Pages

Followers

Wednesday, September 19, 2012

Terlanjur bukan Zina


Allah S.W.T. berfirman:

 "Dan mereka yang memelihara kehormatannya."

(Surah al- Mukminun: ayat 5)

Yakni dari sesuatu yang haram.

"Dan janganlah kamu hampiri perbuatan yang keji, baik yang lahir mahupun yang batin."

(Surah ak- An'am: ayat 151)



Kata orang dulu-dulu kalau mengandung dek kerana berzina mereka bagi sedap dengar sikit, terlanjur.
Kenapa????

Kerana terlanjur dek ikutan nafsu. Nafsu mengatasi akal ='(................... Maka berlakulah zina=Terlanjur.

     Tetapi sangat berbeza masa sekarang dengan masa dahulu. Apa yang bezanya? Okay!! Bezanya adalah orang dulu mereka kalau mengandung kalau tahu di orang kampung suatu yang hina di khalayak masyarakat, sesuatu yang memalukan, sesuatu yang hingga boleh membuat maruah keluarga itu tercemar. Ini kerana masa dahulu mereka yang ber"couple" tidak ramai kecuali kahwin atas pilihan keluarga. Anak-anak dara dijaga elok-elok oleh ahli keluarga mereka, diberi Ilmu agama, diajar Ilmu rumah tangga (Memasak,mengemas,membasuh, bangun awal)

Sekarang ada??!!!!

     Isk3..... ada. tapi di dalam golongan MINORITI........... Majoriti mengejar cita-cita masing sehingga persamaan taraf lelaki perempuan mahu disamakan... MasyAllah.. Okay!! 

Zaman Sekarang-:

     Zaman sekarang zaman 2012, zaman yang bakal menempuh zaman 2020, zaman yang dipanggil akhir zaman. =') Zaman yang meruncing.. Macam-macam zaman lagi la.. huhu.... Zaman ini terlanjur tidak sesuai dipakai kerana remaja-remaja zaman sekarang sudah mula mahukan zina itu, Memang aim mereka untuk melakukan "seks"

     Ramai dari kaum adam mengatakan mereka nak cinta sejati, cinta seorang tu aje, tapi mengapa kaum adam itu sendiri tidak cuba mencari cinta yang wajib dahulu sebelum mencari cinta manusia ini?? Cinta Allah dan Rasul.. lepas tu cinta Ibu, ayah, adik beradik, kaum kerabat dan barulah cari cinta manusia (wanita). Ini kerana kaum adam sudah aim bahawa mereka mahu berzina.



Ya!!! memang ada dari kita mengatakan "eh pandai2 je admin ni, ko tahu dari mane aku nk berzina? cakap sedap mulut je. blah la weh... ko tak tahu ape itu cinta."

     hahahahahah!!!!! tak kenal maka tak cinta kata orang dulu-dulu (orang dulu mana saya pun tak tahu). Sebab aku tahu ape itu cinta aku cakap, sebab aku ada pengalaman bercinta aku bercakap, sebab aku tahu akibat bercinta sebelum mengenal cinta Allah dan Rasul aku menulis.. 

Mungkin akan ada menyebut " sedar pun diri tu pernah buat, dah tu tak payah nak berdakwah sangat la."

     Ye!! betul aku tahu peritnya dikatakan demikian, tapi aku menulis kerana aku mahu menunjukkan kepalsuan cinta couple ini. Ada orang dah sedar sebenarnya tapi buat-buat tak sedar. Ada yang dah tahu tapi diamkan sahaja kerana mereka tak nak berpisah dengan kekasih mereka, mereka berasa mereka akan kekal bersama. 

ehem3......

....................



10 Minit kemudian, =')

Okay!! letih wow menaip ni... hihihi... Nak fikir ayat lagi nak bagi kita semua faham. hihi... :')

     Berbalik tajuk kita, Memang manusia akhir zaman ramai yang terpelajar tapi kenapa masih tak faham-faham? Sebab belajar kerana dunia bukan belajar kerana Allah, ramai mana yang bersekolah agama yang belajar agama, hafaz yassin tapi tetap buat dosa, ramai mana? Ramai.... Sebab kita cume orang awam. Kita cuma orang yang jahil lagi hina. Kita perlu membarui iman kita tiap-tiap hari.

    Mengapa kaum adam sudah aim mahu berzina aku katakan?? hahaha..... sebab di dalam otak mereka hanya mengejar tentang benda itu.. Mengapa ini terjadi?? Kerana otak sudah dikawal Nafsu, tiada lagi akal...... Jadi la seperti binatang bahkan lebih hina kerana menurut hawa nafsu.

     Zina ada dua bahagian, zina besar dan zina kecil, zina besar adalah memasukkan zakar didalam faraj itu maksud zina, zina, zina yang sebenarnya. Maka zina kecil adalah mencium, menyentuh atau memandang.

Sabda Rasulullah:

 "Tangan, kaki dan mata pun boleh berzina."

Allah S.W.T berfirman:

 "Katakanlah kepada orang-orang mukmin lelaki supaya mereka merendahkan pandangnya (melihat yang terlarang ) dan menjaga kehormatannya (jangan berzina). Itu lebih suci bagi mereka."

(Surah an- Nur: ayat 30)

     Maka jelas lah couple itu membawa kepada zina. Kita trend couple bukan sekadar mesej (sms) tetapi berjumpa, memandang, senyum3... maka terdetik dihati. "wah cantiknya aweeeekkksss aku tuuu.. aish... geram ase.. bile nak dating ni.. xsabar lah..."

Hahahhahaha... siapa makan cili dia rasa pedas.. Selain itu akan ada babak yang lebih teruk lagi, webcam, mesej bende yang tidak berfaedah, "I Love u, U love Me." dan macam-macam lagi pasangan itu lakukan.

hihihihii... =') siapa yang bercouple dia tahu lah..

InsyAllah saya akan huraikan tajuk perempuan yang berzina pulak nanti =') insyAllah. 

Ku mohon keampuan dan reda Mu ya Allah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...