Pages

Followers

Friday, September 21, 2012

Kasih Sayang Guru....


Allah S.W.T berfirman:-

"Dan janganlah engkau usir orang yang menyeru Tuhanya pagi dan petang. Mereka mencari keredaan Tuhan. Engkau tidak memikul tanggungjawab mereka sedikit pun, dan mereka tidak memikul tanggungjawab engkau sedikit pun. Lalu, mereka engkau usir, kerana itu engkau termasuk orang yang melanggar aturan"

(Surah al- An'am. ayat 52)


Guru untuk diriku.

     Siapa tidak kenal nama yang terkenal, guru, cikgu, sensei. Mereka dikenali oleh semua orang, sesiapa nak jadi populor saya sarankan jadi guru. Ini kerana Masyarakat akan panggil anda guru walaupun anda pencen, walaupun anda ahli parlimen selagi anda pernah berkhidmat sebagai guru InsyAllah title guru tidak akan hilang di mulut masyarakat yang mengenal anda.



Bagi kita mungkin guru ini menyusahkan, leceh, asyik minta kerja sekolah sahaja, asyik nak marah-marah murid saja. Naik bosan kita kan? Tapi kita lupa satu hal. Cikgu itu lah yang akan kita kenang jasa mereka. Mungkin satu masa apabila kita termenung, mengingati guru kita akan menitis air mata tanpa kita sedari, atau tersenyum tanpa sedar. Itulah kuasa guru. Guru sangat berkuasa, tanpa guru tiada Perdana Menteri kita, tanpa guru tiada Barrack Obama yang sekarang ini, tanpa guru siapa kita?

Istilah guru sangat meluas, pengalaman juga guru kita, ayah, ibu, abang, kakak, orang yang pernah mengajar kita adalah guru kita. Status guru sangat mulia di mata masyarakat kerana ilmu yang dibawa oleh guru itu. Ilmu itulah menjadikan seorang pemimpin yang tidak mengenal huruf dapat memimpin dengan berjayanya.

Pengalaman Ku tentang Guruku.
Bagi saya, semua orang yang pernah mengajar saya adalah guru saya, bukan orang sahaja, pengalaman saya atau pengalaman sahabat-sahabat saya adalah guru saya. Rasulullah juga adalah guru saya. Buku-buku tinggalan tokoh-tokoh, Ulama' mereka adalah guru saya sampai saya dapat mengenal dunia dengan lebih luas. Dan tidak lupa juga, ayah saya juga seorang guru yang sudah pencen, dia juga guru saya.

Guru Oh guru......



Mungkin bagi yang masih belajar akan timbul perasaan kurang senang terhadap guru mereka apatah lagi guru disilpin. Terkenang akan guru disiplin saya, Cikgu Yazid. Ustaz Azwa dan juga Penolong kanan Ustaz Mat Lazim bin Mamat. Kalau di SMKAKA orang yang tidak kenal mereka ini semestinya budak ini budak yang baik, alim, tiada masalah disiplin, bagi saya yang banyak masalah disiplin ini sudah menjadi biasa dengan hukuman-hukuman mereka. Kini saya rindu akan hukuman itu. Siapalah saya nak memarahi mereka menghukum saya sedangkan tenyata saya melanggar peraturan dan peraturan itu memang dicipta untuk semua. Jadi tidak adil bagi orang lain jika saya tidak didenda. 

Jiraiya (Naruto anime)
Bagi yang minat akan manga atau anime semestinya kenal nama Jiraiya atau Naruto. Terus terang saya ingin luahkan, ramai dari anak-anak muda sekarang bila seorang tonton anime mereka cakap "macam budak-budak". Anime itu untuk orang dewasa ada anime yang baik ada yang buruk, yang buruk kita "tohok" jauh-jauh. Manakala yang baik kita ambil jadi Iktibar. Jiraiya adalah guru kepada Naruto.

Ceritanya bermula: Jiraiya seorang penulis, dia ingin lihat Naruto menjadi seorang yang dapat mengubah dunia, beliau berharap supaya naruto dapat merealasasikan cita-cita nya iatu semua manusia dapat memahami antara satu sama lain. Jika berbalah mereka dapat mengenali antara satu sama. Jika bertengking mereka nanti boleh berbaik semula. Jadi Jiraiya sangatlah rapat dengan Naruto iaitu anak murid nya. Nak dijadikan cerita, semasa Kematian Jiraiya dia masih mengingati Naruto, dan selepas Naruto tahu mengenai kematian Jiraiya dia sangat lah sedih. Siapa tak sayang guru yang telah banyak mencurahkan Ilmu kepadanya, dan guru itu umpama ayahnya, ini kerana Naruto adalah anak yatim piatu. Begitu besar harapan Jiraiya kepada Naruto.

Begitu juga lah harapan guru kita kepada kita, mereka mengajar, memarahi kita kerana mereka mahu melihat kita menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara, dapat mengubah dunia sekarang yang penuh dengan maksiat.

Coretan sedikit dari anime Naruto:


Hargai guru.
Hargai guru. Mungkin awak tidak akan merasa menyesal lagi untuk yang masih belajar. Tetapi apabila awak sudah mengjankau usia 30~50 semasa itu awak akan sedar betapa susahnya menjaga manusia. Menjaga anak awak, begitu juga guru mereka ditugaskan menjaga pelajar beratus-ratus. Sangat berat tugas nya. Jadi kita cuba ringankan beban mereka sedikit. 

Ehem3... sedikit pengalaman saya lah, Pelajar bermasalah biasa nya akan sayang dan ingat guru dia setelah dia berjaya nanti. Dan InsyAllah guru itu akan ingat nama pelajar itu, kerana selalu buat hal.

Pengalaman itu penting. Cipta lah pengalaman sendiri. Bukan saya menyuruh berbuat perkara yang mungkar tetapi kita semua pernah melakukan kesilapan, siapa yang tiada pengalaman dimarahi dikejar di tangkap di sekolah atau di asrama dia tidak dapat kenal siapa guru paling dia sayang.

Jadikan kami dikalangan orang yang sedikit Ya Allah.......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh Tanya Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...