Pages

Followers

Wednesday, September 19, 2012

"Mujur aku selamat"..

Allah Azza wa Jalla telah berfirman:

" Maka ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat kepadamu, dan berterimakasihlah kepada-Ku dan janganlah kamu menyangkal (nikmat-Ku)."


(Surah al- Baqarah: ayat 152)

Perkataan itu masih terngiang-ngiang dalam fikiran aku. "Mujur aku selamat". Mungkin ada dari kamu semua pernah mengalami sesuatu yang buruk dalam hidup kalian mungkin. Samalah dengan diri aku ini.

Sewaktu itu aku berada di Form 5, Jiwa masih meronta mencari keseronokan dunia, Jiwa masih inginkan kenikmatan sementara. Aku dan sahabat karib ku selalu online di sekolah. Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Abang dek kerana kelajuan Internet maka memang semua pelajar kepala online akan selalu mencari peluang untuk bermain game facebook seperti "farmville", "backyard monster" ='). Kami selalu bermain bersama-sama bagi yang minat. Siap bawa laptop ke sekolah sanggup berjaga malam untuk melihat farm, duit, dan bermacam lagi lah app.



Tapi aku lupa bahawa sewaktu itu aku sangat lalai dengan Allah,
Sehingga sanggup melewatkan solat kerana "game",aku lupa akan kerja sekolah dan sebagainya.
Termasuk tanggungjawab aku sebagai pelajar sewaktu itu.



.......='(......

Seperti malam biasa aku dengan sahabat aku akan berkunjung ke kelas lewat malam. Dengan niat nak bermain game, walhal kerja sekolah berlambak-lambak. Sedang asyik kami bermain, aku selalu mengintai takut-takut Ayah Guard ada mari. Biasa nya kami akan bermain sehingga pukul 1~3pagi dan setiap kawasan telah dikaji, ditelaah, dan telah di selidik dengan agak teliti mungkin kerana semua pemain-pemain ini die hard fans. Pada hari itu 9/9/2011. Masih terngiang peristiwa itu.

Tiba-tiba...........

Aku terdengar suara Ayah Guard datang untuk mengunci jam, kerana apabila cukup masa mereka perlu mengunci jam tanda mereka bertugas malam itu. Nak dipendekkan cerita biasanya mereka tidak akan naik ke atas kecuali setelah mengunci semua Jam, dan pada hari itu mereka datang awal 1 jam, Aku jadi bingung dan gelabah termasuk sahabat aku, Laptop di tangan game di tatap kaki menggeletar, dahi dibasahi peluh.

Ya Allah.. selamatkan la aku... selamatkan Laptop aku. kalau ditangkap confirm akan di ambil laptop itu. 
Tanpa berfikir panjang aku dan sahabat aku terus mengemas-ngemas laptop dan secara slow-slow kami berjalan, 



TETAPI.........

Amat malang sekali kerana Ayah Guard berada di bilik kelas sebelah kelas port aku buat projek 007 aku.
Bermacam-macam cara aku fikir, diperah otak hingga terasa sudah mati akal. Maka pada itu barulah aku sedar bahawa tiada siapa yang berhak aku mohon pertolongan kecuali Allah S.W.T kerana Allah sahaja yang mampu tolong aku sewaktu itu. Tiada tempat berharap, tiada orang yang dapat aku pohon pertolongan sewaktu itu. Harapkan sahabat aku dia juga gelabah. Laptop di tangan milik aku, jika dirampas aku menangis dan jika nak ambil balik perlu datang dengan keluarga. Maka agak sukar kerana Ayah aku confirm akan mengamuk.

"Ya Allah macam mana ni, Ya Allah tolong aku ya Allah" aku merintih keseorangan. "Diq kita tunduk kita lalu dekat tangga tu. Kau tunduk ko cepat-cepat lari." balas sahabat aku. "Mana boleh bro... aku dahlah besar, ko kecik takpelah. Nanti kantoi habis aku."

Allah berfirman lagi:

"Adakah Allah akan menyeksa kamu, jika kamu bersyukur dan beriman?"


(Surah an- Nisa': ayat 147)



Masing-masing mati akal. Nak dijadikan pertolongan Allah. Ayah Guard itu tidak masuk kelas aku buat projek itu, Mereka cuma berlalu pergi setelah habis berbual ( tak tahu berbual ape). Pada masa itu aku rasa sangat syukur kepada Allah. Sedalam-dalamnya syukur, kerana menyelamatkan aku dari muhsibah yang bakal aku tempuhi. Mungkin aku tidak mampu tempuhi muhsibah itu. Dan Allah menyelamatkan aku dari menempuh muhsibah itu. 

MasyAllah..

Cukup lah engkau bagiku......Allah..........

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...