Pages

Followers

Thursday, September 20, 2012

Rintihan Qalbu (Bukan runtun Qalbu)



Berita Harian.
Hati saya selalu terusik apabila terbaca paper Sinar harian-Metro-Utusan Malaysia, tengok Tv3 Suku, tengok 999.
-Setiap hari mesti ada kes buang bayi.
-Kes ditangkap khalwat
-Sumbang mahram.
Telah menjadi satu kebiasan kepada kita semua. Malah kerana terlalu dihidangkan dengan berita-berita sebegini maka ada mulut yang membuat konklusi "ala, budak-budak tu dah besar, dia tahu mana salah mana betul. beselah tu TERLANJUR." Pandangan pesemis masyarakat kini terhadap masalah remaja. Masalah couple bagi mereka itu satu kebiasaan.

Ehem3.....
Cuba jawab soalan saya ini dengan pantas, Jika ada lelaki jumpa ibu bapa kamu wahai wanita,
Lelaki itu dengan machonya melamar kamu dihadapan ibu bapa kamu.
Apa reaksi ibu bapa kamu???

Saya tak mahu jawab soalan itu. Cuma bagi saya. Kenapa kita sering keliru antara couple "Islamic" dan couple biasa. Jeng...jeng....jeng.... Couple Islamic???? Pernah dengar tak? hihih.. Rasa-rasa ada tak couple Islamic ni? Rasa-rasalah.......

Couple Islamic-:
 Hubungan antara lelaki perempuan bercirikan islam. Sedap je dengar kan?. 

C.O.U.P.L.E-I.S.L.A.M.I.C.



Ada tak? InsyAllah tajuk ini akan diterangkan pada hari yang lain. Kalau nak cari sendiri boleh. Tapi nasihat saya jangan tanya ektremis. Tanya orang yang sederhana dalam agama.

Bila hati ini merintih merasa semakin jauh dengan Allah, manusia makin sesat, kawan-kawan ramai yang mengajak ke arah maksiat, semakin kurang Ulama' dan guru-guru agama, bertambahnya manusia yang menjadi hamba Nafsu dan hamba dunia. Pada masa ini aku merasa sangat sunyi. Seperti hilang arah. Kepada siapa saya ingin mengadu?

Sunyi dari manusia.

Cukuplah Allah bagiku tempat segala-galanya.

.................

Dungun Hujan Lebat



Rintihan Jiwa Muslim.
Jadi saya mula mengambil inisiatif untuk menulis, untuk meluahkan rasa ketidakpuasan hati saya ini, kerisauan Jiwa saya yang meronta, Kegelisahan Jiwa seorang Muslim. MasyAllah mengapa manusia menjadi semakin liar, lebih liar dari binatang. Adakah kerana saya berada di zaman akhir zaman dan dijadikan saya untuk melihat kemungkaran di muka bumi ini.

-Nabi dihina
-Manusia pandai berbicarakan agama tapi tanpa amal
-Ulama' mula menyeleweng fatwa 
-Pemimpin mula berlaku korup 
-Masyarakat hanya mengejar dunia
-Sekularisme di perluaskan.

Sungguh berat ujian di akhir zaman ini......

Teringat kata Ustazah saya dahulu, 
Rasulullah bersabda:

"Sesiapa yang beriman dan mengamalkan sunnah ku di akhir zaman ini ibarat menggemgam bara api yang panas."

Majoriti dari kita sudah lupa janji-janji Allah. Janji bagi pejuang agama, janji bagi penzina, janji bagi pendusta, janji bagi orang yang meninggalkan solat, janji bagi orang yang memakan harta anak yatim, janji pemimpin yang adil, janji kepada mati syahid, janji kepada anak muda.

Kata Umar al- Khatab-:

"Kalau engkau mahu lihat sebuah kerajaan 10 tahun akan datang engkau lihat remaja sekarang"

Jelas disini kita semua remaja, 18~21 sudah tahu berfikir secara waras bagi yang tidak mengalami sebarang penyakit seperti Sindrom down atau seangkatan dengannya. Adakah kita sudah dapat berfikir secara waras?  Gunakan akal itu untuk kawal nafsu. Nafsu perlu dikawal. Jihad melawan Nafsu.

Sabda Rasulullah-:

"Terangilah hatimu dengan lapar. Perangilah nafsumu dengan lapar dan haus. Serta sentiasalah mengetuk pintu syurga dengan lapar. Sesungguhnya pahala demikian itu bagaikan pahala pahlawan membela agama Allah. Dan sesungguhnya tidak ada amal yang lebih disukai oleh Allah daripada lapar dan haus. Tidak akan masuk ke kerajaan langit sesorang yang memenuhi perutnya dan kehilangan lazatnya beribadah."




Makan mengikut nafsu maka akal letih untuk memproses makanan. Maka nafsu mengambil alih badan pada masa itu badan hanya menurut kata nafsu kerana perut penuh dengan makanan dan akal tidak dapat berfikir secara waras kerana perlu bekerja untuk menghadam makanan. 

Faham?

Masa bergerak.... tik tok...tik tok... tik tok....

Umur bertambah.........

Ilmu masih ditakat sederhana.......

Nafsu meronta mencari pasangan.......

Maksiat bertambah.....

Ya Allah....

Lelaki Matang.
Lelaki yang matang dia akan mula berfikir secara lebih luas. Mudah kata pernah tengok pokok?
Pokok banyak dahan kan?
Di dahan ada cabang kan?
Di cabang ada daun kan?
Begitulah pemikiran lelaki yang dah mencapai tahap pemikiran yang matang.

Defenisi Matang menurut Islam-:
Matang dalam mengenal Allah.

Itu saja. Matang adalah subjektif dan mempunyai banyak pendapat dari individu, jadi saya mengambil contoh yang terdekat matang dalam erti Islam.

Mengenal Allah dikira matang. Macam mana nak kenal? Tidak kenal maka tidak cinta. Selepas kenal maka mula berputik rasa rindu. Mandi tak basah, makan tak kenyang. Maka akan terus mabuk dalam dunia cinta. 
Begitulah matang dalam erti Islam menurut padangan saya.

Lelaki yang matang mereka akan mula berfikir untuk hidup di dunia yang penuh cabaran ini, didalam dunia yang penuh dugaan ini, mereka mencari, mereka mengkaji, mereka terus mencari-cari supaya mereka bertemu dengan Allah.

Macam mana kita nak tahu dia sudah matang?
Kita tengok akhlaknya, Ilmunya, cara percakapannya. Dengan siapa mereka bergaul. Maka kita akan tahu bahawa lelaki itu sudah mendapat kematangan. Tetapi Matang itu akan terus berkembang-kembang sehingga sampai satu tahap sesorang itu akan lupa(nyanyuk) atau mati. Ini kerana Otak mereka sudah tidak dapat digunakan lagi untuk berfikir. Selagi otak berfikir selagi itu proses matang terus bergerak. Bergerak-gerak sehingga mencapai tahapnya.

Allah telah berfirman-:

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji,dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita keji (pula). Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)"

( An-Nur : 26)

InsyAllah jika dikuasakan oleh Allah saya akan menulis tentang Wanita Matang nanti-:

Kurniakan rahmat dan hidayah Mu kepada ku dan sahabat-sahabat aku......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...