

(Surah Yusuf, ayat 53)

Pentingkah Allah kepada aku?

     Persoalan yang bermain apabila aku berasa aku sunyi. Semasa aku ditinggalkan kekasih. Semasa aku kesakitan. Semasa aku dilukakan. Maka pada masa itu aku mula bermonolog dengan diriku.

"Adakah Allah penting untuk aku"

Tidak dinafikan bahawa Allah adalah pencipta aku,tetapi mengapa aku bertanya soalan demikian?

     Oh!!!!! Inilah kehidupan sebenarnya. Beramai ramai yang mengatakan Allah itu penting tetapi sebenarnya diri dia tetap mengangap Allah itu penting pun dalam diri dia.



........KECUALI!!!!!!!..........

     Apabila kita ditimpa muhsibah. Maka pada masa itu Jiwa mula meronta-ronta meminta maaf. Jiwa mula bertaubat, jiwa mula mencari Allah, jiwa mula gelisah, jiwa mula gusar, jiwa semakin bimbang dengan hari mendatang.

"Dia berdoa, wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri, sebab itu ampunilah aku! Lalu tuhan mengampuninya: sesungguhnya Tuhan itu pengampun dan penyayang"

(Surah al- Qasas. ayat 16)

Jelas tiap kali kita senang kita lupa tentang Allah, tapi pabila kita susah kita kembali kepada Allah.

Sampai bila?

Sampai bila kita nak berperangai sebegitu??

Sampai nyawa kita berada di keronkong??

Atau SEKARANG???

     Teringat aku dengan sahabat aku, Umar Hakimi bin Sulaiman seorang yang alim lagi arif tentang agama. Seorang hafiz pernah menyertai debat Bahasa Arab, pernah memenangai tempat kedua dalam tadarus Al- Quran peringkat daerah Dungun. Sekarang berada di Darul Quran dan mungkin akan melanjutkan pelajarannya di Timur Tengah InsyAllah.

aku-umar-amir


     Aku pernah menyoal umar mengenai  macam mana mahu kekal Istiqomah dalam ibadat kerana aku tidak lah searif seperti dia dalam Ilmu Agama apa lagi mahu menjadi sepertinya. Jauh sekali seperti langit dengan bumi. 

Aku : "Guane gok nak istiqomah dalam solat subuh ea, aku mayang lewat okmo, kadang2 awal,kadang2          lambat, pahtu kadang2 wat solat hajat, patu kadang2 dop, Guane2?? ce bagi tips sikit."

Umar : "Senang je. Mu rasa bende tu penting maka mu mudah la buat."

Aku  : "Penting"?????

     Ya!! Point nye disitu. Penting. Kenapa bila kita merasakan itu penting akan jadi mudah untuk kita? Aku mula berfikir selama beberapa saat, maka jawapan nye mula diproses dan dicerna dalam otak aku. Sebenarnya konklusinya sebenarnya kita cume mengatakan Allah itu penting dalam hidup kita tetapi kita sedikit pun tak terdetik dihati adakah Allah itu penting.

     Analogi: Jika anda mempunyai kekasih hati yang telah ber"couple" sekian lama, mesti anda akan sanggup menjaga perasaan dan sanggup memberi apa sahaja kepada kekasih anda itu, Jadi itu menunjukkan kekasih anda sangat penting kepada anda.

     Maka, cari kepentingan Allah kepada kita, kata orang tak kenal maka tak cinta (Orang mana aku sendiri tak tahu).

Subhanallah =')

Ya Allah ku pohon restu dari Mu. Limpahkan lah hidayah Mu kepada ku............

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...