Pages

Followers

Tuesday, September 18, 2012

Sembah Nafsu dapat "Kebahagian"


Allah telah berfirman:

 "Hendaklah tiap-tiap orang memerhatikan apa yang diusahakannya untuk esok (hari kiamtat)."


(Surah al- Hasyr, ayat 18)



Nafsu atau "Lust" adalah memberi kebahagian.
Betul?

     Siapa tidak menyokong tidak mengapa tetapi bace dulu apa saya nak katakan di sini. Nafsu dapat memberi kita "kebahagian" yang kita "ingini". Percayalah kerana jika kita ingin makan nasi kita pergi dapur kita buka saji kita ambil nasi dengan lauk yang sudah tersedia. Kita makan sehingga melupakan orang di belakang kita.

     Ketahuilah wahai sahabat ku sekalian!! Sesungguhnya nafsu yang memenrintahkan kejahatan itu lebih memusuhimu daripada iblis. Ini kerana Syaitan hanya la memperalatkan nafsu syahwat kita sehingga nafsu itu dah cukup terlatih untuk bergerak sendiri tanpa perlu lagi bimbingan dari Tuannya.

Opss!!! Lupa.... hhihihi =).. Sebenarnya ada satu kisah yang diceritakan dari Israeliyat kisah mengenai nafsu,Iblis dan nabi Ya'cub. Nafsu itu adalah cebisan daripada jiwa Iblis. (InsyAllah saya akan ceritakan pada hari yang lain)

      Kita lupa akan binasa nya orang yang menyembah nafsu, sesungguhnya nafsu itulah adalah sebahagian dari ujian Allah kepada hambanya untuk melihat kekuatan hambanya melawan nafsu.

Ini kerana Allah telah mencipta:

1) Malaikat dicipta dengan diberikan Akal
2) Binatang dicipta dengan diberikan Nafsu.
3) Manusia dicipta dengan diberikan Akal dan Nafsu

     Maka jika manusia dapat mengawal nafsu dengan menggunakan akal manusia itu lebih baik dari malaikat TETAPI......!!! Jika manusia tidak dapat mengawal nafsu maka manusia itu lebih buruk dari binatang. Tidakkah sewajarnya akal itu digunakan untuk berfikir?? 

Berfikir????

Digunakan untuk berfikir???

     Jadi gunakan akal itu untuk berfikir sesuatu yang boleh menentang nafsu dari bermaharajarela di dalam diri kita. Analoginya kita bawa kereta atau kereta bawa kita?

Sabda Rasulullah s.a.w. :

"Berfikir sesaat itu lebih baik daripada ibadah setahun."

Telah berkata Nabi Sulaiman bin Daud a.s:
"Sesungguhnya mengekang nafsu itu lebih sulit daripada membuka sebuah kota sendirian."

     Sangat sukar untuk kawal nafsu ibarat kuda liar yang baru ditangkap tiba-tiba tuannya sudah mahu menunggang. Jadi itulah guna akal. Guna akal untuk berfikir. (InsyAllah nanti saya akan bagi tips kawal nafsu)

     Menurut nafsu memang seronok. Ini kerana kita berasa puas. Tapi kita jangan lupa bahawa menurut nafsu itu akan membuat kita menjadi orang yang bodoh kerana nafsu itu adalah hamba kita bukan kita hamba nafsu. Nafsu adalah hamba yang tidak akan puas sehingga hamba itu menjadi tuan kepada tuannya dan semasa itu kita akan menurut segala suruhan "Tuan Nafsu kita" dan membelakangi Allah pencipta kita.

MasyAllah. Minta dijauhkan.

Maka apabila nafsu menjadi raja!!! Akan berlaku la..............


dan juga akan adalah semua ini........


dan manusia akan menjadi seperti ini.........


menjadi lebih hina daripada BINATANG!!!!

Subhanallah.

Ya Allah jadikan aku seorang hamba yang taat patuh kepada Mu.... =')

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...